Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169) .

kadar zakat RM5 - RM8

Apabila di sebut Ramadan, maka ia amat sinonim dengan zakat fitrah. Di dalam Islam, di samping zakat harta maka semua umat Islam yang layak diwajibkan zakat fitrah. Zakat fitrah dikenakan kepada semua umat Islam, sama ada merdeka mahu pun hamba sahaya.

Kadar zakat fitrah pula ialah sekadar segantang Baghdad yang dikenakan berdasarkan makanan asasi. Jika di Malaysia, beraslah zakat fitrahnya. Segantang Baghdad itu pula menyamai 2.7 kg. Maka, darablah harga beras semasa dengan 2.7 kg bagi mendapatkan kadar zakat fitrah.

Kadar Zakat Fitrah yang telah ditetapkan bagi tahun 2009 / 1430H adalah seperti beikut :

Kuala Lumpur : RM 7.00
Labuan : RM 7.00
Putrajaya : RM 7.00
Johor : RM 5.00 / RM 7.50
Kedah : RM7.00
Kelantan : Belum diumumkan (2008 : RM 7.60)
Melaka : RM6.30
N.Sembilan : RM6.50
Pahang : RM7.00
Perak : RM7.00
Perlis : RM 6.00
P.Pinang : RM 7.00
Sabah : RM 6.60
Sarawak : RM 6.00
Selangor : RM 7.00
Terengganu : RM 5.00 / RM7.00 / RM8.00

Di dalam memastikan umat Islam khususnya golongan fakir dan miskin turut merasai nikmat hari raya inilah, maka zakat fitrah diwajibkan. Ia bertujuan memberikan mereka makanan yang cukup. Bahkan dalam konteks hari ini, fakir miskin bukan sahaja diberikan makanan bahkan wang ringgit. Maka, dapatlah mereka membeli keperluan hari raya dengan wang ringgit tersebut.

Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Sumber : Blog Zakat dan BERNAMA

Technorati Tags: , , , , , ,

Posted by Azhad 26.8.09 5 comments

Bagaimana agaknya bila Ketua Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bertukar profesion sebagai pemandu teksi? Mungkin kedengaran agak mustahil, namun gelagat Khairy sebagai pemandu teksi ini boleh disaksikan menerusi filem pendek berjudul Taxi Driver arahan Benji Lim dan Bahir Yeusuff.

15MalaysiaBukan saja Khairy, beberapa ahli politik lain seperti Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua juga turut membintangi filem-filem pendek di bawah projek 15Malaysia, yang mendukung semangat konsep 1MALAYSIA.

15MALAYSIA merupakan 15 filem pendek yang diarahkan oleh 15 pembikin filem di negara ini. Filem-filem pendek tersebut menggarap semangat 1Malaysia yang menyentuh tentang perpaduan dan diversiti masyarakat negara ini.

Setiap filem cuma memakan masa antara tiga hingga enam minit. Ia menggunakan pelbagai bahasa yang selalu digunakan di negara ini.

Setiap filem akan dikeluarkan dalam empat versi iaitu Bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.

15MALAYSIA diilhamkan oleh penyanyi dan penulis lagu, Pete Teo. Menurut beliau, idea melahirkan 15MALAYSIA timbul pada enam bulan lalu dan tempoh pembikinannya memakan masa tiga bulan.

Kebanyakan pembikin filem yang terpilih dalam 15MALAYSIA itu pernah memenangi anugerah filem di peringkat antarabangsa.

"Filem-filem tersebut bukan sahaja menghiburkan, bahkan ia mengajak para penonton berfikir mengenai mesej tersirat di sebaliknya.

"15MALAYSIA merupakan platform kepada pembikin filem kreatif tanahair untuk mengetengahkan isu-isu tertentu dari perspektif mata dan hati nurani masing-masing. Mereka membikin filem tersebut dengan semangat 1MALAYSIA," kata Pete Teo semasa sesi pelancaran P1 Malaysian Filmmaker Showcase Presenting 15MALAYSIA ("15MALAYSIA") di IMAX theatre, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, semalam.

Antara pengarah atau pembikin filem 15MALAYSIA ialah Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Ho Yu Hang, Khairil Bahar dan Tan Chui Mui.

Barisan pelakonnya terdiri daripada beberapa selebriti, pelakon, pemuzik dan ahli politik. Menariknya, ahli-ahli politik tersebut datang daripada parti berbeza, baik dari kerajaan mahupun pembangkang.

Semua filem tersebut boleh ditonton melalui Youtube serta boleh dimuat turun di laman www.15malaysia.com. Filem-filem dalam 15MALAYSIA menyentuh bukan sahaja hubungan antara kaum malah pelbagai isu sosial dan politik yang dihadapi rakyat negara ini.

Tema 15 cerita pendek tersebut berkisar kepada perkara-perkara berkaitan rakyat negara ini - sesetengahnya lucu, serius, menguji minda selain futuristik. Bukan semua filem adalah komedi.

15 filem pendek yang diinspirasikan oleh kehidupan Malaysia: Chocolate (oleh Yasmin Ahmad), Potong Saga (Ho Yuhang), Gerhana (James Lee), One Future (Tan Chui Mui), The Tree (Amir Mohammad), Halal (Liew Seng Tat), Lollipop (Nam Ron), Taxi Driver (Benji Lim & Bahir Yeusuff), Healthy Paranoia (Khairil Bahar), Duit Kecil (Johan John), Slovak Sling (Wong Ming Jin), Rojak (Suleiman Brothers), House (Linus Chung), Lumpur (Kamal Sabran) dan The Son (Desmond Ng).

Penyertaan personaliti popular termasuk Harith Iskandar, Sharifah Amani, Daphne Iking, Amber Chia, Adibah Noor, Namewee, Atilia, Jay Menon, Baki Zainal dan Bront Palarae.

Lain-lain pelakon ialah Serena Choong, Hon Kahoe, Jason Lo, Patrick Teo, Sarah Lian, Nam Ron, Ciplak, Azmyl Yunor, Ida Nerina, Lorna Hoong, Baki Zainal dan Nick Dorian.

Laman-laman rasmi 15MALAYSIA ialah www.15malaysia.com.

Senarai 15 filem pendek tersebut adalah;
1. Potong Saga by Ho Yuhang
2. Chocolate by Yasmin Ahmad
3. The Tree by Amir Muhammad
4. House by Linus Chung
5. Halal by Liew Seng Tat
6. The Son by Desmond Ng
7. Lumpur by Kamal Sabran
8. One Future by Tan Chui Mui
9. Slovak Sling by Woo Ming Jin
10.Gerhana by James Lee
11.Meter by Benji & Bahir
12.Duit Kecil by Johan John
13.Healthy Paranoia by Khairil Bahar
14.Lollipop by Nam Ron
15.Rojak! by Suleiman Brothers

KOMEN-KOMEN PENGARAH DAN PELAKON

~ Pengarah 'The Tree', Amir Mohammad

"Saya tengah membuat penggambaran di Kelantan dan ingin mencari personaliti tertentu. Saya terfikirkan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat lalu bekerjasama dengan beliau.

"Saya meminta beliau membaca yasin untuk filem berkaitan mesej ekonomi yang beretika. Apabila anda menanam sepohon pokok, anda perlu memberi atau memulangkan hasilnya kepada rakyat. Konsepnya cukup luas."

~ Pengarah 'Potong Saga', Ho Yuhang

"Idea membuat komedi melucukan 'Potong Saga' datang secara spontan ketika saya berjenaka dengan Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Tujuan saya hanya untuk membuat para penonton ketawa terbahak-bahak menyaksikan komedi saya."

~ Pelakon 'Health Panaroia', Baki Zainal

"Apabila saya memasuki pejabat Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, saya begitu takut sekali. Perasaan gemuruh itu reda apabila beliau amat teruja menjayakan lakonan itu.

"Datuk Seri Liow seorang yang terbuka. Kami hanya berlatih sekali dan terus membuat penggambaran. Malah, beliau meminta ia dilakukan secara spontan, tanpa terbatas oleh skrip.

"Bagi saya, beliau ialah seorang ahli politik dan pelakon."

~ Pelakon 'Taxi Driver', Baki Zainal

"Berlakon bersama Yang Berhormat Khairy Jamaluddin memberikan pengalaman baru kepada saya. Beliau amat profesional. Beliau meminta saya menjerit kepadanya dalam satu babak 'Taxi Driver'.

Sumber : mStar Online
Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Posted by Azhad 19.8.09 5 comments

Sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan di dalam stadium. Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Terkini: Lokasi sambutan tahun ini dijangka akan dipindahkan ke Bangunan Parlimen setelah mengambil kira perkembangan semasa influenza A H1N1 dan menghormati bulan Ramadhan.

Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia

Logo 1 Malaysia
Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.

Lirik Lagu 1 Malaysia


Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Video Lagu 1 Malaysia


Lagu ini boleh juga dimuat turun di Lagu 1 Malaysia.

Pelbagai acara akan diadakan selama sebulan sempena sambutan kemerdekaan akan diisi dengan pelbagai kegiatan yang akan bermula dari 12 Ogos hingga 10 Oktober. Sambutan yang dipanggil Bulan Kemerdekaan ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 12 Ogos dan berakhir di Kuching, Sarawak pada 10 Oktober dengan perayaan Hari Malaysia.

Tema, logo dan lagu bagi sambutan kemerdekaan ke 52 ini sebenarnya berasaskan slogan dan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Jika ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sambutan kemerdekaan sila rujuk laman web rasmi Sambutan Kemerdekaan Ke 52.

Technorati Tags: , , , , , , , ,

Posted by Azhad 10.8.09 18 comments

Tarikh peperiksaan awam dijangka tidak akan mengalami sebarang perubahan akibat wabak influenza A H1N1. Kementerian Pelajaran akan memastikan calon peperiksaan yang dimasukkan ke hospital atau dikuarantin akan diaturkan supaya mereka juga boleh menduduki peperiksaan tersebut. Berikut adalah tarikh peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM yang akan dijalankan pada tahun ini;

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
8 – 10 September 2009

Penilaian Menengah Rendah (PMR) - Jadual
7 – 9 Oktober 2009
12 – 13 Oktober 2009

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - Jadual
20 – 22 Oktober 2009 - Amali
26 – 27 Oktober 2009 - Amali
23 – 24 Jun 2009 - Ulangan
19 November – 16 Disember 2009 - Ujian Bertulis

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) - Jadual
13 – 24 Julai 2009 - Ujian Lisan
19 – 21 Oktober 2009 - Ujian Bertulis

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) - Jadual
15 – 17 September 2009 - Ujian Lisan
28 – 30 September 2009 - Ujian Lisan
18 November – 10 Disember 2009 - Ujian Bertulis

Technorati Tags: , , , , , , , , ,

Posted by Azhad 5.8.09 4 comments

Pikom PC Fair 2009 kali kedua untuk tahun ini akan bermula esok. PC Fair memang ditunggu-tunggu oleh orang ramai kerana mereka berpeluang untuk mendapatkan barangan komputer dan yang berkaitan di bawah satu bumbung. Ini memberi peluang orang ramai untuk melihat barangan terbaru di pasaran dan juga membuat perbandingan harga.

Tarikh dan lokasi PC Fair 2009 yang kedua tahun ini adalah seperti berikut;

31 Julai - 2 Ogos 2009

  • KL Convention Centre, Kuala Lumpur
  • Village Mall, Sungai Petani - Kedah
  • Dewan Perbandaran Taiping - Perak
  • Batu Pahat Mall, Batu Pahat - Johor
7 Ogos - 9 Ogos 2009
  • Penang International Sports Arena, Penang
  • Mahkota Parade Melaka, Melaka
  • Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu - Sabah
  • Berjaya Megamall, Kuantan - Pahang
13 Ogos - 15 Ogos 2009
  • KB Mall, Kota Bharu - Kelantan
  • Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu - Terengganu
14 Ogos - 16 Ogos 2009
  • Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru
  • Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak

PC Fair 2009 II ini dibuka secara percuma dari pukul 11.00 pagi hingga 9.00 malam. Maklumat lanjut mengenai PC Fair ini boleh diperolehi di laman web rasmi PC Fair 2009.

Technorati Tags: , , , , ,

Reblog this post [with Zemanta]

Posted by Azhad 30.7.09 2 comments

Sejumlah 128,295 tempat untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), politeknik dan kolej komuniti bagi sesi Julai 2009 ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Jumlah tersebut bersamaan dengan 32 peratus daripada sejumlah 400,996 permohonan bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda, program diploma dan sijil.

Panduan Warga Kampus

Ini bermakna 68 peratus atau 272,701 calon yang gagal mendapat tempat perlu mencari alternatif lain seperti kolej swasta atau mencuba nasib mencari pekerjaan.

Lazimnya dalam saat begini, ibu bapa adalah orang yang paling sibuk menguruskan persiapan anak-anak untuk mendaftar di universiti. Tiada kata yang boleh digambarkan mengenai betapa gembiranya mereka apabila mendapat surat tawaran kemasukan anak ke universiti. Kalau boleh mahu dicanangkan ke seluruh kampung atau daerah.

Begitulah gambaran perasaan gembira ibu bapa. Mereka sanggup bergolok-gadai malah sanggup menyewa kereta untuk menghantar anak-anak ke universiti.

Kebiasaannya di kampung-kampung atau di mana sahaja, ada diadakan juga majlis kesyukuran dan sembahyang hajat untuk menzahirkan kesyukuran. Namun dalam kegembiraan tersebut, kami sekadar ingin mengingatkan bakal mahasiswa di menara gading.

Sebagai bakal mahasiswa dan seorang anak, anda pastinya memikul tanggungjawab yang besar. Satu perkara yang perlu selalu bermain dikotak fikiran anda ialah mengimbangi antara matlamat diri, tanggungjawab dan amanah keluarga.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian apabila secara rasminya menjadi warga kampus yang akan dipanggil siswa dan siswi universiti ialah seperti berikut:

Utamakan Cita-cita Bukannya Cinta

Walaupun cinta itu akan hadir dalam setiap diri manusia terutama golongan remaja, namun anda perlu ingat, apa yang perlu diutamakan. Jika kita mencapai cita-cita dengan kejayaan nescaya cinta juga akan dinikmati dalam masa yang sama atau bakal datang kepada anda.

Jangan kerana terlalu asyik berjumpa 'rakan baru', kita menjadi 'kelabu mata' sehingga lupa cita-cita yang menjadi matlamat asal.

Hapuskan Sindrom Backbenchers Club

Satu sindrom yang menular di kalangan sebahagian pelajar universiti ialah berlumba-lumba datang awal ke kelas. Tetapi bukan untuk duduk di barisan depan sebaliknya berebut-rebut mengisi kerusi di belakang.

Jika anda ingin menumpukan perhatian kepada syarahan, rebutlah kesempatan untuk mengisi ruang di depan kerana penyampaian pensyarah akan dapat dicerap dengan lebih jelas dan tepat jika anda berada lebih hampir dengan beliau.

Jauhi Perangai Musang, Siang Mengantuk Malam Berjaga

Satu tabiat yang agak biasa di kalangan pelajar adalah bersembang dengan rakan-rakan sehingga lewat malam. Tidak cukup dengan itu terdapat juga segelintir yang menyambung tugas untuk 'berperang' atau 'mengatur strategi' dengan bermain permainan komputer.

Akibatnya pasti ada yang terbabas untuk mengikuti kelas di waktu pagi dan ada juga yang "mengangguk-angguk" ketika di dalam kelas. Bukan kerana faham apa yang diajar tetapi mengantuk.

Antara resipi kejayaan seseorang pelajar universiti adalah mereka yang dapat mengikuti setiap syarahan dengan baik dan juga dapat memberi tumpuan ketika di dalam kelas. Kajian menunjukkan pelajar yang berjaga malam gagal mendapat keputusan CGPA yang tinggi.

Sentiasa Menjadi Rider Bukannya Passenger

Satu fenomena sejak dulu lagi ialah setiap kali tugasan diberi untuk dibuat pembentangan dan laporan pasti ada yang mengelak. Ramai yang mahu mengambil jawatan sebagai 'penumpang'.

Sebagai mahasiswa alaf baru, fenomena ini perlu diubah kerana seseorang yang berjaya, berkarisma, berketerampilan adalah terdiri dari golongan mahasiswa yang sentiasa menjadi pemimpin atau rider dan bukannya passenger.

Untuk menjadi pemimpin yang hebat di masa depan kita mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dan universiti adalah platform yang terbaik untuk mengasah kilauan bakat untuk membuktikan anda adalah pemimpin masa depan.

Bina Hubungan Positif Dengan Pensyarah Dan Rakan-rakan

Graduan UiTMJika kita membaca dan mengkaji antara resipi kecemerlangan seseorang pelajar ialah sentiasa berbincang dengan rakan sekelas melalui kumpulan belajar. Sebaik-baiknya tidak melebihi lima orang.

Selain daripada itu perbincangan dengan pensyarah juga akan membantu kejayaan kerana pensyarah itulah yang akan memeriksa kertas jawapan peperiksaan.

Oleh itu penting untuk mengetahui dan menyelidik tentang kehendak sesuatu soalan serta cara menjawab. Anda tidak boleh menyusuri kampus seorang diri untuk berjaya sebaliknya perlu berbincang dengan rakan dan pensyarah.

Setelah menjalani kehidupan di kampus nanti jangan lupa sekali-sekala bertanya khabar ayah dan ibu. Jangan hanya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sekadar untuk meminta bantuan tambahan apabila poket hampir kosong. Sedikit pesanan di atas sekadar mengingatkan bakal mahasiswa agar anda tidak 'menghadiri konvokesyen' lebih awal daripada rakan-rakan seperti buah yang gugur sebelum waktunya.

Mengikut statistik, sejumlah 4,800 daripada jumlah kemasukan pelajar setiap tahun gagal menamatkan pengajian atau diberhentikan daripada IPTA sepanjang tempoh 2005 hingga 2008. Walaupun jumlah tersebut dianggap sedikit tetapi ia masih merupakan satu amaran yang jelas kepada anda semua bahawa ramai yang berkorban dan bergantung harap untuk memastikan kejayaan anda terutama ayah dan ibu, saudara-mara dan sahabat-handai.

Kegagalan anda juga merupakan satu kerugian yang besar kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Walaupun negara menghadapi krisis ekonomi namun kerajaan terus komited daripada segi penyediaan bantuan kewangan apabila sejumlah RM3 bilion diperuntukan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Namun begitu, kita percaya dalam diri setiap bakal mahasiswa tidak terlintas akan istilah kegagalan. Bagaimanapun, sedikit kealpaan dan kelalaian akan menghanyutkan anda ke arus kekecewaan.

Seseorang pelajar yang menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di IPTA perlu bermuhasabah diri. Anda perlu menganggap bahawa tawaran tersebut biarpun mungkin bukan pilihan utama tetapi adalah peluang keemasan yang datang sekali seumur hidup.

Oleh kerana masih ramai yang gagal mendapat tempat, hargailah peluang tersebut dengan sebaik mungkin untuk mengangkat taraf hidup diri dan keluarga. Anda perlu sedar akan peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Untuk berjaya anda perlu bersedia untuk berkorban, menetapkan matlamat hidup yang jelas, pandai mengurus masa dan pandai membawa diri.

Ibarat pepatah Melayu "adat periuk berkerak, adat lesung berdedak". Untuk berjaya juga pelajar IPTA perlu tabah dan rajin. Jadilah sebagai seorang graduan nanti yang "dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi pepohon yang merendang dan dicampak ke angkasa menjadi bintang yang menyinar". Sekalung tahniah buat yang berjaya!

Artikel ini ditulis oleh Mohammad Ismail dan Dr. Shaiful Annuar Khalid, kedua-dua penulis ialah pensyarah dan Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara, Perlis.

Technorati Tags: , , , , , ,

Reblog this post [with Zemanta]

Posted by Azhad 10.7.09 3 comments

Dalam tempoh 24 jam yang lalu sahaja di Malaysia dilaporkan terdapat sebanyak 12 kes baru wabak Influenza A H1N1, membabitkan 10 kes dari luar negara dan dua jangkitan tempatan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 80 kes iaitu 69 kes import dan 11 kes jangkitan tempatan. Di samping itu terdapat 4 buah sekolah dan beberapa kelas di sekolah yang lain yang telah diarahkan tutup selama 1 minggu.

4 sekolah ditutup

Sekolah itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Jalan Davidson, Kuala Lumpur; Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta 1 dan Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta 2, Petaling Jaya dan Sekolah Antarabangsa Sri Cempaka, Batu 9, Cheras. Tiga sekolah lain iaitu Sekolah Menengah Seksyen 9 Shah Alam; Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama dan Sekolah Menengah Wangsa Maju pula masing-masing diarah menutup satu kelas.

Difahamkan Sekolah Seri Cempaka Cheras masih meneruskan kelas secara online dengan menggunakan di antaranya media blogs, Skype dan Twitter. Manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Jalan Davidson pula, sekolah yang pertama ditutup kerana wabak influenza A (H1N1) meneruskan proses pembelajaran melalui laman web sekolah, www.davidson.edu.my.

Swine Flu H1N1Buat masa ini kerajaan tidak bercadang menutup semua sekolah di Lembah Klang ekoran penularan virus influenza A (H1N1).

Jumlah kes terkumpul yang disiasat kerana disyaki jangkitan Influenza A (H1N1) di seluruh negara adalah sebanyak 1,619 kes. Manakala ketika ini terdapat sebanyak 44 kes yang ditahan di hospital.

Malaysia mencatat kes penularan Influenza A (H1N1) pertama dalam negara, membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun. Ketika siasatan, kes ke-19 melaporkan beliau adalah kontak kepada kes ke-12, iaitu pelajar perubatan yang disahkan positif H1N1 pada 13 Jun lalu.

Bagaimanapun, sebelum ini beliau tidak pernah diisytiharkan sebagai seorang kontak kepada kes ke-12, menyebabkan pengawasan dan kuarantin awal ke atasnya tidak dilakukan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berasa kecewa dengan pesakit kes ke-12 itu kerana tidak mengisytihar seorang daripada kontak, iaitu kes ke-19 yang juga kes penularan pertama di negara ini.

Kerjasama semua pihak sangat penting kerana maklumat diberikan dapat mengelakkan penularan wabak itu di negara ini. Pesakit yang disahkan dijangkiti H1N1 perlu memberitahu semua maklumat kontak supaya pengawasan dan kuarantin awal dapat dilakukan seterusnya mengelak risiko penularan kepada orang lain.

Kerajaan boleh mendakwa pesakit Influenza A (H1N1) yang didapati sengaja cuba menyembunyikan atau tidak memberi maklumat lengkap mengenai kontak mereka kerana perbuatan itu boleh mengancam keselamatan negara. Mereka yang telah disahkan positif H1N1 patut memberi maklumat lengkap supaya pengawasan dan kuarantin awal dapat dilakukan.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak pergi ke tempat terlalu ramai orang atau melawat negara yang berisiko tinggi dijangkiti Influenza A (H1N1) bagi mengelak terdedah ancaman wabak itu. Buat masa ini kerajaan tidak menghalang rakyat keluar negara, mereka sepatutnya hanya membuat perjalanan itu jika ia benar-benar perlu.

Setakat ini juga kerajaan belum bercadang untuk melarang orang ramai mengadakan kenduri atau keramaian sebagai langkah pencegahan bagi mengelak kes H1N1 daripada merebak.

Maklumat lanjut berkenaan keadaan semasa ancaman wabak Influenza A (H1N1) ini boleh diperolehi di laman web Kementerian Kesihatan, www.moh.gov.my atau hubungi terus talian 03 8881 0200 atau 03 8881 0300.

Technorati Tags: , , , , , , ,

Reblog this post [with Zemanta]

Posted by Azhad 24.6.09 5 comments

Senarai Terkaya Forbes Asia Malaysia bagi tahun 2009 menunjukkan Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok kekal sebagai rakyat Malaysia yang paling kaya dengan nilai bersih AS$9 bilion, turun daripada AS$10 bilion setahun lalu. Menurut Forbes, Kuok menduduki tempat itu setiap tahun sejak Forbes Asia memulakan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya pada 2006.

Robert KuokTan Sri Ananda Krishnan pula menduduki tempat kedua dengan nilai bersih AS$7 bilion, turun daripada AS$7.2 bilion pada tahun lalu. Beliau juga mengekalkan ranking yang sama setiap tahun sejak 2006.

Secara bersama, Kouk dan Ananda mencatatkan 44 peratus daripada kekayaan teratas 40 rakyat Malaysia terkaya dan mereka juga orang terkaya di Asia Tenggara.

Peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia, Kumpulan IOI, Tan Sri Lee Shin Cheng merupakan rakyat Malaysia ketiga terkaya. Syed Mokhtar AlBukharyBeliau bernilai AS$3.2 bilion, turun daripada AS$5.5 bilion pada tahun lalu tetapi mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga.

Empat puluh orang rakyat Malaysia terkaya yang disatukan mempunyai nilai harta bersih AS$36 bilion, turun daripada AS$46 bilion setahun lalu.

Malaysia mempunyai sembilan orang bernilai berbilion dolar yang secara bersama bernilai AS$30 bilion atau 84 peratus daripada keseluruhan kekayaan yang dihimpunkan oleh 40 orang terkaya di negara ini. Ia adalah perbezaan kekayaan terbesar di dalam senarai terkaya Forbes Asia.

Senarai 40 orang terkaya di Malaysia 2009 menurut Forbes Asia:

1.(1) Robert Kuok AS$ 9 billion, 85, berkahwin, 8 orang anak.

2.(2) Ananda Krishnan AS$ 7 billion, 71, berkahwin, 3 orang anak.

3.(3) Lee Shin Cheng AS$ 3.2 billion, 70, berkahwin, 6 orang anak.

4.(5) Lee Kim Hua AS$ 2.5 billion, 80, janda, 6 orang anak.

5.(4) Teh Hong Piow AS$ 2.4 billion, 79, berkahwin, 4 orang anak.

6.(6) Quek Leng Chan AS$ 2.3 billion, 68, berkahwin, 3 orang anak.

7.(7) Yeoh Tiong Lay AS$ 1.8 billion, 79, berkahwin, 7 orang anak.

8.(8) Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.1 billion, 57, berkahwin, 5 orang anak.

9.(10) Tiong Hiew King AS$ 1 billion, 74, berkahwin, 4 orang anak.

10.(9) Vincent Tan AS$ 750 juta, 57, berkahwin, 11 orang anak.

11.(11) Azman Hashim AS$ 470 juta, 69, berkahwin, 5 orang anak.

12.(12) William H.J. Cheng AS$ 390 juta, 66, berkahwin, 3 orang anak.

13.(26) G. Gnanalingam AS$ 260 juta, 64, berkahwin, 3 orang anak.

14.(15) Lim Kok Thay AS$ 225 juta, 57, berkahwin, 3 orang anak.

15.(19) Anthony Fernandes AS$ 220 juta, 45, berkahwin, 2 orang anak.

16.(20) Mokhzani Mahathir AS$ 215 juta, 48, berkahwin, 5 orang anak.

17.(17) Lee Oi Hian AS$ 210 juta, 58, berkahwin, 4 orang anak.

18.(-) Chan Fong Ann AS$ 209 juta. 78, berkahwin.

19.(21) Kamarudin Meranun AS$ 205 juta, 48, berkahwin, 5 orang anak.

20.(24) Chong Chook Yew AS$ 200 juta, 87, janda, 4 orang anak.

21.(-) Chen Lip Keong AS$ 195 juta, 61.

22.(13) Lee Swee Eng AS$ 190 juta, 53, berkahwin.

23.(22) Jeffrey Cheah AS$ 185 juta, 64, berkahwin, 3 orang anak.

24.(27) Lim Wee Chai AS$ 180 juta, 51, berkahwin, 2 orang anak.

25.(34) Ahmayuddin Ahmad AS$ 175 juta, 52, berkahwin, 4 orang anak.

26.(23) Lee Hau Hian AS$ 174 juta, 55, berkahwin, 1 orang anak.

27.(29) Lau Cho Kun AS$ 165 juta, 73, berkahwin.

28.(16) Vinod Sekhar AS$ 150 juta, 41, berkahwin, 2 orang anak.

29.(33) Liew Kee Sin AS$ 140 juta, 50, berkahwin, 4 orang anak.

30.(32) Tiah Thee Kian AS$ 135 juta, 61, berkahwin, 5 orang anak.

31.(-) Rozali Ismail AS$ 130 juta, 53, berkahwin.

32.(36) Lin Yun Ling AS$ 115 juta, 54, berkahwin, 2 orang anak.

33.(18) Yaw Teck Seng AS$ 113 juta, 71, berkahwin.

34.(-) Goh Peng Ooi AS$ 112 juta, 53.

35.(35) Eleena Azlan Shah AS$ 110 juta, 49, berkahwin, 2 orang anak.

36.(31) David Law Tien Seng AS$ 105 juta.

37.(-) Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir AS$ 100 juta, 61, berkahwin, 3 orang anak.

38.(-) Hamdan Mohamad AS$ 98 juta, 53, berkahwin, 2 orang anak.

39.(-) Tan Teong Hean AS$ 95 juta, 65, berkahwin, 3 orang anak.

40.(28) Kua Sian Kooi AS$ 90 juta, 56, berkahwin, 4 orang anak.

Tiga individu yang baru tersenarai di dalam kumpulan terkaya ini ialah anggota Lembaga Pengarah IOI, Chan Fong Ann (ranking 18, AS$209 juta), tauke judi, Tan Sri Chen Lip Keong (ranking 21, AS$195 juta) dan eksekutif perisian, Goh Peng Ooi (ranking 34, AS$112 juta).

Manakala empat orang menyertai semula kumpulan ini selepas terkeluar selama setahun atau lebih. Mereka ialah Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir (ranking 37, AS$100 juta) dan Tan Sri Tan Teong Hean (ranking 39, AS$95 juta), yang menjual saham Southern Bank beberapa tahun lalu dan kini membuat pelaburan baru.

Mereka yang terkeluar daripada senarai tahun ini;

Ong Beng Seng, 64 (AS$ 470 juta)
Yaw Chee Ming, 50 (AS$ 240 juta)
Abdul Hamed Sepawi, 59 (AS$ 180 juta)
Ong Leong Huat, 65 (AS$ 130 juta)
Lim Thian Kiat, 51 (AS$ 115 juta)
Khoo Kay Peng, 70 (AS$ 110 juta)
Nazir Razak, 42 (AS$ 100 juta)

Angka dalam kurungan merupakan kedudukan tahun lepas.

Senarai penuh rakyat Malaysia terkaya dan cerita mengenai mereka boleh diperolehi di dalam majalah Forbes Asia terbitan 8 Jun 2009.

Sumber : Forbes

Lihat juga;
~ Senarai 40 orang terkaya di Malaysia untuk 2008
~ Senarai 40 orang terkaya di Malaysia untuk 2007

Technorati Tags: , , , , , , ,

Reblog this post [with Zemanta]

Posted by Azhad 29.5.09 2 comments

Setiap orang pasti tahu dan pernah melalui tarikh 16 Mei kerana pada tarikh tersebut sambutan Hari Guru akan diadakan. Tarikh 16 Mei ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tema Hari Guru


Saban tahun bila hari ini disambut pasti diiringi dengan tema yang bersesuai dengan suasana ketika itu.

Berikut disenaraikan Tema Hari Guru dari tahun 1972 sehingga 2009;

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 11.5.09 5 comments

Penyakit selesema babi atau swine influenza kini sedang mendapat perhatian ramai. Sehingga 27 April 2009 berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan wabak Swine Influenza A (H1N1) terdapat 40 kes yang disahkan di Amerika Syarikat, 6 kes di Kanada, 2 kes di Scotland dan 1 kes di Sepanyol. Sementara itu 1,840 kes yang disyaki dengan 104 kematian di Mexico dan 25 kes disyaki di New Zealand.

Wabak Selesema Babi

Di Malaysia buat masa ini tiada kes yang disyaki memenuhi kriteria penyakit Swine Influenza. Berdasarkan pemerhatian 'influenza like illness', tiada peningkatan kes dan kes berkelompok yang dilaporkan.

Bagi meningkat pengetahuan mengenai wabak selesema babi atau swine influenza ini, berikut adalah soalan-soalan lazim mengenainya;

1. Apakah Selesema Babi?

Selesema Babi adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus influenza A. Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi).

2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Selesema Babi yang wujud?

Babi Selesema Babi sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A yang diasingkan daripada haiwan ini iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Selesema Babi).

Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant).

Walaupun virus Selesema Babi pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun, virus ini boleh menyebabkan penyakit di kalangan manusia.

Terbaru, virus influenza yang diasingkan daripada babi telah dikenal pasti sebagai virus H1N1.

3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menerima laporan kes Selesema Babi dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.

4. Apakah tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia?

Tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?

Ya. Tiada bukti mengaitkan Selesema Babi boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Selesema Babi boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160°F/70°C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.

6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Manusia selalunya dijangkiti Selesema Babi melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Selesema Babi. Terdapat juga kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan secara langsung.

7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?

Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.

8. Apakah rawatan bagi Selesema Babi?

Kebanyakkan kes Selesema Babi yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.

9. Berapakah tempoh masa jangkitan Selesema Babi daripada manusia kepada manusia yang lain?

Mereka yang dijangkiti virus Selesema Babi boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset).

Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?

Elakkan penyebaran kuman penyebab penyakit respiratori seperti selesema.

Ambil langkah-langkah berikut:

* Jika anda batuk atau bersin:
- Lindungi hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan
- Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
- Basuh tangan dengan sabun dan air bersih

* Amalkan kebersihan diri.
Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol sangat berkesan.

* Cuba elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.

* Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka.

* Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Selesema Babi.

Kementerian Kesihatan menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak melakukan lawatan ke luar negara terutamanya ke negara yang sedang dilanda wabak sekiranya tidak perlu dan keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Maklumat lanjut mengenai wabak selesema babi atau swine flu ini boleh diperolehi dengan menghubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200 / 03-8881 0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my. Orang ramai boleh juga melayari laman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.my untuk maklumat terkini.

Technorati Tags: , , , , , ,
Reblog this post [with Zemanta]

Posted by Azhad 29.4.09 2 comments

Pikom PC Fair pusingan pertama untuk tahun ini telah pun bermula hujung minggu lepas. PC Fair memang ditunggu-tunggu oleh orang ramai kerana mereka berpeluang untuk mendapatkan barangan komputer dan yang berkaitan di bawah satu bumbung. Ini memberi peluang orang ramai untuk melihat barangan terbaru di pasaran dan juga membuat perbandingan harga.

Untuk makluman berikut adalah tarikh dan lokasi PC Fair 2009 yang pertama tahun ini;

3 - 5 April 2009

  • Permata Car Park (Level 5), Kuching - Sarawak
  • Dewan Masyarakat Sandakan, Sandakan - Sabah
  • Berjaya Megamall, Kuantan - Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan, Pahang
  • Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak - Jalan Ghazali Jawi, Ipoh
10 - 12 April 2009
  • KL Convention Centre, Kuala Lumpur - Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur
  • Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru - Jalan Abdullah Ibrahim, Johor Bahru
  • Village Mall, Sungai Petani - Kedah
  • Dewan Masyarakat Tawau, Tawau - Sabah
17 - 19 April 2009
  • Miri Indoor Stadium, Miri - Sawarak
  • Sibu Trade & Exhibition Centre, Sibu - Sarawak
  • Penang International Sports Arena, Penang - Jalan Tun Dr Awang, Relau
  • Mahkota Parade Melaka, Melaka - Jalan Merdeka, Bandar Hilir
24 - 26 April 2009
  • Dewan Jubli Intan, Muar - Johor

PC Fair 2009 ini dibuka secara percuma dari pukul 11.00 pagi hingga 9.00 malam. Maklumat lanjut mengenai PC Fair ini boleh diperolehi di laman web rasmi PC Fair 2009.

Technorati Tags: , , , , ,

Reblog this post [with Zemanta]

Posted by Azhad 6.4.09 6 comments

Aktiviti yang dinantikan oleh semua pencinta dan pengemar buka iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 akan menemui orang ramai tidak lama lagi pada bulan April nanti. Pesta buku yang bermula 28 tahun lalu telah menjadi pameran tahunan dan acara yang utama di dalam industri buku di Malaysia. Pesta buku ini juga bukan sahaja melibatkan penerbit tempatan malah penerbit daripada luar negara juga.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini disasarkan untuk mempamerkan penerbitan terbaru termasuk bahan pendidikan. Di samping itu beberapa acara sampingan akan diadakan, ini termasuk seminar, perbincangan, pelancaran buku, pelancaran produk, program bersama tokoh, program bersama penulis, Anugerah Filem Pendek PENA, Konvensyen PEKOMIK, persembahan kebudayaan IPT, Sci Fi Convention, riang ria pantun, persembahan pantun, boria dan cemerlang minda, pertandingan membaca dan sesi dialog. Sila rujuk Jadual Aktiviti untuk maklumat lanjut.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bagi tahun ini akan diadakan seperti berikut;

Timbunan BukuTarikh : 17 - 26 April 2009

Waktu dibuka :
10.00am - 7.00pm (Isnin - Khamis)
10.00am - 9.00pm (Jumaat - Ahad)

Lokasi : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

Masuk adalah percuma

Orang ramai seharusnya tidak melepaskan peluang ini untuk mendapat pelbagai buku-buku yang boleh didapati di bawah satu bumbung. Malah mereka yang belum ada sudut membaca di rumah boleh menjadikan pameran ini sebagai titik permulaan untuk memulakan koleksi buku anda. Sudut membaca ini boleh dikembangkan kepada perpustakaan mini bila koleksi buku bertambah. Membaca ini boleh dijadikan aktiviti sekeluarga untuk berkumpul bersama.

Mari sama-sama kita meningkatkan minat membaca dikalangan masyarakat, bermula dengan diri kita dan keluarga.

Technorati Tags: , , ,
Reblog this post [with Zemanta]

Posted by Azhad 31.3.09 3 comments

Pada hari Sabtu ini 28 Mac 2009 seluruh manusia di bumi ini layak untuk mengundi dan diseru untuk mengundi untuk memilih samada bumi atau pemanasan global. Ini merupakan lakaran pertama sejarah, seluruh umat sejagat di semua peringkat umur, kerakyatan, bangsa, latarbelakang mempunyai peluang untuk menggunakan suis lampu sebagai undi mereka. Memadamkan lampu adalah undi kepada bumi manakala membiarkan lampu menyala adalah undi kepada pemanasan global.

Kempen ini dipelopori oleh World Wide Fund For Nature (WWF) Australia dan akhbar Sydney Morning Herald pada 2007 di Bandaraya Sydney yang mana mendapat sokongan dari 2,100 syarikat dan menyaksikan 2.2 juta orang memadam lampu yang membawa kepada penjimatan tenaga sebanyak 10.2% dari kegunaan pada kadar biasa. Pada tahun 2008 kempen ini telah mendapat sokongan penduduk dunia yang lain dan menyaksikan sokongan penyertaan lebih 50 juta orang di lebih 370 bandar dari 35 negara.

Melalui kempen ini, orang ramai diminta memadamkan suis lampu atau kelengkapan elektrik yang lain bagi tempoh sejam. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia.

Pada tahun ini penganjur Earth Hour 2009 mengajak penduduk dunia mengundi bumi bagi mencapai sasaran satu bilion undi yang akan dibentangkan kepada pemimpin dunia di Persidangan Perubahan Iklim Global (Global Climate Change Conference), di Copenhagen, Denmark, tidak lama lagi. Persidangan itu bakal menentukan polisi kerajaan untuk bertindak terhadap ancaman pemanasan global menggantikan Protokol Kyoto.

Inilah peluang bagi penduduk dunia menyatakan suara hati mereka. Undi yang diberi kepada bumi adalah seruan kepada penduduk dunia melakukan sesuatu demi menjamin masa depan planet ini. Mengikut laporan yang dikeluarkan WWF tahun lalu, kesan pemanasan global sekarang lebih cepat berkembang daripada apa yang diramal kumpulan saintis terkemuka dunia.

Kempen 60 Earth Hour : Vote For Earth buat pertama kalinya diperkenalkan di Malaysia pada tahun ini. Mereka yang bercadang untuk turut serta memadamkan lampu dijemput untuk membuat pendaftaran di laman web Earth Hour Malaysia. Pendaftaran ini akan membantu pihak WWF mengira jumlah undi untuk Bumi.

Setakat ini, 1,189 bandar raya dan bandar di 80 negara memberi komitmen untuk menyertai kempen ini. Sementara itu, pengurus kanan perhubungan korporat Tabung Alam Sekitar Sedunia-Malaysia (WWF-Malaysia) S. Devan berkata lebih 100 perbadanan dan beribu-ribu isi rumah di Malaysia telah berikrar akan menyertai kempen ini juga.

Di antara bangunan dan tempat yang telah memberi makluman akan memadamkan lampu yang tidak penting selama sejam dari 8.30 malam hingga 9.30 malam pada 28 Mac ini adalah KL Sentral, Menara Berkembar Petronas, Putrajaya, Angkasapuri, Bangunan Sultan Abdul Samad, Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang, Sunway Intergrate Resort , Mid Valley Megamall, Bangunan DBKL dan Dataran Merdeka.

Rangkaian Radio Media Prima yang terdiri daripada Hot FM, Fly FM dan One FM turut menyumbangkan inisiatif untuk kempen Earth Hour ini. Ketiga-tiga stesen ini mengambil langkah untuk menghentikan siaran selama sejam dalam tempoh kempen tersebut.
8TV juga telah mengambil keputusan untuk mematikan waktu siaran perdana mereka pada 28 Mac 2009 nanti dari jam 8.30 hingga 9.30 malam supaya dapat memberikan impak yang lebih besar kepada masyarakat. Ini sekaligus menjadikan 8TV sebagai stesen televisyen pertama yang mengambil tindakan sedemikian.

Kempen Earth Hour ini juga akan berlangsung di beberapa lokasi dengan pelbagai aktiviti telah pun diatur. Di antaranya di Capital Square, Sunway Pyramid, Dataran Merdeka, Sunrise Mont Kiara, Starhill Gallery, IOI Group, Island Plaza, Green Heights Mall, Starbuck dan I-City.

Semoga kempen Earth Hour ini akan memberi kesan lebih daripada setakat satu jam itu sahaja. Bermula daripada sini diharap akan tercetus kesedaran di kalangan masyarakat bahawa kita perlu prihatin dengan keadaan bumi sekarang. Kehidupan seharian bolehlah dilalui dengan mengelak daripada membuat sesuatu yang mengancam bumi. Ini termasuklah usaha kitar semula perlu dilaksanakan dengan lebih menyeluruh dan bersungguh-sungguh oleh semua pihak.

Sign up for Earth Hour

Maklumat lanjut tentang Earth Hour 2009 dan cara untuk menyertainya boleh didapati dengan melayari www.earthhour.org/malaysia.
Technorati Tags: , , , ,
Reblog this post [with Zemanta]

Posted by Azhad 26.3.09 4 comments

Kita kini sedang menyambut ketibaan bulan Rabiul Awwal yang telah mencatatkan peristiwa penting dalam sejarah Islam. Di mana apabila tibanya bulan Rabi’ulawwal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia sama-sama mengingati tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Kelahiran dan kebangkitan junjungan besar nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul akhir zaman telah membawa sinar bahagia kepada manusia dan rahmat kepada seluruh alam yang selama ini tenggelam dalam kejahilan dan hidup bermusuhan antara satu sama lain.

Maulidur Rasul

Yang kuat memerintah yang tidak berdaya, yang kaya memeras yang miskin, yang gagah menindas yang lemah, undang-undang terletak pada pandangan nafsu dan bukannya berdasarkan wahyu sehingga hidup manusia bercelaru hilang pedoman dan tempat rujukan untuk berlindung.

Sejarah telah mencatatkan kisah perjalanan pahit maung kehidupan Rasulullah S.A.W. di dalam tugasnya menyebarkan dakwah Islam yang mulia ini, baginda pernah dikeji, dihina, diugut, dibaling dengan batu sehingga berdarah, dipulau kaum keluarganya namun untuk meninggalkan amanah Allah ini tidak sekali-kali terlintas di dalam jiwanya.

Justeru, Rasulullah S.A.W. yang diutuskan kepada umat manusia sebagai penghulu segala rasul, wajib kita sama-sama mentaatinya, dengan erti kata melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala tegahannya. Mudah-mudahan kita beroleh kecemerlangan dan kegemilangan hidup di dunia dan di akhirat.

Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7:

Maksudnya : “Dan apa jua suruhan yang di bawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah akan ia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya)”.

Melalui cacatan sejarah juga kita dapati bagaimana kehidupan Rasulullulah S.A.W. yang sentiasa dijaga dan dipelihara oleh Allah S.W.T. bagi menjamin dakwahnya diterima oleh masyarakat. Walaupun baginda hidup dalam suasana masyarakat jahiliah yang sesat bertuhankan nafsu, namun baginda tidak terlibat dengan penyembahan berhala, minum arak, berjudi, malah tidak pernah berhibur dengan hiburan yang melalaikan. Begitu juga, baginda bersifat amanah sehingga digelar "al-Amin" serta sentiasa menjaga pergaulan dan percakapannya.

Baginda Raslulllah S.A.W. turut dididik dengan ujian bagi mematangkan fikiran dan tindakannya, di mana sejak kecil lagi baginda menjadi yatim piatu dengan kewafatan ayahanda dan bonda yang tercinta. Penjagaan baginda yang yatim piatu diambil alih oleh datuk kesayangannya Abdul Mutalib, tetapi Allah S.W.T. sekali lagi menguji baginda dengan kematian datuknya ketika baginda berusia lapan tahun dan penjagaan baginda berpindah kepada bapa saudaranya Abu Talib. Cuba kita bayangkan?. Bagaimana nabi yang bakal melaksanakan tugas dakwah Islam yang begitu besar dan berat telah diuji dengan kehilangan ahli keluarga ketika usianya yang masih kecil. Tetapi Allah maha penentu segala-galanya, di mana setiap sesuatu yang berlaku mempunyai hikmatnya yang tersendiri. Ujian kewafatan ahli keluarga tercinta telah mendidik baginda sebagai seorang yang cepat matang dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain.

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun, marilah kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.

Sebagai seorang pemimpin agong baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan jauh dan akal fikiran yang tajam serta semangat juang yang tinggi, kekuatan rohani yang mendalam, tabah dan keberanian menempuh berbagai cabaran dan dugaan yang perlu kita contohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Makkah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam pada hari ini hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan akal dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Ini kerana setiap umat Islam pada hari ini adalah bertanggungjawab meninggikan dan mempertahankan agama Allah.

Di antara ciri-ciri dan sikap terpuji baginda Rasulullah S.A.W. yang perlu dicontohi :

1.Sebagai Ketua Keluarga Yang Mulia Dan Bertanggungjawab

Dalam kesibukan baginda sebagai pemimpin negara, sebagai pendakwah, ketua tentera dan pelbagai urusan lainya tetapi baginda tidak pernah melupakan soal membina keluarga yang harmoni. Bagaimana baginda menunjukkan kaedah yang berkesan untuk melahirkan sebuah rumahtangga Islam sejati yang berjaya melahirkan generasi Islam yang bertakwa. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Tahrim ayat 6 :

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

2.Sebagai Pemimpin Yang Bijaksana

Rasulullah S.A.W. merupakan seorang pemimpin yang ikhlas dalam memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam. Peribadi baginda yang luhur, tidak ingin dipuji, tidak mementingkan diri sendiri, tidak mementingkan kebendaan serta mengejar pangkat dalam perjuangannya. Akhirnya baginda telah berjaya membentuk peribadi, masyarakat dan negara Islam yang unggul dan terbilang.

Amat sesuai baginda menjadi contoh teladan yang paling baik. Sabda baginda :

" اِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ "

Maksudnya: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ".

3.Memiliki Akhlak Yang Sempurna

Baginda diutuskan bersama akhlak yang sempurna sebagai asas panduan kepada setiap lapisan masyarakat. Hal ini dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam al-Ahzab ayat 21 :

Maksudnya : “Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

Seterusnya baginda terkenal dengan ketegasan dalam perjuangan mempertahan agama Allah tanpa rasa takut dan menolak sebarang bentuk tawaran keduniaan. Seandainya sifat seumpama ini dapat kita laksanakan pastinya Islam bertambah maju dan setiasa disegani kawan mahupun lawan.

Dalam membina masyarakat yang harmoni pula baginda menggariskan beberapa panduan antaranya menanamkan sifat berkasih sayang, tolong menolong, menjaga hak kejiranan dan sebagainya demi menjaga dan membentuk masyarakat sejahtera.

Inilah antara sifat-sifat dan ketabahan baginda Rasulullah S.A.W. di dalam menegakkan agama yang benar dan diredhai Allah S.W.T. Maka bersempena sambutan Maulidur Rasul yang kita sambut pada tahun ini hendaklah dilakukan dengan hati yang benar-benar insaf dan ikhlas serta berbeza dengan cara sambutan Maulidur Rasul yang pernah dilakukan oleh Abu Lahab yang terlalu gembira menyambut kelahiran baginda dengan sanggup memerdekakan hamba kesayangannya serta menyembelih 100 ekor unta tetapi akhirnya apabila baginda menyatakan tentang kenabiannya serta dakwah Islam yang dibawa oleh baginda maka dialah orang paling keras menentang baginda sehingga kisahnya dirakamkan dalam surah al-Masad.

Oleh itu, kita perlu sedar dan insaf sambutan yang kita raikan mestilah selari dengan apa yang diucapkan, jangan kita bersungguh-sungguh memuji akhlak Rasulullah S.A.W. Tetapi akhlak remaja kita terbiar semakin hari semakin liar, tidak terkawal dan terlalu mementingkan hiburan sehingga mengabaikan tuntutan agama. Begitu juga, jangan kita hanya memuji baginda yang mengharamkan arak, judi dan riba sedangkan di sekeliling kita arak, penagihan dadah, pil khayal, ubat batuk dan segala macam yang memabukkan semakin manjadi-jadi seakan-akan tidak ada penghujungnya.
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

Maksudnya : “Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (arab) yang ummyyin, seorang rasul (nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaannya), dan membersihkan mereka (daripada iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hokum-hukum syari’at). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.”
( Surah al-Jumuah ayat : 2 )

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْن وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Reblog this post [with Zemanta]

Posted by Azhad 5.3.09 3 comments

Sejumlah 86 kes telah dilaporkan di seluruh negara pada minggu ke 6 2009 (8 hingga 14 Februari 2009) iaitu penurunan sebanyak 23 kes (21%) jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya (109 kes). Daripada jumlah tersebut, seramai 55 (63.9%) pesakit Chikungunya telah mendapatkan rawatan pesakit luar dan selebihnya memerlukan rawatan di hospital. Tiada kes yang melibatkan kematian dilaporkan setakat ini.

86 kes yang dilaporkan adalah dari 81 lokaliti di 10 buah negeri iaitu Kelantan (27 kes), Selangor (20 kes), Perak (17 kes), Johor (7 kes), Pulau Pinang (4 kes), Perlis (3 kes), Pahang (3 kes), Terengganu (2 kes), WP Kuala Lumpur (2 kes), Putrajaya (1 kes).

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk.

Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.

Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

• Demam panas mengejut
• Sakit teruk pada sendi
• Ruam pada badan
• Sakit kepala

Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan.

Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit.

Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja.

Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

• Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
• Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
• Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

11. Tindakan Kementerian Kesihatan

Langkah–langkah kawalan yang telah diambil:
• Pengesanan kes secara aktif
• Melakukan kajian Aedes
• Semburan kabus dan ULV
• Aktiviti gotong-royong bersama masyarakat setempat
• Aktiviti promosi kesihatan
Kejadian penyakit ini adalah terkawal dan terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Bilik Gerakan
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E10, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
No. Tel. : 03-8881 0600 / 03-8881 0700

Sumber : Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia

Technorati Tags: , , , , , ,

Posted by Azhad 24.2.09 5 comments

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

1 Yahudi 100 Islam

Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.

Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian beliau mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).

Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga secara oral yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Kenapa Yahudi begitu berkuasa? Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah seorang Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan.

Artikel ini ditulis oleh Dr. Farrukh Saleem, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan. Artikel asal beliau ditulis dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di Why Are Jews So Powerful?

Bacaan tambahan:
Mengenal Siapa Yahudi
Menelusuri Sejarah Yahudi dan Negara Haram Israel

Technorati Tags: , , , , , , , ,

Posted by Azhad 13.1.09 21 comments

Detik masa terus berlalu tanpa ada sesiapa yang dapat menghalang maupun memperlahankannya. Cuba kita renungkan sebentar bagaimana masa yang telah berlalu itu kita habiskan. Berapakah umur anda sekarang? Apakah yang telah anda lakukan semasa zaman kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa anda? Apa pula perancangan anda untuk esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan seterusnya?

1430H ~ 2009M

Masa juga membawa kita melangkah masuk ke tahun 1430 Hijrah dan selang beberapa hari lagi tahun 2009 Masihi pula. Maal Hijrah disambut setiap tahun oleh umat Islam seluruh dunia dengan berbagai aktiviti begitu juga dengan tahun baru Masihi. Apa yang penting adalah penghayatan rohani dan jasmani untuk menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Walaupun kita merasa kita telah buat yang terbaik selama ini pasti masih ada ruang untuk meningkatnya. Masa yang kita ada ini terutama di waktu lapang dan sihat selalulah dimanfaatkan ke jalan yang diredhai oleh Yang Maha Esa.

Sebagai permulaan mungkin kita boleh membaharui azam atau kepada yang tidak ada azam jadikan saat ini untuk meletakkan satu azam sempena bermula tahun baru ini. Azam untuk berubah, azam untuk bergerak ke arah yang lebih baik daripada sebelum ini, azam untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan.

Setelah azam itu ditetapkan maka kita telah pun mempunyai satu matlamat yang hendak dituju. Bagi memastikan azam itu tidak tinggal sekadar azam semata-mata, kita perlulah pula menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat yang ditetapkan itu.

Apabila destinasi telah ditentukan dan laluannya telah dirancangkan, insyaAllah azam kita itu akan tercapai. Cuma kuatkan iman dan tabahkan hati semasa menuju ke arahnya kerana pasti ada pelbagai godaan, gangguan dan rintangan yang terpaksa ditempohi.

Firman Allah ta'ala: “Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebaikan, dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Nabi s.a.w. bersabda; “Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berusahalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.” - Sahih Muslim

Semoga bila tiba tahun 1431 Hijrah dan 2010 Masihi nanti, anda boleh menoleh kebelakang dan merasa satu kepuasan dalam menjalani kehidupan ini.

Selamat Tahun Baru...

Technorati Tags: , , , , ,

Posted by Azhad 29.12.08 1 comments

Subscribe here