Anda masih belum berjaya mendaftar akaun email Gmail? Tidak perlu risau lagi kerana sekarang sesiapa sahaja boleh memperolehi akaun email Gmail. Sebelum ini untuk memiliki akaun email Gmail ini anda perlu ada jemputan atau mendaftar dengan menggunakan telefon bimbit, sekarang tidak perlu lagi.

GmailBaru-baru ini Gmail juga telah memperkenalkan perkhidmatan membuka email selain dari Gmail dari akaun Gmail anda. Anda boleh membuka dan menghantar email dari lima akaun email yang berbeza dari satu akaun Gmail. Di samping itu anda juga boleh mengunakan semua fungsi GMail untuk kelima-lima akaun email itu. Walaupun begitu hanya email yang menyokong capaian POP sahaja boleh digunakan.

Sementara itu pernah tak anda tertanya-tanya daripada mana pengirim email spam mendapat alamat email anda? Biasanya bila hendak mendapatkan sesuatu perkhidmatan di internet anda perlu mendaftar dan memberi alamat email anda. Kini dengan GMail anda boleh menanda alamat email anda dengan menambah "+tanda" di alamat email.

Contohnya jika alamat email anda contoh@gmail.com, anda tulis contoh+azhad@gmail.com. Bila anda menerima email ia akan tertera dihantar ke contoh+azhad@gmail.com dan ini menunjukkan ianya dari alamat email yang ada beri di laman web azhad.

Sila kunjungi laman web Gmail untuk maklumat lanjut dan mendapatkan akaun email anda.

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 22.2.07 2 comments

Hari ini 14 Februari sudah pastinya harga bunga ros akan jauh lebih mahal daripada hari-hari biasa. Begitu juga dengan pakej-pakej istimewa yang disediakan oleh kebanyakan restoran dan hotel. Tidak ketinggalan juga radio dan tv menyiarkan rancangan istimewa bersempena dengan Hari Valentine atau Hari Mengingati Kekasih ini. Setiap tahun pada hari ini ramai pasangan kekasih akan meraikannya.

Pada hari ini, bunga ros dan kadang-kadang berserta hadiah seperti coklat akan diberi kepada pasangan masing-masing. Di samping itu ada juga yang pergi makan malam bersama. Paling kurang pun ucapan sayang akan dilafaz atau dinyatakan melalui sms, email atau kad pada tanggal 14 Februari ini. Semua ini adalah untuk menzahirkan perasaan hati kepada pasangan yang disayangi.

Bolehkah hari Valentine diraikan oleh umat Islam?
Apakah hari Valentine itu? Siapakah Valentine sebenarnya? Kenapa ianya dikenali sebagai hari memperingati kekasih? Bila dan bagaimanakah sambutan ini bermula? Kenapa pada 14 Februari? Bolehkah hari Valentine ini disambut oleh umat Islam? Sebenarnya terdapat beberapa cerita tentang hari kekasih ini. Beberapa orang ulama juga telah membuat kenyataan mengenai hukum menyambut hari kekasih ini.

Berikut disenaraikan beberapa penulisan yang berkaitan dengan persoalan di atas;

Catatan Pendita Perayaan Valentine’s Day Atau Hari Kekasih
Al-Islahonline Pandangan Islam Terhadap Hari Valentine
Utusan Malaysia Murtad Sambut Hari Kekasih
Utusan Malaysia Haram Sambut Hari Kekasih
Mutiara Hati Valentine's Day, Apa Pandangan Islam?
Dunia Hatiku Sambutan Yang Mengarut!
Wadah Wanita Islam Usah Terperangkap Jerat Cinta Valentine
Jabatan Mufti Negeri Selangor Hukum Menyambut Valentine's Day
Mohd Hariri Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam
Catatan Pendita Haram Menyambut Hari Kekasih

Sesudah membaca penulisan di beberapa laman web di atas, persoalan tentang hari Valentine akan terjawab atau mungkin timbul pula beberapa kemusykilan lain. Bagaimana pula dengan perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas?

Lihat juga video penjelasan ringkas daripada Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah berkenaan beberapa versi sejarah munculnya Hari Valentine dan kenapa ia adalah haram untuk umat Islam menyambutnya di Sambut Hari Kekasih Haram.

Walau apapun sama-samalah difikirkan dan fahamilah nas dan hujah yang diberikan supaya tidak silap meletakkan pendirian diri. Di samping niat yang betul bila melakukan sesuatu itu.

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 14.2.07 8 comments

Rancangan tv realiti Akademi Al-Quran atau AQ musim kedua telah memulakan pencarian para pesertanya. Uji bakat Akademi Al-Quran ini akan dimulai dari negeri Perak, Perlis, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan akhir sekali di Terengganu. Mereka yang beragama Islam dengan umur di antara 15 hingga 25 tahun layak menyertai uji bakat ini. Hanya 12 orang peserta akan dipilih untuk ke Akademi Al-Quran sama seperti tahun lepas.

Objektif rancangan Akademi Al-Quran ini bukan sahaja mencari qari atau qariah terbaik, malah untuk mendidik generasi akan datang dalam meningkatkan kualiti bacaan al-Quran secara tananum dengan bimbingan dari mereka yang pakar dalam bidang tajwid dan qiraat. Di dalam Akademi Al-Quran bukan sahaja para peserta dapat mendalami ilmu al-Quran malah para penonton juga dapat berkongsi ilmu tersebut melalui penerangan dan bimbingan tenaga pengajar dan juri.

Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri yang menjuarai Akademi Al-Quran musim pertama kini sedang menuntut di Mesir dalam pengkhususan qiraat. Beliau akan berada di sama selama 7 tahun. Tempat kedua disandang oleh Amirahman Abas dan tempat ketiga ialah Azrael Abdul Hak. Menurut laporan AC Nielsen Media Research rancangan Akademi Al-Quran yang disiarkan di TV9 tahun lepas telah berjaya meraih bilangan penonton sehingga mencecah 1.1 juta orang. AQ musim kedua dengan 13 episod akan memulakan siarannya pada 5 April ini. Empat episod yang pertama akan menyiarkan rakaman semasa sesi uji bakat dan bakinya disiarkan secara langsung.

Berikut adalah jadual uji bakat Akademi Al-Quran 2;

TARIKH
LOKASI
10 & 11 Februari
Dewan Institut Tadbiran Islam (Intim) Ipoh, Perak
13 & 14 Februari
Dewan Warisan Kangar, Perlis
16 & 17 Februari
Dewan Insaniah Alor Star, Kedah
19 & 20 Februari Dewan Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan
22 & 23 Februari Dewan Jabatan Agama Islam Pahang, Kuantan, Pahang
26 & 27 Februari Kompleks Islam, Johor Bahru, Johor
1 & 2 Mac Dewan Masjid Al-Azim, Melaka
4 & 5 Mac
Dewan Institut Tahfiz Quran Gemencheh, Negeri Sembilan
7 & 8 Mac
Dewan Darul Quran Kuala Kubu Baru, Selangor
17 & 18 Mac
Dewan Millenium Kepala Batas, Pulau Pinang
22 & 24 Mac
Perkampungan Hadhari 2007, Pulau Duyung, Terengganu

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 10.2.07 0 comments


Minggu ini sedang berlangsungnya Le Tour De Langkawi. Kejohanan lumba basikal kali ke 12 ini telah bermula pada 2 Februari di Langkawi dan akan berakhir pada 11 Februari di Kuala Lumpur. Sebanyak 22 pasukan bertanding dalam kejohanan kali ini yang mengandungi 10 peringkat perlumbaan.

Malaysia diwakili oleh Pasukan Berbasikal Le Tua yang diketuai oleh Anuar Manan, Pasukan Kebangsaan Malaysia yang diketuai oleh Suhardi Hassan dan Pasukan Pembangunan MNCF yang diketuai oleh Amir Mustafa. Kontijen Malaysia ini terdiri daripada 18 orang atlit.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan keputusan terkini perlumbaan sila rujuk di laman web rasmi Le Tour De Langkawi.

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 7.2.07 0 comments


New Straits Times Press (Malaysia) Berhad dan beberapa orang pekerja kanannya, Syed Faizal Syed A.R.Albar (Chief Executive Officer), Kalimullah Masheerul Hassan (Deputy Chairman), Hishamuddin Aun (Group Editor in Chief) dan Brenden John a/l John Pereira (bekas Group Editor) telah menyaman dua orang blogger iaitu Ahirudin Atan pengendali Rocky's Bru dan Jeff Ooi pengendali Screenshots.

... Bloggers United dan Walk With Us diwujudkan ...

Perkara ini telah disahkan oleh Ahirudin Atan dan Jeff Ooi di blog masing-masing. Berbagai pihak dan individu telah membantah tindakan menyaman ini dan memberi sokongan kepada kedua-dua blogger tersebut. Kes ini amat menarik sekali kerana ianya akan menjadi landasan untuk menentukan tahap kebebasan menulis dan memberi pandangan yang boleh disuarakan oleh rakyat Malaysia. Di samping itu adakah saluran blogger akan disekat daripada menyampaikan berita dan cerita yang tidak dilaporkan oleh penerbitan arus perdana. Hanya masa akan menentukannya.

Ketika ini dua laman blog telah diwujudkan untuk melaporkan perkembangan perkara ini iaitu Blogger United dan Walk With Us. Pada masa yang sama kempen untuk memboikot suratkhabar terbitan NSTP telah dilancarkan oleh Shieh di Kickdefella. Sementara itu kedua-dua blogger terbabit juga sedang menyiapkan kes mereka melalui peguam masing-masing.

Berikut adalah kenyataan rasmi daripada Bloggers United;

This is the official statement of Bloggers United. This statement is jointly drafted by Susan Loone and Sheih of Kickdefella. All those who believe in justice and right to free speech, please sign on and put this up in your blogs. Spread it around; let it grow far and wide. The fight is on! See also Susan Loone.

BLOGGERS UNITED CONDEMN ACTION AGAINST ROCKY & JEFF & DEMAND LEVEL PLAYING FIELD in ALL ACTION AGAINST BLOGGERS

We, Malaysian bloggers, we, who believe in justice and right to free speech, we, who endorse the Bloggers United movement, unanimously condemn the action taken by media conglomerate NST against bloggers Rocky Bru and Jeff Ooi. The action by the newspaper against the duo is an action against all bloggers who believe in their right to free speech, freedom of expression and justice.

The recent event may seem like a grave development in the path of bloggers, but it can never and must never impede or stop us from defending our right to speak, to express, to write and to tell the truth, to be the watchdog, eyes and ears of the people, or simply to share our view, and give fair comment on any subject which involves and affects us as humans, as rightful citizens of this country.


The recent event may very well give the government owned media the opportunity to dictate the so-called ‘truth” but such actions only prove that bloggers must unite, continue to uphold the right to free speech and freedom of expression, fight for justice, even if it is not our own, be more alert, committed to the cause of free speech, relentless and persistence in the face of such persecution like the one which had befallen on the two of us.


What YOU do to any of US, is what YOU do to ALL.


As responsible bloggers, we demand and claim our space on the blogosphere for free and fair comment, where important national issues and prominent personalities are discussed.

Although it may seem as if the NSTP defamation suits will have a chilling effect on freedom of bloggers, as litigation can be expensive and may jeorpadise a blogger’s economic position, we will not be cowed or silenced by those who have no regard for free speech.


If you find our post offensive, you may refute us with correct facts and figures and fair comment, in the spirit of free speech.


The first two cases will have grave impact not only on the internet, but country as a whole as the country celebrates VMY2007. The healthy, mature and democratic growth for free speech and expression in our midst is at stake. The reputation of the nation as it strives to promote our multimedia supercorridor and love for IT will be a national joke for all the world to feast on.


We demand for a level playing field in all action meted out to bloggers and in particular in the defamation proceedings particularly in terms of financial resources and capabilities, and secondly, that the legal rights of bloggers et al are properly protected in keeping with the imperatives of an information society and knowledge economy which Malaysia aspires to become.

For further information, please contact blogger susan loone at susanloone@gmail.com and sheih at kickdefella@yahoo.com

Updated @ 24 May 2007

Pada 19 Mei 2007 yang baru lalu satu perjumpaan rasmi Bloggers United Malaysia telah diadakan di Lake View Club, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Laman blog BUM2007 mempunyai ceritanya.

Technorati Tags: , , , , , ,

Posted by Azhad 22.1.07 1 comments


Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.

Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1428.

Tag : ,

Posted by Azhad 19.1.07 4 comments




Tahun Melawat Malaysia 2007 akan dirasmikan pada hari ini oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu majlis yang penuh gilang-gemilang di Taman Tasik Titiwangsa. Ini seiring dengan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara Malaysia yang ke 50 atau sambutan jubli emas tahun ini.

Berbagai aktiviti dan acara telah dirancang sepanjang tahun ini dengan harapan dapat menarik seramai mungkin pelancong ke Malaysia. Kemasukan pelancong ini dapat diterjemahkan dengan wang yang dibelanjakan oleh mereka di sini dan seterus memberi sumbangan dalam ekonomi negara.

Dijangka seramai 20.1 juta pelancong akan mengunjungi Malaysia termasuk 1.7 juta yang bakal datang menyaksikan Pesta Flora yang bermula dari 20 Januari sehingga 4 Februari ini. Tetamu negara Malaysia ini dijangka akan berbelanja sebanyak RM45 bilion semasa berada di sini.

Di samping itu diharap mereka yang merancang untuk melancong ke luar negara akan melancong di dalam negara sendiri kerana sebenarnya ada banyak tempat-tempat yang menarik di sini. Pengaliran wang keluar juga dapat dikurangkan.


Technorati Tags: , , , , ,

Posted by Azhad 6.1.07 0 comments


Hari ini kalendar dan diari 2007 mula digunakan. Mereka yang menanam azam tahun baru sudah mula mencongak-congak bila azam itu akan tercapai. Ada pula yang akan memasuki pejabat baru atau tempat kerja baru. Ada juga yang berpindah ke sekolah baru. Berjumpa dengan kawan baru dan berjumpa dengan orang baru.

Masa sentiasa bergerak tanpa menunggu sesiapa. Kehidupan harian terus diharungi tanpa mengira masa. Umur manusia pasti meningkat tanpa boleh ditangguh. Kita harus menghadapi kehidupan ini dengan membuat berbagai keputusan. Langkah kita hari ini akan mempengaruhi diri kita pada masa hadapan.

Fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Pertimbangkan semua kemungkinan sebelum membuat keputusan. Selamat Tahun Baru 2007.

Technorati Tags: , , ,

Posted by Azhad 1.1.07 0 comments

Salam Aidiladha kepada semua pembaca. Kepada mereka yang mempunyai sanak saudara di Tanah Suci mengerjakan ibadat haji didoakan mereka sihat dan dapat melaksanakan Rukun Islam ini dengan sempurna, insyaAllah.

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 31.12.06 0 comments

Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah telah diumumkan pada 28 Disember 2006. Dilaporkan seramai 22,979 orang calon telah mendapat A dalam semua matapelajaran yang diambil. Tahun ini seramai 448,328 orang calon menduduki peperiksaan yang telah berlangsung dari 2 hingga 6 Oktober yang lalu di 3,333 buah sekolah dan maktab.

...22,979 daripada 448,328 calon mendapat semua A...


Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menyenaraikan 100 pelajar cemerlang dengan 20 orang bagi yang mendapat 9A, 60 pelajar bagi yang mendapat 8A dan 20 pelajar bagi yang mendapat 7A.

Mendahului senarai bagi setiap kategori ialah seperti berikut;
Kategori pelajar cemerlang 9A
Fathin Nabilah Abdul Rashid
– Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan.

Kategori pelajar cemerlang 8A
Siti Fatimah Kamis
– SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Kategori pelajar cemerlang 7A
Lee Julin
– SMK Convent Green Lane, Pulau Pinang.

Manakala pelajar istimewa cemerlang yang disenaraikan oleh LPM adalah seperti berikut;
Nur Atiqah Salamin (rabun)
- SMKA Inanam, Sabah.
Aghilan a/l Narayanan (pekak)
- SMK Jalan Bukit, Hulu Langat, Selangor.
Farah Atiqah Ag Ismail (rabun)
- SMKA Inanam.
Low Hong Ping (cacat)
- SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
Mohd Khairil Amri Mohd Yussof (rabun)
- SMKA Inanam
Olivia Vinobaa a/p David Christopher (rabun)
- SMK (P) St George, Georgetown, Pulau Pinang.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya dengan cemerlang. Bagi mereka yang tidak mencapai apa yang diimpikan pasti merasa sedih. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Memang tidak salah untuk merasa sedih tetapi ingatlah ini adalah ketentuan Allah swt dan pasti ada hikmahnya. Kuatkan semangat diri dan semak kelemahan yang ada. Kekurangan hari ini jadikan anjakan untuk cemerlang pada masa hadapan. Fokus pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lebih penting kerana ia penentu kepada jurusan dan institut pengajian tinggi yang boleh dijejaki.

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 29.12.06 5 comments

Pada hujung minggu yang lepas aku telah pergi ke Jomheboh di Shah Alam. Ini merupakan kali pertama aku mengunjungi Jomheboh maupun Sureheboh dahulu. Kalau tidak kerana desakan dan pujukan anakku pasti aku lebih suka menghabiskan masa hujung minggu bersantai di rumah sahaja. Anakku beriya-iya hendak pergi kerana telah terpengaruh dengan iklan dan promosi yang ditayangkan tanpa henti di kaca televisyen.

Baru-baru ini aku telah pergi menonton filem Cinta, itupun setelah dipujuk oleh isteriku yang juga terpengaruh dengan iklan dan promosi tanpa henti filem ini di televisyen. Begitu kuat kuasa televisyen sehingga mampu menyelinap kefikiran kanak-kanak dan orang dewasa serta menpengaruhi keputusan yang dibuat.

Malah ada sebahagian daripada kita yang mengatur perjalanan kehidupan harian dengan berpandukan siaran televisyen. Ada kerja yang tertangguh kerana hendak menonton dulu, ada jemputan tidak dapat dipenuhi kerana bertembung dengan rancangan kegemaran. Malah tidak dinafikan ada yang lalai dalam memenuhi tanggungjawab masing-masing hanya kerana menonton televisyen.

Semua rumah sekarang mempunyai televisyen tetapi jangan terkejut jika aku katakan bahawa ada orang yang langsung tidak mempunyainya di rumah. Cuba bayangkan jika rumah anda tidak ada televisyen? Bayangkan juga masa tambahan yang anda ada jika tidak asyik menonton? Fikirkanlah........

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 19.12.06 2 comments

Di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 29 November 2006 telah tersiar berita tentang seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan kes panggilan dan penghantaran khidmat pesanan ringkas (sms) berhubung ancaman bom di bangunan mahkamah Kota Bharu.

Person91 telah bertanya kepada saya samada saya ada membaca berita tersebut dan apakah komen saya tentang perkara ini. Laporan berita ini boleh di baca di Utusan Malaysia.

Pada pendapat saya, setiap tindakan yang dilakukan oleh manusia pasti mempunyai sebab dan niat yang tertentu. Walaupun ada ketikanya sebab dan niat itu tidak jelas. Tambahan lagi setiap tindakan kita pasti juga dipengaruhi oleh cara kita berfikir dan emosi kita ketika itu. Ilmu dan pengalaman juga memainkan peranan.

Selalu juga kita dengar sebelum sesuatu keputusan dilaksanakan, pertanyaan akan timbul,'Apa nanti orang kata?'. Sepatutnya kita menimbangkan apa agama Islam kata dan apa undang-undang kata, halalke, haramke, bolehke atau dilarang?

Oleh itu perkara utama yang perlu difikirkan samada betul atau salah sesuatu perbuatan itu hendaklah berlandaskan hukum agama Islam dan undang-undang yang ada. Bila hendak membuat sesuatu itu jangan terburu-buru tetapi renungkan sejenak apakah akibatnya jika kita melaksanakannya.

Technorati Tags: , , ,

Posted by Azhad 13.12.06 2 comments

Tahniah!! Kontijen Malaysia berjaya meraih 174 pingat yang merangkumi 44 pingat emas, 59 pingat perak dan 71 pingat gangsa. Malaysia berada di tangga ke empat di belakang Korea, Thailand dan China. Sasaran jumlah pungutan pingat sebelum kejohanan bermula adalah 100 pingat dengan 10 pingat emas di kedudukan 10 pasukan terbaik. Ini bermakna semua sasaran itu telah berjaya dicapai.

... 44 emas, 59 perak dan 71 gangsa ...

Kesungguhan dan semangat juang para atlit OKU ini patut dicontohi oleh semua. Ianya bukan saja setakat dalam bidang sukan sahaja tetapi dalam segala perkara kehidupan seharian. Mudah sahaja cuba kita tanya para pelajar yang akan menduduki peperiksaan, pasti mereka nak mendapat keputusan yang cemerlang tetapi adakah usahanya setimpal dengan apa yang diharapkan? Begitu juga dengan apa saja yang kita inginkan, adakah usaha kita setanding dengan apa yang ingin kita capai?

Usaha tangga kejayaan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu alasan. Semoga kita dapat memperolehi apa yang kita hajatkan dengan berkat usaha dan tekad serta keizinan daripada Allah s.w.t.

Tahniah sekali lagi kepada kontijen Malaysia dan jika ingin melihat pungutan penuh pingat di kejohanan ini sila kunjungi Fespic KL06.


Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 4.12.06 0 comments

Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar akan bermula pada 1 Disember dan berakhir pada 15 Disember 2006 ini. Sebanyak 39 jenis sukan akan dipertandingkan di 16 lokasi sekitar Qatar. Dilaporkan seramai 10,500 orang atlit daripada 45 buah negara akan berjuang di kejohanan kali ke 15 ini.

Malaysia menghantar 231 orang atlit untuk bertanding dalam 23 jenis sukan. Semasa Sukan Asia ke 14 di Busan Korea Selatan empat tahun lalu, Malaysia berada di tangga ke 12 dengan kutipan 6 pingat emas, 8 pingat perak dan 16 pingat gangsa.

Di Doha ini Malaysia mensasarkan untuk meraih 40 pingat yang merangkumi 9 pingat emas, 12 pingat perak dan 19 pingat gangsa. Rekod terbaik pingat emas Malaysia ialah 7 emas semasa kejohanan di Bangkok pada tahun 1966.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi Sukan Asia 2006.

Technorati Tags: , , ,

Posted by Azhad 29.11.06 0 comments


Sukan Orang Kurang Upaya(OKU) terbesar di rantau Asia Pasifik akan diadakan di Kuala Lumpur dari 25 November sehingga 1 Disember 2006 ini. Sebanyak 19 jenis sukan akan dipertandingkan iaitu memanah, olahraga, badminton, angkat berat, lawan pedang, boccia, lumba basikal, goalball, judo, bowling, bowling padang, bola sepak, kapal layar, menembak, renang, ping pong, bola tampar duduk, bola keranjang berkerusi roda dan tenis berkerusi roda. Seramai lebih 2,500 orang atlit dan 1,000 pegawai daripada 47 negara dijangka akan hadir untuk kejohanan ini.

Kesemua acara sukan dalam kejohanan ini akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur, Putra Jaya dan Selangor kecuali acara kapal layar di Port Dickson. Sementara itu larian obor telah bermula pada 7 Mei di Labuan dan akan berakhir pada hari perasmian kejohanan pada 25 November ini. Terdahulu larian obor ini telah diadakan di negara China dan Singapura.

Pingat yang ditawarkan merangkumi 567 emas, 567 perak dan 652 gangsa. Kontijen Malaysia dengan 288 atlit mensasarkan untuk meraih 100 pingat, 10 daripadanya emas. Malaysia telah memperolehi 2 emas, 28 perak dan 37 gangsa di kejohanan yang sama 4 tahun lalu di Busan, Korea Selatan. Kali ini Malaysia akan cuba untuk berada di antara 10 pasukan yang terbaik.

Pihak pengajur amat mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk memberi sokongan kepada atlit-atlit negara yang akan beraksi dalam kejohanan sukan kedua terbesar atlit kurang upaya ini. Sementara itu sebanyak 1.9 juta tandatangan telah dikumpul sebagai tanda sokongan moral kepada atlit yang akan bertanding. Pihak penganjur mensasarkan untuk mendapat sebanyak 3 juta tandatangan. Orang ramai boleh menurunkan tandatangan dan menyertai berbagai aktiviti di KL'06 Fest yang diadakan Stadium Bukit Jalil sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Maklumat lanjut sila kunjungi KL 06 Fespic Games


Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 21.11.06 4 comments

SPM

Ujian bertulis untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula pada 14 November dengan 43 kertas berlainan. Manakala Lukisan Kejuruteraan adalah merupakan kertas peperiksaan yang terakhir pada 8 Disember nanti.

... seramai 416,717 calon SPM tahun ini ...

Dilaporkan seramai 416,717 orang calon mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini. 358,872 (86.1%) adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran, manakala 16,837 (4%) calon sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu, 12,313 (3%) calon sekolah swasta dan 28,695 (6.9%) calon persendirian.

Difahamkan peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) juga berlangsung dalam tempoh yang sama. Peperiksaan SPM dan STPM ini sebenarnya lebih penting daripada PMR kerana ianya menentukan kelayakan untuk memasuki institut pengajian tinggi dan jenis kursus yang boleh diambil.

Semoga semua calon SPM dan STPM termasuk Aman akan dapat menghadapi peperiksaan ini dengan tenang dan berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang, insyaAllah.

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 13.11.06 2 comments

Syawal sudah hampir kepenghujungnya tetapi wargakota masih terus sibuk mengadakan atau menghadiri rumah terbuka. Ketika ini dihujung minggu biasanya kalau kita tidak sibuk melayan tetamu, kita akan sibuk memenuhi jemputan. Malah mungkin dalam satu masa kita menerima beberapa jemputan serentak.

Di bulan yang mulia ini kita saling kunjung-mengunjungi dan maaf-bermaafan. Sesama sahabat lebih-lebih lagi sesama sanak saudara. Buang yang keruh ambil yang jernih. Perkara yang lepas biarlah berlalu, kita teruskan kehidupan ini dengan penuh harmoni. Yang muda menghormati yang tua manakala yang lama menghargai yang baru.

Alangkah ruginya di bulan yang mulia ini tidak diambil kesempatan untuk merapatkan yang renggang, mengeratkan yang longgar dan mengutuhkan ikatan kekeluargaan. Sebagai manusia kita pasti ada melakukan kesalahan dan kesilapan malah terlanjur kata serta tertinggi suara.

Mohonlah maaf jika kita yang bersalah dan seikhlasnya memaafkan orang lain yang ada silap dengan kita. Semoga kehidupan kita akan diberkati Allah swt, insyaAllah.

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 11.11.06 0 comments

Subscribe here