Sessi sekolah bagi tahun ini baru sahaja bermula 3 minggu tetapi sudah ada beberapa kes masalah disiplin pelajar. Difahamkan seramai lebih 3,500 orang pelajar telah dibuang sekolah pada tahun lepas dan lebih 7,500 orang pelajar lagi telah digantung persekolahan mereka di seluruh negara. Sebahagian besar daripada yang dibuang sekolah ini adalah mereka yang terlibat dengan kesalahan ponteng sekolah.


Seorang pelajar tingkatan tiga, K.Yazhovan telah mati selepas terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolahnya baru-baru ini. Pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut walaupun begitu mereka akan tetap melakukan siasatan. Beberapa pelajar Sekolah Menengah Seksyen 1, Bandar Kinrara, Puchong yang menyaksikan kejadian itu akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Yashovan yang berumur 15 tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat dua sekolahnya pada pukul 10:30 pagi dan mengakibat dia cedera parah di kepala telah dikejarkan ke Hospital Serdang sebelum dipindahkan ke Wad Neurologi Hospital Kuala Lumpur. Dia meninggal dunia selepas langsung tidak sedarkan diri semenjak dimasukkan ke hospital.

Beberapa persoalan telah timbul dengan kejadian yang menimpa anak tunggal ini. Pertamanya adakah kejadian ini merupakan satu kemalangan atau memang disengajakan? Lebih-lebih lagi Yashovan ada mengadu dia pernah dibuli semasa di sekolah. Sementara itu beberapa pelajar yang melihat kejadian itu memberitahu bapa Yashovan bahawa anaknya telah dibiarkan terbaring hampir sejam sebelum seorang kakitangan sekolah bertindak menelefon ambulan.

Satu lagi kejadian di Gombak seorang ketua pengawas telah dipukul oleh beberapa orang pelajar sehingga cedera anggota badan dan menerima beberapa jahitan di kepala. Difahamkan ketua pengawas ini telah mengambil nama pelajar ini yang datang lewat ke sekolah pada pagi kejadian.

Selepas tamat waktu persekolahan pada hari itu, pelajar ini bersama-sama beberapa rakannya yang menaiki motor telah menahan ketua pengawas berkenaan di luar pagar sekolah. Mereka telah beramai-ramai memukul dan ada yang menggunakan besi pengunci motor. Laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

Di Sungai Buloh pula seorang pelajar tingkatan satu telah dibelasah oleh sekumpulan pelajar tingkatan dua dan tiga. Kejadian berlaku semasa Muhammad baru sahaja keluar sekolah untuk pulang ke rumah bila dia tiba-tiba dikerumuni, ditengking dan dipukul beramai-ramai. Muhammad telah dipukul dan ditendang sehingga lebam-lebam dan pakaian sekolahnya koyak.

Pelajar-pelajar ini menuduh Muhammad menjeling mereka dan mengugut supaya tidak melaporkan kejadian itu jika tidak mahu mereka memanggil pelajar tingkatan lima pula memukul dia. Walaupun begitu mangsa dan ibunya telah membuat laporan polis sebelum mendapatkan rawatan di hospital. Apabila ibu Muhammad memberitahu hal itu kepada pengetua sekolah, beliau berkata tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku di luar kawasan sekolah.

Ini seolah-olah menunjukkan suasana di sekolah dan perjalanan balik dari sekolah tidak selamat. Satu kajian dan tindakan susulan perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca asal kelemahan tahap disiplin para pelajar masa kini. Mungkin ada mengatakan, ini kejadian terpencil tetapi jika dibiarkan pasti menjadi barah yang boleh merosakkan keseluruhan institusi pendidikan.

Technorati Tags: , , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 23.1.08

5 comments

  1. Anonymous Says:
  2. sebenarnya displin bebudak sekolah ni adalah sebab mak bapak mereka.ini nak kata cara ibu bapa sekarang tak betul tak juga namun ketegasan yanga ada tidak terarah kepada anak-anak.mungkin terlalu lembut mungkin juga.sayang anak mungkin juga,takut anak lari dari rumah betul juga,sibuk dengan kerja mungkin juga,dan saya rasa ini bukan masalah displin anak-anak tetapi masalah ibu bapa yang tidak berdisplin yang menyaksikan yang ibu bapa tidak boleh dijadikan contoh yang baik untuk anak anak.bapa tak sembahyang macam mana nak anak ikut apa yang ibu bapanya tak buat.anak menjadi cermin kepada ibu bapanya.

     
  3. Anonymous Says:
  4. a'kum.

    terpanggil pula saya untuk beri sedikit pendapat.

    sebagai guru kaunseling, saya berpendapat senario displin pelajar yang semakin merudum sejak akhir2 ini banyak dipengaruhi oleh faktor semasa. bak kata sebuah iklan di televisyen, "Zaman dan berubah".

    zaman kita sekolah dulu pun banyak tapi pihak sekolah banyak mengambil tindakan 'tutup kes' dan kes itu menjadi rahsia antara pihak sekolah, ibubapa dan pelajar itu sendiri.

    hari ini kita semua semakin bersikap terbuka dan banyak kes yang dilapor kepada media, sekaligus mendorong semua pihak khasnya guru mencelik mata untuk mengajak orang ramai (public) untuk menyumbang idea dan langkah membanteras displin pelajar.

    kementerian pelajaran juga mengambil tindakan secara terbuka dengan melancarkan pelbagai kempen s\liuntuk memberi kesedaran kp orang ramai agar turut sama membantu mengurangkan merosotnya displin pelajar seperti laman web ADUDisplin, kempen antibuli, kempen antidadah dan banyak lagi.

    saya berpendapat, maafkan saya, pendapat saudara/i Anonymous di atas terlalu menyalahkan ibubapa sebagai punca pelajar tidak berdisplin. sebagai ibubapa, tiada satupun di antara mereka yang inginkan anak menjadi kurang ajar dan tidak berjaya. tinggal lagi, ada juga yang bukan sedikit mengabaikan psikologi dan keperluan anak2 atas faktor seperti kekangan wang ringgit dan kurang belaian kasih sayang.

    percayalah, anak2 sentiasa inginkan perhatian dan kasih saya daripada ibubapa. walaupun saya akui, sebagai ibubapa, kita juga mesti menerima kelemahan diri dalam mendidik anak2, sikap untuk memperbaiki diri untuk menjadi ibubapa lebih baik perlu ada.

    salam ikhlas.

    berliankarat@yahoo.com

     
  5. Anonymous Says:
  6. masalah disiplin pelajar ini sebenarnya kehendak individu itu sendiri. jika mereka cepat terpengaruh maka mereka cepat terlibat dalam masalah disiplin pelajar ni. ibu bapa juga boleh dipersalah kan kerana mereka tidak menumpukan perhatian kepada anak-anak mereka.

     
  7. baroque75 Says:
  8. sebagai guru yg telah berkhidmat selama 10 tahun, saya berpendapat bhw masalah disiplin jgn disalahkan pd guru kerana tangan kami terikat. menegur kesalahan pun boleh dijadikan isu oleh pelajar dan disudut undang2, lebih berpihak kpd pelajar. apa shj yg mereka kata walaupun dusta akan dipercayai manakala guru yg melakukan tugas akan menerima akibat negatif. ini menyebabkan majoriti guru putus asa krn mereka diperlekehkan begitu shj. cuma kaum pendidik shj yg memahami dilema ini, pihak lain selagi tdk berada di dalam sistem pendidikan ini tidak akan faham.

     
  9. sebagai seorang ibu saya berani mengatakan bahawa masalah disiplin pelajar sekolah adalah disebabkan ibubapa tidak tegas seperti zaman dahulu yang menggunakan rotan sebagai satu cara mendidik anak....zaman sekarang kalau guna rotan dan anak menjerit kerana kesakitan dikatakan orang "mendera anak".......ibu bapa zaman sekarang memang penyumbang masalah disiplin pelajar disekolah...ibubapa sekarang terlalu sebok mengejar kerjaya masing-masing dan begitu menyayangi anak masing-masing sehingga sukar untuk memarahi anak masing-masing.......terus-terang saya dirumah kalau anak saya tak mahu dengar kata saya akan guna rotan.....dan yang lain-lain saya bedoa kepada allah setiap masa.....

     

Post a Comment

Subscribe here