tag:blogger.com,1999:blog-8552640.post-89590526423799561692008-01-30T23:20:00.002+08:002008-02-21T07:49:15.528+08:00Sharlinie Lima Tahun Hari IniHari ini sepatutnya adalah hari yang menggembirakan bagi Sharlinie dan keluarganya. Lima tahun yang lalu pada hari ini Sharlinie telah dilahirkan. Setelah 21 hari kanak-kanak yang berumur 5 tahun ini hilang belum ada lagi tanda-tanda dia akan dijumpai. Sudah puas ibu dan bapa Sharlinie merayu kepada orang yang bertanggungjawab menculik anak mereka supaya memulangkan semula Sharlinie.

Tanpa sebarang majlis sambutan cuma ingatan kepada anak yang disayangi sahaja. Tiada kek, tiada hadiah, tiada suasana riuh suara kanak-kanak cuma rasa rindu dengan doa mengharapkan kepulangan yang dinanti-nanti. Ulangtahun kelahiran Sharlinie kali ini pasti menyayatkan hati keluarganya. Khabarnya majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat akan diadakan.

Setakat ini beratus ribu poster telah diedarkan dan berbelas ribu rumah yang telah diperiksa. Liputan yang meluas media cetak dan elektronik memastikan semua rakyat Malaysia tahu bahawa seorang kanak-kanak berumur 5 tahun telah hilang. Talian khas 1800-88-5464 juga telah diwujudkan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat mengenai Sharlinie.

Sebenarnya orang ramai boleh menjadi lebih perihatin dengan lebih peka terhadap apa yang berlaku di kawasan setempat masing-masing terutamanya jiran-jiran terdekat. Sharlinie tentu disorok di suatu tempat dikalangan kita dan mereka yang berhampiran patut ada melihat atau mendengar sesuatu yang mencurigakan.

Jika anda adalah jiran itu, segeralah hubungi talian khas Sharlinie di 1800-88-5464 supaya kesangsian anda itu akan terjawab. Anda juga mungkin orang yang akan menemukan semula seorang anak dengan seorang ibu yang merinduinya.

Nota: Terima kasih kepada Siti Zabidah yang menghantar melalui emel gambar-gambar Sharlinie di atas yang diperolehi daripada wahdi.blogspot.com

Technorati Tags: azhad, sharlinie, hilang, keluarga, gambar sharlinie

Azhadhttp://www.blogger.com/profile/00547898713447613736noreply@blogger.com