tag:blogger.com,1999:blog-85526402024-03-19T03:31:55.465+08:00Nukilan Jejari AzhadPandangan, pengalaman dan pilihan peribadi AzhadAzhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.comBlogger325125tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-19862616810298585882011-10-08T10:26:00.000+08:002011-10-09T14:27:14.384+08:00Pengasas Apple Steve Jobs Meninggal DuniaSteve Jobs pengasas bersama Apple, yang mengubah tabiat harian berjuta-juta manusia dengan mencipta semula pengunaan komputer, muzik dan telefon bimbit, telah meninggal dunia pada hari Rabu 5 Oktober 2011 pada umur 56 tahun.

Apple kehilangan seorang pemimpin yang berwawasan yang mengilhamkan kepada komputer peribadi dan produk ikonik seperti iPod, iPhone dan iPad yang meletakkan Jobs salah seorang daripada pemimpin-pemimpin industri yang paling ketara dalam generasinya.

Kematiannya selepas pergelutan yang panjang dengan barah pankreas mencetuskan curahan tanda ingatan dari pemimpin dunia, pesaing perniagaan dan para peminat yang merasa terkejut dengan kematian pada usia 56 tahun dan mengkagumi pencapaian besar beliau.

"Dunia telah hilang seorang yang berwawasan dan tiada penghormatan yang lebih besar kepada kejayaan Steve selain dengan menerima hakikat bahawa sebahagian besar penduduk dunia mengetahui tentang kematian dirinya daripada peranti yang diciptanya," kata Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam satu kenyataan.

Peminat memberi penghormatan kepada Jobs di luar kedai-kedai Apple di seluruh dunia, dari Los Angeles ke Sydney. Di luar salah sebuah kedai di New York City, orang yang berkabung meletakkan lilin, bunga bunga, epal dan iPod Touch di memorial sementara.

1955 - 2011

Di San Francisco, mereka telah memegang potret hitam dan putih Jobs di iPads mereka. Beberapa orang yang berkabung di Tokyo telah mengadakan perhimpunan nyalaan matahari terbenam, menggunakan aplikasi iPads mereka untuk menunjukkan kelipan lilin pada skrin.

Banyak laman web, termasuk Apple sendiri, telah berubah menjadi memorial atas talian, bukti kreativiti digital yang diinspirasikan oleh Jobs.

"Bagi mereka yang bernasib baik akan dapat bekerja dengan dia, itu adalah penghormatan yang amat besar," kata Bill Gates dari Microsoft, yang pernah mengatasi Jobs tetapi status legenda telah diambil alih oleh pengasas bersama Apple itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Jobs disamping isteri dan keluarga terdekat apabila dia meninggal dunia di Palo Alto, California, menurut kenyataan Apple pada hari Rabu lalu. Tiada butiran lain disertakan.

Jobs telah meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada bulan Ogos dan menyerahkan tampuk kepada ketua operasi yang lama bertugas sama, Tim Cook. Dengan kesungguhan untuk reka bentuk minimalis dan bijak untuk pemasaran, Jobs telah meletakkan asas bagi syarikat untuk terus berkembang selepas kematiannya, menurut kebanyakan penganalisis dan pelabur.

Tetapi Apple masih menghadapi cabaran dalam ketiadaan seorang lelaki yang merupakan ketua reka bentuk produk, guru pemasaran dan jurujual hebat. Telefon yang menggunakan perisian Android Google mula mendapat pegangan dalam pasaran telefon pintar, dan terdapat tanda tanya apa perkara besar yang seterusnya dalam barisan produk Apple.

Usahawan Legenda

Seorang yang berhenti dari kolej dan anak kepada ibubapa angkat, Jobs mengubah dunia teknologi pada akhir tahun 1970-an, apabila Apple II menjadi komputer peribadi yang pertama untuk mendapatkan sambutan yang luas. Beliau berjaya melakukannya sekali lagi pada tahun 1984 dengan Macintosh, yang dibina di atas pencapaian teknologi yang dibangunkan di Xerox Parc dan di tempat lain yang mewujudkan pengalaman pengkomputeran peribadi seperti yang kita tahu hari ini.

Rentetan bantahan yang menfokus kepada persona beliau telah menyebabkan beliau disikir keluar dari syarikat pada tahun 1985, tetapi beliau kembali pada tahun 1997. Selepas beberapa tahun mula melancarkan produk - iPod, iPhone dan iPad - yang sekali lagi mengegarkan kestabilan industri utama.

Didiagnosis menghidap kanser pankreas yang jarang berlaku pada tahun 2004 pada mulanya hanya satu rintangan kecil kepada Jobs dan Apple, dengan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif menegaskan bahawa penyakit itu boleh dirawat. Tetapi kesihatannya semakin merosot dengan ketara sejak beberapa tahun yang lalu, dan selepas dua kali bercuti panjang, beliau meletak jawatan sebagai ketua eksekutif dan menjadi pengerusi Apple pada bulan Ogos.

Kematian Jobs berlaku hanya satu hari selepas Cook memperkenalkan iPhone baru dalam satu majlis gala yang menjadi satu tanda diri Jobs. Mungkin secara kebetulan, peranti baru ini mendapat ulasan tidak memberangsangksan dengan ramai mengatakan ia bukan peningkatan yang cukup besar ke atas versi yang sedia ada, salah satu daripada produk pengguna yang paling berjaya dalam sejarah.

Apple memberi penghormatan kepada pemimpin berwawasan itu dengan mengubah laman webnya dengan gambar besar hitam dan putih dengan kata-kata "Steve Jobs:. 1955-2011"

Google pula menyediakan pautan ke laman web Apple betul-betul di bawah kotak cariannya.

Bendera di luar ibu pejabat Apple, 1 Loop Infinite dikibarkan separuh tiang. Secara spontan ramai pekerja meninggalkan bunga di atas bangku dan ada yang bermain bagpipes sebagai memperingati Jobs.

Cook berkata dalam satu kenyataan bahawa Apple merancang untuk mengadakan satu sambutan kehidupan Jobs untuk pekerja tidak lama lagi.

"Kecemerlangan Steve, keghairahan dan semangat adalah sumber inovasi tidak terkira banyaknya yang memperkaya dan meningkatkan kehidupan kita. Dunia ini yang jauh lebih baik kerana Steve," menurut Apple dalam satu kenyataan.

"Kasihnya yang paling besar ialah untuk isterinya, Laurene, dan keluarganya. Kami amat berbesar hati kepada mereka dan kepada semua yang telah disentuh oleh sumbangan luar biasa beliau."

Pengumuman kematian Jobs tiba selepas hampir semua dagangan dalam saham-saham AS telah ditutup untuk hari tersebut. Saham Apple kali terakhir disebut harga pada USD 377.22, sedikit rendah daripada di Nasdaq USD 378.25. Saham Apple yang disenaraikan di Frankfurt jatuh 2 peratus.

Di luar rumah Jobs di Palo Alto, jiran dan rakan-rakan yang meninggalkan bunga dan menulis pesanan dengan penanda di kaki lima, salah satunya "Terima kasih untuk mengubah dunia,".

Pagar rendah yang mengelilingi laman rumah tersebut dipenuhi dengan pokok epal.

"Dia merasa istimewa dengan kawasan ini, seperti sebahagian daripada keluarga," kata Robert Blum, yang membawa bunga dengan anaknya yang berusia lapan tahun, Daniel.

Nilai Harta Bersih USD 7 billion

Jobs, dengan pakaian kebiasaannya baju hitam ala turtleneck dan seluar jeans biru, adalah disifatkan sebagai hati dan jiwa syarikatnya yang menyaingi Exxon Mobil sebagai yang paling berharga di Amerika.

Forbes menganggarkan nilai bersih Jobs berjumlah USD 7 billion. Setakat ini tidak diketahui bagaimana harta pusakanya akan dikendalikan.

Kesihatannya telah menjadi topik kontroversi semenjak bertahun-tahun dan merupakan kebimbangan yang menrisaukan peminat dan pelabur Apple. Ahli lembaga pengarah pun pada tahun-tahun yang lalu ada bercerita dengan kenalan tentang kebimbangan mereka bahawa Jobs, dalam usaha beliau untuk privasi, tidak telus dengan pengarah mengenai keadaan sebenar kesihatannya.

Jobs, seorang Buddha, dilahirkan di San Francisco. Beliau memulakan Apple Computer dengan teman Steve Wozniak di garaj ibu bapanya pada tahun 1976.

Enam tahun yang lalu, Jobs telah bercakap tentang bagaimana merasai ketibaan kematian beliau adalah pemacu utama di sebalik wawasan beliau.

"Mengingati bahawa saya akan mati tidak lama lagi adalah alat yang paling penting yang pernah saya perolehi untuk membantu saya membuat keputusan yang besar dalam kehidupan," kata Jobs dalam majlis pembukaan Stanford pada tahun 2005.

"Kerana hampir semua - semua jangkaan luaran, semua kebanggaan, semua ketakutan pada malu atau kegagalan - perkara-perkara ini akan hilang apabila menghadapi kematian, meninggalkan hanya apa yang benar-benar penting.

"Mengingati bahawa anda akan mati adalah cara terbaik yang saya tahu untuk mengelakkan perangkap minda yang memikir kemungkinan kehilangan sesuatu. Anda sudah terdedah. Tidak ada sebab untuk tidak mengikut naluri anda."

Tags: azhad, apple, steve jobs, kematian, lagenda, pengasas appleAzhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com39tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-87349862843597937432011-08-03T11:38:00.001+08:002011-08-03T11:38:22.899+08:00Kelebihan Puasa RamadanSetiap perkara dalam Islam samada yang berupa suruhan ataupun tegahan, mengandungi tujuan bagi kebaikan hambanya. Begitulah halnya dengan ibadah puasa yang sedang kita kerjakan sekarang ini. Natijah dari puasa akan melahirkan insan yang bertaqwa. Taqwa memberi maksud mengerjakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang.

Puasa juga boleh menjadikan seseorang sihat tubuh badan. Punca penyakit biasanya akan dikaitkan dari faktor keturunan atau memang telah ditakdirkan sakit sejak dari ia dilahirkan atau keadaan alam dunia yang semakin tercemar. Namun berdasarkan kajian, penyumbang terbesar punca penyakit adalah disebabkan amalan dan tabiat pemakanan serta gaya hidup seseorang. Walaupun nabi S.A.W ada menyatakan bahawa: "setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati" namun nabi juga berpesan: "mencegah itu lebih baik dari mengubati".

Maka dapat kita fahami bahawa penyakit amat berkait dengan makanan. Pakar-pakar pemakanan pun telah menetapkan tentang piramid makanan iaitu cara pemakanan yang betul. Jika diamalkan maka ia adalah satu jaminan kepada kesihatan tubuh badan. Sebab itu nabi menyatakan: "Punca penyakit adalah dari perut (makanan)".

Makan dan minum adalah satu keperluan kita sebagai manusia. Dari sudut Islam bahawa makan dan minum diletakkan sebagai wajib pada adat tetapi harus pada syarak. Allah S.W.T menyatakan dalam al-Quran: "Makanlah dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan".

Satu perkara yang sangat baik untuk kita fikirkan bersama ialah apa yang dinyatakan oleh nabi S.A.W, "makanlah ketika kamu lapar dan berhentilah sebelum kenyang". Amalan ini kalau dapat dilakukan pastinya tahap kesihatan kita terjamin. Maka ibadah puasa adalah antara cara kita untuk merealisasikan pesanan nabi dalam mengawal pemakanan. Disamping itu juga aktiviti riadhah patut dilakukan sekurang-kurangnya pada tahap yang minima. Jika kita mampu lakukan sebagaimana yang dibicarakan tadi maka kita yakin apa yang dinyatakan oleh nabi S.A.W akan berlaku: "Berpuasalah kamu nescaya kamu akan sihat". Islam amat menitik beratkan soal kesihatan. Oleh kerana itulah nabi bersabda: "Mukmin yang kuat (sihat) itu lebih baik dari seorang mukmin yang lemah"

Wallahua'lam.Azhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com11tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-15441189493710869272011-05-15T12:02:00.000+08:002011-05-15T12:02:02.547+08:00Senarai Tokoh GuruSekali lagi 16 Mei tiba dan seperti biasa sambutan hari guru akan akan diadakan di semua sekolah. Tema Hari Guru bagi tahun 2011 adalah GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan tahun ini akan diadakan di Borneo Convention Centre, Kuching, Sarawak. Saban tahun di sambutan hari guru akan diumumkan mereka yang dianugerahkan pingat Tokoh Guru.

Anugerah Tokoh Guru diperkenalkan semenjak tahun 1972. Anugerah ini menjadi lambang pengiktirafan terhadap pengorbanan, kewibawaan serta sumbangan para guru ini sepanjang tempoh perkhidmatan. Sehingga tahun 2010, seramai 130 pendidik dan bekas pendidik sudah dianugerahkan pingat tersebut semenjak 1975 berdasarkan kriteria khusus yang ditetapkan.

Antara kriteria itu ialah calon mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan, pembabitan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah serta khidmat masyarakat, di samping kecemerlangan dalam bidang lain.

Dari segi syarat pemilihan calon Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan pula, mereka hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang dilahirkan di negara ini; seboleh-bolehnya dipilih daripada kalangan tokoh yang sudah dianugerahkan gelaran Tokoh Guru pada peringkat negeri; berumur 50 tahun atau lebih, sama ada berkhidmat atau sudah bersara; sedang atau sudah berkhidmat sebagai guru, pengetua, guru besar, pensyarah atau pentadbir dalam perkhidmatan pendidikan.

Selain itu, pemilihan calon juga boleh dibuat ke atas tokoh yang sudah meninggal dunia, manakala kesatuan perkhidmatan keguruan pula berpeluang membuat pencalonan pada peringkat negeri dan kebangsaan.

Setakat ini, tahun paling ramai menerima anugerah ialah pada Hari Guru 1977, iaitu seramai tujuh orang. Barisan penerima sulung anugerah berprestij itu ialah Zainun Munshi Sulaiman, Mohd Nor Ahmad, Ting Pin Sung, A.V. Perumal dan Tan Chong Bee.

Senarai Tokoh Guru Kebangsaan

2009

Datuk Abdul Rahim Tahir

Shahul Hamid Mydin Shah

Phua Seng Tiong

2008

En. Abu Bakar Bin Shawkat Ali

En. Krishnasamy a/l Kapaya

Y. Bhg. Dato’ Dr. Hj. Zulkarnain Bin Hj. Abd. Rahman

2007

En. Gerald Lee Liong Ai

Dato Haji Abdul Majid Bin Omar

Dato Haji Muhamad Bin Mustaffa

Tan Sri Datuk Dr Wan Mohd Zahid Bin Mohd Nordin

2006

Pn. Azizah Bt. Haji Md Taib

Y. Bhg. Prof Dr. Hj. Hussein Bin Haji Ahmad

Y. Bhg. Datuk Wira Haji Borhan Bin Md Yaman

Y. Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Awang Had Bin Salleh

2005

YM Engku Tik Azizah Bt Engku Malek

Haji Abdul Mana Bin Mohamed Noh

Haji Ramli Bin Haji Ahmad

Teo Huat @ Teo Teck Huat

Haji Ghazali Haji Yusuf

2004

Tn. Hj. Md. Ismail Zam Zam

Cik Alice Wee Siew Eng

En. Krishnasamy Tambusamy

Pn. Hjh. Wan Safinah Hj. Saleh

En. Ali Suhaili

2003

Pn. Sri Aisha Hj. Shamsuddin

Tn. Hj. Sulaiman Mohd. Nawi

Tn. Hj. Hussain Hj. Paris

En. M.P. Rangganathan

En. Ho Thean Sung

2002

Tn. Hj. Abd. Karim Abdullah

Tn. Hj. Khamis Noyo

Tn. Hj. Abd Hamid Hj. Noor Mohamed

Cik Hjh. Nasriah Hj. Maghribi

En. Nagaratnam Pennurengan

2001

Tn. Hj. Mohamed Saat Bongkek

En. Abang Hamdan Jas

Pn. Hjh. Siti Aishah Hj. Ab. Rahman

Tn. Hj. Sulaiman Samad

En. Robert David

2000

Pn. Nik Faizah Mustapha

Tn. Hj. Tawi Yaakub

En. Cheong Yong Kwong

Tn. Hj. Abdul Ghani Wahab

1999

Pn. Molly Chong Nee Molly Gee

En. Mohd. Mokhtar Talib

Pn. Hjh. Rahmah Bt. Hj. Hussain

Tn. Hj. Hambali Abdul Razak

Tn. Hj. Kassim Muhammad

1998

Dato’ Hj. Abd. Rahim Hj. Abd. Majid

Dato’ Dr. Hj. Yahya Ibrahim

Tn. Hj. Mohd. Tahir Hj. Ahmad

Tn. Hj. Mohamed Ali

1997

Dato’ Hj. Jumat Dato’ Hj. Mohd Nor

Dato’ N.S. Selvamany

Tn. Hj. Harun Hj. Hassan

Tn. Aminuddin Muhammad

1996

En. Anthony Lim Peng Hwa

Pn. Hjh. Embun Muhamad Ali

Pn. Irene Syawe Chin Chi

En. Abdul Razak Ismail

1995

Tn. Hj. Jaaman @ Sharman Abu

En. Anthony Reynolds Peter

Tn. Hj. Wan Din Wan Mat

En. Amirbek Amir Husain

1994

Tn. Hj. Wan Samsudin Mohd Yusof

En. Nordin Hj. Mahmood

En. Jikal Gabie

En. Khor Beng Hoe

1993

Dato’ Abdul Aziz Ismail

Tn. Hj. Ibrahim Yaakob

Tn. Hj. Mohd. Saidin

Dato’ Hj. Mohd Taib Omar

1992

Dato’ Hj Ibrahim Sulaiman

Pn. Siti Bidayah Hj. Din

En. Lau Hut Yee

1991

Datuk Hj. Parman Hassan Raji

Dato’ Hj. Abbad Hj. Muhammad

Pn. Dawn Parry

1990

Dato’ Hj. Idris Hj. Tain

Tn. Hj. Abdullah Sani Abu Bakar

En. Michael Graham Parry

1989

En. Mohamed Ali Mohamed

En. Goon Koo Leong

YM Raja Lope Ahmad Raja Mohd Ali

1988

En. Sulaiman Hj. Ebi

Cik Visalacey Mutu

En. Harith Muhammad Liki

1987

Dato’ paduka Syeikh Abdul Mohd. Noor

En. Chang Min Phang Paul

Tn. Hj. Hashim Abdul Rahman

1986

Dato’ Hj. Abdul Aziz Tapa

Pn. Rasammah Naomi Bhupalan-Rajendran

Dato’ Ariffin Md. Nam

1985

En. A. Ali Manjang

En. Ahmad Kotot

Tn. Hj. Idris Hj. Abdul Salam

Tn. Hj. Yasin Saleh

1984

Tn. Hj. Abdul Razak Abdul Hamid

En. Shahrom Husain

Tn. Hj. Muhammad Bujang

Pn. Hjh. Hendon Hj. Din

1983

Datuk Polycrap Sim Sheng Mong

Tn. Hj. Mohd Zain Ayub

En. Ang Kean Kah

1982

Dato’ Hj. Zainal Abidin Ali

Tn. Hj. Abdul Rashid Ahmad

Tn. Hj. Mohd Zain Rashid

1981

Tn. Hj. Mohd. Yusof Badin

Pn. Hjh. Maimunah Abdul Rahman

Tn. Hj. Othman Hj. Ali

1980

Tn. Hj. Omar Othman

Tn. Hj. Mohd Diah Abdul Rahman

Dato’ James Frederick Augustine

1979

Kapt. Dato’ Hj. Mohd Nor Mohammad

Tn. Hj. Muhammad Yusof Ahmad

En. Mohd. Aslie Lutah

1978

En. Ann Moreira

En. Bapoo Mohd. Hashim

Dato’ Hj. Abdul Alif Hj. Md Arshad

En. Guram Singh

En. Mohd Nor Abdul Hamid

En. Waung Yoo Nien

1977

Tn. Hj. Abu Bakar Al Bakir

En. Qua Chiew Kooi

Tn. Hj. Ahmad Abdul Rahman

En. Abu Kassim Yusof

En. Abdul Rahman Md. Akib

En. K. Kannan

Pn. Lily Eberwein

1976

Tn. Hj. Kassim Harun

Tn. Hj. Mohammad Hj. Abdullah

Tn. Hj. Ali Mohd Yunus

En. V. K. Thaillaikannu

En. Tan Chee Meng

1975

Pn. Hjh. Zainun Munshi Sulaiman

En. Mohd. Nor Ahmad

En. Ting Pin Sung

En. A.V. Perumal

En. Tan Chong BeeAzhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com11tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-22699004822348498602011-02-17T23:59:00.003+08:002011-02-20T15:01:03.555+08:00Senarai 40 Orang Terkaya Malaysia 2011Majalah Malaysian Business keluaran 16 Februari 2011 telah menyenaraikan 40 individu yang terkaya di Malaysia setakat 21 Januari 2011 lalu. Kekayaan 40 individu terkaya negara ini dinilai berasaskan kepada pegangan mereka dalam syarikat tersenarai. Kajian Malayasian Business juga mendedahkan 40 individu terkaya Malaysia secara kolektifnya bernilai RM206.27 bilion pada 21 Januari itu, naik 30 peratus berbanding dengan RM156.7 bilion tahun lepas.

Oleh itu ada kemungkinan besar ada individu lain yang mempunyai harta dalam bentuk lain dan tidak mempunyai pegangan dalam syarikat tersenarai tetapi mereka tergolong juga dalam kelompok orang terkaya di Malaysia.

Robert Kuok Terkaya
Robert Kuok, "Raja Gula" yang memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini, mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya di Malaysia dengan aset benilai RM50.04 bilion, disusuli taikun telekomunikasi T Ananda Krishnan, yang bernilai RM45.78 bilion.

Di tempat ketiga ialah Pengerusi Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow, yang meningkat satu tangga dengan jumlah kekayaan sebanyak RM12.77 bilion.

Senarai 40 orang terkaya di Malaysia 2011 menurut Malaysian Business:

1. Robert Kuok RM 50.04 billion, 87 tahun, Kerry Group/ Kuok Group

2. Ananda Krishnan RM 45.78 billion, 73 tahun, Usaha Tegas

3. Teh Hong Piow RM 12.77 billion, 81 tahun, Public Bank

4. Lee Shin Cheng RM 12.74 billion, 72 tahun, IOI Group

5. Lim Kok Thay RM 10.89 billion, 59 tahun, Genting Group

6. Quek Leng Chan RM 10.75 billion, 70 tahun, Hong Leong Group

7. Syed Mokhtar AlBukhary RM 8.84 billion, 59 tahun, Yayasan AlBukhary

8. Lee Kim Hua RM 7.43 billion, 82 tahun, Genting Group

9. Tiong Hiew King RM 4.77 billion, 75 tahun, Rimbunan Hijau

10.Ong Bee Seng RM 3.98 billion, Hotel Properties Ltd

11.Azman Hashim RM 3.93 billion, 71 tahun, Amcorp

12.Vincent Tan RM 2.43 billion, 59 tahun, Berjaya Group

13.Lee Yeow Chor RM 1.998 billion, 45 tahun, IOI Group

14.Lee Yeow Seng RM 1.962 billion, 33 tahun, IOI Group

15.Lee Oi Hian RM 1.859 billion, 61 tahun, Batu Kawan

16.Lee Hau Hian RM 1.855 billion, 58 tahun, Batu Kawan

17.Yeoh Tiong Lay RM 1.811 billion, 81 tahun, YTL Group

18.Lau Cho Kun RM 1.775 billion, 75 tahun, Hap Seng Consolidated

19.Mokhzani Mahathir RM 1.665 billion, 49 tahun, Kencana Petroleum

20.Jeffrey Cheah Fook Ling RM 1.536 billion, 65 tahun, Sunway Group

21.Dr.Lim Wee Chai RM 1.244 billion, 53 tahun, Top Glove Corp

22.Francis Yeoh Sock Ping RM 1.229 billion, 57 tahun, YTL Group

23.Yeoh Seok Hong RM 1.129 billion, 52 tahun, YTL Group

24.Yeoh Seok Kian RM 1.098 billion, 54 tahun, YTL Group

25.Mark Yeoh Seok Kah RM 1.096 billion, 46 tahun, YTL Group

26.Michael Yeoh Sock Siong RM 1.092 billion, 51 tahun, YTL Group

27.Tony Fernandes RM 1.092 billion, 46 tahun, AirAsia

28.Kamarudin Meranun RM 0.856 billion, 49 tahun, AirAsia

29.Chong Chook Yew RM 0.813 billion, 88 tahun, Selangor Properties

30.Shahril Shamsuddin RM 0.804 billion, 50 tahun, Sapura Group

31.Shahriman Shamsuddin RM 0.791 billion, 42 tahun, Sapura Group

32.Liew Kee Sin RM 0.786 billion, 52 tahun, SP Setia

33.Yaw Teck Seng RM 0.699 billion, 73 tahun, Samling Group

34.Ong Leong Huat RM 0.621 billion, 67 tahun, OSK Holdings

35. Leong Hoy Kum RM 0.618 billion, 54 tahun, Mah Sing Group

36.Lee Swee Eng RM 0.570 billion, 56 tahun, KNM Group

37.Raja Eleena Raja Azlan Shah RM 0.568 billion, 50 tahun, Gamuda

38.Tan Heng Chew RM 0.557 billion, 65 tahun, Tan Chong Motors Holding

39.Stanley Thai Kim Sim RM 0.539 billion, 51 tahun, Supermax Corp

40.Tony Tiah Thee Kian RM 0.524 billion, 64 tahun, TA Enterprise

Sementara itu boleh juga melihat Senarai 40 Orang Terkaya Malaysia 2010 Forbes Asia.

Sumber : BERNAMA dan Malaysian Business Feb 16

Tags: azhad, jutawan, malaysian business, millionaire, billionaire, richest, terkaya, malaysiaAzhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com40tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-45648278197862702812011-02-15T14:05:00.000+08:002011-02-15T14:05:24.172+08:00Maulidur Rasul 1432Hari ini 12 Rabiulawwal merupakan ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Kehadiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. telah diutuskan ke dunia ini kepada manusia sebagai penghulu segala rasul. Di antara ciri-ciri terpuji Rasulullah S.A.W. yang mesti dicontohi adalah ketua keluarga yang bertanggungjawab, pemimpin yang bijaksana dan mempunyai akhlak yang sempurna.

Marilah sama-sama kita sentiasa mencontohi tauladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. bagi meningkatkan iman dan ketakwaan diri sebagai umat Islam.

Tags: azhad, maulidur rasul, muhammad, agama, islam, nabi, rasulAzhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-79994328290822600232011-02-14T11:54:00.002+08:002011-02-14T12:13:41.425+08:00Sambut Hari Kekasih HaramValentine's Day atau Hari Kekasih tidak akan lepas daripada mendapat perhatian apabila tibanya 14 Februari setiap tahun. Walaupun begitu kini umat Islam telah mula menyendari bahawa hari kekasih ini tidak boleh diraikan berdasarkan beberapa fakta berkenaan asal usul hari tersebut.

Sememang tidak dinafikan sebelum ini ramai dikalangan umat Islam di Malaysia terutamanya remaja dengan bangga dan gembiranya menyambut Valentine Day kerana tidak mempunyai maklumat yang jelas mengenainya.

Hari Valentine Haram
Pada tahun 2007 Nukilan Jejari Azhad pernah menyenaraikan beberapa artikel berkaitan dengan persoalan berkenaan samada bolehkah hari ini disambut atau diraikan oleh umat Islam. Senarai aktikel tersebut boleh di baca di Hari Valentine.

Alhamdullilah, dewasa ini sudah semakin ramai pihak yang sama-sama dilihat berusaha untuk menyampaikan maklumat berkenaan latar belakang hari kekasih ini terutamanya kepada golongan sasar.

Sementara itu dipaparkan berikut penjelasan ringkas daripada Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah berkenaan beberapa versi sejarah munculnya Hari Valentine dan kenapa ia adalah haram untuk umat Islam menyambutnya.

<object height="344" width="425"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/ukeO-35vAGA?hl=en&fs=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/ukeO-35vAGA?hl=en&fs=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>

Semoga dengan pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak, kesedaran berkenaan Hari Valentine atau Hari Kekasih ini akan dapat ditingkatkan. Kita juga marilah sama-sama saling ingat-mengingatkan antara semua saudara seagama kita.

Tags: valentine day, hari kekasih, sambut, ustazah Bahyah, agama, islam, azhadAzhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-25818794937740566332011-01-04T16:06:00.001+08:002011-01-04T17:34:55.473+08:00Tahun Baru Masihi 2011Kita baru sahaja menyambut Maal Hijrah 1432 pada 7 Disember 2010 yang lalu. Kini kita melalui satu lagi tahun baru tapi kali ini tahun baru masihi. Nampaknya sambutan tahun baru masihi masih lagi lebih dirai dan diingati daripada tahun baru hijrah. Satu perkara yang menjadi perhatian ramai semasa sambutan tahun baru masihi ini adalah isu pergaulan bebas yang menjurus kepada perzinaan. Marilah sama-sama kita Menjauhi Zina.

1432H 2011M
Di samping itu bermulanya kalendar 2011 bermakna bermulalah sesi persekolahan dan kuliah yang baru. Ada yang baru masuk tadika atau sekolah rendah dan sebahagian pula melangkah ke sekolah menengah. Ataupun sekurang-kurangnya akan naik ke darjah atau tingkatan yang baru. Sementara itu para pelajar di universiti, institut maupun kolej pula akan melangkah ke semestar baru juga.

Bermulanya kelas atau kuliah untuk tahun ini sepatutnya disertai dengan azam untuk melakukan lebih baik daripada tahun sebelumnya. Pencapaian tahun lepas boleh dijadikan landasan untuk menetapkan matlamat tahun ini. Kegagalan dahulu pula boleh diambil sebagai panduan membaiki diri. Kita perlu yakin dengan diri kita untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dengan mengikut Langkah Mewujudkan Keyakinan Diri itu. Keyakinan ini dengan diiringi usaha yang bersungguh-sungguh serta berterusan, bersama doa dan tawakal kita tentu akan menghasilkan sesuatu.

Bagi pelajar tahun 6, tingkatan 3, tingkatan 5 dan tingkatan 6 yang akan menduduki UPSR, PMR, SPM, dan STPM tahun ini lebih penting kepada anda semua. Bagi pelajar matrikulasi dan universiti setiap tahun dan semestar itu penting kerana sistem penilaian GPA/CGPA.

Bukan sahaja pelajar malah guru, pensyarah, kakitangan pejabat, tuanpunya syarikat dan sesiapa sahaja perlu duduk sejenak memikirkan apa yang telah mereka lalui dan lakukan sepanjang 2010 yang lalu. Apa yang baik itu perlu dikekal dan dipertingkatkan, apa yang buruk itu perlu dikurangkan atau terus ditinggalkan.

Selamat tahun baru 2011...Azhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-49200322731838111322010-12-06T14:45:00.000+08:002010-12-06T14:45:35.690+08:00Maal Hijrah 1432Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

1 Hijrah = 622 Masihi
Rasullulah SAW berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail as melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda.

Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Mekah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Mekah secara senyap-senyap ke Madinah (Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Mekah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Mekah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail as menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq ra dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib ra. Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali ra tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah SAW. Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah SAW. Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali as dan bukannya Rasulullah SAW bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah SAW keluar dari rumah itu.

Rasulullah SAW dan Abu Bakr as keluar dari Mekah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah SAW dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah SAW tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah SAW dan Abu Bakr as tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.

Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya.

Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Mekah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah SAW dan Abu Bakr as meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.

Sementara itu, kaum Quraish di Mekah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah SAW. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah SAW dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah SAW dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah SAW dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah SAW. Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Mekah.

Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah SAW akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah SAW mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

Nota : Sila rujuk Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah.

Tags: bulan muharam, tahun hijrah, mekah, madinah, rasulullah, agama, islam, azhadAzhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-38860328930845989262010-11-23T17:46:00.000+08:002010-11-23T17:46:59.979+08:00Peperiksaan SPM Dan STPM 2010Sekali lagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah pun bermula. Kedua-dua peperiksaan bertulis untuk SPM dan STPM ini bermula hari ini iaitu 23 November 2010. Peperiksaan SPM 2010 akan berakhir pada 20 Disember dan STPM pula pada 16 Disember. Peperiksaan ini akan menentukan arah seterusnya di mana para pelajar ini berpeluang untuk melanjutkan pelajaran.

Jumlah Calon

Peperiksaan SPM 2010 menyaksikan seramai 467,970 orang calon mendudukinya di 3,594 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan merupakan bilangan yang terbesar iaitu seramai 410,083 orang. Calon Persendirian Individu pula di tempat kedua iaitu seramai 31,296 orang. Ini diikuti dengan calon Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Rakyat seramai 11,248 orang. Sementara calon dari Sekolah Menengah Agama Negeri seramai 8,127 orang. Bilangan yang paling sedikit adalah calon dari MRSM, MTD dan Sekolah Perantis Tentera iaitu seramai 7,216 orang.

Manakala itu seramai 53,674 orang calon menduduki peperiksaan STPM 2010 di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. Sama seperti SPM bilangan yang terbesar adalah dari calon Sekolah Kerajaan iaitu seramai 47,369 orang. Diikuti dengan calon Persendirian Individu seramai 4,593 orang, 1,467 calon Sekolah Swasta, 235 calon Sekolah Kerajaan Negeri dan 10 calon Sekolah Integriti.

Keputusan Peperiksaan SPM dan STPM 2010
Keputusan peperiksaan SPM 2010 dijangka akan diumumkan dalam bulan Mac 2011. Pada tahun ini keputusan SPM 2009 telah diumumkan pada 11 Mac 2010. Pada tahun hadapan bagi SPM 2010 mungkin akan diumumkan dalam minggu 7 - 11 Mac 2011 itu.

Keputusan peperiksaan STPM 2010 pula dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Februari 2011. Pada tahun ini keputusan STPM 2009 telah diumumkan pada 25 Februari 2010. Oleh itu pada tahun hadapan bagi STPM 2010 ada kemungkinan akan diumumkan dalam minggu terakhir iaitu 21 - 25 Februari 2011.

Walaupun begitu janganlah memandang peperiksaan SPM atau STPM ini sebagai penghujung atau destinasi pembelajaran. Sebaliknya anggaplah peperiksaan ini sebagai satu titik dari berbagai titik peristiwa dalam perjalanan kehidupan. Oleh itu walau apapun keputusan peperiksaan ini nanti fikirkan cara yang terbaik untuk meneruskan usaha untuk mencapai cita-cita atau melaksanakan apa yang diminati.

All the best untuk semua calon kedua-dua peperiksaan ini.

Tags: peperiksaan, spm, stpm, tingkatan 5, spm 2010, sijil pelajaran malaysia, keputusan spm 2010, 2010, peperiksaan spm, tingkatan 6, stpm 2010Azhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-34796098185834651342010-11-17T13:11:00.000+08:002010-11-17T13:11:42.767+08:00Bagaimana Seharusnya Kita BerkorbanIbadah haji adalah merupakan salah satu Rukun Islam yang wajib dilaksanakan oIeh setiap umat Islam yang telah mencapai syarat-syarat kemampuannya. Satu daripada acara penting yang mengiringi ibadah haji di dalam bulan ini ialah Ibadah Korban.

Ia merupakan satu amalan yang disunatkan oIeh Islam dan amat digalakkan oIeh Baginda Rasulullah s.a.w. sebagaimana hadith daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Barangsiapa yang mempunyai kelapangan untuk berkorban tetapi ia tidak melakukannya, maka janganlah ia menghampiri tempat kami bersolat ini"

(Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Hadith ini menunjukkan betapa amalan korban ini sesuatu yang amat dititik-beratkan oIeh Baginda Rasulullah s.a.w. Ibadah korban disyariatkan apabila nabi Ibrahim Alaihissalam menerima ujian yang amat berat daripada Allah SWT. sebagaimana yang dirakamkan di dalam surah As-Soffaat ayat 102-109 yang bermaksud;

"Maka Tatkala anaknya berumur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Ibrahim berkata; "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab, "Wahai ayah! jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah, ayah akan dapati aku adalah daripada orang yang sabar". Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan (nabi) Ibrahim membaringkan anaknya dengan mengerengkan mukanya di atas tompok tanah, lalu Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!, engkau telah membenarkan mimpi itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berbuat baik. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; dan Kami abadikan baginya (nama yang dikenang) di kalangan umat akan datang: "Salam sejahtera kepada Ibrahim".

Demikianlah betapa besarnya pengorbanan yang dilakukan oIeh nabi Ibrahim dan anaknya Ismail Alaihimassalam yang menjadi bukti betapa teguh dan kukuhnya keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah SWT.

Ibadah Korban ialah dengan menyembelih binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau dan kambing. Ia dilakukan pada 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya dengan mengagihkan sebahagian daripada daging itu kepada golongan fakir dan miskin.

Konsep korban bukan sahaja terbatas dengan penyembelihan atau pun waktu, bahkah ianya juga termasuk dengan pengorbanan harta, wang ringgit, masa, tenaga dan seluruh kehidupan kita. Namun fenomena dan cabaran yang kita hadapi pada ketika ini berlaku pada setiap detik dan saat.

Cabaran yang dihadapi ini memerlukan kita melakukan banyak pengorbanan pada setiap masa. Masyarakat kita umumnya mengahadapi cabaran dari Anasir-anasir Barat yang cuba meruntuhkan akhlak dan moral muda-mudi kita pada hari ini. Hasilnya apa yang kita dapat lihat bayi-bayi kecil yang tidak berdosa menjadi korban ibu bapanya yang tidak bertangggungjawab. Krisis akhlak seperti ini telah pun menular bukan sahaja pada peringkat umur remaja, bahkah juga pada peringkat dewasa mahu pun orang tua.

Begitu juga dengan para pemimpin kita yang tidak terlepas menghadapi cabaran dalam menunaikan amanah mereka sebagai pemimpin masyarakat. Inilah antara bentuk cabaran yang amat menduga keimanan dan ketakwaan kita dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Maka sudah pastilah memerlukan pengorbanan yang besar untuk memelihara keimanan dan

ketakwaan kita kepada-Nya.

Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya harus dijadikan contoh teladan yang utama kepada setiap individu Muslim sebagai motivasi melakukan pengorbanan. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya telah pun membuktikan kejayaan mempertahankan iman dan memartabatkan Islam melalui pengorbanan harta dan jiwa raga mereka sehinggakan Islam dapat dinikmati oIeh seluruh umat manusia pada hari ini.

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai contohnya, telah menafkahkan seluruh harta kekayaannya untuk digunakan pada jalan Allah SWT. Apabila ditanya oIeh Rasulullah s.a.w. apa yang ditinggalkan untuk ahli keluarganya, beliau menjawab; Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga dengan sahabatsahabatnya yang lain seperti Zubir bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah dan ramai lagi. Mereka ini adalah ahli perniagaan yang berjaya dan memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi mereka tidak pernah lupa menafkahkan hasil perniagaan mereka untuk kepentingan Islam. Jiwa dan keimanan mereka amat kental sehingga tidak mampu ditewaskan oIeh harta kekayaan yang mengelilingi kehidupan mereka.

Dalam usaha mempertahankan keimanan dan mempertingkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT., sudah semestinya memerlukan kepada berbagai-bagai pengorbanan. Maka apakah pengorbanan-pengorbanan itu?

Pengorbanan Harta Benda

Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT. di dalam surah Ali Imran ayat 92 yang bermaksud

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu mendermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya".

Melalui ayat ini, Allah SWT. mendidik hamba-Nya supaya menjauhi sifat tamak atau bakhil dengan cara mendermakan sebahagian harta yang mereka sayangi kepada orang lain yang memerlukan. Para sahabat Rasulullah s.a.w. seperti Abu Bakar, Omar, Abu Talhah dan lain-lain lagi, apabila mendengar Rasulullah s.a.w. membacakan ayat ini, maka mereka terus berlumba-lumba mendermakan harta mereka pada jalan kebajikan. Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah".

Pengorbanan Masa

Masa mempunyai nilai yang amat tinggi di sisi Allah SWT. dan juga di sisi manusia. Allah SWT. telah menjelaskan bahawa manusia akan mengalami kerugian apabila mereka tidak menggunakan masa dengan sebaiknya. Firman Allah SWT. dalam surah Al-Asr ayat 1 - 3:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".

Manusia di zaman ini banyak mengorbankan masanya pada perkara-perkara keduniaan. Mereka beralasan bahawa bahagian kehidupan di dunia ini tidak boleh ditinggalkan semata-mata kerana mengejar kehidupan akhirat. Lantaran itu mereka terus disibukkan dengan mengejar kekayaan dunia siang dan malam sehingga mereka lupa akan kewajipan mereka terhadap Allah SWT.

Inilah golongan manusia yang mendapat kerugian di akhirat kerana masa yang telah mereka korbankan hanyalah untuk mendapatkan keuntungan di dunia semata-mata.

Pengorbanan Tenaga Dan Jiwa Raga

Sesungguhnya seseorang yang sanggup mengorbankan jiwa raga untuk mencapai sesuatu matlamat memerlukan kekuatan dalaman yang amat luar biasa. Kekuatan ini hanya akan dapat dilahirkan apabila kita mempunyai keimanan yang teguh kepada Allah SWT.

Inilah pengorbanan terbesar nabi Ibrahim Alaihissalam dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Inilah juga pengorbanan terbesar para sahabat Rasulullah s.a.w. dalam perjuangan menegakkan panji-panji Islam di muka bumi Allah ini.

Di kalangan para sahabat ini ada yang gugur syahid di medan peperangan, ada yang luka parah terkena tusukan pedang dan anak panah dan ada juga yang cacat anggota tubuhnya semata-mata kerana mempertahankan maruah dan kesucian agama Islam. Firman Allah SWT. di dalam surah At-Taubah ayat 111;

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang yang beriman, jiwa dan harta benda mereka dengan mengurniakan ganjaran syurga kepada mereka, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah, lalu ada antara mereka yang membunuh dan terbunuh"

Kita seharusnya mengambil iktibar dari pengorbanan para sahabat dalam menegakkan dan mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini. Semangat dan kekentalan jiwa mereka mestilah disematkan ke dalam diri kita untuk meneruskan perjuangan mengajak manusia ke arah kebaikan di dunia ini.

Kita berbangga kerana masih ada saudara seislam kita yang sanggup bergadai nyawa meredah lautan semata-mata ingin membantu umat Islam lain yang sedang menderita. Kita juga berbangga kerana para pemimpin kita di pelbagai peringkat tidak berbelah bahagi dalam memberi sokongan padu kepada perjuangan membela nasib umat Islam di serata dunia.

Mudah-mudahan dengan segala bentuk pengorbanan ini akan dapat terus memantapkan iman dan memartabatkan Islam di muka bumi Allah ini.

"Sesiapa yang berjihad maka sesungguhnya dia hanyalah berjihad untuk kebaikan dirinya sendiri, sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk".

(Al-Ankabut : 6)

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.

Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianMu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Sumber : Jabatan Agama Islam Selangor

Technorati Tags: azhad, agama, raya, qurban, aidil adhaAzhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com12tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-82152100647283528232010-11-03T16:32:00.002+08:002010-11-04T17:12:13.899+08:00Riwayat Seorang Ibu<object width="480" height="385"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/Q81GPQ8W3Kw?fs=1&hl=en_US&rel=0&color1=0x006699&color2=0x54abd6"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/Q81GPQ8W3Kw?fs=1&hl=en_US&rel=0&color1=0x006699&color2=0x54abd6" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="480" height="385"></embed></object>

Riwayat Seorang Ibu

Ibu...

Setelah kau tiada

Kenangan manis bersamamu sering muncul

Keheningan malam begini sering menggamit

Belai kasih dan ukiran senyummu ibu...

Ibu...

Setiap kesusahan hidup insan yang ku lihat

Aku sering membayangkan

Itulah pengalamanmu

Melahir dan membesarkan 10 orang anak-anakmu

Sudah cukup menyiksakan

Tetapi menerima dugaan dari karenah anak-anakmu

Jauh lebih berat dari itu

Ibu...

Sewaktu hayatmu dulu

Telah ku cuba semampuku

Untuk membahagiakanmu

Dan waktu itu aku kira cukup

Memadai dengan kemampuanku

Waktu itu aku kira, ia cukup

Untuk membalas jasamu

Tapi kini ibu..

Seringku rasakan

Bahawa aku tidak pernah berbakti

Sama sekali untukmu

Tidak cukup dan tidak mungkin

Akan cukup sama sekali

Untuk membalas pengorbananmu

Oh ibu...

Aku ingin sekali kiranya

Kau ada di sisi saat ini

Mengecap nikmat hidup bersama kami

Menikmati hidup hasil pengorbananmu

Ibu...

Masih ku ingat lagi di zaman kecilku

Saban hari kau hidup berpanas berhujan

Di gelap pekat sebelum subuh lagi

Di waktu insan lain masih lena tidur

Ibu berlampu minyak keluar bekerja

Diterik mentari siang engkau menjemur diri

Bersawah, berladang

Di getah tua ibu sabar memotong

Engkau tabah tidak meminta tolong

Ibu...

Berbelas tahun aku merantau menuntut ilmu

Berjuang atas keringat dan pengorbananmu

Abang dan kakak juga begitu

Kononnya berusaha untuk membahagiakanmu

Namun

Alangkah malangnya dikau wahai ibu

Belum pun puas aku berbakti kepadamu

Dikau pergi ke pangkuan Ilahi

Pergi buat selamanya tidak kembali lagi

Masih ku ingat lagi ibu

Di tapak rumah usang ini

Ku tinggalkan dikau kesepian mengurus diri

Di rumah yang bocor di sana sini

Di bawah panas zink yang tidak bersiling

Di lantai simen engkau berguling

Tidak beralas mencari dingin

Mengimbangi bahang panas atap zink

Tidak seperti anak cucumu ibu

Semuanya kini tinggal di rumah batu

Lengkap dengan kipas angin

Lengkap dengan hawa dingin

Ibu...

Mulia hatimu tidak terperi

Ibarat lilin membakar diri

Berbakti dengan setulus hati

Dan darimu ibu banyak aku pelajari

Erti kepatuhan pertiwi

Erti pengabdian Ilahi

Erti kebaktian di alam ini

Erti pengorbanan insani

Ibu...

Aku amat bersyukur sekali

Mendapat ibu yang sangat disenangi

Dinilai amal budi dan bakti

Hingga pemergianmu ibu ditangisi

Seluruh laman dan rumah usang dibanjiri

Memberi penghormatan terakhir kali

Mengirim jasadmu ke pusara sepi

Pergi menemui Ilahi

Ibu...

Ampunkanlah aku

Jika pernah mengecewakanmu

Halalkanlah setiap tetes susumu ibu

Yang kau beri untuk menghisupkan aku

Halalkan setiap tetes

Keringat pengorbananmu ibu

Sepanjang hayatmu

Untuk membahagiakan ku

Ya Tuhan...

Ampunilah segala dosa ibu

Janganlah kau siksa ia

Kau rahmatilah, kau kasihilah ia

Sepertimana ia mengasihi aku sejak kecil

Berilah aku petunjuk dan hidayahMu ya Tuhan

Agar aku dapat menyambung amal ibu

Dan demi mu ibu

Aku wakafkan harta dan diri ini

Aku rasakan hidup ini singkat sekali

Ingin ku sambung amal dan bakti mu

Untuk membahagiakan insan seperti mu

Insan yang bernama ibu

Al-fatihah buatmu ibu

Al-Fatihah...

Lihat juga Sajak Untuk Ibu

Technorati Tags: azhad, sajak, puisi, ibu, hari ibuAzhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-21257260682999295042010-10-05T17:55:00.000+08:002010-10-05T17:55:36.747+08:00Peperiksaan PMR 2010Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2010 bermula hari ini 5 Oktober 2010 dan akan berakhir pada 12 Oktober 2010 ini. Seramai 479,675 orang calon akan menduduki peperiksaan PMR 2010 di di 3,499 pusat peperiksaan yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

479,675 calon
Di antara mata pelajaran yang ditawarkan bagi peperiksaan PMR adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Geografi, Sejarah, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.

Daripada seramai 479,675 orang calon PMR, 446,896 orang adalah calon dari Sekolah Bantuan Penuh, 5,069 orang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera, 11,370 orang calon dari Sekolah Agama Tadbiran Negeri, 14,756 orang calon dari Sekolah Swasta, 334 orang calon Persendirian Perseorangan dan 1,250 orang calon dari Sekolah Agama Rakyat.

Laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia ada menyediakan Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2010 untuk rujukan dan panduan kepada mereka yang memerlukannya.

Sementara itu semasa menduduki peperiksaan PMR ini, mereka yang berminat untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh boleh membuat permohonan dengan merujuk kepada Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 4 2011. Sekolah Berasrama Penuh (SBP) menawarkan 4 aliran iaitu Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Sains Teknikal. Tarikh tutup permohonan SBP 2011 adalah 15 Oktober 2010.

Mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran di Maktab Rendah Sains MARA boleh membuat permohonan dengan merujuk kepada Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2011. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menawarkan jurusan Sains Tulen. Tarikh tutup permohonan MRSM 2011 adalah 21 Oktober 2010.

Di samping itu mereka yang berminat untuk belajar di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional boleh membuat permohonan dengan merujuk kepada Permohonan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2011. Sekolah Menengah Teknik menyediakan aliran Teknikal, Vokasional dan Kemahiran. Manakala Sekolah Menengah Vokasional menyediakan aliran Vokasional dan Kemahiran.

Keputusan peperiksaan PMR 2010 ini dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember 2010 nanti.

Tags: peperiksaan, pmr, sbp, pmr 2010, mrsm, penilaian menengah rendah, keputusan pmr 2010, 2010, peperiksaan pmr, tingkatan 3, tingkatan 4Azhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-6489083587206062692010-08-27T14:23:00.000+08:002010-08-27T14:23:11.786+08:00Tema Hari Kemerdekaan 2010 Ke 53Sekali lagi sambutan Hari Merdeka 2010 akan jatuh dalam bulan Ramadan sama seperti tahun lepas. Pada tahun lepas sambutan hari kemerdekaan ini pada mulanya telah dijadualkan untuk diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil tetapi telah diubah ke perkarangan Bangunan Parlimen dengan skala majlis yang lebih kecil. Ketika itu masalah influenza A H1N1 sedang melanda negara.

Tema Hari Kemerdekaan 2010 Kali ke 53 ini adalah 1Malaysia Menjana Transformasi. Perkataan 1Malaysia masih dikekal pada tahun ini. Bagi sambutan kemerdekaaan tahun 2010 ini juga akan dijayakan dengan secara sederhana, termasuklah Acara Perbarisan dan Perarakan Kemerdekaan yang akan diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Selain acara perbarisan dan perarakan terdapat beberapa lagi program sambutan kemerdekaan yang telah bermula dari bulan Julai sehinggalah ke bulan September nanti. Di antara aktiviti tersebut adalah Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang, Pertandingan Pidato dan Esei Kebangsaan, Peraduan Merekacipta Kad Hari Kemerdekaan, Peraduan Mencipta Pantun Kemerdekaan, Pameran Kemerdekaan Wira Yang Tidak Dicanang, Pameran Memperingati Detik Sejarah Kemerdekaan, Majlis Berbuka Puasa Muhibbah 1Malaysia dan lain-lain. Sila rujuk senarai Aktiviti dan Program Sempena Sambutan Kemerdekaan ke 53.

Perayaan Hari Malaysia juga termasuk di dalam sambutan kemerdekaan. Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September telah diumumkan sebagai hari cuti umum mulai tahun ini. Hari Malaysia ini merupakan tarikh di mana negara Malaysia ditubuhkan dengan gabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Logo Sambutan Kemerdekaan 2010

Logo Kemerdekaan 1Malaysia

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia.

Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Logo yang sama telah digunakan pada tahun lepas.

Lagu 1Malaysia yang sama juga digunakan pada tahun ini.

LAGU 1MALAYSIA

Berdiri teguh di bumi nyata

Untuk Semangat Satu Malaysia

Sepakat Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan

Perpaduan Merapat-rapat

Toleransi kaum amalan bersama

Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan

Tanggungjawab kita semua

Jadi teras bangsa mulia

Kita bina Satu Malaysia

Korus

Satu Malaysia jadi pegangan

Rukun negara teras panduan

Satu Malaysia benteng negara

Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x

Satu Malaysia untuk semua

Pencipta Lagu : Nik Nizam

Penulis Lirik : Lokgha

VIDEO 1MALAYSIA

<object height="405" width="500"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/mNWm8URKZvM?fs=1&hl=en_US&rel=0&color1=0x006699&color2=0x54abd6&border=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/mNWm8URKZvM?fs=1&hl=en_US&rel=0&color1=0x006699&color2=0x54abd6&border=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="500" height="405"></embed></object>

Maklumat yang lebih terperinci mengenai sejarah dan sambutan kemerdekaan boleh diperolehi dari laman web rasmi Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 53.

Lagu dan Video Satu Malaysia oleh LimKokWing University

<object height="405" width="500"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/hwAOsnMqbcY?fs=1&hl=en_US&rel=0&color1=0x006699&color2=0x54abd6&border=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/hwAOsnMqbcY?fs=1&hl=en_US&rel=0&color1=0x006699&color2=0x54abd6&border=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="500" height="405"></embed></object>

Technorati Tags: lagu tema, lirik, video, logo, slogan, satu malaysia, 1 malaysia, kemerdekaan 2010, merdekaAzhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-86236573609135622742010-08-12T16:12:00.001+08:002010-08-12T16:14:01.222+08:00Salam Ramadhan Al-Mubarak 1431HBulan yang dinanti sudah pun tiba. Seluruh umat Islam telah pun mula berpuasa dan melakukan pelbagai ibadah di sepanjang bulan Ramadhan ini. Di dalam bulan ini ada berbagai bonus dan tawaran istimewa pahala yang ditawarkan. Lakukanlah segala ibadah itu dengan ikhlas dan kerana Allah s.w.t. dan bukan kerana ingin berbangga, menunjuk-nunjuk atau mahu orang lain mengetahuinya.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pembaca dan pengunjung blog ini. Semoga kualiti puasa dan ibadah kita tahun ini akan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, insyaAllah.

Technorati Tags: bulan puasa, bulan ramadhan, ibadah, ramadhan, puasa, agama, islam, azhadAzhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-91969528523475495352010-07-13T17:49:00.003+08:002010-07-13T17:55:01.417+08:00Tarikh PC Fair 2010 IIPikom PC Fair 2010 kali kedua untuk tahun ini telah pun bermula di Tawau pada 2 - 4 Julai 2010 yang lalu. PC Fair ini memang dinanti-nantikan oleh orang ramai kerana mereka berpeluang untuk mendapatkan barangan komputer dan yang berkaitan di bawah satu bumbung. Ini memberi peluang orang ramai untuk melihat barangan terbaru di pasaran dan juga membuat perbandingan harga.

Para pelajar institut pengajian tinggi juga terutama yang baru memulakan semestar pertama bulan Julai ini berpeluang mendapatkan komputer riba yang bersesuai dengan keperluan dan kemampuan masing-masing.

Tarikh dan lokasi PC Fair 2010 yang kedua tahun ini adalah seperti berikut;

2 Julai - 4 Julai 2010

Tawau - Dewan Masyarakat

9 Julai - 11 Julai 2010

Johor Bahru - Persada Johor

Alor Star - Alor Star Mall

15 Julai - 17 Julai 2010

Kota Bharu - KB Mall

Kuala Terengganu - Terengganu Trade Centre

16 Julai - 18 Julai 2010

Batu Pahat - Batu Pahat Mall

30 Julai - 1 Ogos 2010

Pulau Pinang - PISA

Kuantan - Berjaya Mall

Melaka - MITC

Seri Manjung - Dewan Merdeka

6 Ogos - 8 Ogos 2010

Kuala Lumpur - KL Convention Centre

Sungai Petani - Village Mall

Kota Kinabalu - 1Borneo

Muar - Dewan Jubli Intan

27 Ogos - 29 Ogos 2010

Ipoh - Stadium Indera Mulia

PC Fair 2010 II ini dibuka secara percuma dari pukul 11.00 pagi hingga 9.00 malam. Maklumat lanjut mengenai PC Fair ini boleh diperolehi di laman web rasmi PC Fair 2010.

Technorati Tags: pikom, pc fair, computer.komputer, exhibition, pameran, azhadAzhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-2089408830648868062010-06-15T15:40:00.004+08:002011-02-20T15:07:15.470+08:00Senarai 40 Orang Terkaya Malaysia 2010 Forbes AsiaSenarai Terkaya Forbes Asia Malaysia bagi tahun 2010 menunjukkan Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok kekal sebagai rakyat Malaysia yang paling kaya dengan nilai bersih AS$ 12 bilion, meningkat daripada AS$9 bilion setahun lalu. Menurut Forbes, Kuok menduduki tempat itu setiap tahun sejak Forbes Asia memulakan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya pada 2006.

TERKINI : Senarai 40 Orang Terkaya Malaysia 2011

Tan Sri Ananda Krishnan pula menduduki tempat kedua dengan nilai bersih AS$8.1 bilion, juga meningkat daripada AS$7 bilion pada tahun lalu. Beliau juga mengekalkan ranking yang sama setiap tahun sejak 2006.

Sila rujuk cerita penuh di Orang Terkaya Malaysia 2010 Forbes Asia

Senarai 40 orang terkaya di Malaysia 2010 menurut Forbes Asia:

1.(1) Robert Kuok AS$ 12 billion(9), pelbagai, 86, berkahwin, 8 orang anak.

2.(2) Ananda Krishnan AS$ 8.1 billion(7), telekom, 72, berkahwin, 3 orang anak.

3.(3) Lee Shin Cheng AS$ 4.6 billion(3.2), minyak sawit, 71, berkahwin, 6 orang anak.

4.(4) Lee Kim Hua AS$ 3.9 billion(2.5), perjudian, 81, janda, 6 orang anak.

5.(6) Quek Leng Chan AS$ 3.85 billion(2.3), pelbagai, 69, berkahwin, 3 orang anak.

6.(5) Teh Hong Piow AS$ 3.8 billion(2.4), bank, 80, berkahwin, 4 orang anak.

7.(7) Yeoh Tiong Lay AS$ 2.5 billion(1.8), pelbagai, 80, berkahwin, 7 orang anak.

8.(8) Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.7 billion(1.1), pelbagai, 58, berkahwin, 5 orang anak.

9.(10) Vincent Tan AS$ 1.6 billion(0.75), pelbagai, 58, berkahwin, 11 orang anak.

10.(9) Tiong Hiew King AS$ 1.2 billion(1), perkayuan, 75, berkahwin, 4 orang anak.

11.(11) Azman Hashim AS$ 660 juta(470), kewangan, 70, berkahwin, 5 orang anak.

12.(17) Lee Oi Hian dan Lee Hau Hian AS$ 560 juta(210), pelbagai, 59/56, berkahwin, 4/1 orang anak.

13.(33) Yaw Teck Seng dan Yaw Chee MingAS$ 480 juta(113), perhutanan, 72/50, berkahwin, 8 orang anak.

14.(-) Lim Wee Chai, AS$ 470 juta, sarung tangan getah, 52, berkahwin, 2 orang anak.

15.(12) William H.J. Cheng AS$ 430 juta(390), peruncitan, 67, berkahwin, 3 orang anak.

16.(34) Goh Peng Ooi AS$ 425 juta(112), perisian, 55, berkahwin, 2 orang anak.

17.(14) Lim Kok Thay AS$ 360 juta(225), perjudian, 58, berkahwin, 3 orang anak.

18.(23) Jeffrey Cheah AS$ 350 juta(185), hartanah, 65, berkahwin, 3 orang anak.

19.(15) Anthony Fernandes AS$ 330 juta(220), penerbangan, 46, berkahwin, 2 orang anak.

20.(13) G. Gnanalingam AS$ 320 juta(260), pelabuhan, 65, berkahwin, 3 orang anak.

21.(19) Kamarudin Meranun AS$ 300 juta(205), penerbangan, 49, berkahwin, 5 orang anak.

22.(18) Chan Fong Ann AS$ 290 juta(209), minyak sawit, 79, berkahwin.

23.(-) Shahril dan Shahriman Shamsuddin AS$ 270 juta, minyak & gas, 47/41.

24.(-) A.K. Nathan AS$ 250 juta, pembinaan, 54, berkahwin, 2 orang anak.

25.(20) Chong Chook Yew AS$ 230 juta(200), pendidikan, 88, janda, 4 orang anak.

26.(16) Mokhzani Mahathir AS$ 215 juta(215), gas, 49, berkahwin, 5 orang anak.

27.(25) Ahmayuddin Ahmad AS$ 210 juta(175), pelabuhan, 53, berkahwin, 4 orang anak.

28.(27) Lau Cho Kun AS$ 200 juta(165), pelbagai, 74, berkahwin.

29.(21) Chen Lip Keong AS$ 180 juta(195), perjudian, 62, berkahwin.

30.(22) Lee Swee Eng AS$ 155 juta(190), perkhidmatan minyak, 54, berkahwin.

31.(29) Liew Kee Sin AS$ 150 juta(140), hartanah, 51, berkahwin, 4 orang anak.

32.(-) Nazir Razak AS$ 145 juta, bank, 43, berkahwin, 2 orang anak.

33.(35) Eleena Azlan Shah AS$ 141 juta(110), infrastruktur, 50, berkahwin, 2 orang anak.

34.(-) Ong Leong Huat, AS$ 140 juta, pelbagai, 66, berkahwin, 5 orang anak.

35.(31) Rozali Ismail AS$ 136 juta(130), infrastruktur, 52, berkahwin, 6 orang anak.

36.(40) Kua Sian Kooi AS$ 135 juta(90), insuran, 57, berkahwin, 4 orang anak.

37.(32) Lin Yun Ling AS$ 130 juta(115), infrastruktur, 55, berkahwin, 2 orang anak.

38.(36) David Law Tien Seng AS$ 125 juta(105), perlombongan.

39.(-) Abdul Hamed Sepawi, AS$ 120 juta, perkayuan, 61, berkahwin, 2 orang anak.

40.(37) Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir AS$ 110 juta(100), bank, 62, berkahwin, 3 orang anak.

Angka dalam kurungan merupakan kedudukan dan nilai pada tahun lepas.

Mereka yang terkeluar daripada senarai tahun ini adalah;

1.Lee Hau Hian (26), 56, berkahwin, 1 orang anak.

2.Vinod Sekhar (28), 42, berkahwin, 2 orang anak.

3.Tiah Thee Kian (30), 62, berkahwin, 5 orang anak.

4.Hamdan Mohamad (38), 54, berkahwin, 2 orang anak.

5.Tan Teong Hean (39), 66, berkahwin, 3 orang anak.

Menurut Forbes, senarai di atas disusun dari maklumat yang diperolehi dari individu, bursa saham, dokumen awam dan penganalisis. Kekayaan peribadi yang dimiliki adalah dianggarkan dengan menggunakan laporan kewangan yang disediakan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Semua penilaian tersebut dikira dengan menggunakan harga saham dan nilai tukaran mata wang pada 14 Mei 2010.

Sumber : Forbes

Lihat juga;

~ Senarai 40 orang terkaya di Malaysia untuk 2009

~ Senarai 40 orang terkaya di Malaysia untuk 2008

~ Senarai 40 orang terkaya di Malaysia untuk 2007

Technorati Tags: azhad, jutawan, forbes asia, millionaire, billionaire, richest, terkaya, malaysiaAzhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com21tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-39678497638789886922010-06-15T13:38:00.005+08:002010-06-15T15:42:24.501+08:00Orang Terkaya Malaysia 2010 Forbes AsiaEkonomi Malaysia telah meningkat sebanyak 10% pada suku tahun pertama 2010, kadar pertumbuhan tertinggi dalam satu dekad. Nasib 40 orang terkaya di Malaysia juga meningkat. Jumlah nilai keseluruhan mereka adalah USD 51 billion, lebih tinggi dari USD 36 billion tahun lalu. Malah lebih tinggi dari USD 46 billion nilai keseluruhan mereka pada tahun 2008.

Sila rujuk Senarai 40 Orang Terkaya Di Malaysia Bagi 2010 Menurut Forbes Asia.

Kesemua 40 orang tersebut lebih kaya tahun ini kecuali tiga orang. Goh Peng Ooi merupakan orang yang menpunyai peratus peningkatan yang terbesar, naik 280%, setelah beliau menjual dua syarikat swasta kepada syarikat yang disenaraikan Silverlake Axis. Keuntungan secara keseluruhan ini adalah selari dengan kenaikan 32% Kuala Lumpur Composite Index dan meningkatnya ringgit Malaysia sebanyak 11% terhadap dolar Amerika.

Syed Mokhtar AlBukhary bumiputra terkaya
Robert Kuok dan Ananda Krishnan mempertahankan status mereka sebagai dua orang terkaya di Malaysia. Mereka berdua bernilai USD 20.1 billion atau 40% dari kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia. 10 orang terkaya pula bernilai USD 30 bilion, ini merupakan 59% daripada jumlah keseluruhan.

Vincent Tan kembali tersenarai dalam senarai tahun ini selepas terkeluar selama satu tahun. Kekayaan beliau meningkat dua kali ganda hasil daripada lonjakan nilai saham Berjaya beliau. Beliau telah menghabiskan sebahagian wang pada kelab bola sepak Inggeris Cardiff City. Peningkatan besar lain adalah Lim Kok Thay dari Genting, yang telah melaburkan USD 5 bilion dalam syarikat baru beliau yang membuka resort dan kasino di Singapura.

Pendatang baru di dalam senarai termasuklah AK Nathan seorang kontraktor bangunan dan adik beradik Shahril dan Shahriman Syamsuddin, yang mendapat sebahagian besar wang mereka dari syarikat minyak dan gas SapuraCrest Petroleum, saham syarikat tersebut telah meningkat lebih dari dua kali ganda sejak 2009.

Dalam situasi di mana ahli keluarga bekerja bersama dan memiliki saham dalam perniagaan yang sama, pihak Forbes telah mengabungkan kemewahan mereka di dalam satu senarai. Itulah sebabnya anak-anak Syamsuddin diletakkan bersama-sama. Begitu juga yang berlaku dengan adik beradik Lee Oi Hian dan Lee Hau Hian dan taipan perhutanan ayah dan anak Yaw Teck Seng dan Yaw Chee Ming, yang sebelum ini telah tersenarai secara berasingan.

Sementara itu tiga orang telah kembali dalam senarai selepas terkeluar sebelum ini. Paling ketara adalah adik Perdana Menteri, Nazir Razak, ketua syarikat perkhidmatan kewangan kedua terbesar di Malaysia, CIMB Group.

Di antara lima yang terkeluar dari senarai adalah Vinod Sekhar, yang mengusahakan Green Rubber, syarikat yang mengitar semula tayar lama. Syarikat ini telah dinilai berdasarkan apa yang telah dibayar oleh pelabur swasta untuk saham dalam jangkaan untuk tawaran umum. Setakat ini penawaran awam saham tersebut masih belum berlaku.

Mereka lain yang terkeluar termasuklah Hamdan Mohamad jurutera lepasan Australia yang bersama konglomerat infrastruktur Ranhil, Tan Teong Hean, bekas ketua Southern Bank, yang menjual kesemua saham beliau pada tahun 2006 dan Thee Kian Tiah, salah seorang pengasas Enterprise TA.

Sumber : Forbes AsiaAzhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com430tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-71501005381316132762010-05-06T10:12:00.000+08:002010-05-06T10:12:56.859+08:00Sajak Untuk Ibu, Ayah Dan CikguHari Ibu disambut pada hari Ahad pertama bulan Mei. Hari Bapa diraikan pada hari Ahad ketiga dalam bulan Jun. Manakala Hari Guru ditetapkan pada 16 Mei setiap tahun. Ketiga-tiga hari ini dikhususkan untuk tiga insan yang paling banyak berjasa kepada diri kita. Setiap orang pasti akan mempunyai ketiga-tiga insan ini yang memain peranan dalam membimbing dan membentuk diri kita. Oleh itu sekurang-kurangnya berilah ucapan terima kasih pada hari-hari tersebut kepada mereka yang berkenaan.

Terima Kasih Untuk Ibu, Ayah Dan Cikgu

Terima Kasih Ibu, Ayah Dan Cikgu

Hari ini aku datang lagi

Bers ama rakan-rakan seperjuangan

Dengan satu impian

Satu keazaman

Agar mendapatkan sedikit pengetahuan

Agar boleh dijadiakan pedoman dan panduan

Bukan sahaja bagi tujuan pelajaran

Malahan peperiksaan

Tenma kasih ibu

Tenma kasih ayah

Yang telah bersusah-payah

mendidik anakmu

membesarkan anakmu :

Sehingga anakmu boleh berdiri sendiri

Untuk meneruskan perjuangan

Untuk menjadi anak yang berjaya dan berjasa

Bukan sahaja terhadap agama malahan bangsa dan negara

Terima kasih cikgu

Di atas penat jerihmu

Susah payahmu

Membenkan pendidikan

Membenkan tunjuk ajar

Kepada anak mundmu

Tanpa bosan

Tanpa jemu

Biarpun ada waktu-waktunya

Kau rasa cukup tertekan

Cukup terhimpit

Dengan pelbagai kerenah

Pelbagai tingkah laku kami

lbu, ayah dan cikgu

Doakan kejayaan kami

Saban masa

Agar anakmu

Anak didikmu

Bisa menjadi anak yang cemerlang dalam pelajaran

Cemerlang dalam kehidupan

Di dunia dan

Di akhirat

lbu, ayah dan cikgu

Akan kupastikan segala jasamu

Segala pengorbananmu

Akan ku balas jua

Bersama segulung ijazah

Sebagai membuktikan segala sumbanganmu tidak sia-sia

Terima kasih ibu.....

Terima kasih ayah....

Tenma kasih cikgu....

~ Cikgu Shahabudin Al=Ustaz Mun ~

Technorati Tags: ibu, ayah, cikgu, hari ibu, hari bapa, hari guru, terima kasih, sajakAzhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com10tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-31600098974853102902009-11-17T15:41:00.002+08:002009-11-17T15:43:21.255+08:00Peperiksaan SPM Dan STPM 2009Seramai 465,853 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini di 3,569 pusat dengan 23,864 petugas di seluruh negara. Jumlah itu meliputi 406,420 calon Kementerian Pelajaran, 32,561 calon persendirian, 7,071 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah perantis tentera, 8,765 calon sekolah agama negeri serta sekolah agama rakyat dan 11,036 calon sekolah swasta.

SPM dan STPM
Sementara itu seramai 55,635 calon akan menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 758 pusat peperiksaan di seluruh negara. Mereka ini terdiri daripada 48,774 calon sekolah kerajaan, 1,632 calon sekolah swasta, 4,768 calon persendirian, 457 calon sekolah kerajaan negeri dan empat calon Sekolah Integriti.

Bagi memastikan para calon fokus kepada peperiksaan diduduki, sekali gus memperoleh markah maksimum serta cemerlang dalam peperiksaan penting ini, mereka perlulah menjaga kesihatan mental dan fizikal, selain bijak mengurus masa sebagai persediaan terakhir menghadapi peperiksaan yang akan bermula esok 18 November.

Memandangkan sekarang musim hujan dan banjir, semua calon diingatkan supaya membuat persiapan awal menghadapi sebarang keadaan yang mungkin menghalang atau menyebabkan mereka tergendala ke pusat peperiksaan mengikut jadual. Pada masa sama, calon diminta sentiasa peka dan mengikuti perkembangan terkini melalui media massa sekiranya berlaku sebarang pindaan jadual atau perubahan pusat peperiksaan.

Walaupun begitu langkah persediaan sebelum, semasa dan selepas banjir sudah dibuat oleh semua pihak terbabit bagi memastikan peperiksaan dapat berjalan lancar mengikut jadual.

Sekolah berisiko tinggi menghadapi banjir telah diarah menyediakan bilik peperiksaan alternatif yang lebih selamat. Mana-mana calon yang mungkin diancam banjir juga telah dikenal pasti bagi memudahkan sebarang bentuk bantuan seperti tempat tinggal, makanan dan keperluan asas, disalur atau disediakan dengan segera.

Di samping banjir, ancaman Influenza A (H1N1) juga perlu diberi perhatian. Para calon peperiksaan dan keluarga mereka perlulah mengikuti perkembangan semasa wabak penyakit serta peka kepada maklumat terkini, bagi mengelak penularan virus Influenza A (H1N1). Arahan pencegahan penyakit Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan haruslah dipatuhi.

Bagi menghadapi sebarang kemungkinan bilik gerakan telah ditubuhkan. Bilik Gerakan SPM akan beroperasi mulai 17 November hingga 16 Disember depan, dari jam 7 pagi hingga 7 malam, dan boleh dihubungi melalui talian 03-8889 3601 / 3809 / 3582 / 3520 / 3551 atau 03-8884 3030, manakala nombor faks ialah 03-8889 3010 / 5561 / 3445.

Bilik Gerakan STPM pula akan beroperasi mulai jam 7.30 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Jumaat sepanjang tempoh peperiksaan. Bilik gerakan itu boleh dihubungi di 03-61302666/ 61352035/ 61352390/ 61352316.

Bagi membantu mereka yang memerlukannya, jadual peperiksaan ini boleh dirujuk di Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2009 dan Jadual Waktu Peperiksaan STPM 2009.

Semoga semua calon akan dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan baik dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.

Technorati Tags: peperiksaan, spm, stpm, bilik gerakan, pusat peperiksaan, sijil pelajaran malaysia, sijil tinggi persekolahan malaysia, 2009Azhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-17083679597805650762009-10-14T13:54:00.006+08:002009-10-28T09:36:53.453+08:00Remaja Rasa Bangga Terlibat JenayahMereka sanggup mencuri, merogol, menjual diri serta membunuh selain terbabit dalam pergaduhan dan samseng. Malah ada yang bertindak di luar batasan adab dan pegangan apabila sanggup menjual diri pada harga serendah RM50 setiap pelanggan untuk mendapatkan wang.

Ini bukanlah profil penjenayah yang diburu mahupun sudah bergelar banduan, sebaliknya senario terkini golongan pelajar yang kian membimbangkan.

curi, rogol, lacur, buli, bunuh
Pelajar yang menjadi harapan sebagai generasi pelapis dan sepatutnya bergelut memperlengkapkan diri menjadi insan serba boleh demi masa depan, sebaliknya mencurah tumpuan dan masa muda berharga dengan melakukan pelbagai jenayah seperti mereka yang bertaraf profesional.

Atas alasan mahu mendapatkan populariti, meraih wang mudah serta mendapat perhatian rakan sebaya, pelajar berusia 13 hingga 18 tahun ini sudah tidak lagi malu melakukan jenayah.

Silap jika ada yang beranggapan ini trend semasa bersifat sementara dan hanyalah gelojak jiwa muda remaja yang lebih suka mencuba perkara baru.

Buktinya, statistik serta kajian pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi tempatan, menunjukkan betapa jenayah pelajar di dalam mahu pun di luar sekolah, bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Ia diakui sendiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang memetik statistik menunjukkan peningkatan kes jenayah bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri dan kesalahan lain membabitkan anak muda itu.

Selain peningkatan kes, jumlah tangkapan pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun juga turut mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Buktinya, bagi sepanjang 2007, sejumlah 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 kes tahun lalu yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan.

Belum pun reda kejutan akibat kenyataan Musa, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mendedahkan, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini saja, seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit pelbagai kes jenayah termasuk membunuh.

Sambil mengakui trend itu amat membimbangkan, Lee berkata kebanyakan pelajar itu terbabit dalam kes curi motosikal selain kes pecah rumah, mencederakan orang lain dan rogol. Lebih menyedihkan, walaupun kelab pencegahan jenayah sudah dilancarkan di 3,764 sekolah sejak 1994, ia ternyata tidak berjaya membendung kadar peningkatan jenayah di kalangan pelajar.

Keadaan juga tiada jauh bezanya di sekolah. Hasil kajian Petunjuk Keselamatan dan Jenayah di Sekolah anjuran Universiti Malaya yang diumumkan tahun lalu, menunjukkan empat masalah utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme atau samseng.

Kajian setahun pada 2006 - 2007 dilakukan Pensyarah Fakulti Pendidikan UM Profesor Madya Dr Tie Fatt Hee, membabitkan 740 responden di kira-kira 12 sekolah di Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Kajian awal ini cuma membabitkan pelajar berusia 16 tahun yang disifatkan tahap usia penting sebelum memasuki Tingkatan Lima dan seterusnya menyertai masyarakat. Apa yang boleh dirumuskan, jenayah di sekolah tetap berlaku sama ada di kawasan bandar mahu pun luar bandar.

"Bagi saya, perkembangan ini amat membimbangkan biarpun hakikatnya jenayah di sekolah ini masih dianggap terkawal jika dibandingkan dengan bilangan murid di seluruh negara," kata Dr Tie ketika ditemui, baru-baru ini.

Lebih membimbangkan, katanya, 46 peratus responden itu mengakui pembelajaran mereka terganggu akibat ancaman jenayah di sekolah yang sekali gus boleh menjejaskan pencapaian akademik mereka.

"Kita perlu ingat, masalah disiplin di sekolah ini bukanlah sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba sebaliknya ia membabitkan proses yang berpanjangan. Seperti juga penyakit, ia mempunyai simptom atau petanda awal tertentu yang perlu ditangani seberapa segera.

"Jika ia dibiarkan melarat, tanpa sebarang tindakan oleh pihak sekolah, jenayah ini boleh melarat melangkaui kawasan sekolah."

Dr Tie yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan undang-undang, berkata apa yang menyedihkan, majoriti pelajar yang ditemui menerusi kajian itu, mengakui menjadikan kawan atau rakan sebagai rujukan utama dalam sistem sokongan mereka.

"Di mana peranan ibu bapa dan guru-guru yang sepatutnya di hierarki atas sistem sokongan itu dan menjadi tempat utama pelajar mengadu masalah mereka? Ini jelas menjadi satu kepincangan kerana kita perlu sedari, ada bahayanya apabila pelajar menjadikan rakan sebagai pakar rujuk mereka, terutama jika rakan itu juga bermasalah."

Sehubungan itu, beliau menegaskan, sudah tiba masanya semua pihak - ibu bapa, sekolah dan masyarakat menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah jenayah di kalangan pelajar ini.

"Guru yang menyedari pelajar bermasalah perlu segera memaklumkan kepada pihak sekolah bagi tindakan susulan termasuk memanggil ibu bapa dan pihak polis. Ibu bapa pula harus bersikap prihatin apabila dipanggil dan bukannya menuding jari ke arah pihak sekolah.

"Selain itu, kita juga harus menerapkan kepentingan kaedah pendidikan berkaitan undang-undang yang mana pelajar didedahkan dengan jenayah dan jenis hukuman serta hak mereka," katanya.

Maklumat

5.4 juta pelajar di seluruh negara

Indeks pembabitan pelajar dalam jenayah - 0.03 peratus berbanding jumlah keseluruhan

Usia pelajar bermasalah 13 - 18 tahun

Statistik polis, penglibatan remaja;

2007 - 1,837 kes jenayah dan 3,383 pelajar ditahan

2008 - 2,218 kes jenayah dan 3,725 pelajar ditahan

Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia, punca terlibat gejala mat rempit;

48.1 peratus akibat kebosanan

38 peratus bertujuan mengisi masa lapang

27.8 peratus dipengaruhi kawan

Kajian Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia - Seramai 295 pelajar terbabit dalam pelbagai jenayah sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun 2009

Kajian Universiti Malaya - masalah disiplin utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme.

Sumber : Berita Harian

Technorati Tags: azhad, jenayah, remaja, pelajar, polis, curi, rogol, lacur, gaduh, bunuh, buli, rempit

Azhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com11tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-90172913106099138442009-10-08T20:00:00.007+08:002009-10-28T02:38:24.722+08:00Risiko Internet Kepada RemajaBerdasarkan kajian 'Norton Online Living Report' (NOLR) di Malaysia mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini, remaja di negara ini sebenarnya menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari internet.

Jumlah itu sebenarnya enam jam lebih banyak daripada masa purata NOLR peringkat global berdasarkan kajian ke atas 12 negara utama dunia dan ia juga empat jam lebih banyak daripada ibu bapa mereka.

Online 16 Jam Seminggu
Hakikatnya, itulah yang tidak disedari ibu bapa yang menyangkakan anak mereka cuma melayari internet pada masa tertentu saja, sedangkan kajian mendapati mereka sebenarnya menghabiskan masa dua kali lebih banyak daripada apa yang difikirkan mereka.

Walaupun di rumah dan sekolah, remaja hanya dibenarkan memasuki akses internet popular iaitu yang dibenarkan saja. Keadaan ini sebenarnya menjadikan mereka semakin ghairah mencari persekitaran alternatif yang jauh dari pandangan ibu bapa, terutama keluarga yang sentiasa sibuk.

Disebabkan itulah, 31 peratus daripada mereka melayari internet di kafe siber yang boleh didapati di mana-mana, manakala bagi remaja yang mempunyai rakan atau komputer riba persendirian, kajian mendapati 26 peratus daripada mereka gemar melepak di rumah rakan melayari internet.

Isu yang menarik dibincangkan ialah apa sebenarnya yang dilakukan remaja di dalam talian, adakah mereka memanfaatkan kemudahan itu untuk sesuatu yang berfaedah atau sekadar mencari keseronokan yang akhirnya memakan diri serta menjadi faktor penyumbang gejala sosial.

Ketua Urusan Pengguna, Kawasan Asia Selatan Symantec, Effendy Ibrahim, berkata bagi ibu bapa yang cetek pengetahuan dan pengalaman mengenai internet berbanding anak mereka, isu itu boleh menjadi punca kebimbangan utama mereka seperti ditemui melalui hasil kajian NOLR.

"Internet ialah satu sumber yang bagus, pelbagai, peluang mencari sesuatu maklumat yang agak mustahil untuk didapati serta mempunyai sejuta peluang mencari kawan baru dan mengenai pelbagai jenis manusia di dalam talian. Namun bagaimana penggunaannya, itu yang menjadi persoalan," katanya.

Walaupun 72 peratus ibu bapa mendakwa mengetahui aktiviti anak mereka ketika melayari internet, bukti kajian menunjukkan daripada senarai aktiviti yang dipilih, dipersetujui bersama ia sebenarnya berlawanan, berbeza daripada tanggapan serta realiti apa yang dilakukan anak mereka.

Dengan kata mudah, lain yang dibenarkan, lain pula yang dicari. Itu yang ditegah, itulah yang akan diselongkar dan dibongkar kerana melakukan sesuatu yang terlarang itu memang godaan kuat.

Jika ibu bapa bersikap sambil lewa dan tidak begitu menghiraukan aktiviti internet anak mereka, sudah pasti mereka terkejut dengan hasil laporan NOLR kerana 60 peratus daripada mereka cuma menghabiskan masa melayari laman sembang dan berbual di dalam talian dengan individu tidak dikenali.

Effendy berkata, ia berlaku lebih daripada sekali dalam tempoh seminggu dan 51 peratus daripada mereka berdepan risiko tanpa disedari kerana mendedahkan maklumat peribadi di dalam talian.

"Empat daripada lima remaja didapati mengakses bahan haram atau tidak berlesen. Ibu bapa percaya sebahagian besar aktiviti di dalam talian yang dilayari anak cuma terbatas kepada elemen hiburan dan aktiviti perjudian komputer (games) tetapi elemen itu bukan keutamaan remaja.

"Hakikatnya, mereka melayari sesuatu di luar batasan dan kawalan kerana internet boleh dilayari tanpa sempadan. Mereka melayari aktiviti yang dikategorikan berfrekuensi tinggi iaitu video (91 peratus), rangkaian sosial (89 peratus) dan muat turun pelbagai fail (91 peratus)," katanya.

Jika diacukan kepada ibu bapa soalan 'Adakah anda tahu di mana anak anda di dalam talian semasa menggunakan internet?' Jawapan yang biasa didengar ialah tidak tahu'.

Sememangnya biarpun dilanda kesibukan bekerja tanpa banyak masa dihabiskan memantau aktiviti anak di rumah atau sekolah, ramai ibu bapa di Malaysia mengakui mereka sanggup dan sudah melakukan sesuatu yang lebih baik untuk melindungi anak mereka ketika melayari internet.

Sebanyak 58 peratus daripada responden percaya kawalan ibu bapa adalah kaedah berkesan mencapai sasaran mengurangkan penularan gejala negatif melalui internet.

Kajian mendapati 45 peratus ibu bapa menegur anak mereka melakukan sesuatu yang salah atau tidak sesuai dalam talian dan 39 peratus daripada mereka mengintip penggunaan internet anak.

Menyedari keadaan yang tidak begitu sihat kerana mudah terdedah kepada pelbagai ancaman dan risiko, 77 peratus ibu bapa sudah menasihati anak mereka supaya mengamalkan tabiat baik dan memilih talian selamat, manakala 60 peratus daripada mereka menyediakan set kawalan internet yang dikawal ibu bapa.

Urusan Pengguna, Kawasan Asia Selatan Symantec, Effendy Ibrahim, menjelaskan walaupun beberapa langkah positif sudah diambil, hakikatnya internet sudah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan hingga menyebabkan wujudnya batas sempadan antara ibu bapa dan anak kanak.

"Isu mengenai kanak-kanak bertemu dalam talian dan bagaimana kita boleh melindungi mereka dengan pengetahuan yang cetek, sedangkan semua risiko itu tidak pernah berkurangan.

"Hasil kajian ini boleh dijadikan peringatan kepada keluarga kerana ibu bapa mengambil masa untuk memahami tabiat dan hala tuju anak sama ada di dalam talian atau aktiviti luar. Pendekatan sesuai ialah membenarkan mereka melayari internet tetapi dengan pengawasan dan perlindungan mencukupi," katanya.

Selain remaja, orang dewasa juga sebenarnya berisiko ketika berurusan dan melayari internet kerana 45 peratus daripada mereka tidak yakin maklumat peribadi mereka di talian tidak selamat.

Namun, sebahagian besar percaya penipuan dalam talian hanya berlaku kepada individu cuai terhadap maklumat peribadi dan mereka cukup yakin boleh melayari laman web rasmi tanpa sebarang keraguan.

Hakikatnya, semua itu bukannya satu hak eksklusif kerana sebarang pencerobohan, memanipulasi dan penipuan boleh dilakukan oleh mereka yang berniat jahat. Laman web sah dan rasmi juga berisiko dan boleh menjadi ancaman kepada pelawat tanpa mereka sedari.

Maklumat
Hakikatnya, orang dewasa dan remaja Malaysia sebenarnya berdepan dengan sesuatu yang sangat berisiko berdasarkan fakta kajian berikut iaitu:

Seorang daripada setiap lima dewasa menyimpan kata laluan mereka dengan menulis pada sekeping nota yang diletakkan berhampiran komputer mereka.

24 peratus orang dewasa menggunakan kata laluan sama untuk semua urusan.

48 peratus orang dewasa terlalu bergantung kepada perisian bebas AV dengan hanya 16 peratus menganggap tahap kemahiran komputer mereka cemerlang.

Lebih satu perempat orang dewasa itu memeriksa 'lari imbas' AV setiap bulan atau kurang.

Hanya 34 peratus remaja mempunyai fail sokongan dalam komputer.

Info Kajian NLOR di Malaysia

Dikendalikan Saffron Hill bagi pihak Symantec antara 14 April 2009 hingga 4 Mei 2009.

Responden 397 orang dewasa berusia 20 tahun ke atas, termasuk 93 keluarga yang mempunyai anak berusia 8 hingga 17 tahun)

Responden 35 remaja berusia 15 hingga 19 tahun.

Info Kajian NLOR global

Responden: 9,000 dewasa dan remaja

12 negara: Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Sweden China, Jepun, India, Australia, Brazil.

7 daripada 10 dewasa berpendapat internet membantu mereka menjadikan hubungan lebih baik.

Hasil kajian global

92 peratus menggunakan pangkalan e-mel untuk komunikasi dengan kawan dan keluarga.

42 peratus menggunakan web cam, dengan China mencatatkan penggunaan paling tinggi (74 peratus), India (68 peratus), Brazil (66 peratus) dan Perancis (53 peratus).

Separuh daripada orang dewasa menggunakan jaringan sosial.

7 daripada 10 mengakses foto secara on-line dan guna IM

24 peratus layari laman sosial Twitter.

Sumber : Kajian Norton Online Living Report

Technorati Tags: internet, remaja, online, nolr, norton online living report, komputer, kajian

Azhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-58155479237835444722009-09-08T13:26:00.000+08:002009-09-08T13:26:27.252+08:00090909 Ikrar Bendong Kemalangan Jalan RayaMusim perayaan begitu selari dengan kemalangan jalan raya kerana pada masa inilah banyak nyawa yang terkorban. Jumlah kemalangan di Malaysia telah mencecah sehingga 300,000 dan dengan lebih 6,000 kematian setahun. Ini sudah tentu satu perkembangan amat membimbangkan. Di blog ini juga pernah ada penulisan yang bertajuk Statistik Kemalangan Jalan Raya dan Raya, Remaja, Motosikal Dan Kemalangan.

Salah satu punca utama berlakunya kemalangan jalan raya adalah sikap pemandu yang cuai dan tidak berhati-hati. Secara kasarnya difahamkan seramai 18 orang terbunuh setiap hari akibat kemalangan jalan raya. Saban tahun pelbagai kempen dan operasi yang telah dilaksanakan tetapi angka kemalangan dan kematian tidak menampakkan pengurangan yang diharapkan.

Berdasarkan itu Projek Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) telah mengadakan kempen Malaysians Unite for Road Safety (Mufors) 090909. Ia dianjurkan bagi membolehkan rakyat Malaysia terutama para pemandu berfikir sejenak serta berikrar untuk melakukan sesuatu bagi mengurangkan jumlah nahas serta kematian di jalan raya.

090909.org.my
Ikrar untuk membendung kemalangan jalan raya ini boleh dibuat samada dalam bentuk kenyataan bertulis, gambar maupun video di laman web yang dibangunkan khas untuk kempen ini iaitu www.090909.org.my.

Kempen berkenaan jatuh pada 9 September 2009 bersempena dengan Mufors 090909. Semua rakyat Malaysia digesa untuk menyatakan ikrar mereka dalam mengurangkan kemalangan dan menyelamatkan nyawa pada hari terbabit, antara jam 9 pagi hingga 9 malam. Matlamat kempen selama 12 jam itu mungkin berjaya merubah suasana perayaan tahun ini kepada yang lebih baik.

Tidak ketinggalan beberapa artis turut memberi pandangan dan sokongn mereka dalam kempen ini. Di antaranya Datuk Siti Nurhaliza yang berkata, “Kempen keselamatan jalan raya seperti yang dianjurkan kali ini seharusnya diadakan pada setiap masa. Maklum saja, sebahagian daripada kita mudah lupa. Di samping itu, usah kita bergantung kepada kempen kesedaran itu saja. Paling penting, sikap pemandu itu sendiri. Mereka hendaklah berhemah di jalan raya , selain sentiasa berhemah pada diri sendiri.

"Usah sekali-sekali cuba mengambil risiko apabila berada di atas jalan raya. Ingat, apa-apa keputusan yang kita lakukan, ia turut membabitkan orang lain juga. Jadi, bersedialah sebaiknya sebelum memulakan sesuatu perjalanan. Periksa kereta sebelum memandu. Kita tahu bukan faktor kenderaan saja yang membolehkan berlakunya sesuatu kemalangan, jadi sentiasalah berhati-hati. Mungkin keadaan cuaca, jalan raya serta sikap pemandu lain boleh mengakibatkan kecelakaan sebegini.

"Sebagai pemandu, kita kena ingat, ada nyawa lain yang menjadi tanggungjawab kita. Manakala penumpang pula, kenalah mereka selalu mengingatkan pemandu untuk berhati-hati. Tanyakan keadaan mereka, terutama bagi mereka yang memandu jauh. Jika pemandu kepenatan, ajaklah mereka berhenti untuk berehat seketika."

Oleh itu marilah sama-sama kita berikrar memberi sokongan terhadap usaha membendung kemalangan jalan raya ini Semoga satu perubahan akan dapat dilihat mulai 9 September ini.

Technorati Tags: kemalangan, jalan raya, kematian, pemandu, ikrar, bendong, keselamatan, 090909

Azhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com12tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-72727835197528938542009-08-26T11:20:00.003+08:002009-09-15T00:56:06.274+08:00Kadar Zakat Fitrah 2009 1430HIbnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169) .

kadar zakat RM5 - RM8
Apabila di sebut Ramadan, maka ia amat sinonim dengan zakat fitrah. Di dalam Islam, di samping zakat harta maka semua umat Islam yang layak diwajibkan zakat fitrah. Zakat fitrah dikenakan kepada semua umat Islam, sama ada merdeka mahu pun hamba sahaya.

Kadar zakat fitrah pula ialah sekadar segantang Baghdad yang dikenakan berdasarkan makanan asasi. Jika di Malaysia, beraslah zakat fitrahnya. Segantang Baghdad itu pula menyamai 2.7 kg. Maka, darablah harga beras semasa dengan 2.7 kg bagi mendapatkan kadar zakat fitrah.

Kadar Zakat Fitrah yang telah ditetapkan bagi tahun 2009 / 1430H adalah seperti beikut :

Kuala Lumpur : RM 7.00

Labuan : RM 7.00

Putrajaya : RM 7.00

Johor : RM 5.00 / RM 7.50

Kedah : RM7.00

Kelantan : Belum diumumkan (2008 : RM 7.60)

Melaka : RM6.30

N.Sembilan : RM6.50

Pahang : RM7.00

Perak : RM7.00

Perlis : RM 6.00

P.Pinang : RM 7.00

Sabah : RM 6.60

Sarawak : RM 6.00

Selangor : RM 7.00

Terengganu : RM 5.00 / RM7.00 / RM8.00

Di dalam memastikan umat Islam khususnya golongan fakir dan miskin turut merasai nikmat hari raya inilah, maka zakat fitrah diwajibkan. Ia bertujuan memberikan mereka makanan yang cukup. Bahkan dalam konteks hari ini, fakir miskin bukan sahaja diberikan makanan bahkan wang ringgit. Maka, dapatlah mereka membeli keperluan hari raya dengan wang ringgit tersebut.

Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Sumber : Blog Zakat dan BERNAMA

Technorati Tags: zakat, zakat fitrah, kadar zakat, ramadhan, puasa, agama, islam

Azhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-42526033737110100872009-08-19T08:08:00.008+08:002009-09-17T01:33:10.741+08:0015Malaysia 15 Filem Pendek Dari 15 Pengarah Untuk MalaysiaBagaimana agaknya bila Ketua Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bertukar profesion sebagai pemandu teksi? Mungkin kedengaran agak mustahil, namun gelagat Khairy sebagai pemandu teksi ini boleh disaksikan menerusi filem pendek berjudul Taxi Driver arahan Benji Lim dan Bahir Yeusuff.

Bukan saja Khairy, beberapa ahli politik lain seperti Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua juga turut membintangi filem-filem pendek di bawah projek 15Malaysia, yang mendukung semangat konsep 1MALAYSIA.

15MALAYSIA merupakan 15 filem pendek yang diarahkan oleh 15 pembikin filem di negara ini. Filem-filem pendek tersebut menggarap semangat 1Malaysia yang menyentuh tentang perpaduan dan diversiti masyarakat negara ini.

Setiap filem cuma memakan masa antara tiga hingga enam minit. Ia menggunakan pelbagai bahasa yang selalu digunakan di negara ini.

Setiap filem akan dikeluarkan dalam empat versi iaitu Bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.

15MALAYSIA diilhamkan oleh penyanyi dan penulis lagu, Pete Teo. Menurut beliau, idea melahirkan 15MALAYSIA timbul pada enam bulan lalu dan tempoh pembikinannya memakan masa tiga bulan.

Kebanyakan pembikin filem yang terpilih dalam 15MALAYSIA itu pernah memenangi anugerah filem di peringkat antarabangsa.

"Filem-filem tersebut bukan sahaja menghiburkan, bahkan ia mengajak para penonton berfikir mengenai mesej tersirat di sebaliknya.

"15MALAYSIA merupakan platform kepada pembikin filem kreatif tanahair untuk mengetengahkan isu-isu tertentu dari perspektif mata dan hati nurani masing-masing. Mereka membikin filem tersebut dengan semangat 1MALAYSIA," kata Pete Teo semasa sesi pelancaran P1 Malaysian Filmmaker Showcase Presenting 15MALAYSIA ("15MALAYSIA") di IMAX theatre, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, semalam.

Antara pengarah atau pembikin filem 15MALAYSIA ialah Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Ho Yu Hang, Khairil Bahar dan Tan Chui Mui.

Barisan pelakonnya terdiri daripada beberapa selebriti, pelakon, pemuzik dan ahli politik. Menariknya, ahli-ahli politik tersebut datang daripada parti berbeza, baik dari kerajaan mahupun pembangkang.

Semua filem tersebut boleh ditonton melalui Youtube serta boleh dimuat turun di laman www.15malaysia.com. Filem-filem dalam 15MALAYSIA menyentuh bukan sahaja hubungan antara kaum malah pelbagai isu sosial dan politik yang dihadapi rakyat negara ini.

Tema 15 cerita pendek tersebut berkisar kepada perkara-perkara berkaitan rakyat negara ini - sesetengahnya lucu, serius, menguji minda selain futuristik. Bukan semua filem adalah komedi.

15 filem pendek yang diinspirasikan oleh kehidupan Malaysia: Chocolate (oleh Yasmin Ahmad), Potong Saga (Ho Yuhang), Gerhana (James Lee), One Future (Tan Chui Mui), The Tree (Amir Mohammad), Halal (Liew Seng Tat), Lollipop (Nam Ron), Taxi Driver (Benji Lim & Bahir Yeusuff), Healthy Paranoia (Khairil Bahar), Duit Kecil (Johan John), Slovak Sling (Wong Ming Jin), Rojak (Suleiman Brothers), House (Linus Chung), Lumpur (Kamal Sabran) dan The Son (Desmond Ng).

Penyertaan personaliti popular termasuk Harith Iskandar, Sharifah Amani, Daphne Iking, Amber Chia, Adibah Noor, Namewee, Atilia, Jay Menon, Baki Zainal dan Bront Palarae.

Lain-lain pelakon ialah Serena Choong, Hon Kahoe, Jason Lo, Patrick Teo, Sarah Lian, Nam Ron, Ciplak, Azmyl Yunor, Ida Nerina, Lorna Hoong, Baki Zainal dan Nick Dorian.

Laman-laman rasmi 15MALAYSIA ialah www.15malaysia.com.

Senarai 15 filem pendek tersebut adalah;

1. Potong Saga by Ho Yuhang

2. Chocolate by Yasmin Ahmad

3. The Tree by Amir Muhammad

4. House by Linus Chung

5. Halal by Liew Seng Tat

6. The Son by Desmond Ng

7. Lumpur by Kamal Sabran

8. One Future by Tan Chui Mui

9. Slovak Sling by Woo Ming Jin

10.Gerhana by James Lee

11.Meter by Benji & Bahir

12.Duit Kecil by Johan John

13.Healthy Paranoia by Khairil Bahar

14.Lollipop by Nam Ron

15.Rojak! by Suleiman Brothers

KOMEN-KOMEN PENGARAH DAN PELAKON

~ Pengarah 'The Tree', Amir Mohammad

"Saya tengah membuat penggambaran di Kelantan dan ingin mencari personaliti tertentu. Saya terfikirkan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat lalu bekerjasama dengan beliau.

"Saya meminta beliau membaca yasin untuk filem berkaitan mesej ekonomi yang beretika. Apabila anda menanam sepohon pokok, anda perlu memberi atau memulangkan hasilnya kepada rakyat. Konsepnya cukup luas."

~ Pengarah 'Potong Saga', Ho Yuhang

"Idea membuat komedi melucukan 'Potong Saga' datang secara spontan ketika saya berjenaka dengan Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Tujuan saya hanya untuk membuat para penonton ketawa terbahak-bahak menyaksikan komedi saya."

~ Pelakon 'Health Panaroia', Baki Zainal

"Apabila saya memasuki pejabat Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, saya begitu takut sekali. Perasaan gemuruh itu reda apabila beliau amat teruja menjayakan lakonan itu.

"Datuk Seri Liow seorang yang terbuka. Kami hanya berlatih sekali dan terus membuat penggambaran. Malah, beliau meminta ia dilakukan secara spontan, tanpa terbatas oleh skrip.

"Bagi saya, beliau ialah seorang ahli politik dan pelakon."

~ Pelakon 'Taxi Driver', Baki Zainal

"Berlakon bersama Yang Berhormat Khairy Jamaluddin memberikan pengalaman baru kepada saya. Beliau amat profesional. Beliau meminta saya menjerit kepadanya dalam satu babak 'Taxi Driver'.

Sumber : mStar Online

Technorati Tags: 15Malaysia, filem pendek, ho yuhang, yasmin ahmad, amir muhammad, linus chung, liew seng tat, desmond ng, kamal sabran, tan chui mui, woo ming jin, james lee, benji, bahir, johan john, khairil bahar, nam ron, suleiman brothers

Azhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-30156690243461061582009-08-10T09:11:00.010+08:002009-08-26T10:23:31.751+08:00Tema Hari Kemerdekaan 2009 Ke 52Sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan di dalam stadium. Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Terkini: Lokasi sambutan tahun ini dijangka akan dipindahkan ke Bangunan Parlimen setelah mengambil kira perkembangan semasa influenza A H1N1 dan menghormati bulan Ramadhan.

Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.

Lirik Lagu 1 Malaysia

Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi

Nyata pupuk semangat satu Malaysia

Sepakat, Rakyat didahulukan

Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat

Toleransi kaum amalan bersama

Kejayaan, Kita bangunkan

Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan

Tanggungjawab kita semua

Jadi teras bangsa mulia

Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan

Rukun negara teras panduan

Satu Malaysia benteng negara

Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Video Lagu 1 Malaysia

<object height="344" width="425"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/mNWm8URKZvM&hl=en&fs=1&rel=0&color1=0x234900&color2=0x4e9e00"><param name="allowFullScreen" value="true"><param name="allowscriptaccess" value="always"><embed src="http://www.youtube.com/v/mNWm8URKZvM&hl=en&fs=1&rel=0&color1=0x234900&color2=0x4e9e00" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" height="344" width="425"> </embed> </object>

Lagu ini boleh juga dimuat turun di Lagu 1 Malaysia.

Pelbagai acara akan diadakan selama sebulan sempena sambutan kemerdekaan akan diisi dengan pelbagai kegiatan yang akan bermula dari 12 Ogos hingga 10 Oktober. Sambutan yang dipanggil Bulan Kemerdekaan ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 12 Ogos dan berakhir di Kuching, Sarawak pada 10 Oktober dengan perayaan Hari Malaysia.

Tema, logo dan lagu bagi sambutan kemerdekaan ke 52 ini sebenarnya berasaskan slogan dan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Jika ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sambutan kemerdekaan sila rujuk laman web rasmi Sambutan Kemerdekaan Ke 52.

Technorati Tags: lagu tema, lirik, video, logo, slogan, satu malaysia, 1 malaysia, kemerdekaan 2009, merdeka

Azhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com19