Tema hari kemerdekaan bagi tahun 2008 ialah Perpaduan Teras Kejayaan. Jika berminat untuk mengetahui tema-tema sebelumnya bolehlah pergi ke Tema Hari Kemerdekaan yang lalu. Di bawah ini dipaparkan logo sambutan ulangtahun kemerdekaan bagi tahun ini yang merupakan yang ke 51.
Logo Hari Kemerdekaan ke 51

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Jika sudah ada tema dan logo, tentu tidak lengkap jika tiada lagu khas untuknya. Berikut adalah lagu tema hari kemerdekaan ke 51 yang dicipta oleh Pak Ngah dan lirik oleh Lokgha;

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

Lagu di atas boleh dimuat turun di Lagu Tema Merdeka ke 51. Saya ada cuba mencari minus one untuk lagu ini tetapi tidak berjaya. Walaupun begitu di laman web Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional terdapat minus one beberapa lagu patriotik lain.

Sementara itu jika ingin mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan kemerdekaan negara kita Malaysia bolehlah merujuk kepada Portal Hari Kemerdekaan.

Technorati Tags: , , , , , ,


Zemanta Pixie

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 8.8.08

22 comments

  1. Unknown Says:
  2. thanks bro.....
    nga mencari bahan untuk sambutan hari kemerdekaan untuk peringkat sekolah....

    info yang sgt2 berguna...

     
  3. Azhad Says:
  4. khairule,
    Sama2... semoga sambutan di sekolah nanti meriah.

     
  5. Anonymous Says:
  6. Bro, camner nak dapatkan minus-one lagu Perpadua Teras Kejayaan..?

     
  7. Anonymous Says:
  8. kenapa takde minus one lagu Kemerdekaan ke-51? senang skit kalu nak persembahan dgn minus one...
    -cikgu el gamillo...Gombak.

     
  9. Anonymous Says:
  10. selamat hari kemerdekaan ke 51

     
  11. Anonymous Says:
  12. wahhhh banyak info la kat sini. heeh :)

     
  13. Ticer DLyea Says:
  14. Salam bro...kita try nak download lagu tu tp x dapat laa..bro ader tak lagu tu..leh send ke emael saya tak?..hehehe...

     
  15. ajit Says:
  16. bro..kwn ambik info kat blog ni utk dimuatkn dalam web sklh kwn..thanks bro..

     
  17. Anonymous Says:
  18. gambar yang sangat menarik.. lain dari yang lain..
    and sangat harmoni..

     
  19. Anonymous Says:
  20. bertuah jadi rakyat malaysia... sbb ada rakyat mcm kamu...
    bangga,,,, anak malaysia sangat mengambil berat tentang negara sendiri..
    tahniah azhad..
    contoh terbaik untuk kami..

     
  21. Azhad Says:
  22. Salam semua,
    Saya juga sudah cuba mencari minus one lagu tema tu tapi tak dapat.

    Silalah guna maklumat diblog ini dan jika boleh nyatakanlah url blog ini.

    Kepada yang lain terima kasih.

     
  23. Anonymous Says:
  24. logo tu...herm...
    konsep dia cam konsep logo ubuntu...hahaha

     
  25. Anonymous Says:
  26. salam...lagu theme hari merdeka ni leh download kot ares...dah ader kat situ..baru je download last nite....to da owner of thiz blog...syabaz betee...hehehhe..all da best n keep it up...

     
  27. Anonymous Says:
  28. thx coz blog nie byk membntu tok sambutan ari kemerdekaan prngkt skola..

    byk info yg sgt berguna..

    =)

     
  29. rem58 Says:
  30. semua dok sibuk cakap pasal benda lain..sampai lupa susah payah perjuangan nak merdeka tu..dalam kesuaman menyambut merdeka,lagi suam bangsa lain sambut merdeka..

    kibarkan jalur gemilang di social networking site anda dengan grafik merdeka 51.
    www.testifriendster.net

     
  31. Anonymous Says:
  32. logo ciplak dr TAIWAN la...x dapat nak dibanggakan
    http://www.malaysiakini.com/news/88820

     
  33. Anonymous Says:
  34. logo ciplak dr TAIWAN la...x bangga aku tgk http://www.malaysiakini.com/news/88820

     
  35. shalu Says:
  36. MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...

    SAMBUTLAH HARI MERDEKA!!!

    MALAYSIA BOLEH!!!

     
  37. Anonymous Says:
  38. nape x loo yg x de kale..
    ssh r cm2 nk amk utk hias kls..

     
  39. Anonymous Says:
  40. m/e/r/d/e/k/a

    selamat menyambut hari kemerdekan ke51

    go malayia!!!!!!!!

     
  41. Ms Sunkist Says:
  42. info yg sangat membantu utk sambutan kemerdekaan peringkat sekolah. budak2 kelas tak reti nyanyi lagu nie...budak2 sekarang cuma reti lagu penyanyi popular je kot. hai pening pening....

     
  43. Angel17 Says:
  44. I recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. https://www.appliancerepaircalg.ca/whirlpool-repair

     

Post a Comment

Subscribe here