Salam bahagia, dah lama juga aku tak menulis. Sejak kebelakangan ini aku hanya memaparkan semula kiriman e-mail yang aku terima daripada rakan-rakanku. Tak mengapalah bila ada kelapangan dan idea aku akan menulis. Bila aku terima sebarang e-mail yang menarik untuk dikongsi, akan aku paparkan di sini. Baru-baru ini aku telah berpeluang menghadiri satu majlis konvokesyen sebuah tadika di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Selangor. Sungguh menarik kerana ada berbagai persembahan, penyampaian sijil tamat tadika dan penyampaian...
Posted by Azhad 29.10.04 0 comments
Pada awal puasa tempohari aku telah menerima satu email yang bercerita tentang panduan tindak balas dan gejala jasmani semasa berpuasa. Oleh itu aku paparkan di sini untuk tatapan dan panduan bersama;Matahari Pagi Renungan jasmani semasa berpuasa.Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat...
Posted by Azhad 21.10.04 0 comments
Sekali lagi bulan yang mulia ini tiba tanpa sesiapa dapat menyekatnya. Ramai yang gembira dengan kedatangannya dan tak kurang juga yang gelisah. Bulan ini seluruh umat Islam akan berpuasa, bukan sahaja tidak makan dan minum tetapi segala perbuatan yang lain yang membatalkannya. Bagaimanapun aku dapati kebanyakan kita hanya menekan tentang aspek tidak boleh makan dan minum sahaja. Perkara-perkara lain yang boleh meningkat atau mengurangkan nilai puasa kita itu kurang dititik beratkan. Mungkin cara didikan atau pendedahan yang...
Posted by Azhad 20.10.04 0 comments
Baru-baru ini aku ada menerima beberapa e-mail yang menarik untuk dijadikan panduan. Salah satunya adalah tentang rahsia menjadi orang cemerlang oleh Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah. Aku paparkan di sini isi kandungannya untuk kita berkongsi bersama-sama.Dato' Dr Fadzilah Tips menjadi orang cemerlang oleh Dato Dr. Fadzilah KamsahTatacara makan dan minumSebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ insyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki....
Posted by Azhad 14.10.04 1 comments
Beberapa hari ini petang hujan telah turun membasahi bumi. Minggu lepas hujan telah tidak berhenti sehingga pagi. Ini telah menyebabkan beberapa tempat telah dinaiki air. Bagi orang yang berkebun dan mempunyai tanaman tentu suka dengan kehadiran hujan. Manakala untuk mereka yang memerlukan cahaya matahari tentu mengeluh bila hujan. Hujan atau panas adalah rahmat dari Tuhan. Kita wajib bersukur dengan kejadian alam in...
Posted by Azhad 9.10.04 0 comments
Sudah dua hari aku tidak membaca suratkhabar dan menonton berita di tv maupun mendengarnya di radio. Terasa macam ada suatu kekurangan apabila tidak tahu apa yang terjadi di luar sana. Rasanya apa berita yang hangat di dalam dan di luar negara ketika ini? Isu-isu semasa yang bagaimanakah sedang rancak dibincangkan baik di kedai-kedai kopi atau Dewan Rakyat? Bagi aku suratkhabar, tv, radio dan internet adalah sumber berita yang terbaik di samping cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut. Bagaimanapun kita harus ingat supaya...
Posted by Azhad 5.10.04 0 comments
Semalam aku balik kampung, hampir dua minggu sekali aku akan balik kampung. Kali ini ada kenduri arwah dan juga bersempena kedatangan bulan Ramadhan. Sebenarnya ini adalah kampung isteri aku dan aku sendiri tak ada kampung sebab aku dilahirkan dan dibesarkan di KL. Seronok dapat berjumpa dengan sanak saudara dan bertanya khabar. Aku lebih banyak mendengar dan memerhati daripada bercakap. Memang aku ini seorang yang agak pendiam tapi aku suka melihat gelagat orang lain. Malam itu memang ramai pak cik, mak cik, sepupu dan anak...
Posted by Azhad 4.10.04 0 comments
Pagi ini tiada apa yang ingin aku perkatakan. Belum ada sebarang idea yang masuk ke fikiranku ini. Lama juga aku tidak menulis sajak. Mungkin bila ada kelapangan akan aku cuba mengubah satu. Wah! Rasanya kali terakhir aku menyiapkan sebuah sajak hampir berbelas tahun yang sudah. Begitu pantas masa berlalu...............
Posted by Azhad 2.10.04 0 comments
Hari ini merupakan satu sejarah dalam hidup aku kerana memberanikan diri untuk membuka satu lembaran baru. Ini merupakan kali pertama aku menulis dan tulisan aku boleh dibaca sesiapa sahaja. Aku membuka blog ini sebagai satu landasan kepada aku membuat sesuatu yang aku suka dan tak pernah bersungguh-sungguh terhadapnya.Aku suka menulis dan rakan-rakan aku pernah menbaca penulisanku tapi aku tak pernah meneruskannya. Aku harap dengan adanya blog ini memboleh aku berani menulis apa sahaja yang terlintas di hati dan di fikir...
Posted by Azhad 1.10.04 0 comments

Subscribe here