Malaysia akan menyertai 41 acara sukan daripada 43 jenis sukan yang dipertandingkan kali ini. Walaupun begitu Malaysia telah menarik diri dari turut serta dalam acara sepaktakraw berikutan pihak penganjur tetap menggunakan bola baru bersalut getah, Marathon New Generation. Pasukan bola sepak negara pula telah gagal untuk melangkah ke peringkat separuh akhir berbanding dua tahun lepas mereka telah memungut pingat gangsa.Kontinjen Malaysia terdiri daripada 723 orang atlet dan 307 orang pegawai. 723 orang atlet ini terdiri daripada atlet Kategori A dan B. Atlet Kategori A ialah mereka yang layak mengikut merit atau dikenalpasti berpotensi memenangi pingat dan perbelanjaan mereka akan ditanggung oleh Majlis Olimpik Malaysia. Manakala atlet Kategori B ialah mereka yang tidak layak mengikut merit, mereka perlu membayar sendiri perbelanjaan mereka dan akan dibayar balik jika memenangi pingat.
..sasaran 64 emas..
Majlis Sukan Negara (MSN) mensasarkan athlet negara akan memperolehi 64 pingat emas daripada sejumlah 475 emas yang menjadi rebutan di dalam kejohanan sukan kali ini. Setakat pukul 4 hari ini kontinjen negara telah mengumpul 25 emas, 23 perak dan 49 gangsa. Pasukan menembak 50m Rifle Prone wanita merupakan penyumbang pingat emas pertama negara di temasya sukan ini. Semasa Sukan Sea ke 23 di Filipina, Malaysia telah merangkul 61 emas, 49 perak dan 65 gandsa. Secara keseluruhannya Sukan SEA kali ini menawarkan sejumlah 475 emas, 475 perak dan 627 pingat gangsa.
Sementara itu atlet individu atau berpasukan yang mempamerkan prestasi cemerlang akan menerima ganjaran tunai di bawah anugerah Atlet Sukan Terbaik Manulife/Majlis Olimpik Malaysia. Beberapa perkara akan menjadi panduan untuk menerima insentif ini, antaranya adalah kemenangan pingat emas, bilangan pingat, selain kejayaan memecah rekod kebangsaan atau temasya.Maklumat lanjut dan terkini tentang Sukan SEA ke-24 ini boleh diperolehi di Utusan Online Khas Sukan SEA 2007, SEA Games Korat 2007 News Alert @ OCM Library dan di laman web rasmi 24th Sea Games.
Terkini : Setelah Sukan Sea ke-24 ini tamat, Malaysia telah berjaya memungut 68 pingat emas, 52 pingat perak dan 96 pingat gangsa. Secara keseluruhan pula Malaysia menduduki tempat kedua di belakang Thailand.
Technorati Tags: nukilan, azhad, sukan sea, sea games, korat, thailand
I’m really intrigued by this. lanai privacy screen Orlando FL
ReplyDelete