1800-88-LINI
Perkhidmatan talian khas Sharlinie ehsan Telekom Malaysia ini akan beroperasi selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu diuruskan oleh Polis Diraja Malaysia. Talian ini akan menjadi saluran utama bagi orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak polis. Diharap talian bebas tol ini tidak disalahgunakan oleh orang ramai kerana ini akan mengganggu proses siasatan pihak polis.Talian bebas tol ini mempunyai ciri yang boleh mengesan lokasi asal pemanggil dan seterusnya memindahkan panggilan itu secara automatik ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen berdekatan bagi memudahkan polis bertindak segera apabila menerima maklumat.
Usaha mengadakan talian khas ini diharap dapat membantu usaha menjejak adik Sharlinie Mohd Nashar. Pihak polis juga dapat bertindak dengan lebih pantas terhadap sebarang maklumat yang diterima. Sudah seminggu Sharlinie hilang semoga penantian keluarganya akan berakhir tidak lama lagi.
Technorati Tags: azhad, talian, sharlinie, sharlinie mohd nashar
salam azhad...confius sikit ..
ReplyDelete1-800-88-NINI ke 1-800-88-LINI ? Dalam 'In Memory of Nurin Jazlin', NINI, Thanks..
Salam purple28...
ReplyDeleteYang betulnya 1800-88-LINI (5464) sebab kalau NINI nombornya 6464.
er.. mcm mana tau no LINI = 5464? dan NINI = 6464?
ReplyDeleteahib0205,
ReplyDeletePada butang nombor telefon ada huruf yang mewakili nombor. Butang nombor 2 ada huruf ABC, 3 DEF. Jadi AHIB dalam nombor ialah 2442.
tercumenette,
ReplyDeleteTQ
Please share more blog like this very informative. Troupe Waste and Recycling
ReplyDelete