Semua orang tahu tentang Skype dan pasti sudah ramai yang telah menggunakannya. Panggilan telefon secara percuma tentu menjimatkan terutama jika ingin menghubungi luar negara. Malangnya panggilan percuma ini hanya untuk panggilan dari komputer ke komputer, jika hendak menelefon talian tetap atau telefon bimbit perlu membeli kredit dari Skype.

Gizmo ProjectKini impian untuk membuat panggilan telefon percuma ke semua talian telah menjadi kenyataan. Gizmo Project membolehkan kita membuat panggilan telefon secara percuma sama seperti Skype dan juga panggilan percuma ke talian tetap dan telefon bimbit di 60 buah negara, termasuk Malaysia.

Untuk melayakkan diri membuat panggilan percuma, orang yang menelefon dan nombor yang dihubungi mestilah pengguna berdaftar dan aktif Gizmo Project. Jika hendak maklumat lanjut tentang syarat ini sila rujuk All Calls FREE! atau terus saja ke laman web utama Gizmo Project.

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 31.7.06 1 comments

anakdatukK
adib

Anak-anak Datuk Khalid iaitu Mohd Adib, Mohd Anas dan Mohd Ashraf. Untuk membaca cerita lanjut sila pergi ke Agenda Daily.

Technorati Tags: , , , , ,

Posted by Azhad 23.7.06 0 comments

Ada banyak laman web yang menawarkan perkhidmatan menyimpan dan berkongsi gambar di internet. Di antaranya adalah ImagePile, ImageShack, Flickr, Fotopages, Photobucket, Ringo, TinyPic, Zooomr dan banyak lagi.

zooomr2_logo
Zooomr baru dipertingkatkan ke versi 2 dan mereka sedang berusaha untuk mendapatkan lebih ramai ahli. Bagi menarik minat orang ramai menjadi ahli, mereka telah menawar akaun Pro secara percuma kepada mereka yang mempunyai blog. Syaratnya cukup mudah iaitu meletakkan sekurang-kurangnya satu gambar di blog sendiri yang disimpan di Zooomr.

Jika berminat bolehlah pergi ke Zooomr untuk mendaftar atau mendapatkan keterangan lanjut. Setelah mendaftar akaun Asas pergi ke Zooomr Blog untuk menaik taraf ke akaun Pro secara percuma.

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 22.7.06 0 comments

Secara rasminya hari ini telah diumumkan bahawa Siti Nurhaliza Taruddin, 27 tahun akan berkahwin dengan Datuk Khalid Mohamed Jiwa, 47 tahun seorang ahli perniagaan.

Majlis pertunangan dan pernikahan akan berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 21 Ogos depan. Manakala majlis persandingan pula akan diadakan pada 28 Ogos di Kuala Lumpur Convention Centre(KLCC) dan 3 September di Kuala Lipis, Pahang. Satu perarakan berkuda telah dirancang khas untuk para peminat Siti pada petang 28 Ogos di KLCC. Kebetulan pada 28 Ogos itu adalah ulangtahun perkahwinan ibubapa Siti yang ke 38.

Dato' Raja Shah Reza telah dipilih untuk merancang dan mengendalikan majlis istimewa ini. Beliau telah diamanahkan untuk menjayakan majlis berkonsep perkahwinan taman bagi upacara di KLCC. Manakala hantaran dan pakaian pula akan berkonsepkan sulaman tekad dan songket tradisional. Seramai lima orang pereka fesyen iaitu Radzwan Radzwil, Micheal Ong, Khoon Hooi, Embun dan Anna Avanti telah terpilih untuk menzahirkan pakaian perkahwinan Siti. Manakala jurumekap artis Nurul Shukur dan Mia pula bertanggungjawab untuk menyolek Siti pada hari yang bersejarah itu.

Menurut Siti, dia mula rapat dengan Datuk Khalid semenjak sekembalinya dari konsert di Royal Albert Hall, London. Perkara utama yang menyebabkan Siti terpaut hati dengan Datuk Khalid ialah sikap kasih sayang beliau pada anak-anak. Datuk Khalid mempunyai 4 orang anak hasil perkongsian hidup dengan bekas isteri beliau Tengku Zawyah Tengku Izham, iaitu yang sulong Mohd Anas Zawari berumur 19 tahun, Mohd Adib 16 tahun, Mohd Asraf 14 tahun dan yang bongsu Mohd Azif 8 tahun. Kesemua mereka berada di Kuala Lumpur kecuali Mohd Anas sedang menuntut di Australia.

Datuk Khalid pula berkata dia terpikat pada Siti kerana Siti mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri tetapi enggan menjelaskannya dengan lebih lanjut. Beliau juga menafikan cerita tentang cincin bernilai RM500,000 dan majlis perkahwinan yang menelan belanja RM5 juta. Walaubagaimanapun menurut Datuk Khalid, majlis tersebut akan diadakan dengan sederhana tetapi meriah.

Wang hantaran untuk Siti tidak dalam bentuk wang tunai tetapi akan diberi dalam bentuk barang kemas. Walaupun nilainya tidak pula dinyatakan tetapi dianggarkan dalam lingkungan RM500,000.

Berikut adalah cerita yang tersiar di akhbar;

The Star
Siti Nurhaliza to marry Datuk K on Aug 21
mStar
Siti - Datuk K bernikah 21 Ogos.
Sekitar sidang akhbar Datuk K - Siti Nurhaliza
Asraf Khalid: Kak Siti sopan
'Datuk K inginkan majlis sederhana, tapi meriah'
NST
Siti and Datuk K to wed on Aug 21
Princess of Pop's regal wedding
Worst-kept secret still interests Press
The Sun
The most anticipated wedding of the year
The Malay Mail
Siti and Datuk K announce wedding date
The Malay Mail broke the news
Bernama
Siti Accepts Datuk K After 'Indication'
Harian Metro
Empat anak restu pilihan pilihan
Pantun bapa Siti Nurhaliza

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 17.7.06 1 comments

Ringkasan fakta berkaitan Piala Dunia 2006

Juara Itali
Naib Juara Perancis
Ketiga Jerman
Fair Play Brazil dan Sepanyol
Paling Menghiburkan Portugal
Kasut Emas Miroslav Klose (Jerman 5 gol)
Kasut Perak Hernan Crespo (Argentina 3 gol)
Kasut Gangsa Ronaldo (Brazil 3 gol)
Bola Emas Zinedine Zidane (Perancis)
Lev Yashin Gianluigi Buffon (Itali)
Pemain Muda Terbaik Lukas Podolski (Jerman 21 tahun)

Jumlah Gol 147
Jumlah Kad Merah 28
Jumlah Kad Kuning 305
Gol dimasukkan terbanyak
5 gol - Miroslav Klose (Jerman)
13 gol - Jerman
Gol ditembusi terbanyak
10 gol - Serbia Montenegro
Kad Merah terbanyak
2 kad - Croatia, Republik Czech, Itali, Belanda, Portugal, Serbia Montenegro dan Amerika Syarikat
Kad Kuning terbanyak
24 kad - Portugal
4 kad - Costinha (Portugal) dan Asamoah Gyan (Ghana)

Pemain Tertua
Ali Boumnijel (Tunisia 40 tahun)
Pemain Termuda
Theo Walcott (England 17 tahun)
Pemain Tertinggi
Zeljko Kalac (Australia 202cm)
Jan Koller (Republik Czech 202cm)
Nikola Zigic (Serbia Montenegro 202cm)
Pemain Terendah
Christian Lara (Ecuador 162cm)

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 11.7.06 0 comments

Juara Piala DuniaJuara Piala Dunia 2006 adalah milik pasukan Itali melalui tendangan penalti 5 - 3 selepas masa penuh dan masa tambahan kedudukan terikat 1 - 1. Gol awal tersebut dijaringkan oleh Zinedine Zidane pada minit ke 7 dan Marco Materazzi di minit ke 19.

Kisah duka Perancis sudah mula terbayang apabila Zidane telah dkenakan kad merah kerana menanduk Materazzi di dada pada minit ke 111. Ini merupakan kali ke empat Itali menjadi Juara Piala Dunia.

Edisi piala dunia kali ini melihat sebanyak 147 gol telah dijaringkan. Miroslav Klose dari Jerman adalah penjaring terbanyak dengan 5 gol dan telah dianugerahkan Kasut Emas. Manakala pasukan Jerman merupakan pasukan yang menjaringkan gol terbanyak iaitu 13. Sebaliknya pintu gol yang paling banyak ditembusi ialah Serbia Montenegro dengan 10 jaringan.

Tamatlah sudah Piala Dunia 2006 tetapi jika tidak kesempatan atau ingin melihat semula aksi-aksi perlawanan bolehlah menyaksikan rakaman videonya.

Gambar dan maklumat diperolehi daripada laman web rasmi Piala Dunia 2006 Jerman.

Technorati Tags: , , , , ,

Posted by Azhad 10.7.06 0 comments

wclogogreen
ITALY vs FRANCE

Kini sudah sampai pada kemuncak kejohanan Piala Dunia 2006 yang akan ditentukan pada 9 Julai ini. Dua pasukan yang tidak diramal dan dijangka untuk sampai ke tahap ini telah berjaya melepasi segala rintangan.

Pasukan Itali telah memenangi 5 perlawanan dan seri 1 perlawanan dalam edisi Piala Dunia 2006 kali ini. Dari 6 perlawanan ini Itali telah menjaringkan 11 gol dan kena 1 gol sahaja. Mereka telah berjaya membuat 45 percubaan tepat ke arah gol lawan, 11 daripadanya dilakukan oleh Totti Francesco dan 9 oleh Toni Luca.

Manakala pasukan Perancis pula telah memenangi 4 perlawanan dan seri 2 perlawanan. Dari keseluruhan perlawanan ini Perancis telah menjaringkan 8 gol dan kena 2 gol. Kekuatan jentera serangan Perancis boleh dilihat dengan 30 percubaan tepat ke arah gol, 11 daripadanya dilakukan oleh Henry Thierry dan 4 oleh Ribery Frank.

Rekod pertembungan kedua-dua pasukan;

Italy vs France
7 - - - Main - - - 7
2 - - Menang - - 3
2 - - - Seri - - - 2
3 - - - Kalah - - -2
8 - - Jaringan - - 9

Itali memburu kejuaraan Piala Dunia kali ke empat manakala Perancis untuk kali ke dua. Kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menjadi juara dan ianya akan ditentukan pada 9 Julai pukul 8.00 malam di Stadium Olimpik, Berlin bersamaan 10 Julai pukul 2.00 pagi di Malaysia.

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 6.7.06 0 comments

Kesudahannya dari 8 negara tinggal 4 negara yang akan bertarung merebut dua tiket ke peringkat akhir. Keputusan setakat ini sangat mengejutkan sebahagian besar peminat-peminat bolasepak. Semua perhatian akan tertumpu kepada perancangan dan pecaturan jurulatih-jurulatih 4 negara ini.


Germany lwn Italy

Rekod pertemuan dua negara ini lebih memihak kepada Itali. Itali telah memenangi 13 perlawanan berbanding 7 perlawanan oleh Jerman daripada 28 kali pertembungan mereka. Baki 13 perlawanan lagi mereka seri.

Portugal lwn France

Sementara itu daripada 21 perlawanan bagi Portugal dan Perancis pula mereka cuma seri sekali sahaja. Rekod Perancis lebih baik dengan memenangi 15 perlawanan berbanding 5 yang dimenangi Portugal.

Berdasarkan fakta sejarah kita boleh meneka pasukan mana yang akan melangkah ke peringkat akhir tetapi bola itu bulat dan apa saja boleh berlaku dalam masa 90 minit di padang.

Technorati Tags: , , ,

Posted by Azhad 3.7.06 0 comments

Subscribe here