Angkasawan Negara
Hari ini 10 Oktober 2007 pada pukul 9.21 malam, kapal angkasa Soyuz TMA-11 telah melonjak meninggalkan bumi dari Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan. Tiga orang penumpang di dalamnya ialah Komander Peggy A. Whitson dari Amerika Syarikat, Jurutera Penerbangan Yuri Malenchenko dari Russia dan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Mereka akan menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa yang terletak lebih daripada 300km dari bumi.

Ini merupakan satu detik bersejarah kepada negara Malaysia kerana telah berjaya menghantar seorang rakyatnya ke angkasa lepas. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor akan berada di angkasa selama 10 hari, ini ternasuk 8 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa. Kapal angkasa Soyuz TMA-11 dijangka akan bercantum dengan Stesen Angkasa Antarabangsa pada 12 Oktober pukul 10.51 malam. Di situ nanti Dr. Sheikh Muszaphar Shukor akan mengadakan tiga ujikaji membabitkan tiga komponen penting iaitu sel di angkasa, mikrob di angkasa serta pengkristalan protein.

Dr. Sheikh Muszaphar Shukor - Angkasawan NegaraDr. Sheikh Muszaphar Shukor dilahirkan pada 27 Julai 1972 di Kuala Lumpur. Beliau telah belajar dan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Maktab Rendah Sains MARA Muar, Johor. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor mempunyai MBBS dari KMC Manipal, India dan Master in Orthopaedic Surgery dari HUKM. Sekarang ini bekerja di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia semenjak tahun 2005. Sebelum itu beliau pernah bertugas di Hospital Seremban (1998), Hospital Kuala Lumpur (1999) dan Hospital Selayang (2000-2001).

Beliau merupakan orang Islam ke sembilan ke angkasa dan yang pertama akan merayakan Aidil Fitri nun jauh dari bumi. Pada 1 Syawal nanti beliau akan menjamu 16 orang angkasawan lain di Stesen Angkasa Antarabangsa. Makanan yang dibawa untuk dihidangkan ialah biryani ayam, satay ayam, rendang tok, kepingan mangga kering, gulungan pisang, tempe, jeli halia, Roselle Granola bar dan kuih raya bangkit.

Beberapa isu juga telah timbul berkaitan dengan program angkasawan negara ini. Bermula dengan wang yang begitu banyak yang dibelanjakan untuk menjayakan program ini walaupun setelah pihak kerajaan memaklumkan bahawa kosnya merupakan sebahagian daripada perjanjian pembelian 18 jet pejuang Sukhoi 30MKM bernilai RM3.42 bilion buatan Russia oleh Malaysia pada 5 Ogos 2003. Ini diikuti pula dengan pihak NASA yang hanya menyebut Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sebagai "spaceflight participant" sahaja bukannya angkasawan.

Walau apapun pendapat anda, kita berdoalah supaya misi yang diikuti oleh Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ini akan berjalan dengan selamat dan lancar sehinggalah beliau balik ke bumi pada 21 Oktober nanti.

Program Angkasawan Negara

Angkasawan Negara

, , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 10.10.07

5 comments

  1. Anonymous Says:
  2. hum..bagi ana..angkasawan negara tidak lebih dari permainan dan percaturan politik semata-mata..ingin menunjukan parti yg memerintah boleh bergerak jauh ke angkasa.hebat..angka+sawan = pelancong angkasa..hum..

     
  3. Azhad Says:
  4. Biasala bagi yang berkuasa akan cuba menunjukkan kehebatan mereka. Masa akan menentukan segalanya....

     
  5. Anonymous Says:
  6. bukan masalahnya berkuasa atau tidak?? tapi kejayaan dan penghormatan yg ingin ditunjukkan..
    malangnya orang macam kalianlah tidak bersyukur berada di negara sendiri yg mampu untuk mencapai kejayaan.kejayaan dan penghormatan bukan untuk menunjuk2 tapi untuk memberitahu yang rakyat malaysia iaitu orang islam juga boleh setanding dengan orang2 barat dan agama lain...
    mesti banyak lagi yg korang tak puashati kan? tapi kalau korang cuba buka mata dan minda korang akn tahu apa sebenarnya.. muzaphar bukan pelancong tapi kalau pelancong pun apa yag korang nak susahkan...sebab korang tak dapat pergi atau sebab irihati?? kita sebagai rakyat malaysia kena berbangga dan bersyukur dapat hidup di bumi negara yg aman ini? kamu semua tidak akan hidup seselesa dan seaman ini jika dinegara lain. walaupun berlainan bangsa dan agama kita tetap aman..walaupun ada sedikit perselisihan faham itu biasa lebih baik dari peperangan seperti di barat.. mana ada bumi yg tak ditimpa hujan.. sedangkan lidah lagi tergigit...................
    jadi fikirlah dan buka mata

     
  7. Azhad Says:
  8. Saudara yang tidak bernama...

    Sebenarnya ada pelbagai cara untuk menunjukkan kejayaan dan penghormatan. Ada pelbagai cara juga untuk menunjukkan bahawa rakyat Malaysia beragama Islam setanding dengan negara dan agama lain. Ini bergantung kepada niat dan keutamaan seseorang itu.

    Ramai yang menyokong dan ramai juga yang tidak bersetuju dengan projek angkasawan negara ini. Malah ada juga yang tidak mengambil peduli berkenaan projek ini. Setiap orang mempunyai hujah masing-masing.

    Alhamdullilah Dr. Sheikh Muszaphar Shukor telah pun selamat pergi dan balik dari angkasa. Sekarang ini beliau sedang sibuk membuat beberapa tugasan susulan.

    Setiap perkara yang dilaksanakan itu pasti mempunyai kebaikan dan keburukannya. Setelah dirangkumkan semuanya barulah boleh diputuskan samada projek angkawasan ini berjaya atau tidak.

    Jika diputuskan berjaya dan keadaan mengizinkan, tidak salah untuk meneruskan projek ini dimasa akan datang. Sementara itu jika sebaliknya, kita perlu belajar di mana silapnya dan tidak membuat keputusan yang salah di masa hadapan.

    Berkenaan tidak bersyukur dan bangga menjadi rakyat dan tinggal di Malaysia tidak timbul di sini.

    Memang ramai yang berkata dia amat bersyukur menjadi rakyat dan tinggal di Malaysia. Malangnya tindak tanduk perbuatan mereka hanya melambangkan mengutamakan kepentingan peribadi semata-mata.

    Sebagai rakyat yang prihatin kita patut memberi pendapat dan komen mengikut batasan dan saluran yang betul. Dari situ pihak yang berkenaan boleh memberi penjelasan dan mengambil pendapat yang diberi untuk membantu membuat keputusan yang lebih baik di masa hadapan.

    Semoga negara kita yang tercinta ini akan terus aman dan makmur, insyaAllah.

     
  9. Anonymous Says:
  10. wow..saya memang amat berbangga dengan negara malaysia yang tidak pernah jemu mencipta nama dimata dunia.. dengan kejayaan yang terbaru ini dapatlah disimpulkan bahawa negara malaysia memg amat setanding untuk melayakkan diri berinteraksi dan bersaing dangan negara luar. akhir sekali..saya mengucapkan tahniah kepada negara malaysia yang memang best..!!!!

     

Post a Comment

Subscribe here