PC Fair 2008 pusingan ketiga dan terakhir untuk tahun ini telah pun bermula minggu lepas di lima buah bandar seluruh negara. Pesta jualan komputer anjuran Persatuan Industri Komputer dan Komunikasi Multimedia Malaysia (PIKOM) diadakan tiga kali setahun.
PC Fair 2008 yang pertama tahun ini telah diadakan dalam bulan April dan yang kedua pula pada bulan September yang lalu memberi kesempatan kepada yang ingin membeli barangan IT dengan tawaran harga istimewa.
PC Fair 2008 kali ketiga ini telah dimulakan pada hujung minggu lepas di Pulau Pinang, Sabah, Kedah, Perak dan Pahang.
Hujung minggu ini pula iaitu dari 12 hingga 14 Disember PC Fair 2008 akan diadakan di Kuala Lumpur, Melaka, Bintulu dan Batu Pahat.
Akhir sekali pada minggu berikutnya PC Fair 2008 akan berlangsung di Johor Bahru, Kangar dan Kluang.
Berikut adalah tarikh dan lokasi PC Fair 2008 kali ketiga dan terakhir bagi tahun ini;
5 - 7 Disember 2008
- Penang International Sports Arena, Penang
- Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu, Sabah
- Central Square, Sungai Petani, Kedah
- Dewan SJK(C) Yuk Choy, Ipoh, Perak
- Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
- KL Convention Centre, Kuala Lumpur
- Mahkota Parade Melaka, Melaka
- Dewan Suarah, Bintulu, Sarawak
- Batu Pahat (BP) Mall, Batu Pahat, Johor
- Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru
- Dewan 2020, Kangar, Perlis
- Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor
Masuk adalah percuma dan dibuka dari pukul 11:00 pagi sehingga 9:00 malam.
Technorati Tags: pikom, pc fair, komputer, pameran
adoi..aritue tak dapat nak gi..
omaQ sempat gak pi.. siap grab laptop utk bro in law .. hp pavillion.. leh tahan gak.. menarik tertatik.. harga pon meletup :)
Thank you for sharing this wonderful blog. Lanai Rescreening North Port, FL