Sekali lagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah pun bermula. Kedua-dua peperiksaan bertulis untuk SPM dan STPM ini bermula hari ini iaitu 23 November 2010. Peperiksaan SPM 2010 akan berakhir pada 20 Disember dan STPM pula pada 16 Disember. Peperiksaan ini akan menentukan arah seterusnya di mana para pelajar ini berpeluang untuk melanjutkan pelajaran.

Jumlah Calon

Dewan Peperiksaan
Peperiksaan SPM 2010 menyaksikan seramai 467,970 orang calon mendudukinya di 3,594 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan merupakan bilangan yang terbesar iaitu seramai 410,083 orang. Calon Persendirian Individu pula di tempat kedua iaitu seramai 31,296 orang. Ini diikuti dengan calon Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Rakyat seramai 11,248 orang. Sementara calon dari Sekolah Menengah Agama Negeri seramai 8,127 orang. Bilangan yang paling sedikit adalah calon dari MRSM, MTD dan Sekolah Perantis Tentera iaitu seramai 7,216 orang.

Manakala itu seramai 53,674 orang calon menduduki peperiksaan STPM 2010 di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. Sama seperti SPM bilangan yang terbesar adalah dari calon Sekolah Kerajaan iaitu seramai 47,369 orang. Diikuti dengan calon Persendirian Individu seramai 4,593 orang, 1,467 calon Sekolah Swasta, 235 calon Sekolah Kerajaan Negeri dan 10 calon Sekolah Integriti.

Keputusan Peperiksaan SPM dan STPM 2010

Keputusan peperiksaan SPM 2010 dijangka akan diumumkan dalam bulan Mac 2011. Pada tahun ini keputusan SPM 2009 telah diumumkan pada 11 Mac 2010. Pada tahun hadapan bagi SPM 2010 mungkin akan diumumkan dalam minggu 7 - 11 Mac 2011 itu.

Keputusan peperiksaan STPM 2010 pula dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Februari 2011. Pada tahun ini keputusan STPM 2009 telah diumumkan pada 25 Februari 2010. Oleh itu pada tahun hadapan bagi STPM 2010 ada kemungkinan akan diumumkan dalam minggu terakhir iaitu 21 - 25 Februari 2011.

Walaupun begitu janganlah memandang peperiksaan SPM atau STPM ini sebagai penghujung atau destinasi pembelajaran. Sebaliknya anggaplah peperiksaan ini sebagai satu titik dari berbagai titik peristiwa dalam perjalanan kehidupan. Oleh itu walau apapun keputusan peperiksaan ini nanti fikirkan cara yang terbaik untuk meneruskan usaha untuk mencapai cita-cita atau melaksanakan apa yang diminati.

All the best untuk semua calon kedua-dua peperiksaan ini.

Tags: , , , , , , , , , ,

Posted by Azhad 23.11.10 5 comments

Ibadah haji adalah merupakan salah satu Rukun Islam yang wajib dilaksanakan oIeh setiap umat Islam yang telah mencapai syarat-syarat kemampuannya. Satu daripada acara penting yang mengiringi ibadah haji di dalam bulan ini ialah Ibadah Korban.

Ia merupakan satu amalan yang disunatkan oIeh Islam dan amat digalakkan oIeh Baginda Rasulullah s.a.w. sebagaimana hadith daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

Salam Aidil Adha
"Barangsiapa yang mempunyai kelapangan untuk berkorban tetapi ia tidak melakukannya, maka janganlah ia menghampiri tempat kami bersolat ini"
(Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Hadith ini menunjukkan betapa amalan korban ini sesuatu yang amat dititik-beratkan oIeh Baginda Rasulullah s.a.w. Ibadah korban disyariatkan apabila nabi Ibrahim Alaihissalam menerima ujian yang amat berat daripada Allah SWT. sebagaimana yang dirakamkan di dalam surah As-Soffaat ayat 102-109 yang bermaksud;

"Maka Tatkala anaknya berumur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Ibrahim berkata; "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab, "Wahai ayah! jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah, ayah akan dapati aku adalah daripada orang yang sabar". Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan (nabi) Ibrahim membaringkan anaknya dengan mengerengkan mukanya di atas tompok tanah, lalu Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!, engkau telah membenarkan mimpi itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berbuat baik. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; dan Kami abadikan baginya (nama yang dikenang) di kalangan umat akan datang: "Salam sejahtera kepada Ibrahim".

Demikianlah betapa besarnya pengorbanan yang dilakukan oIeh nabi Ibrahim dan anaknya Ismail Alaihimassalam yang menjadi bukti betapa teguh dan kukuhnya keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah SWT.

Ibadah Korban ialah dengan menyembelih binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau dan kambing. Ia dilakukan pada 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya dengan mengagihkan sebahagian daripada daging itu kepada golongan fakir dan miskin.

Konsep korban bukan sahaja terbatas dengan penyembelihan atau pun waktu, bahkah ianya juga termasuk dengan pengorbanan harta, wang ringgit, masa, tenaga dan seluruh kehidupan kita. Namun fenomena dan cabaran yang kita hadapi pada ketika ini berlaku pada setiap detik dan saat.

Cabaran yang dihadapi ini memerlukan kita melakukan banyak pengorbanan pada setiap masa. Masyarakat kita umumnya mengahadapi cabaran dari Anasir-anasir Barat yang cuba meruntuhkan akhlak dan moral muda-mudi kita pada hari ini. Hasilnya apa yang kita dapat lihat bayi-bayi kecil yang tidak berdosa menjadi korban ibu bapanya yang tidak bertangggungjawab. Krisis akhlak seperti ini telah pun menular bukan sahaja pada peringkat umur remaja, bahkah juga pada peringkat dewasa mahu pun orang tua.

Begitu juga dengan para pemimpin kita yang tidak terlepas menghadapi cabaran dalam menunaikan amanah mereka sebagai pemimpin masyarakat. Inilah antara bentuk cabaran yang amat menduga keimanan dan ketakwaan kita dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Maka sudah pastilah memerlukan pengorbanan yang besar untuk memelihara keimanan dan
ketakwaan kita kepada-Nya.

Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya harus dijadikan contoh teladan yang utama kepada setiap individu Muslim sebagai motivasi melakukan pengorbanan. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya telah pun membuktikan kejayaan mempertahankan iman dan memartabatkan Islam melalui pengorbanan harta dan jiwa raga mereka sehinggakan Islam dapat dinikmati oIeh seluruh umat manusia pada hari ini.

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai contohnya, telah menafkahkan seluruh harta kekayaannya untuk digunakan pada jalan Allah SWT. Apabila ditanya oIeh Rasulullah s.a.w. apa yang ditinggalkan untuk ahli keluarganya, beliau menjawab; Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga dengan sahabatsahabatnya yang lain seperti Zubir bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah dan ramai lagi. Mereka ini adalah ahli perniagaan yang berjaya dan memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi mereka tidak pernah lupa menafkahkan hasil perniagaan mereka untuk kepentingan Islam. Jiwa dan keimanan mereka amat kental sehingga tidak mampu ditewaskan oIeh harta kekayaan yang mengelilingi kehidupan mereka.

Dalam usaha mempertahankan keimanan dan mempertingkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT., sudah semestinya memerlukan kepada berbagai-bagai pengorbanan. Maka apakah pengorbanan-pengorbanan itu?
  1. Pengorbanan Harta Benda

    Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT. di dalam surah Ali Imran ayat 92 yang bermaksud 

    "Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu mendermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya".

    Melalui ayat ini, Allah SWT. mendidik hamba-Nya supaya menjauhi sifat tamak atau bakhil dengan cara mendermakan sebahagian harta yang mereka sayangi kepada orang lain yang memerlukan. Para sahabat Rasulullah s.a.w. seperti Abu Bakar, Omar, Abu Talhah dan lain-lain lagi, apabila mendengar Rasulullah s.a.w. membacakan ayat ini, maka mereka terus berlumba-lumba mendermakan harta mereka pada jalan kebajikan. Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    "Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah".
     
  2. Pengorbanan Masa

    Masa mempunyai nilai yang amat tinggi di sisi Allah SWT. dan juga di sisi manusia. Allah SWT. telah menjelaskan bahawa manusia akan mengalami kerugian apabila mereka tidak menggunakan masa dengan sebaiknya. Firman Allah SWT. dalam surah Al-Asr ayat 1 - 3:

    "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".

    Manusia di zaman ini banyak mengorbankan masanya pada perkara-perkara keduniaan. Mereka beralasan bahawa bahagian kehidupan di dunia ini tidak boleh ditinggalkan semata-mata kerana mengejar kehidupan akhirat. Lantaran itu mereka terus disibukkan dengan mengejar kekayaan dunia siang dan malam sehingga mereka lupa akan kewajipan mereka terhadap Allah SWT.

    Inilah golongan manusia yang mendapat kerugian di akhirat kerana masa yang telah mereka korbankan hanyalah untuk mendapatkan keuntungan di dunia semata-mata.
     
  3. Pengorbanan Tenaga Dan Jiwa Raga

    Sesungguhnya seseorang yang sanggup mengorbankan jiwa raga untuk mencapai sesuatu matlamat memerlukan kekuatan dalaman yang amat luar biasa. Kekuatan ini hanya akan dapat dilahirkan apabila kita mempunyai keimanan yang teguh kepada Allah SWT.

    Inilah pengorbanan terbesar nabi Ibrahim Alaihissalam dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Inilah juga pengorbanan terbesar para sahabat Rasulullah s.a.w. dalam perjuangan menegakkan panji-panji Islam di muka bumi Allah ini.

    Di kalangan para sahabat ini ada yang gugur syahid di medan peperangan, ada yang luka parah terkena tusukan pedang dan anak panah dan ada juga yang cacat anggota tubuhnya semata-mata kerana mempertahankan maruah dan kesucian agama Islam. Firman Allah SWT. di dalam surah At-Taubah ayat 111;

    "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang yang beriman, jiwa dan harta benda mereka dengan mengurniakan ganjaran syurga kepada mereka, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah, lalu ada antara mereka yang membunuh dan terbunuh"
Kita seharusnya mengambil iktibar dari pengorbanan para sahabat dalam menegakkan dan mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini. Semangat dan kekentalan jiwa mereka mestilah disematkan ke dalam diri kita untuk meneruskan perjuangan mengajak manusia ke arah kebaikan di dunia ini.

Kita berbangga kerana masih ada saudara seislam kita yang sanggup bergadai nyawa meredah lautan semata-mata ingin membantu umat Islam lain yang sedang menderita. Kita juga berbangga kerana para pemimpin kita di pelbagai peringkat tidak berbelah bahagi dalam memberi sokongan padu kepada perjuangan membela nasib umat Islam di serata dunia.

Mudah-mudahan dengan segala bentuk pengorbanan ini akan dapat terus memantapkan iman dan memartabatkan Islam di muka bumi Allah ini.

"Sesiapa yang berjihad maka sesungguhnya dia hanyalah berjihad untuk kebaikan dirinya sendiri, sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk".
(Al-Ankabut : 6)

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.

Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianMu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Sumber : Jabatan Agama Islam Selangor

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 17.11.10 11 comments


Riwayat Seorang Ibu

Ibu...
Setelah kau tiada
Kenangan manis bersamamu sering muncul
Keheningan malam begini sering menggamit
Belai kasih dan ukiran senyummu ibu...

Ibu...
Setiap kesusahan hidup insan yang ku lihat
Aku sering membayangkan
Itulah pengalamanmu

Melahir dan membesarkan 10 orang anak-anakmu
Sudah cukup menyiksakan
Tetapi menerima dugaan dari karenah anak-anakmu
Jauh lebih berat dari itu

Ibu...
Sewaktu hayatmu dulu
Telah ku cuba semampuku
Untuk membahagiakanmu

Dan waktu itu aku kira cukup
Memadai dengan kemampuanku
Waktu itu aku kira, ia cukup
Untuk membalas jasamu

Tapi kini ibu..
Seringku rasakan
Bahawa aku tidak pernah berbakti
Sama sekali untukmu

Tidak cukup dan tidak mungkin
Akan cukup sama sekali
Untuk membalas pengorbananmu

Oh ibu...
Aku ingin sekali kiranya
Kau ada di sisi saat ini
Mengecap nikmat hidup bersama kami
Menikmati hidup hasil pengorbananmu

Ibu...
Masih ku ingat lagi di zaman kecilku
Saban hari kau hidup berpanas berhujan

Di gelap pekat sebelum subuh lagi
Di waktu insan lain masih lena tidur
Ibu berlampu minyak keluar bekerja

Diterik mentari siang engkau menjemur diri
Bersawah, berladang
Di getah tua ibu sabar memotong
Engkau tabah tidak meminta tolong

Ibu...
Berbelas tahun aku merantau menuntut ilmu
Berjuang atas keringat dan pengorbananmu
Abang dan kakak juga begitu
Kononnya berusaha untuk membahagiakanmu

Namun
Alangkah malangnya dikau wahai ibu
Belum pun puas aku berbakti kepadamu
Dikau pergi ke pangkuan Ilahi
Pergi buat selamanya tidak kembali lagi

Masih ku ingat lagi ibu
Di tapak rumah usang ini
Ku tinggalkan dikau kesepian mengurus diri
Di rumah yang bocor di sana sini

Di bawah panas zink yang tidak bersiling
Di lantai simen engkau berguling
Tidak beralas mencari dingin
Mengimbangi bahang panas atap zink

Tidak seperti anak cucumu ibu
Semuanya kini tinggal di rumah batu
Lengkap dengan kipas angin
Lengkap dengan hawa dingin

Ibu...
Mulia hatimu tidak terperi
Ibarat lilin membakar diri
Berbakti dengan setulus hati
Dan darimu ibu banyak aku pelajari

Erti kepatuhan pertiwi
Erti pengabdian Ilahi
Erti kebaktian di alam ini
Erti pengorbanan insani

Ibu...
Aku amat bersyukur sekali
Mendapat ibu yang sangat disenangi
Dinilai amal budi dan bakti
Hingga pemergianmu ibu ditangisi

Seluruh laman dan rumah usang dibanjiri
Memberi penghormatan terakhir kali
Mengirim jasadmu ke pusara sepi
Pergi menemui Ilahi

Ibu...
Ampunkanlah aku
Jika pernah mengecewakanmu
Halalkanlah setiap tetes susumu ibu
Yang kau beri untuk menghisupkan aku

Halalkan setiap tetes
Keringat pengorbananmu ibu
Sepanjang hayatmu
Untuk membahagiakan ku

Ya Tuhan...
Ampunilah segala dosa ibu
Janganlah kau siksa ia
Kau rahmatilah, kau kasihilah ia
Sepertimana ia mengasihi aku sejak kecil

Berilah aku petunjuk dan hidayahMu ya Tuhan
Agar aku dapat menyambung amal ibu
Dan demi mu ibu
Aku wakafkan harta dan diri ini

Aku rasakan hidup ini singkat sekali
Ingin ku sambung amal dan bakti mu
Untuk membahagiakan insan seperti mu
Insan yang bernama ibu

Al-fatihah buatmu ibu
Al-Fatihah...

Lihat juga Sajak Untuk Ibu

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 3.11.10 6 comments

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2010 bermula hari ini 5 Oktober 2010 dan akan berakhir pada 12 Oktober 2010 ini. Seramai 479,675 orang calon akan menduduki peperiksaan PMR 2010 di di 3,499 pusat peperiksaan yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

479,675 calon

Di antara mata pelajaran yang ditawarkan bagi peperiksaan PMR adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Geografi, Sejarah, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.

Dewan PeperiksaanDaripada seramai 479,675 orang calon PMR, 446,896 orang adalah calon dari Sekolah Bantuan Penuh, 5,069 orang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera, 11,370 orang calon dari Sekolah Agama Tadbiran Negeri, 14,756 orang calon dari Sekolah Swasta, 334 orang calon Persendirian Perseorangan dan 1,250 orang calon dari Sekolah Agama Rakyat.

Laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia ada menyediakan Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2010 untuk rujukan dan panduan kepada mereka yang memerlukannya.

Sementara itu semasa menduduki peperiksaan PMR ini, mereka yang berminat untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh boleh membuat permohonan dengan merujuk kepada Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 4 2011. Sekolah Berasrama Penuh (SBP) menawarkan 4 aliran iaitu Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Sains Teknikal. Tarikh tutup permohonan SBP 2011 adalah 15 Oktober 2010.

Mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran di Maktab Rendah Sains MARA boleh membuat permohonan dengan merujuk kepada Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2011. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menawarkan jurusan Sains Tulen. Tarikh tutup permohonan MRSM 2011 adalah 21 Oktober 2010.

Di samping itu mereka yang berminat untuk belajar di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional boleh membuat permohonan dengan merujuk kepada Permohonan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2011. Sekolah Menengah Teknik menyediakan aliran Teknikal, Vokasional dan Kemahiran. Manakala Sekolah Menengah Vokasional menyediakan aliran Vokasional dan Kemahiran.

Keputusan peperiksaan PMR 2010 ini dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember 2010 nanti.

Tags: , , , , , , , , , ,

Posted by Azhad 5.10.10 5 comments

Sekali lagi sambutan Hari Merdeka 2010 akan jatuh dalam bulan Ramadan sama seperti tahun lepas. Pada tahun lepas sambutan hari kemerdekaan ini pada mulanya telah dijadualkan untuk diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil tetapi telah diubah ke perkarangan Bangunan Parlimen dengan skala majlis yang lebih kecil. Ketika itu masalah influenza A H1N1 sedang melanda negara.

Tema Hari Kemerdekaan 2010 Kali ke 53 ini adalah 1Malaysia Menjana Transformasi. Perkataan 1Malaysia masih dikekal pada tahun ini. Bagi sambutan kemerdekaaan tahun 2010 ini juga akan dijayakan dengan secara sederhana, termasuklah Acara Perbarisan dan Perarakan Kemerdekaan yang akan diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Selain acara perbarisan dan perarakan terdapat beberapa lagi program sambutan kemerdekaan yang telah bermula dari bulan Julai sehinggalah ke bulan September nanti. Di antara aktiviti tersebut adalah Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang, Pertandingan Pidato dan Esei Kebangsaan, Peraduan Merekacipta Kad Hari Kemerdekaan, Peraduan Mencipta Pantun Kemerdekaan, Pameran Kemerdekaan Wira Yang Tidak Dicanang, Pameran Memperingati Detik Sejarah Kemerdekaan, Majlis Berbuka Puasa Muhibbah 1Malaysia dan lain-lain. Sila rujuk senarai Aktiviti dan Program Sempena Sambutan Kemerdekaan ke 53.

Perayaan Hari Malaysia juga termasuk di dalam sambutan kemerdekaan. Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September telah diumumkan sebagai hari cuti umum mulai tahun ini. Hari Malaysia ini merupakan tarikh di mana negara Malaysia ditubuhkan dengan gabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Logo Sambutan Kemerdekaan 2010

Logo Kemerdekaan 1Malaysia
Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia.

Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Logo yang sama telah digunakan pada tahun lepas.

Lagu 1Malaysia yang sama juga digunakan pada tahun ini.


LAGU 1MALAYSIA

Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan

Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan

Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x

Satu Malaysia untuk semua

Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha

VIDEO 1MALAYSIA


Maklumat yang lebih terperinci mengenai sejarah dan sambutan kemerdekaan boleh diperolehi dari laman web rasmi Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 53.

Lagu dan Video Satu Malaysia oleh LimKokWing University


Technorati Tags: , , , , , , , ,

Posted by Azhad 27.8.10 4 comments

Bulan yang dinanti sudah pun tiba. Seluruh umat Islam telah pun mula berpuasa dan melakukan pelbagai ibadah di sepanjang bulan Ramadhan ini. Di dalam bulan ini ada berbagai bonus dan tawaran istimewa pahala yang ditawarkan. Lakukanlah segala ibadah itu dengan ikhlas dan kerana Allah s.w.t. dan bukan kerana ingin berbangga, menunjuk-nunjuk atau mahu orang lain mengetahuinya.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pembaca dan pengunjung blog ini. Semoga kualiti puasa dan ibadah kita tahun ini akan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, insyaAllah.

Technorati Tags: , , , , , , ,

Posted by Azhad 12.8.10 5 comments

Pikom PC Fair 2010 kali kedua untuk tahun ini telah pun bermula di Tawau pada 2 - 4 Julai 2010 yang lalu. PC Fair ini memang dinanti-nantikan oleh orang ramai kerana mereka berpeluang untuk mendapatkan barangan komputer dan yang berkaitan di bawah satu bumbung. Ini memberi peluang orang ramai untuk melihat barangan terbaru di pasaran dan juga membuat perbandingan harga.

Para pelajar institut pengajian tinggi juga terutama yang baru memulakan semestar pertama bulan Julai ini berpeluang mendapatkan komputer riba yang bersesuai dengan keperluan dan kemampuan masing-masing.

Tarikh dan lokasi PC Fair 2010 yang kedua tahun ini adalah seperti berikut;

2 Julai - 4 Julai 2010

  • Tawau - Dewan Masyarakat
9 Julai - 11 Julai 2010
  • Johor Bahru - Persada Johor
  • Alor Star - Alor Star Mall
15 Julai - 17 Julai 2010
  • Kota Bharu - KB Mall
  • Kuala Terengganu - Terengganu Trade Centre
16 Julai - 18 Julai 2010
  • Batu Pahat - Batu Pahat Mall
30 Julai - 1 Ogos 2010
  • Pulau Pinang - PISA
  • Kuantan - Berjaya Mall
  • Melaka - MITC
  • Seri Manjung - Dewan Merdeka
6 Ogos - 8 Ogos 2010
  • Kuala Lumpur - KL Convention Centre
  • Sungai Petani - Village Mall
  • Kota Kinabalu - 1Borneo
  • Muar - Dewan Jubli Intan
27 Ogos - 29 Ogos 2010
  • Ipoh - Stadium Indera Mulia
PC Fair 2010 II ini dibuka secara percuma dari pukul 11.00 pagi hingga 9.00 malam. Maklumat lanjut mengenai PC Fair ini boleh diperolehi di laman web rasmi PC Fair 2010.


Technorati Tags: , , , , ,

Posted by Azhad 13.7.10 8 comments

Senarai Terkaya Forbes Asia Malaysia bagi tahun 2010 menunjukkan Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok kekal sebagai rakyat Malaysia yang paling kaya dengan nilai bersih AS$ 12 bilion, meningkat daripada AS$9 bilion setahun lalu. Menurut Forbes, Kuok menduduki tempat itu setiap tahun sejak Forbes Asia memulakan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya pada 2006.

TERKINI : Senarai 40 Orang Terkaya Malaysia 2011

Tan Sri Ananda Krishnan pula menduduki tempat kedua dengan nilai bersih AS$8.1 bilion, juga meningkat daripada AS$7 bilion pada tahun lalu. Beliau juga mengekalkan ranking yang sama setiap tahun sejak 2006.

Sila rujuk cerita penuh di Orang Terkaya Malaysia 2010 Forbes Asia

Senarai 40 orang terkaya di Malaysia 2010 menurut Forbes Asia:

1.(1) Robert Kuok AS$ 12 billion(9), pelbagai, 86, berkahwin, 8 orang anak.

2.(2) Ananda Krishnan AS$ 8.1 billion(7), telekom, 72, berkahwin, 3 orang anak.

3.(3) Lee Shin Cheng AS$ 4.6 billion(3.2), minyak sawit, 71, berkahwin, 6 orang anak.

4.(4) Lee Kim Hua AS$ 3.9 billion(2.5), perjudian, 81, janda, 6 orang anak.

5.(6) Quek Leng Chan AS$ 3.85 billion(2.3), pelbagai, 69, berkahwin, 3 orang anak.

6.(5) Teh Hong Piow AS$ 3.8 billion(2.4), bank, 80, berkahwin, 4 orang anak.

7.(7) Yeoh Tiong Lay AS$ 2.5 billion(1.8), pelbagai, 80, berkahwin, 7 orang anak.

8.(8) Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.7 billion(1.1), pelbagai, 58, berkahwin, 5 orang anak.

9.(10) Vincent Tan AS$ 1.6 billion(0.75), pelbagai, 58, berkahwin, 11 orang anak.

10.(9) Tiong Hiew King AS$ 1.2 billion(1), perkayuan, 75, berkahwin, 4 orang anak.

11.(11) Azman Hashim AS$ 660 juta(470), kewangan, 70, berkahwin, 5 orang anak.

12.(17) Lee Oi Hian dan Lee Hau Hian AS$ 560 juta(210), pelbagai, 59/56, berkahwin, 4/1 orang anak.

13.(33) Yaw Teck Seng dan Yaw Chee MingAS$ 480 juta(113), perhutanan, 72/50, berkahwin, 8 orang anak.

14.(-) Lim Wee Chai, AS$ 470 juta, sarung tangan getah, 52, berkahwin, 2 orang anak.

15.(12) William H.J. Cheng AS$ 430 juta(390), peruncitan, 67, berkahwin, 3 orang anak.

16.(34) Goh Peng Ooi AS$ 425 juta(112), perisian, 55, berkahwin, 2 orang anak.

17.(14) Lim Kok Thay AS$ 360 juta(225), perjudian, 58, berkahwin, 3 orang anak.

18.(23) Jeffrey Cheah AS$ 350 juta(185), hartanah, 65, berkahwin, 3 orang anak.

19.(15) Anthony Fernandes AS$ 330 juta(220), penerbangan, 46, berkahwin, 2 orang anak.

20.(13) G. Gnanalingam AS$ 320 juta(260), pelabuhan, 65, berkahwin, 3 orang anak.

21.(19) Kamarudin Meranun AS$ 300 juta(205), penerbangan, 49, berkahwin, 5 orang anak.

22.(18) Chan Fong Ann AS$ 290 juta(209), minyak sawit, 79, berkahwin.

23.(-) Shahril dan Shahriman Shamsuddin AS$ 270 juta, minyak & gas, 47/41.

24.(-) A.K. Nathan AS$ 250 juta, pembinaan, 54, berkahwin, 2 orang anak.

25.(20) Chong Chook Yew AS$ 230 juta(200), pendidikan, 88, janda, 4 orang anak.

26.(16) Mokhzani Mahathir AS$ 215 juta(215), gas, 49, berkahwin, 5 orang anak.

27.(25) Ahmayuddin Ahmad AS$ 210 juta(175), pelabuhan, 53, berkahwin, 4 orang anak.

28.(27) Lau Cho Kun AS$ 200 juta(165), pelbagai, 74, berkahwin.

29.(21) Chen Lip Keong AS$ 180 juta(195), perjudian, 62, berkahwin.

30.(22) Lee Swee Eng AS$ 155 juta(190), perkhidmatan minyak, 54, berkahwin.

31.(29) Liew Kee Sin AS$ 150 juta(140), hartanah, 51, berkahwin, 4 orang anak.

32.(-) Nazir Razak AS$ 145 juta, bank, 43, berkahwin, 2 orang anak.

33.(35) Eleena Azlan Shah AS$ 141 juta(110), infrastruktur, 50, berkahwin, 2 orang anak.

34.(-) Ong Leong Huat, AS$ 140 juta, pelbagai, 66, berkahwin, 5 orang anak.

35.(31) Rozali Ismail AS$ 136 juta(130), infrastruktur, 52, berkahwin, 6 orang anak.

36.(40) Kua Sian Kooi AS$ 135 juta(90), insuran, 57, berkahwin, 4 orang anak.

37.(32) Lin Yun Ling AS$ 130 juta(115), infrastruktur, 55, berkahwin, 2 orang anak.

38.(36) David Law Tien Seng AS$ 125 juta(105), perlombongan.

39.(-) Abdul Hamed Sepawi, AS$ 120 juta, perkayuan, 61, berkahwin, 2 orang anak.

40.(37) Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir AS$ 110 juta(100), bank, 62, berkahwin, 3 orang anak.

Angka dalam kurungan merupakan kedudukan dan nilai pada tahun lepas.


Mereka yang terkeluar daripada senarai tahun ini adalah;

1.Lee Hau Hian (26), 56, berkahwin, 1 orang anak.

2.Vinod Sekhar (28), 42, berkahwin, 2 orang anak.

3.Tiah Thee Kian (30), 62, berkahwin, 5 orang anak.

4.Hamdan Mohamad (38), 54, berkahwin, 2 orang anak.

5.Tan Teong Hean (39), 66, berkahwin, 3 orang anak.

Menurut Forbes, senarai di atas disusun dari maklumat yang diperolehi dari individu, bursa saham, dokumen awam dan penganalisis. Kekayaan peribadi yang dimiliki adalah dianggarkan dengan menggunakan laporan kewangan yang disediakan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Semua penilaian tersebut dikira dengan menggunakan harga saham dan nilai tukaran mata wang pada 14 Mei 2010.

Sumber : Forbes

Lihat juga;
~ Senarai 40 orang terkaya di Malaysia untuk 2009
~ Senarai 40 orang terkaya di Malaysia untuk 2008
~ Senarai 40 orang terkaya di Malaysia untuk 2007

Technorati Tags: , , , , , , ,

Posted by Azhad 15.6.10 21 comments

Ekonomi Malaysia telah meningkat sebanyak 10% pada suku tahun pertama 2010, kadar pertumbuhan tertinggi dalam satu dekad. Nasib 40 orang terkaya di Malaysia juga meningkat. Jumlah nilai keseluruhan mereka adalah USD 51 billion, lebih tinggi dari USD 36 billion tahun lalu. Malah lebih tinggi dari USD 46 billion nilai keseluruhan mereka pada tahun 2008.

Sila rujuk Senarai 40 Orang Terkaya Di Malaysia Bagi 2010 Menurut Forbes Asia.

Syed Mokhtar AlBukharyKesemua 40 orang tersebut lebih kaya tahun ini kecuali tiga orang. Goh Peng Ooi merupakan orang yang menpunyai peratus peningkatan yang terbesar, naik 280%, setelah beliau menjual dua syarikat swasta kepada syarikat yang disenaraikan Silverlake Axis. Keuntungan secara keseluruhan ini adalah selari dengan kenaikan 32% Kuala Lumpur Composite Index dan meningkatnya ringgit Malaysia sebanyak 11% terhadap dolar Amerika.

Syed Mokhtar AlBukhary bumiputra terkaya

Robert Kuok dan Ananda Krishnan mempertahankan status mereka sebagai dua orang terkaya di Malaysia. Mereka berdua bernilai USD 20.1 billion atau 40% dari kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia. 10 orang terkaya pula bernilai USD 30 bilion, ini merupakan 59% daripada jumlah keseluruhan.

Vincent Tan kembali tersenarai dalam senarai tahun ini selepas terkeluar selama satu tahun. Kekayaan beliau meningkat dua kali ganda hasil daripada lonjakan nilai saham Berjaya beliau. Beliau telah menghabiskan sebahagian wang pada kelab bola sepak Inggeris Cardiff City. Peningkatan besar lain adalah Lim Kok Thay dari Genting, yang telah melaburkan USD 5 bilion dalam syarikat baru beliau yang membuka resort dan kasino di Singapura.

Pendatang baru di dalam senarai termasuklah AK Nathan seorang kontraktor bangunan dan adik beradik Shahril dan Shahriman Syamsuddin, yang mendapat sebahagian besar wang mereka dari syarikat minyak dan gas SapuraCrest Petroleum, saham syarikat tersebut telah meningkat lebih dari dua kali ganda sejak 2009.

Dalam situasi di mana ahli keluarga bekerja bersama dan memiliki saham dalam perniagaan yang sama, pihak Forbes telah mengabungkan kemewahan mereka di dalam satu senarai. Itulah sebabnya anak-anak Syamsuddin diletakkan bersama-sama. Begitu juga yang berlaku dengan adik beradik Lee Oi Hian dan Lee Hau Hian dan taipan perhutanan ayah dan anak Yaw Teck Seng dan Yaw Chee Ming, yang sebelum ini telah tersenarai secara berasingan.

Sementara itu tiga orang telah kembali dalam senarai selepas terkeluar sebelum ini. Paling ketara adalah adik Perdana Menteri, Nazir Razak, ketua syarikat perkhidmatan kewangan kedua terbesar di Malaysia, CIMB Group.

Di antara lima yang terkeluar dari senarai adalah Vinod Sekhar, yang mengusahakan Green Rubber, syarikat yang mengitar semula tayar lama. Syarikat ini telah dinilai berdasarkan apa yang telah dibayar oleh pelabur swasta untuk saham dalam jangkaan untuk tawaran umum. Setakat ini penawaran awam saham tersebut masih belum berlaku.

Mereka lain yang terkeluar termasuklah Hamdan Mohamad jurutera lepasan Australia yang bersama konglomerat infrastruktur Ranhil, Tan Teong Hean, bekas ketua Southern Bank, yang menjual kesemua saham beliau pada tahun 2006 dan Thee Kian Tiah, salah seorang pengasas Enterprise TA.

Sumber : Forbes Asia

Posted by Azhad 426 comments

Hari Ibu disambut pada hari Ahad pertama bulan Mei. Hari Bapa diraikan pada hari Ahad ketiga dalam bulan Jun. Manakala Hari Guru ditetapkan pada 16 Mei setiap tahun. Ketiga-tiga hari ini dikhususkan untuk tiga insan yang paling banyak berjasa kepada diri kita. Setiap orang pasti akan mempunyai ketiga-tiga insan ini yang memain peranan dalam membimbing dan membentuk diri kita. Oleh itu sekurang-kurangnya berilah ucapan terima kasih pada hari-hari tersebut kepada mereka yang berkenaan.


Terima Kasih Untuk Ibu, Ayah Dan Cikgu

Terima Kasih Ibu, Ayah Dan Cikgu
Hari ini aku datang lagi
Bers ama rakan-rakan seperjuangan
Dengan satu impian
Satu keazaman
Agar mendapatkan sedikit pengetahuan
Agar boleh dijadiakan pedoman dan panduan
Bukan sahaja bagi tujuan pelajaran
Malahan peperiksaan

Tenma kasih ibu
Tenma kasih ayah
Yang telah bersusah-payah
mendidik anakmu
membesarkan anakmu :
Sehingga anakmu boleh berdiri sendiri
Untuk meneruskan perjuangan
Untuk menjadi anak yang berjaya dan berjasa
Bukan sahaja terhadap agama malahan bangsa dan negara

Terima kasih cikgu
Di atas penat jerihmu
Susah payahmu
Membenkan pendidikan
Membenkan tunjuk ajar
Kepada anak mundmu
Tanpa bosan

Tanpa jemu
Biarpun ada waktu-waktunya
Kau rasa cukup tertekan
Cukup terhimpit
Dengan pelbagai kerenah
Pelbagai tingkah laku kami

lbu, ayah dan cikgu
Doakan kejayaan kami
Saban masa
Agar anakmu
Anak didikmu
Bisa menjadi anak yang cemerlang dalam pelajaran
Cemerlang dalam kehidupan
Di dunia dan
Di akhirat

lbu, ayah dan cikgu
Akan kupastikan segala jasamu
Segala pengorbananmu
Akan ku balas jua
Bersama segulung ijazah
Sebagai membuktikan segala sumbanganmu tidak sia-sia

Terima kasih ibu.....
Terima kasih ayah....
Tenma kasih cikgu....

~ Cikgu Shahabudin Al=Ustaz Mun ~

Technorati Tags: , , , , , , ,

Posted by Azhad 6.5.10 10 comments

Seramai 465,853 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini di 3,569 pusat dengan 23,864 petugas di seluruh negara. Jumlah itu meliputi 406,420 calon Kementerian Pelajaran, 32,561 calon persendirian, 7,071 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah perantis tentera, 8,765 calon sekolah agama negeri serta sekolah agama rakyat dan 11,036 calon sekolah swasta.

SPM dan STPM

Sementara itu seramai 55,635 calon akan menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 758 pusat peperiksaan di seluruh negara. Mereka ini terdiri daripada 48,774 calon sekolah kerajaan, 1,632 calon sekolah swasta, 4,768 calon persendirian, 457 calon sekolah kerajaan negeri dan empat calon Sekolah Integriti.

Bagi memastikan para calon fokus kepada peperiksaan diduduki, sekali gus memperoleh markah maksimum serta cemerlang dalam peperiksaan penting ini, mereka perlulah menjaga kesihatan mental dan fizikal, selain bijak mengurus masa sebagai persediaan terakhir menghadapi peperiksaan yang akan bermula esok 18 November.

Memandangkan sekarang musim hujan dan banjir, semua calon diingatkan supaya membuat persiapan awal menghadapi sebarang keadaan yang mungkin menghalang atau menyebabkan mereka tergendala ke pusat peperiksaan mengikut jadual. Pada masa sama, calon diminta sentiasa peka dan mengikuti perkembangan terkini melalui media massa sekiranya berlaku sebarang pindaan jadual atau perubahan pusat peperiksaan.

Dewan PeperiksaanWalaupun begitu langkah persediaan sebelum, semasa dan selepas banjir sudah dibuat oleh semua pihak terbabit bagi memastikan peperiksaan dapat berjalan lancar mengikut jadual.

Sekolah berisiko tinggi menghadapi banjir telah diarah menyediakan bilik peperiksaan alternatif yang lebih selamat. Mana-mana calon yang mungkin diancam banjir juga telah dikenal pasti bagi memudahkan sebarang bentuk bantuan seperti tempat tinggal, makanan dan keperluan asas, disalur atau disediakan dengan segera.

Di samping banjir, ancaman Influenza A (H1N1) juga perlu diberi perhatian. Para calon peperiksaan dan keluarga mereka perlulah mengikuti perkembangan semasa wabak penyakit serta peka kepada maklumat terkini, bagi mengelak penularan virus Influenza A (H1N1). Arahan pencegahan penyakit Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan haruslah dipatuhi.

Bagi menghadapi sebarang kemungkinan bilik gerakan telah ditubuhkan. Bilik Gerakan SPM akan beroperasi mulai 17 November hingga 16 Disember depan, dari jam 7 pagi hingga 7 malam, dan boleh dihubungi melalui talian 03-8889 3601 / 3809 / 3582 / 3520 / 3551 atau 03-8884 3030, manakala nombor faks ialah 03-8889 3010 / 5561 / 3445.

Bilik Gerakan STPM pula akan beroperasi mulai jam 7.30 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Jumaat sepanjang tempoh peperiksaan. Bilik gerakan itu boleh dihubungi di 03-61302666/ 61352035/ 61352390/ 61352316.

Bagi membantu mereka yang memerlukannya, jadual peperiksaan ini boleh dirujuk di Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2009 dan Jadual Waktu Peperiksaan STPM 2009.

Semoga semua calon akan dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan baik dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.

Technorati Tags: , , , , , , ,

Posted by Azhad 17.11.09 3 comments

Mereka sanggup mencuri, merogol, menjual diri serta membunuh selain terbabit dalam pergaduhan dan samseng. Malah ada yang bertindak di luar batasan adab dan pegangan apabila sanggup menjual diri pada harga serendah RM50 setiap pelanggan untuk mendapatkan wang.

Ini bukanlah profil penjenayah yang diburu mahupun sudah bergelar banduan, sebaliknya senario terkini golongan pelajar yang kian membimbangkan.

curi, rogol, lacur, buli, bunuh

Pelajar yang menjadi harapan sebagai generasi pelapis dan sepatutnya bergelut memperlengkapkan diri menjadi insan serba boleh demi masa depan, sebaliknya mencurah tumpuan dan masa muda berharga dengan melakukan pelbagai jenayah seperti mereka yang bertaraf profesional.

Atas alasan mahu mendapatkan populariti, meraih wang mudah serta mendapat perhatian rakan sebaya, pelajar berusia 13 hingga 18 tahun ini sudah tidak lagi malu melakukan jenayah.

Silap jika ada yang beranggapan ini trend semasa bersifat sementara dan hanyalah gelojak jiwa muda remaja yang lebih suka mencuba perkara baru.

Buktinya, statistik serta kajian pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi tempatan, menunjukkan betapa jenayah pelajar di dalam mahu pun di luar sekolah, bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Ia diakui sendiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang memetik statistik menunjukkan peningkatan kes jenayah bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri dan kesalahan lain membabitkan anak muda itu.

Pelajar Perempuan MerokokSelain peningkatan kes, jumlah tangkapan pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun juga turut mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Buktinya, bagi sepanjang 2007, sejumlah 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 kes tahun lalu yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan.

Belum pun reda kejutan akibat kenyataan Musa, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mendedahkan, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini saja, seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit pelbagai kes jenayah termasuk membunuh.

Sambil mengakui trend itu amat membimbangkan, Lee berkata kebanyakan pelajar itu terbabit dalam kes curi motosikal selain kes pecah rumah, mencederakan orang lain dan rogol. Lebih menyedihkan, walaupun kelab pencegahan jenayah sudah dilancarkan di 3,764 sekolah sejak 1994, ia ternyata tidak berjaya membendung kadar peningkatan jenayah di kalangan pelajar.

Keadaan juga tiada jauh bezanya di sekolah. Hasil kajian Petunjuk Keselamatan dan Jenayah di Sekolah anjuran Universiti Malaya yang diumumkan tahun lalu, menunjukkan empat masalah utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme atau samseng.

Kajian setahun pada 2006 - 2007 dilakukan Pensyarah Fakulti Pendidikan UM Profesor Madya Dr Tie Fatt Hee, membabitkan 740 responden di kira-kira 12 sekolah di Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Kajian awal ini cuma membabitkan pelajar berusia 16 tahun yang disifatkan tahap usia penting sebelum memasuki Tingkatan Lima dan seterusnya menyertai masyarakat. Apa yang boleh dirumuskan, jenayah di sekolah tetap berlaku sama ada di kawasan bandar mahu pun luar bandar.

"Bagi saya, perkembangan ini amat membimbangkan biarpun hakikatnya jenayah di sekolah ini masih dianggap terkawal jika dibandingkan dengan bilangan murid di seluruh negara," kata Dr Tie ketika ditemui, baru-baru ini.

Lebih membimbangkan, katanya, 46 peratus responden itu mengakui pembelajaran mereka terganggu akibat ancaman jenayah di sekolah yang sekali gus boleh menjejaskan pencapaian akademik mereka.

"Kita perlu ingat, masalah disiplin di sekolah ini bukanlah sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba sebaliknya ia membabitkan proses yang berpanjangan. Seperti juga penyakit, ia mempunyai simptom atau petanda awal tertentu yang perlu ditangani seberapa segera.

"Jika ia dibiarkan melarat, tanpa sebarang tindakan oleh pihak sekolah, jenayah ini boleh melarat melangkaui kawasan sekolah."

Dr Tie yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan undang-undang, berkata apa yang menyedihkan, majoriti pelajar yang ditemui menerusi kajian itu, mengakui menjadikan kawan atau rakan sebagai rujukan utama dalam sistem sokongan mereka.

"Di mana peranan ibu bapa dan guru-guru yang sepatutnya di hierarki atas sistem sokongan itu dan menjadi tempat utama pelajar mengadu masalah mereka? Ini jelas menjadi satu kepincangan kerana kita perlu sedari, ada bahayanya apabila pelajar menjadikan rakan sebagai pakar rujuk mereka, terutama jika rakan itu juga bermasalah."

Sehubungan itu, beliau menegaskan, sudah tiba masanya semua pihak - ibu bapa, sekolah dan masyarakat menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah jenayah di kalangan pelajar ini.

"Guru yang menyedari pelajar bermasalah perlu segera memaklumkan kepada pihak sekolah bagi tindakan susulan termasuk memanggil ibu bapa dan pihak polis. Ibu bapa pula harus bersikap prihatin apabila dipanggil dan bukannya menuding jari ke arah pihak sekolah.

"Selain itu, kita juga harus menerapkan kepentingan kaedah pendidikan berkaitan undang-undang yang mana pelajar didedahkan dengan jenayah dan jenis hukuman serta hak mereka," katanya.

Maklumat
  • 5.4 juta pelajar di seluruh negara
  • Indeks pembabitan pelajar dalam jenayah - 0.03 peratus berbanding jumlah keseluruhan
  • Usia pelajar bermasalah 13 - 18 tahun
  • Statistik polis, penglibatan remaja;
    • 2007 - 1,837 kes jenayah dan 3,383 pelajar ditahan
    • 2008 - 2,218 kes jenayah dan 3,725 pelajar ditahan
  • Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia, punca terlibat gejala mat rempit;
    • 48.1 peratus akibat kebosanan
    • 38 peratus bertujuan mengisi masa lapang
    • 27.8 peratus dipengaruhi kawan
  • Kajian Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia - Seramai 295 pelajar terbabit dalam pelbagai jenayah sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun 2009
  • Kajian Universiti Malaya - masalah disiplin utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme.
Sumber : Berita Harian

Technorati Tags: , , , , , , , , , , ,

Posted by Azhad 14.10.09 11 comments

Berdasarkan kajian 'Norton Online Living Report' (NOLR) di Malaysia mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini, remaja di negara ini sebenarnya menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari internet.

Jumlah itu sebenarnya enam jam lebih banyak daripada masa purata NOLR peringkat global berdasarkan kajian ke atas 12 negara utama dunia dan ia juga empat jam lebih banyak daripada ibu bapa mereka.

Online 16 Jam Seminggu

Hakikatnya, itulah yang tidak disedari ibu bapa yang menyangkakan anak mereka cuma melayari internet pada masa tertentu saja, sedangkan kajian mendapati mereka sebenarnya menghabiskan masa dua kali lebih banyak daripada apa yang difikirkan mereka.

Walaupun di rumah dan sekolah, remaja hanya dibenarkan memasuki akses internet popular iaitu yang dibenarkan saja. Keadaan ini sebenarnya menjadikan mereka semakin ghairah mencari persekitaran alternatif yang jauh dari pandangan ibu bapa, terutama keluarga yang sentiasa sibuk.

Disebabkan itulah, 31 peratus daripada mereka melayari internet di kafe siber yang boleh didapati di mana-mana, manakala bagi remaja yang mempunyai rakan atau komputer riba persendirian, kajian mendapati 26 peratus daripada mereka gemar melepak di rumah rakan melayari internet.

Isu yang menarik dibincangkan ialah apa sebenarnya yang dilakukan remaja di dalam talian, adakah mereka memanfaatkan kemudahan itu untuk sesuatu yang berfaedah atau sekadar mencari keseronokan yang akhirnya memakan diri serta menjadi faktor penyumbang gejala sosial.

Ketua Urusan Pengguna, Kawasan Asia Selatan Symantec, Effendy Ibrahim, berkata bagi ibu bapa yang cetek pengetahuan dan pengalaman mengenai internet berbanding anak mereka, isu itu boleh menjadi punca kebimbangan utama mereka seperti ditemui melalui hasil kajian NOLR.

"Internet ialah satu sumber yang bagus, pelbagai, peluang mencari sesuatu maklumat yang agak mustahil untuk didapati serta mempunyai sejuta peluang mencari kawan baru dan mengenai pelbagai jenis manusia di dalam talian. Namun bagaimana penggunaannya, itu yang menjadi persoalan," katanya.
Walaupun 72 peratus ibu bapa mendakwa mengetahui aktiviti anak mereka ketika melayari internet, bukti kajian menunjukkan daripada senarai aktiviti yang dipilih, dipersetujui bersama ia sebenarnya berlawanan, berbeza daripada tanggapan serta realiti apa yang dilakukan anak mereka.

Dengan kata mudah, lain yang dibenarkan, lain pula yang dicari. Itu yang ditegah, itulah yang akan diselongkar dan dibongkar kerana melakukan sesuatu yang terlarang itu memang godaan kuat.

Jika ibu bapa bersikap sambil lewa dan tidak begitu menghiraukan aktiviti internet anak mereka, sudah pasti mereka terkejut dengan hasil laporan NOLR kerana 60 peratus daripada mereka cuma menghabiskan masa melayari laman sembang dan berbual di dalam talian dengan individu tidak dikenali.

Effendy berkata, ia berlaku lebih daripada sekali dalam tempoh seminggu dan 51 peratus daripada mereka berdepan risiko tanpa disedari kerana mendedahkan maklumat peribadi di dalam talian.

"Empat daripada lima remaja didapati mengakses bahan haram atau tidak berlesen. Ibu bapa percaya sebahagian besar aktiviti di dalam talian yang dilayari anak cuma terbatas kepada elemen hiburan dan aktiviti perjudian komputer (games) tetapi elemen itu bukan keutamaan remaja.

"Hakikatnya, mereka melayari sesuatu di luar batasan dan kawalan kerana internet boleh dilayari tanpa sempadan. Mereka melayari aktiviti yang dikategorikan berfrekuensi tinggi iaitu video (91 peratus), rangkaian sosial (89 peratus) dan muat turun pelbagai fail (91 peratus)," katanya.

Jika diacukan kepada ibu bapa soalan 'Adakah anda tahu di mana anak anda di dalam talian semasa menggunakan internet?' Jawapan yang biasa didengar ialah tidak tahu'.

Sememangnya biarpun dilanda kesibukan bekerja tanpa banyak masa dihabiskan memantau aktiviti anak di rumah atau sekolah, ramai ibu bapa di Malaysia mengakui mereka sanggup dan sudah melakukan sesuatu yang lebih baik untuk melindungi anak mereka ketika melayari internet.

Sebanyak 58 peratus daripada responden percaya kawalan ibu bapa adalah kaedah berkesan mencapai sasaran mengurangkan penularan gejala negatif melalui internet.

Kajian mendapati 45 peratus ibu bapa menegur anak mereka melakukan sesuatu yang salah atau tidak sesuai dalam talian dan 39 peratus daripada mereka mengintip penggunaan internet anak.

Menyedari keadaan yang tidak begitu sihat kerana mudah terdedah kepada pelbagai ancaman dan risiko, 77 peratus ibu bapa sudah menasihati anak mereka supaya mengamalkan tabiat baik dan memilih talian selamat, manakala 60 peratus daripada mereka menyediakan set kawalan internet yang dikawal ibu bapa.

Komputer Urusan Pengguna, Kawasan Asia Selatan Symantec, Effendy Ibrahim, menjelaskan walaupun beberapa langkah positif sudah diambil, hakikatnya internet sudah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan hingga menyebabkan wujudnya batas sempadan antara ibu bapa dan anak kanak.

"Isu mengenai kanak-kanak bertemu dalam talian dan bagaimana kita boleh melindungi mereka dengan pengetahuan yang cetek, sedangkan semua risiko itu tidak pernah berkurangan.

"Hasil kajian ini boleh dijadikan peringatan kepada keluarga kerana ibu bapa mengambil masa untuk memahami tabiat dan hala tuju anak sama ada di dalam talian atau aktiviti luar. Pendekatan sesuai ialah membenarkan mereka melayari internet tetapi dengan pengawasan dan perlindungan mencukupi," katanya.

Selain remaja, orang dewasa juga sebenarnya berisiko ketika berurusan dan melayari internet kerana 45 peratus daripada mereka tidak yakin maklumat peribadi mereka di talian tidak selamat.

Namun, sebahagian besar percaya penipuan dalam talian hanya berlaku kepada individu cuai terhadap maklumat peribadi dan mereka cukup yakin boleh melayari laman web rasmi tanpa sebarang keraguan.

Hakikatnya, semua itu bukannya satu hak eksklusif kerana sebarang pencerobohan, memanipulasi dan penipuan boleh dilakukan oleh mereka yang berniat jahat. Laman web sah dan rasmi juga berisiko dan boleh menjadi ancaman kepada pelawat tanpa mereka sedari.

Maklumat

Hakikatnya, orang dewasa dan remaja Malaysia sebenarnya berdepan dengan sesuatu yang sangat berisiko berdasarkan fakta kajian berikut iaitu:
  • Seorang daripada setiap lima dewasa menyimpan kata laluan mereka dengan menulis pada sekeping nota yang diletakkan berhampiran komputer mereka.
  • 24 peratus orang dewasa menggunakan kata laluan sama untuk semua urusan.
  • 48 peratus orang dewasa terlalu bergantung kepada perisian bebas AV dengan hanya 16 peratus menganggap tahap kemahiran komputer mereka cemerlang.
  • Lebih satu perempat orang dewasa itu memeriksa 'lari imbas' AV setiap bulan atau kurang.
  • Hanya 34 peratus remaja mempunyai fail sokongan dalam komputer.
Info Kajian NLOR di Malaysia
  • Dikendalikan Saffron Hill bagi pihak Symantec antara 14 April 2009 hingga 4 Mei 2009. 
  • Responden 397 orang dewasa berusia 20 tahun ke atas, termasuk 93 keluarga yang mempunyai anak berusia 8 hingga 17 tahun)
  • Responden 35 remaja berusia 15 hingga 19 tahun.
Info Kajian NLOR global
  • Responden: 9,000 dewasa dan remaja
  • 12 negara: Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Sweden China, Jepun, India, Australia, Brazil.
  • 7 daripada 10 dewasa berpendapat internet membantu mereka menjadikan hubungan lebih baik.
Hasil kajian global
  • 92 peratus menggunakan pangkalan e-mel untuk komunikasi dengan kawan dan keluarga.
  • 42 peratus menggunakan web cam, dengan China mencatatkan penggunaan paling tinggi (74 peratus), India (68 peratus), Brazil (66 peratus) dan Perancis (53 peratus).
  • Separuh daripada orang dewasa menggunakan jaringan sosial.
  • 7 daripada 10 mengakses foto secara on-line dan guna IM
  • 24 peratus layari laman sosial Twitter.
Sumber : Kajian Norton Online Living Report
Technorati Tags: , , , , , ,

Posted by Azhad 8.10.09 7 comments

Musim perayaan begitu selari dengan kemalangan jalan raya kerana pada masa inilah banyak nyawa yang terkorban. Jumlah kemalangan di Malaysia telah mencecah sehingga 300,000 dan dengan lebih 6,000 kematian setahun. Ini sudah tentu satu perkembangan amat membimbangkan. Di blog ini juga pernah ada penulisan yang bertajuk Statistik Kemalangan Jalan Raya dan Raya, Remaja, Motosikal Dan Kemalangan.

Ikrar Pada 09.09.09Salah satu punca utama berlakunya kemalangan jalan raya adalah sikap pemandu yang cuai dan tidak berhati-hati. Secara kasarnya difahamkan seramai 18 orang terbunuh setiap hari akibat kemalangan jalan raya. Saban tahun pelbagai kempen dan operasi yang telah dilaksanakan tetapi angka kemalangan dan kematian tidak menampakkan pengurangan yang diharapkan.

Berdasarkan itu Projek Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) telah mengadakan kempen Malaysians Unite for Road Safety (Mufors) 090909. Ia dianjurkan bagi membolehkan rakyat Malaysia terutama para pemandu berfikir sejenak serta berikrar untuk melakukan sesuatu bagi mengurangkan jumlah nahas serta kematian di jalan raya.

090909.org.my

Ikrar untuk membendung kemalangan jalan raya ini boleh dibuat samada dalam bentuk kenyataan bertulis, gambar maupun video di laman web yang dibangunkan khas untuk kempen ini iaitu www.090909.org.my.

Kempen berkenaan jatuh pada 9 September 2009 bersempena dengan Mufors 090909. Semua rakyat Malaysia digesa untuk menyatakan ikrar mereka dalam mengurangkan kemalangan dan menyelamatkan nyawa pada hari terbabit, antara jam 9 pagi hingga 9 malam. Matlamat kempen selama 12 jam itu mungkin berjaya merubah suasana perayaan tahun ini kepada yang lebih baik.

Tidak ketinggalan beberapa artis turut memberi pandangan dan sokongn mereka dalam kempen ini. Di antaranya Datuk Siti Nurhaliza yang berkata, “Kempen keselamatan jalan raya seperti yang dianjurkan kali ini seharusnya diadakan pada setiap masa. Maklum saja, sebahagian daripada kita mudah lupa. Di samping itu, usah kita bergantung kepada kempen kesedaran itu saja. Paling penting, sikap pemandu itu sendiri. Mereka hendaklah berhemah di jalan raya , selain sentiasa berhemah pada diri sendiri.

"Usah sekali-sekali cuba mengambil risiko apabila berada di atas jalan raya. Ingat, apa-apa keputusan yang kita lakukan, ia turut membabitkan orang lain juga. Jadi, bersedialah sebaiknya sebelum memulakan sesuatu perjalanan. Periksa kereta sebelum memandu. Kita tahu bukan faktor kenderaan saja yang membolehkan berlakunya sesuatu kemalangan, jadi sentiasalah berhati-hati. Mungkin keadaan cuaca, jalan raya serta sikap pemandu lain boleh mengakibatkan kecelakaan sebegini.

"Sebagai pemandu, kita kena ingat, ada nyawa lain yang menjadi tanggungjawab kita. Manakala penumpang pula, kenalah mereka selalu mengingatkan pemandu untuk berhati-hati. Tanyakan keadaan mereka, terutama bagi mereka yang memandu jauh. Jika pemandu kepenatan, ajaklah mereka berhenti untuk berehat seketika."

Oleh itu marilah sama-sama kita berikrar memberi sokongan terhadap usaha membendung kemalangan jalan raya ini Semoga satu perubahan akan dapat dilihat mulai 9 September ini.

Technorati Tags: , , , , , , ,

Posted by Azhad 8.9.09 14 comments

Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169) .

kadar zakat RM5 - RM8

Apabila di sebut Ramadan, maka ia amat sinonim dengan zakat fitrah. Di dalam Islam, di samping zakat harta maka semua umat Islam yang layak diwajibkan zakat fitrah. Zakat fitrah dikenakan kepada semua umat Islam, sama ada merdeka mahu pun hamba sahaya.

Kadar zakat fitrah pula ialah sekadar segantang Baghdad yang dikenakan berdasarkan makanan asasi. Jika di Malaysia, beraslah zakat fitrahnya. Segantang Baghdad itu pula menyamai 2.7 kg. Maka, darablah harga beras semasa dengan 2.7 kg bagi mendapatkan kadar zakat fitrah.

Kadar Zakat Fitrah yang telah ditetapkan bagi tahun 2009 / 1430H adalah seperti beikut :

Kuala Lumpur : RM 7.00
Labuan : RM 7.00
Putrajaya : RM 7.00
Johor : RM 5.00 / RM 7.50
Kedah : RM7.00
Kelantan : Belum diumumkan (2008 : RM 7.60)
Melaka : RM6.30
N.Sembilan : RM6.50
Pahang : RM7.00
Perak : RM7.00
Perlis : RM 6.00
P.Pinang : RM 7.00
Sabah : RM 6.60
Sarawak : RM 6.00
Selangor : RM 7.00
Terengganu : RM 5.00 / RM7.00 / RM8.00

Di dalam memastikan umat Islam khususnya golongan fakir dan miskin turut merasai nikmat hari raya inilah, maka zakat fitrah diwajibkan. Ia bertujuan memberikan mereka makanan yang cukup. Bahkan dalam konteks hari ini, fakir miskin bukan sahaja diberikan makanan bahkan wang ringgit. Maka, dapatlah mereka membeli keperluan hari raya dengan wang ringgit tersebut.

Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Sumber : Blog Zakat dan BERNAMA

Technorati Tags: , , , , , ,

Posted by Azhad 26.8.09 5 comments

Bagaimana agaknya bila Ketua Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bertukar profesion sebagai pemandu teksi? Mungkin kedengaran agak mustahil, namun gelagat Khairy sebagai pemandu teksi ini boleh disaksikan menerusi filem pendek berjudul Taxi Driver arahan Benji Lim dan Bahir Yeusuff.

15MalaysiaBukan saja Khairy, beberapa ahli politik lain seperti Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua juga turut membintangi filem-filem pendek di bawah projek 15Malaysia, yang mendukung semangat konsep 1MALAYSIA.

15MALAYSIA merupakan 15 filem pendek yang diarahkan oleh 15 pembikin filem di negara ini. Filem-filem pendek tersebut menggarap semangat 1Malaysia yang menyentuh tentang perpaduan dan diversiti masyarakat negara ini.

Setiap filem cuma memakan masa antara tiga hingga enam minit. Ia menggunakan pelbagai bahasa yang selalu digunakan di negara ini.

Setiap filem akan dikeluarkan dalam empat versi iaitu Bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.

15MALAYSIA diilhamkan oleh penyanyi dan penulis lagu, Pete Teo. Menurut beliau, idea melahirkan 15MALAYSIA timbul pada enam bulan lalu dan tempoh pembikinannya memakan masa tiga bulan.

Kebanyakan pembikin filem yang terpilih dalam 15MALAYSIA itu pernah memenangi anugerah filem di peringkat antarabangsa.

"Filem-filem tersebut bukan sahaja menghiburkan, bahkan ia mengajak para penonton berfikir mengenai mesej tersirat di sebaliknya.

"15MALAYSIA merupakan platform kepada pembikin filem kreatif tanahair untuk mengetengahkan isu-isu tertentu dari perspektif mata dan hati nurani masing-masing. Mereka membikin filem tersebut dengan semangat 1MALAYSIA," kata Pete Teo semasa sesi pelancaran P1 Malaysian Filmmaker Showcase Presenting 15MALAYSIA ("15MALAYSIA") di IMAX theatre, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, semalam.

Antara pengarah atau pembikin filem 15MALAYSIA ialah Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Ho Yu Hang, Khairil Bahar dan Tan Chui Mui.

Barisan pelakonnya terdiri daripada beberapa selebriti, pelakon, pemuzik dan ahli politik. Menariknya, ahli-ahli politik tersebut datang daripada parti berbeza, baik dari kerajaan mahupun pembangkang.

Semua filem tersebut boleh ditonton melalui Youtube serta boleh dimuat turun di laman www.15malaysia.com. Filem-filem dalam 15MALAYSIA menyentuh bukan sahaja hubungan antara kaum malah pelbagai isu sosial dan politik yang dihadapi rakyat negara ini.

Tema 15 cerita pendek tersebut berkisar kepada perkara-perkara berkaitan rakyat negara ini - sesetengahnya lucu, serius, menguji minda selain futuristik. Bukan semua filem adalah komedi.

15 filem pendek yang diinspirasikan oleh kehidupan Malaysia: Chocolate (oleh Yasmin Ahmad), Potong Saga (Ho Yuhang), Gerhana (James Lee), One Future (Tan Chui Mui), The Tree (Amir Mohammad), Halal (Liew Seng Tat), Lollipop (Nam Ron), Taxi Driver (Benji Lim & Bahir Yeusuff), Healthy Paranoia (Khairil Bahar), Duit Kecil (Johan John), Slovak Sling (Wong Ming Jin), Rojak (Suleiman Brothers), House (Linus Chung), Lumpur (Kamal Sabran) dan The Son (Desmond Ng).

Penyertaan personaliti popular termasuk Harith Iskandar, Sharifah Amani, Daphne Iking, Amber Chia, Adibah Noor, Namewee, Atilia, Jay Menon, Baki Zainal dan Bront Palarae.

Lain-lain pelakon ialah Serena Choong, Hon Kahoe, Jason Lo, Patrick Teo, Sarah Lian, Nam Ron, Ciplak, Azmyl Yunor, Ida Nerina, Lorna Hoong, Baki Zainal dan Nick Dorian.

Laman-laman rasmi 15MALAYSIA ialah www.15malaysia.com.

Senarai 15 filem pendek tersebut adalah;
1. Potong Saga by Ho Yuhang
2. Chocolate by Yasmin Ahmad
3. The Tree by Amir Muhammad
4. House by Linus Chung
5. Halal by Liew Seng Tat
6. The Son by Desmond Ng
7. Lumpur by Kamal Sabran
8. One Future by Tan Chui Mui
9. Slovak Sling by Woo Ming Jin
10.Gerhana by James Lee
11.Meter by Benji & Bahir
12.Duit Kecil by Johan John
13.Healthy Paranoia by Khairil Bahar
14.Lollipop by Nam Ron
15.Rojak! by Suleiman Brothers

KOMEN-KOMEN PENGARAH DAN PELAKON

~ Pengarah 'The Tree', Amir Mohammad

"Saya tengah membuat penggambaran di Kelantan dan ingin mencari personaliti tertentu. Saya terfikirkan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat lalu bekerjasama dengan beliau.

"Saya meminta beliau membaca yasin untuk filem berkaitan mesej ekonomi yang beretika. Apabila anda menanam sepohon pokok, anda perlu memberi atau memulangkan hasilnya kepada rakyat. Konsepnya cukup luas."

~ Pengarah 'Potong Saga', Ho Yuhang

"Idea membuat komedi melucukan 'Potong Saga' datang secara spontan ketika saya berjenaka dengan Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Tujuan saya hanya untuk membuat para penonton ketawa terbahak-bahak menyaksikan komedi saya."

~ Pelakon 'Health Panaroia', Baki Zainal

"Apabila saya memasuki pejabat Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, saya begitu takut sekali. Perasaan gemuruh itu reda apabila beliau amat teruja menjayakan lakonan itu.

"Datuk Seri Liow seorang yang terbuka. Kami hanya berlatih sekali dan terus membuat penggambaran. Malah, beliau meminta ia dilakukan secara spontan, tanpa terbatas oleh skrip.

"Bagi saya, beliau ialah seorang ahli politik dan pelakon."

~ Pelakon 'Taxi Driver', Baki Zainal

"Berlakon bersama Yang Berhormat Khairy Jamaluddin memberikan pengalaman baru kepada saya. Beliau amat profesional. Beliau meminta saya menjerit kepadanya dalam satu babak 'Taxi Driver'.

Sumber : mStar Online
Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Posted by Azhad 19.8.09 5 comments

Sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan di dalam stadium. Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Terkini: Lokasi sambutan tahun ini dijangka akan dipindahkan ke Bangunan Parlimen setelah mengambil kira perkembangan semasa influenza A H1N1 dan menghormati bulan Ramadhan.

Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia

Logo 1 Malaysia
Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.

Lirik Lagu 1 Malaysia


Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Video Lagu 1 Malaysia


Lagu ini boleh juga dimuat turun di Lagu 1 Malaysia.

Pelbagai acara akan diadakan selama sebulan sempena sambutan kemerdekaan akan diisi dengan pelbagai kegiatan yang akan bermula dari 12 Ogos hingga 10 Oktober. Sambutan yang dipanggil Bulan Kemerdekaan ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 12 Ogos dan berakhir di Kuching, Sarawak pada 10 Oktober dengan perayaan Hari Malaysia.

Tema, logo dan lagu bagi sambutan kemerdekaan ke 52 ini sebenarnya berasaskan slogan dan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Jika ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sambutan kemerdekaan sila rujuk laman web rasmi Sambutan Kemerdekaan Ke 52.

Technorati Tags: , , , , , , , ,

Posted by Azhad 10.8.09 18 comments

Subscribe here