Sebelum ini saya ada menulis tentang beberapa masalah disiplin pelajar walaupun sekolah baru sahaja dibuka selama tiga minggu pada tahun ini. Cerita bagaimana seorang pelajar yang maut setelah jatuh daripada tingkat dua sekolahnya, ketua pengawas dipukul oleh sekumpulan pelajar sehingga mendapat jahitan di kepala dan kisah seorang pelajar tingkatan satu yang dibelasah beramai-ramai oleh pelajar tingkatan dua dan tiga ini boleh dibaca di Masalah Disiplin Pelajar Sekolah.

Sementara itu pada tahun lepas pula saya ada menulis tentang beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam usaha untuk menanggani masalah disiplin ini. Cerita tentang bagaimana pentingnya peranan ibubapa, keluarga, sekolah dan rakan sebaya. Malah arah tuju sistem pendidikan yang lebih menjurus kepada peperiksaan ini boleh dibaca di Masalah Disiplin Sekolah.

ponteng sekolah

Salah satu masalah disiplin yang paling besar adalah ponteng sekolah. Masalah ponteng sekolah ini pun bukan perkara baru malah semua orang pernah terlibat atau mengetahui tentangnya semasa bersekolah dahulu. Masalah ini sebenarnya berlaku sepanjang tahun cuma bilangannya meningkat setiap kali selepas peperiksaan sebelum cuti bermula.

Jangan terkejut jika ada yang ponteng sekolah ini dihalalkan oleh ibubapa sendiri terutama mereka yang bersekolah rendah. Ini amat ketara semasa kelas ganti pada hari Sabtu dan ketika selepas peperiksaan. Kedatangan yang merosot ini boleh dilihat apabila pelajar beberapa kelas terpaksa digabungkan untuk memenuhkan sebuah kelas. Cubalah tanya kepada anak atau adik anda bila ada kelas gantian hari Sabtu atau selepas peperiksaan nanti.

Bukankah sikap sebahagian ibubapa yang menghalalkan tidak perlu hadir ke sekolah ini memberi pengajaran yang kurang sihat kepada anak-anak mereka sendiri. Apabila di sekolah menengah nanti pelajar ini akan dengan sendirinya mencari berbagai alasan untuk membolehkan dia tidak datang ke sekolah. Akhirnya mereka ini akan menganggap pergi ke sekolah ini satu bebanan dan seringlah dia melencong ke tempat lain.

Pihak sekolah juga perlu mengambil perhatian kerana antara punca pelajar ponteng ialah kegagalan pihak sekolah menyediakan program yang menarik setelah selesainya peperiksaan. Ini telah dijadikan alasan oleh ibubapa dan para pelajar yang mengatakan membuang masa dan bosan untuk ke sekolah.

Oleh itu sekolah patut mengadakan program yang menarik minat pelajar hadir ke sekolah selepas menduduki peperiksaan. Sementara itu ibu bapa juga perlu menasihati anak-anak mereka supaya terus ke sekolah meskipun peperiksaan telah berakhir.

Pada tahun lepas Kementerian Pelajaran ada mengumumkan cadangan untuk melewatkan peperiksaan akhir tahun sehingga seminggu atau dua minggu sebelum cuti persekolahan akhir tahun bermula. Perubahan yang dicadangkan ini juga membabitkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Apabila ianya dilaksanakan tahun ini pihak kementerian berharap masalah ponteng sekolah akan dapat dibendung.

Semoga secara beransur-ansur masalah disiplin pelajar sekolah ini akan dapat dikurangkan. Di masa akan datang saya akan menyentuh tentang cara terbaik untuk mengendalikan anak yang mempunyai masalah disiplin di sekolah.

Technorati Tags: , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 9.2.08

10 comments

  1. Ken Says:
  2. Nukilan yang ikhlas dan tersusun.

     
  3. azrin Says:
  4. tak cukup tegas....
    tengok Singapore...mana ader kes ponteng? Kena tangkap...masuk lokap.
    Anak kena rotan, ibu bapa pon kena rotan....

    Dok lepak lepas 11malam, pon kena masuk lokap.

    senang citer...rotan sama dia!
    Hang Geng-Geng...kena charge Gengster... 5 rotan, 5 tahun...minimum. pas tuh..keluar, masuk tentera...lagi kena...

    tuh baru padan muka! Tiada pon gejala social. Rokok bawah 18tahun, penjual kena, yang remaja kena, ibu bapa pon kena...

    kita di malaysia terlalu lembut.

     
  5. Azhad Says:
  6. ken,
    Terima kasih.

    azrin,
    Memang betul tapi di sini tak boleh buat begitu kerana tiada peruntukan undang-undang.

    Difahamkan memang ada cadangan untuk mengubal undang-undang untuk menangani masalah remaja ini tetapi tak tahu la bila....

     
  7. zAhIdAh Says:
  8. azrin..mmg kat singapore,sape ponteng kene masuk lokap ek?ade akta cmtu ek?bley tak azrin or sape2 bagi akta tuh kat sy?really2 need it+)

     
  9. Zul-Elle Says:
  10. Salam ukhwah...

    Masalah ponteng, lepak, disiplin, dsb.nya berkaitan dengan pelajar sebenarnya bermula dengan sikap acuh tak acuh ibubapa/penjaga dalam menjalankan tanggungjawab sebagai "ibu" atau "bapa". Pendidikan awal bermula dari rumah. Lintang-pukang di rumah, huru-haralah jawabnya di sekolah! Sudahnya, "cikguuu.. juga yang tak pandai mendidik...

     
  11. Azhad Says:
  12. zahidah,
    Saya tidak tahu tentang akta itu, mungkin ada pembaca lain boleh membantu.

    zul-elle,
    Salam... saya memang bersetuju dengan pendapat saudara.

     
  13. bebe Says:
  14. masalah disiplin pelajar ini terutamanya masalah ponteng dalam kalangan pelajar ini seharusnya dibendung sejak mula lagi sebelum ianya menjadi tradisi di negara kita.

    cara kita hendak membendung masalah ini adalah dengan menggunakan cara lembut dan efektif. seperti mengajak mereka berbicara dan menceritakan masalah mereka. saya rasa itu adalah cara yang paling berkesan

     
  15. bebe Says:
  16. masalah disiplin pelajar ini terutamanya masalah ponteng dalam kalangan pelajar ini seharusnya dibendung sejak mula lagi sebelum ianya menjadi tradisi di negara kita.

    cara kita hendak membendung masalah ini adalah dengan menggunakan cara lembut dan efektif. seperti mengajak mereka berbicara dan menceritakan masalah mereka. saya rasa itu adalah cara yang paling berkesan

     
  17. fina Says:
  18. itulah org sekarang,dulu kita belajar tak pernah lawan guru sekarang....ape sudah jadi...

     
  19. ehemehem Says:
  20. Perangai budak sekolah semakin teruk terutama di luar bandar. Bila dikata macam sakai ramai yang melenting. Lebih teruk dari orang asli. Kebanyakan orang asli yang pergi sekolah hormat pada guru.
    Di kawasan felda terutamanya budak sekolah tak boleh ditegur langsung. Cermin tingkap sekolah dipecahkan. Disiplin kureng. Kalau ditegur, habislah kereta guru dicalar, tayar dipancit dan sebagainya. Ibu bapa pula tak kisah dan merestui anak mereka. Budak sekolah ponteng dengan bangga sekali, dah mak bapak bagi cuti. Macam mana negara nak maju kalau macam ni sikap ibu bapa. Yang jadi guru terutama sekolah menengah pening kepala. Amat sukar untuk mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna.
    Semoga Yang Maha Esa terus merahmati para guru yang tabah menghadapi karenah budak budak bermasalah ini.

     

Post a Comment

Subscribe here