. . Iraq semakin musnah selepas ditakluk . .
Sebaliknya peperangan ini telah menyebabkan beribu-ribu kematian dan kemusnahan teruk kepada negara Iraq. Jelas tentera penceroboh menipu apabila mengatakan keadaan negara Iraq adalah berada dalam keadaan terkawal. Sebaliknya negara Iraq sekarang jauh lebih teruk berbanding semasa zaman pemerintahan Saddam Hussein.Ketika Saddam Hussein berkuasa dahulu dia didakwa menjalankan pemerintahan kuku besi. Walaupun begitu secara amnya rakyat Iraq ketika itu dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna berbanding sekarang. Malah kematian Saddam Hussein langsung tidak membawa sebarang penyelesaian kepada konflik di Iraq. Pihak Shia dan Sunni terus bertelagah sedangkan di masa yang sama negara barat dengan rakusnya menyedut sumber alam Iraq untuk kegunaan mereka.
Jelas sekali peperangan ini sengaja diwujudkan oleh Amerika Syarikat bersama sekutunya untuk mengaut hasil bumi Iraq. Kini Amerika Syarikat dan negara sekutunya merancang untuk menyerang negara Iran pula.
Technorati Tags: nukilan, azhad, iraq, peperangan, saddam hussein, Amerika Syarikat
dah 4 tahun...diorang tak reti nak kuar lagi ker..
ReplyDeleteSelagi ada minyak selagi itu mereka akan bertapak di situ. Mereka bukan peduli apa yang terjadi kepada rakyat Iraq. Sekarang sibuk pulak nak serang Iran.
ReplyDelete