Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ketika itu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Sambutan perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan bagi bagi tahun ini akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Perdana Menteri Malaysia dijangka akan merasmikan majlis ini. Tema Hari Guru kali ini adalah Guru Cemerlang Negara Terbilang manakala tahun lepas pula ialah Guru Penjana Modal Insan Gemilang.
Bersempena Hari Guru ini, disenaraikan di bawah ini beberapa sajak yang ditujukan kepada para guru untuk tatapan dan renungan bersama.
Abadi Dalam Harum Nama
Guru pendidik mulia sudah berabad lalu bermandi keringat meniti gigi hari mendaki puncak tinggi di merata lurah dan denai menabur bakti tanpa mau dipeduli.
Guru pendidik mulia bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa siang dan malarnnya adalah perjuangan jua rela meluah bahagia menelan duka nestapa dengan senyum dan takwa biarpun sayup di hutan belantara.
Guru pendidik mulia laksana kuntum kembang mekar memuncak nama pembela sejahtera abadi dalam harum nama.
Ismala 1988
Bunga Sirih untuk Guru
Guru adalah Ibu pengasuh budiman guru adalah ratu lebah lalu memujuk membelai kelopak cinta kasih sayang lilinnya berbunga sinar cahaya madunya berbunga penawar jiwa.
Guru adalah penyu pengasih lalu menabur bunga telur baktinya segar mewangi sepanjang pantal zaman.
Guru adalah lampu penyuluh pedoman kehidupan guru adalah pendakwah lalu mengikut jejak Nabi Muhammad memimpin insan ke jalan lurus ke padang luas.
Bunga sirih bunga pirtang terima kasih terima savang budi bicara guru berjasa kami sanjung tinggi.
J.M. Aziz Rumah Puisi Seberang Takir Kuala Terengganu
Dia Seorang Guru
Dia seorang guru tua sebuah sekolab terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruah dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah dengan kelkhlasan had dan pasrah dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah. Dia seorang guru pengganti ayah ibu dia seorang guru pembentuk generasi baru dia seorang guru pembina insan sepadu dia seorang guru pewaris tamadun ilmu yang terus hidup sepanjang waktu diimbau berbunyi dilihat bertemu.
Ismail Haji Adnan 1989
Guruku
Seperti lilin sewaktu waktu akan cair gugur lalu membeku sepi pun datang menutup pandang tinggallah waktu mengakhiri seJarah panjangnya.
Seperti engkau sewaktu waktu penyuluh hidupku betapa dalam kegelapan maya engkau perkenalkan daku dengannya suria dan bintang cakerawala sehingga seluruh jagatraya ini tiba-tiba menjadi milikku.
Kehadiranmu adalah suatu fitrah lepas itu, engkau kutinggalkan kukira engkau kesepian kini mengakhiri sisa-sisa hidupmu tanpa belaian kasih ratusan anak-anakmu yang telah engkau berikan obor.
Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan seorang anak yang pernah engkau lukai kini pencintamu paling setia sehingga ke akhir hayat.
Zam Ismail Seremban 1985
Jasamu Dikenang
Segala bakti yang engkau curahkan mengajar mendidik anak bangsa segala jasa yang engkau taburkan menjadi kenangan tak akan kami lupakan.
Engkau laksana pelita di malam gelita memancarkan sinar sepenuh rela jiwamu tabah hatimu cekal kasihmu sud semangatmu berkobar yang tak pernah mengenal erti putus asa yang tak pernah meminta puji dan puja.
Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami sepanjang hayat mekar di sudut had tiap sepatah katamu mengisi erti tiap madahmu mengandungi hikmat pembentuk peribadi penegak kebenaran pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.
Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan terkumpul dari seribu hati menjadi satu menadah tangan dengan doa restu kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.
Jujur dan ikhlas engkau berbakti di kota dan desa atau di huj'ung negeri cekal dan tabah menempuh dugaan hidupmu bagalkan pelita di tengah malam membakar diri menerangi yang kelam jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.
Ahmad Sarju Klang 1988
Pelita Sebuah
Dengan sinar cahaya di malam gelita kelip-kelip warnanya menerangi kamar alam sekian lama malam merantai kegelapan akhlrnya kukenal siang berwajah suram alangkah indahnya cluma kuhhat di dalam terang.
Pelita sebuah membawa cahaya ilmu hutan menjadi terang gua malam bercahaya api lautan menjadi tenang gelombang clan karang dapat direnang kujelajahl malam tanpa bimbang.
Ami Masra UPM Serdang 1988
Guru oh Guru
Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki; Berguru kepalang ajar, Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetlaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakill seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.
Bersempena dengan hari Ibu yang akan berlangsung pada hujung minggu ini 11 Mei 2008, di sini dipaparkan beberapa koleksi sajak yang ditujukan kepada ibu. Sajak-sajak ini telah diperolehi daripada beberapa laman blog, terima kasih.
Tunas itu mula bercambah, Sekian lama tertanam di pelosok gentian, Menjalar robek sinar mentar, Walau halangan datang menerpa.
Tunas itu mula berkembang, Kembangnya sekuntum mawar, Bagai si puteri bangkit beradu, Walau saingan menyerang tiba. Si mawar mula mewangi, Semerbak harum menusuk kalbu, Ayuan merah kelopak menawan, Lambaian hijau daunan menenang.
Lembut tubuh bersalut duri, Membangkit cemburu iri sang flora, Menzahir gerun takut sang fauna, Hanya si kumbang gagah tiada gentar.
Ibu dikaulah mawar itu, Yang kupujai tiap waktu, Yang kurindui wajahmu, Yang kukagumi ketabahanmu.
Cekal hati mendidik daku, Sabar murni melayan kerenah anakmu, Tiada kedengaran sepatah keluhan, Tiada kelihatan setitip kemarahan.
Kini mawar itu kian layu, Perlahan dimamah arus usia, Gugur sudah si ayu kelopaknya, Hilang sudah lambaian daunannya.
Segamit memori ku kenangi, Setulus kasih ku dambai, Potret wajahmu ku tatapi, Sebuah kehilangan yang tiada ganti.
Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja… aku dekati ibu Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu Bila nakal, yang memarahi aku… ibu Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “ Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu Yang selalu berleter kat aku.. Ibu Yang selalu puji aku.. Ibu Yang selalu nasihat aku.. Ibu Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri Bila seronok… aku cari pasanganku Bila sedih… aku cari Ibu Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku Bila berduka, aku peluk erat Ibuku Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu Selalu… aku ingat pasanganku Selalu… Ibu ingat kat aku Bila..bila… aku akan talipon pasanganku Entah bila.. aku nak talipon Ibu Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan:
Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.
Ibu Setiap deras degupan jantungku Engkau mampu merasanya Ketika aku: Sedih Gembira Gelisah Naluri ibumu Bagaikan sebati dalam diriku
Ketika aku sedih Kaulah ubat kepada duka laraku Menceriakan dan menghakis Perasaan yang melunturkan Semangatku
Ketika aku gembira Engkau juga turut berkongsi Kegembiraan yang menyinari saat Aku hidup di muka bumi ini Sebagai manusia
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku Engkau masih bersamaku Menolong menyelesaikan Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan Perjalanan hidupku
Ibu Selagi hayat dikandung badan Aku akan sentiasa mendampingimu Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua
Ibu Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya Namun, terimalah keikhklasanku Untuk menyayangi Insan yang mulia ini
Siapalah daku tanpa dirimu Walaupun kau sering memarahiku Daku tidak pernah kecewa Kata-katamu bak mutiara Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya... ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk kebaikan diriku... Mengajarku erti sebuah kehidupan
Ibu…. Daku telah banyak berdosa kepadamu Dapatkah daku membalas jasa baktimu Yang laksana pepasir di pantai Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil Dan menatap wajahku yang hina ini...
Sempena Hari Ibu Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia Disamping keluarga tercinta...
Aku masih ingat dan akan terus ingat sehingga akhir hayat dulu engkau banyak menderita
aku masih ingat dulu engkau banyak menangis aku masih ingat dulu engkau banyak berkorban apa saja
aku masih ingat dulu engkau berbalut ketabahan membesarkan aku mengenal kemanusiaan aku masih ingat dulu engkau berlantaikan semangat mengasuh aku menjadi insan beriman
aku masih ingat dulu engkau berdinding kegigihan mendidik aku menjadi anak soleh
aku masih ingat dulu engkau merumahkan setia memelihara aku dengan kasih sayang menjadi manusia berguna
aku masih ingat…. aku masih ingat…. tak kan mudah aku lupa karena jasamu tak terbalas semuanya karena tak terenang sepenuhnya di laut budimu
ibu……..!!!! aku masih ingat mengucapkan terima kasih dan akan terus ingat melafazkannya sehingga akhir hayat aku masih ingat segala yang murni itu…
Program realiti Akademi Nasyid yang diperkenalkan TV9 dilihat mampu melahirkan satu kelompok penggiat irama nasyid global atau universal. Secara tidak langsung melalui program ini, irama nasyid tanah air akan berkembang dan mampu bersaing seperti mana irama pop, balada, R&B, rock, jazz dan hip hop.
uji bakat berakhir 8 Jun
Program yang memaparkan kelainan daripada program realiti sedia ada bersesuaian dengan imej TV9 sebagai stesen televisyen yang menjurus kepada program berunsur Islam serta menerapkan nilai murni kepada penonton.
Selama ini, banyak stesen mencari bakat hiburan bagi penyanyi yang boleh membawa lagu berbentuk pop rock, balada, etnik kreatif dan hip hop. Kami berusaha ingin memberi ruang yang lebih luas kepada genre nasyid di mana nasyid juga adalah sesuatu yang universal.
Akademi Nasyid akan menampakkan bahawa sesebuah nasyid itu bukan terbelenggu dengan muzik lama dan sempit, tetapi Akademi Nasyid akan memaparkan kepelbagaiannya dari kontemporari ke puisi acapella dan sebagainya. Apa yang penting dan diutamakan juga ialah mesej melalui lirik yang baik, kreatif, segar, menginsafkan dan memberi peringatan serta pengajaran.
Pihak TV9 yakin rancangan realiti Akademi Nasyid ini pasti mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton kerana rancangan itu dapat melahirkan ramai lagi bakat baru dalam muzik nasyid kontemporari yang berunsurkan ketuhanan dan kemanusiaan, sekali gus dengan adanya rancangan itu ia dapat mempopularkan lagi muzik nasyid di negara ini.
TV9 kini membuka penyertaan kepada penggemar irama ini untuk tampil menunjukkan bakat mereka pada sesi uji bakat yang bakal diadakan di enam lokasi.
Pihak TV9 percaya ramai anak-anak muda yang berbakat sama ada perseorangan atau kumpulan di luar sana menanti peluang ini dan menyeru mereka tampil untuk menunjukkan bakat mereka dalam Akademi Nasyid.
Penyertaan dibuka kepada semua yang berminat sama ada secara solo mahupun berkumpulan yang tidak melebihi lima orang setiap kumpulan dan menepati syarat penyertaan seperti berikut, warga negara Malaysia yang berumur 18 sehingga tidak melebihi 35 tahun.
Penyertaan secara berkumpulan mestilah kumpulan jantina yang sama. Kumpulan lelaki atau kumpulan perempuan dan peserta mestilah bertaraf amatur serta tidak pernah menandatangani kontrak rakaman album dengan mana-mana syarikat rakaman.
Bagi kemudahan peserta disediakan tujuh lagu yang boleh dipilih oleh peserta semasa sesi uji bakat seperti Intifada (Rabbani), Permata (Kopratasa), Al-Iktiraf (Raihan), Permaidani (Aris Ariwatan), Doa (Rahimah Rahim), Sesungguhnya (Raihan) dan Berita Kepada Kawan (Akil Hayy).
Peserta akan melalui tiga peringkat uji bakat sebelum layak menyertai Akademi Nasyid yang bakal disiarkan stesen ini bermula 1 Jun dan berakhir 30 Ogos sebanyak 11 episod.
Pada masa yang sama, pihak TV9 juga akan mengadakan roadshow sehari sebelum sesi uji bakat yang diadakan di setiap lokasi yang ditujui.
Info Roadshow Akademi Nasyid
2 Mei 2008 - (Pasar Payang/Mydin/IPTA), Kuala Terengganu
10 Mei 2008 - (Plaza Angsana/Batu Pahat), Johor.
17 Mei 2008 - (Kompleks PKNS, UiTM, UKM, UIA), Shah Alam.
24 Mei 2008 - Kuantan, Pahang.
30 Mei 2008 - Alor Setar/Batu Kawan
7 Jun 2008 - Muar/Alor Gajah, Melaka.
Sesi Uji Bakat Akademi Nasyid
3 Mei 2008 - Primula Beach Resort, Kuala Terengganu
11 Mei 2008 - Selesa Hotel, Johor Bharu
18 Mei 2008 - Sri Pentas, Bandar Utama
25 Mei 2008 - Vistana Hotel, Kuantan
31 Mei 2008 - Club Cinta Sayang, Sg.Petani, Kedah.
Pada 24 Februari 2005, saya telah menonton filem Sepet pada hari pertama tayangannya di panggung. Manakala pada 31 Mac 2006 pula atas jemputan Digi saya telah berpeluang juga menonton filem Gubra bila pertama kali ditayangkan kepada umum. Manakala Mukhsin pula akan mula ditayangkan pada 8 Mac ini.
Mukhsin telah memenangi dua anugerah di Festival Filem Antarabangsa Berlin dan telah menyertai Festival Filem Antarabangsa Tokyo. Beberapa festival filem antarabangsa yang lain juga telah menjemput Mukhsin untuk menyertainya.
Kalau ingin tahu berkenaan filem terbaru Yasmin Ahmad ini sila kunjungi laman blog beliau yang ada menceritakan tentang Mukhsin;
Kita tunggu apa reaksi orang ramai apabila filem ini mula ditayangkan pada 8 Mac ini. Filem-filem Yasmin yang terdahulu, Sepet dan Gubra telah mendapat maklum balas yang berbeza-beza dan menimbulkan beberapa kontrovesi. Bagaimana pula dengan Mukhsin? Saksikanlah sambil menyelami diri sendiri dalam filem ini dan barulah Mukhsin dihakimi. Selamat menonton.......
Tarikh 28 Ogos 2006 mencatat satu lembaran dalam persaingan stesen televisyen di Malaysia. Media Prima telah berdepan dengan rebutan penonton dari kerjasama ASTRO dan RTM. Media Prima melalui saluran NTV7 dan TV3 telah menyiarkan rancangan yang berkaitan dengan perkahwinan dan siaran langsung persandingan Datuk Khalid dan Datin Siti Nurhaliza di Kuala Lumpur Convention Centre. Manakala ASTRO dan RTM telah menyiarkan secara langsung rancangan temubual bersama Mawi yang dihoskan oleh Aznil di saluran Astro Ria dan Diana yang dihoskan oleh Rosyam di RTM1.
Rakyat Malaysia telah diberi 3 pilihan iaitu samada menonton persandingan Siti Datuk K atau temubual khas Mawi Ina atau tidak menonton kedua-duanya. Malah kewajaran rancangan serentak ini telah dibangkitkan di sidang Parlimen pagi ini. Menteri Penerangan telah dengan yakin menyatakan di Dewan Rakyat bahawa majoriti ahli Parlimen telah memilih saluran RTM1.
Walaupun begitu menurut AGB Nielsen Media Research, siaran langsung majlis persandingan Siti Datuk K telah disaksikan seramai 4.3 juta penonton pada kemuncaknya. Sementara itu rancangan Mawi Ina telah menarik seramai 1.6 juta penonton sahaja. Manakala jumlah penonton yang menyaksikan rancangan ini sekurang-kurangnya 15 minit adalah 6.3 juta untuk Siti Datuk K dan 4.8 juta untuk Mawi Ina. Laporan AGB Nielsen Media Research ini adalah seperti yang tersiar di akhbar; MStarRating Siti Datuk K mendahului Mawi Ina UtusanSiti Datuk K 6.3 juta Mawi Ina 4.8 juta The StarThe ratings are in: Siti Datuk K 6.3 million Mawi Ina 4.7 million
Di beberapa akhbar dan blog juga ada menceritakan tentang perang merebut penonton ini;
Semalam saya menonton TV3 tetapi mendengar Radio ERA yang turut menyiarkan secara langsung temubual Mawi Ina. Jadi mata memandang pasangan yang bahagia manakala telinga mendengar pasangan yang pasrah.
Bermula dengan Rabun dan disusuli oleh Sepet kemudian lahir pula Gubra dan yang terkini Mukhsin. Filem-filem yang dihasilkan oleh Yasmin Ahmad kerap mengundang berbagai reaksi dan maklumbalas. Setiap ulasan dan pandangan yang dinyatakan itu adalah berdasarkan pengalaman dan ilmu yang dimiliki oleh pemberi pendapat itu. Masing-masing bebas menzahirkan pendirian sendiri walaupun kekadang ianya mempunyai kepentingan tertentu.
Terbaru dengan ternobatnya Gubra sebagai filem terbaik Festival Filem Malaysia ke 19 dan kesilapan ucapan Sharifah Amani semasa menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik sekali lagi Yasmin tidak terlepas dari berbagai kritikan. Sebelum itu dalam The Sun ada satu temubual dengan Yasmin Ahmad berkaitan dengan serangan terhadap filem Sepet dan Gubra. Walau apapun kita tunggu apakah pula yang akan terjadi bila Mukhsin ditayangkan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.
Sementara itu baru-baru ini beberapa orang telah berpeluang menyaksikan filem Mukhsin yang baru disiapkan. Jika hendak berkongsi ceritanya bolehlah singgah ke laman web berikut;
Selepas Sepet memenanginya tahun lepas, Festival Filem Malaysia sekali lagi memilih filem arahan Yasmin Ahmad sebagai filem terbaik. Gubrajuga telah memenangi 3 lagi anugerah iaitu Pelakon Wanita Terbaik - Sharifah Amani, Lakon Layar Terbaik - Yasmin Ahmad dan Poster Terbaik.
Ini menjadikan Gubra filem yang menggondol paling banyak anugerah iaitu 4. Di ikuti oleh Pontianak Harum Sundal Malam II dan Castello sebanyak 3 anugerah.
Majlis pertunangan dan pernikahan akan berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 21 Ogos depan. Manakala majlis persandingan pula akan diadakan pada 28 Ogos di Kuala Lumpur Convention Centre(KLCC) dan 3 September di Kuala Lipis, Pahang. Satu perarakan berkuda telah dirancang khas untuk para peminat Siti pada petang 28 Ogos di KLCC. Kebetulan pada 28 Ogos itu adalah ulangtahun perkahwinan ibubapa Siti yang ke 38.
Dato' Raja Shah Reza telah dipilih untuk merancang dan mengendalikan majlis istimewa ini. Beliau telah diamanahkan untuk menjayakan majlis berkonsep perkahwinan taman bagi upacara di KLCC. Manakala hantaran dan pakaian pula akan berkonsepkan sulaman tekad dan songket tradisional. Seramai lima orang pereka fesyen iaitu Radzwan Radzwil, Micheal Ong, Khoon Hooi, Embun dan Anna Avanti telah terpilih untuk menzahirkan pakaian perkahwinan Siti. Manakala jurumekap artis Nurul Shukur dan Mia pula bertanggungjawab untuk menyolek Siti pada hari yang bersejarah itu.
Menurut Siti, dia mula rapat dengan Datuk Khalid semenjak sekembalinya dari konsert di Royal Albert Hall, London. Perkara utama yang menyebabkan Siti terpaut hati dengan Datuk Khalid ialah sikap kasih sayang beliau pada anak-anak. Datuk Khalid mempunyai 4 orang anak hasil perkongsian hidup dengan bekas isteri beliau Tengku Zawyah Tengku Izham, iaitu yang sulong Mohd Anas Zawari berumur 19 tahun, Mohd Adib 16 tahun, Mohd Asraf 14 tahun dan yang bongsu Mohd Azif 8 tahun. Kesemua mereka berada di Kuala Lumpur kecuali Mohd Anas sedang menuntut di Australia.
Datuk Khalid pula berkata dia terpikat pada Siti kerana Siti mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri tetapi enggan menjelaskannya dengan lebih lanjut. Beliau juga menafikan cerita tentang cincin bernilai RM500,000 dan majlis perkahwinan yang menelan belanja RM5 juta. Walaubagaimanapun menurut Datuk Khalid, majlis tersebut akan diadakan dengan sederhana tetapi meriah.
Wang hantaran untuk Siti tidak dalam bentuk wang tunai tetapi akan diberi dalam bentuk barang kemas. Walaupun nilainya tidak pula dinyatakan tetapi dianggarkan dalam lingkungan RM500,000.
Album terbaru Siti Nurhaliza - Transkripsi telah dilancarkan dan boleh diperolehi dipasaran sekarang. Penerbit album ini terdiri daripada Siti Nurhaliza sendiri, Aubrey Suwito, Jenny Chin, Mac Chew, Yasin, Cat Farish, Firdaus Mahmud dan Damian VE.
Senarai lagu dalam album ini; 1. Biarlah Rahsia 2. Bisakah 3. Intrig Cinta 4. Hati Berbisik 5. Destinasi Cinta 6. Pastikan 7. Tanpa Dendam Di Hati 8. Cuba Untuk Mengerti 9. Bila Harus Memilih 10. Hidup Penuh Bicara 11. Rupanya Kita Serupa 12. Impiankan Nyata 13. Siti Situ Sana Sini
Transkripsi : Maklumat lanjut tentang album Transkripsi. Lirik Lagu : Lirik lagu album Transkripsi. Ulasan Album : Ulasan dan komen berkenaan album ini.
Blog dan akhbar yang ada membuat ulasan serta cerita tentang album Transkripsi;
Hari Jumaat lepas saya telah pergi menonton filem Gubra arahan Yasmin Ahmad pengarah yang sama untuk filem Sepet atas ehsan Digi. Saya tidak mahir untuk membuat ulasan tetapi bagi pendapat saya filem ini mesti ditonton oleh semua dan buatlah kesimpulan sendiri tentang kehidupan kita di negara Malaysia.
Di samping turut berkongsi mengucap tahniah atas kemenangan luar biasa saudara sebagai juara AF3, saya ingin memberi pandangan yang saya kira tidak dapat disampaikan secara peribadi meman-dangkan kita berada di lingkaran kenalan yang berbeza.
Maka surat terbuka menerusi kolum akhbar arus perdana seperti ini barangkali dapat menyampaikan pandangan ikhlas daripada saya.
Sesungguhnya kemenangan saudara ini akan meletakkan diri saudara dalam situasi yang amat berbeza daripada sebelum ini.
Kemunculan mendadak saudara yang dicetuskan oleh fenomena AF3, sekali gus merubah warna hidup dan akan menukarkan budaya pemikiran serta gaya hidup saudara. Dari seorang pemuda luar bandar yang hanya dikenali di daerah saudara sebagai seorang DJ yang sedang mencari-cari stail persembahan, saudara telah menempuh satu proses transformasi yang melonjak saudara kepada status selebriti, satu lompatan yang amat jarang dicapai lain-lain orang.
Kejayaan saudara sebenarnya tidak banyak berbeza daripada kejayaan peribadi seseorang dalam bidang politik, kenaikan pangkat, kejayaan korporat malah kemewahan kewangan.
Kejayaan peribadi seperti ini biasanya akan mengetemukan seseorang itu dengan kesukaran dalam proses mengurus kejayaan berkenaan.
Kalau dahulu saudara mempunyai kenalan terhad di Felda Taib Andak, kini saudara menjadi `milik' negara.
Malah rakan sekolah di suatu ketika dahulu, yang tidak begitu rapat dengan saudara pun akan berebut-rebut mengaku bahawa mereka pernah sebangku sekolah dengan saudara. Guru-guru saudara juga akan turut menumpang kebanggaan kerana pernah mengajar saudara.
Dalam pada itu, tentu sekali ramai pula kenalan baru yang akan muncul dan ingin merapati saudara terutama sekali mereka yang berkepentingan. Ini amat lumrah dan merupakan `pakej' yang datang bersama-sama kejayaan itu.
Sebagai seorang yang pernah bergaul dan melihat kenalan meningkat naik dalam politik, jabatan kerajaan, korporat dan sebagainya, saya dapat melihat bagaimana di antara mereka yang berjaya mengurus kejayaan dan ada yang gagal.
Ada yang pernah minum teh tarik dengan kenalan lama sebelum mereka berjaya tetapi apabila bertemu selepas berjaya, salam mereka longgar dan mata tidak bertentangan lagi.
Sapaan pun hanya sekadar menerusi satu dua patah perkataan sahaja. Sedangkan sebelum berjaya mereka sering menyebut ``Saya tidak akan lupakan kawan-kawan seperti saudara ini, yang rapat masa saya susah.''
Tetapi sesungguhnya manusia cepat lupa kerana kejayaan merubah diri mereka. Untuk berlaku sedikit adil bolehlah kita katakan keutamaan berubah mengikut kedudukan.
Seperti kata seorang bekas tokoh politik negara kepada saya, kenaikan pangkat dan kedudukan seseorang adalah umpama menaiki tingkat bangunan. Semasa di tingkat bawah, kita rapat satu sama lain. Apabila naik ke tingkat satu, kenalan kita bertukar dan kita hanya boleh melambai-lambai kepada kawan-kawan di tingkat bawah. Apabila naik ke tingkat dua pula, rangkaian kenalan terus berubah dan begitulah seterusnya.
Sesungguhnya ujian bagi seseorang itu, seperti kata bijak pandai, ialah semasa dia berada di atas umpamanya lupakah dia kepada kenalan lamanya?''
Atau masih ingatkah dia kepada mereka yang bertungkus lumus membantunya untuk naik dahulu. Masih ingatkah dia kepada `akarnya', tempat asalnya, kekurangannya. Ingatan-ingatan tersebut amat penting kerana lazimnya dalam dunia glamor seperti yang saudara baru tempuh ini adalah sementara.
Naik turun pasti berlaku. Hanya cepat dan lambatnya sahaja yang boleh dikawal menerusi daya pengurusan yang baik oleh diri saudara sendiri.
Jelas sekali penampilan dan kerjaya saudara melalui dari saat ini akan dikawal oleh orang yang dikatakan profesional, seperti mana mereka yang mengasah bakat saudara di AF3.
Bezanya kini, saudara bukan hanya berada dalam lingkungan akademi, tetapi dalam dunia hiburan yang lebih mencabar dan tidak kurang juga kejam. Bagi mereka perhitungan lebih kepada ringgit dan sen. Tanyalah ramai artis yang telah naik dan jatuh.
Dalam menempuh semua itu, hanya kekuatan diri saudaralah yang akan membantu mengekalkan saudara di persada kejuaraan itu.
Dalam pada itu harus juga diambil ingat bahawa AF akan sentiasa mengeluarkan juara-juara baru setiap tahun. Maka setiap tahun jugalah juara-juara AF yang lepas merasai diri semakin disaingi.
Amat wajar fenomena `Mawi World' yang tercetus oleh aura diri saudara itu dikekalkan dalam alam hiburan yang bakal saudara ceburi ini. Pihak pengurusan saudara mungkin sudah mempunyai strategi pemasaran mereka.
Namun akhirnya kekuatan dalaman Mawilah yang menjadi faktor sebenarnya. Saya percaya kebimbangan penyokong-penyokong setia saudara adalah kut-kut mengejut Mawi sampai, mengejut juga Mawi pergi.
Selepas memperkatakan semua ini, saya yakin, setelah mengikuti `isyarat tubuh' Mawi sepanjang musim AF3 ini, Mawi akan menjadi seorang juara yang baik, berdaya tahan, tidak lupa diri dan akhirnya seorang penghibur glokal. - HAMDAN SULAIMAN, Kuala Lumpur.
Pada 6 Ogos yang lalu tercatatlah satu rentetan dalam sejarah Akademi Fantasia bila Asmawi Ani atau Mawi telah ditabalkan sebagai Juara Akademi Fantasia musim 3. Undian yang diraih oleh beliau merupakan peratusan tertinggi pernah dicatatkan semenjak musim 1 lagi iaitu 58%. Malah Mawi mengesahkan betapa hebatnya fenomena yang dibawa oleh anak muda dari Kulai dengan menyapu bersih kesemua anugerah pada malam itu. Beliau turut dipilih pengundi untuk memenangi anugerah Vokal Terbaik (38%) dan Persembahan Terbaik (46%).
Kini terpulanglah kepada Mawi dan Maestro untuk mengorak langkah yang berikutnya. Didoakan Mawi akan dapat membawa diri dalam menempuh dunia artis dan glamour ini. Sementara itu diharap Maestro akan mengatur masa depan Mawi dengan baik tanpa memikirkan keuntungan semata-mata.
Kepada semua bekas pelajar dan finalis Akademi Fantasia 3, tahniah diucapkan di atas kejayaan masing-masing. Ingatlah ini merupakan langkah pertama anda ke alam yang penuh cabaran dan godaan.
Bagi peminat-peminat dan pengundi-pengundi AF3 teruskan sokongan anda kepada bintang-bintang AF3 ini. Belilah album mereka bila dikeluarkan nanti.
Hujung minggu ini adalah kemuncak kepada Akademi Fantasia musim ke 3. Salah seorang daripada empat orang yang pelajar yang akan dinobatkan oleh pengundi-pengundi sebagai Juara musim ini ialah Felix bin Agus (Felix), Amylea binti Azizan (Amylea), Asmawi bin Ani (Mawi) dan Marsha Milan Londoh (Marsha).
Lagu Untuk Konsert Akhir Akademi Fantasia: AMYLEA Sweet Child O' Mine, Guns N Roses (Nyanyian semula: Sheryl Crow) Ku Berserah, Lagu/Lirik: Adnan Abu Hassan FELIX Kudaku Lari, Datuk Sharifah Aini Warkah Berlagu Pilu, Lagu: Adnan Abu Hassan, Lirik: Fariz MARSHA Manusia, Saloma (Nyanyian semula: Sheila Majid) Untuk Terakhir Kali, Lagu: Sharon Paul, Lirik: Mohariz Yaakup
Aku telah mengikuti Akademi Fantasia sejak dari musim pertama lagi. Bagi musim ketiga ini aku hanya jadi penonton sahaja tanpa mengundi mana-mana pelajar. Malah aku cuma sempat menyaksikan 6 daripada 9 konsert mingguannya dan hanya suku daripada keseluruhan diari yang telah disiarkan.
Akademi Fantasia kali ini dapat kita saksikan bagaimana Astro cuba memaksimakan pulangan daripada demam AF yang dialami oleh sebahagian masyarakat. Di samping AFUNDI, ada AFLAGU dan AFVOKAL. Tak cukup dengan dua 30 minit diari setiap hari, para peminat boleh membayar untuk menonton diari extended di Akademi Fantasia Xtra. Majalah Aksi juga diterbitkan setiap minggu untuk dibeli oleh para peminat AF. Konsert mingguan dan diari harian juga dijual dalam bentuk VCD sebagai bahan koleksi. Tidak ketinggalan pakaian dan barangan cenderamata. Ini tidak termasuk penajaan dan kerjasama dengan badan-badan korporat lain.
Apa yang menariknya, berapa peratuskah keuntungan yang diperolehi oleh Astro daripada rancangan ini telah tempias kepada para pelajar atau bintang-bintang AF?
Anugerah yang dimenangi oleh filem Sepet di Festival Filem Malaysia ke 18 - 2005; Filem Terbaik Pelakon Harapan Wanita - Sharifah Amani Pelakon Harapan Lelaki - Ng Choo Seong Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Aida Nerina Cerita Asal Terbaik - Yasmin Ahmad Poster Terbaik