Objektif rancangan Akademi Al-Quran ini bukan sahaja mencari qari atau qariah terbaik, malah untuk mendidik generasi akan datang dalam meningkatkan kualiti bacaan al-Quran secara tananum dengan bimbingan dari mereka yang pakar dalam bidang tajwid dan qiraat. Di dalam Akademi Al-Quran bukan sahaja para peserta dapat mendalami ilmu al-Quran malah para penonton juga dapat berkongsi ilmu tersebut melalui penerangan dan bimbingan tenaga pengajar dan juri.Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri yang menjuarai Akademi Al-Quran musim pertama kini sedang menuntut di Mesir dalam pengkhususan qiraat. Beliau akan berada di sama selama 7 tahun. Tempat kedua disandang oleh Amirahman Abas dan tempat ketiga ialah Azrael Abdul Hak. Menurut laporan AC Nielsen Media Research rancangan Akademi Al-Quran yang disiarkan di TV9 tahun lepas telah berjaya meraih bilangan penonton sehingga mencecah 1.1 juta orang. AQ musim kedua dengan 13 episod akan memulakan siarannya pada 5 April ini. Empat episod yang pertama akan menyiarkan rakaman semasa sesi uji bakat dan bakinya disiarkan secara langsung.
Berikut adalah jadual uji bakat Akademi Al-Quran 2;
| TARIKH | LOKASI |
| 10 & 11 Februari | Dewan Institut Tadbiran Islam (Intim) Ipoh, Perak |
| 13 & 14 Februari | Dewan Warisan Kangar, Perlis |
| 16 & 17 Februari | Dewan Insaniah Alor Star, Kedah |
| 19 & 20 Februari | Dewan Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan |
| 22 & 23 Februari | Dewan Jabatan Agama Islam Pahang, Kuantan, Pahang |
| 26 & 27 Februari | Kompleks Islam, Johor Bahru, Johor |
| 1 & 2 Mac | Dewan Masjid Al-Azim, Melaka |
| 4 & 5 Mac | Dewan Institut Tahfiz Quran Gemencheh, Negeri Sembilan |
| 7 & 8 Mac | Dewan Darul Quran Kuala Kubu Baru, Selangor |
| 17 & 18 Mac | Dewan Millenium Kepala Batas, Pulau Pinang |
| 22 & 24 Mac | Perkampungan Hadhari 2007, Pulau Duyung, Terengganu |
Technorati Tags: nukilan, azhad, agama, islam, akademi al-quran
No comments:
Post a Comment