1432H 2011M
Di samping itu bermulanya kalendar 2011 bermakna bermulalah sesi persekolahan dan kuliah yang baru. Ada yang baru masuk tadika atau sekolah rendah dan sebahagian pula melangkah ke sekolah menengah. Ataupun sekurang-kurangnya akan naik ke darjah atau tingkatan yang baru. Sementara itu para pelajar di universiti, institut maupun kolej pula akan melangkah ke semestar baru juga.Bermulanya kelas atau kuliah untuk tahun ini sepatutnya disertai dengan azam untuk melakukan lebih baik daripada tahun sebelumnya. Pencapaian tahun lepas boleh dijadikan landasan untuk menetapkan matlamat tahun ini. Kegagalan dahulu pula boleh diambil sebagai panduan membaiki diri. Kita perlu yakin dengan diri kita untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dengan mengikut Langkah Mewujudkan Keyakinan Diri itu. Keyakinan ini dengan diiringi usaha yang bersungguh-sungguh serta berterusan, bersama doa dan tawakal kita tentu akan menghasilkan sesuatu.
Bagi pelajar tahun 6, tingkatan 3, tingkatan 5 dan tingkatan 6 yang akan menduduki UPSR, PMR, SPM, dan STPM tahun ini lebih penting kepada anda semua. Bagi pelajar matrikulasi dan universiti setiap tahun dan semestar itu penting kerana sistem penilaian GPA/CGPA.
Bukan sahaja pelajar malah guru, pensyarah, kakitangan pejabat, tuanpunya syarikat dan sesiapa sahaja perlu duduk sejenak memikirkan apa yang telah mereka lalui dan lakukan sepanjang 2010 yang lalu. Apa yang baik itu perlu dikekal dan dipertingkatkan, apa yang buruk itu perlu dikurangkan atau terus ditinggalkan.
Selamat tahun baru 2011...
Azam tahun sudah pun remedy kena sambung bawak ke tahun ni...Azad pulak bagaimana?
ReplyDeleteSelamat Hari Wilayah kepada semua. Juga Selamat Bercuti... ;-)
ReplyDeleteLet me help you find the best Digital Transformation Software .
ReplyDeleteHappy New Year everyone. Hope everything will be good. Tree Removal St Lucie, FL
ReplyDeleteI love how you presented the facts with such clarity. Great job! Attic Insulation Contractor
ReplyDelete