Steve Jobs pengasas bersama Apple, yang mengubah tabiat harian berjuta-juta manusia dengan mencipta semula pengunaan komputer, muzik dan telefon bimbit, telah meninggal dunia pada hari Rabu 5 Oktober 2011 pada umur 56 tahun.

Apple kehilangan seorang pemimpin yang berwawasan yang mengilhamkan kepada komputer peribadi dan produk ikonik seperti iPod, iPhone dan iPad yang meletakkan Jobs salah seorang daripada pemimpin-pemimpin industri yang paling ketara dalam generasinya.

Kematiannya selepas pergelutan yang panjang dengan barah pankreas mencetuskan curahan tanda ingatan dari pemimpin dunia, pesaing perniagaan dan para peminat yang merasa terkejut dengan kematian pada usia 56 tahun dan mengkagumi pencapaian besar beliau.

"Dunia telah hilang seorang yang berwawasan dan tiada penghormatan yang lebih besar kepada kejayaan Steve selain dengan menerima hakikat bahawa sebahagian besar penduduk dunia mengetahui tentang kematian dirinya daripada peranti yang diciptanya," kata Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam satu kenyataan.

Peminat memberi penghormatan kepada Jobs di luar kedai-kedai Apple di seluruh dunia, dari Los Angeles ke Sydney. Di luar salah sebuah kedai di New York City, orang yang berkabung meletakkan lilin, bunga bunga, epal dan iPod Touch di memorial sementara.
1955 - 2011

Di San Francisco, mereka telah memegang potret hitam dan putih Jobs di iPads mereka. Beberapa orang yang berkabung di Tokyo telah mengadakan perhimpunan nyalaan matahari terbenam, menggunakan aplikasi iPads mereka untuk menunjukkan kelipan lilin pada skrin.

Banyak laman web, termasuk Apple sendiri, telah berubah menjadi memorial atas talian, bukti kreativiti digital yang diinspirasikan oleh Jobs.

"Bagi mereka yang bernasib baik akan dapat bekerja dengan dia, itu adalah penghormatan yang amat besar," kata Bill Gates dari Microsoft, yang pernah mengatasi Jobs tetapi status legenda telah diambil alih oleh pengasas bersama Apple itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Jobs disamping isteri dan keluarga terdekat apabila dia meninggal dunia di Palo Alto, California, menurut kenyataan Apple pada hari Rabu lalu. Tiada butiran lain disertakan.

Jobs telah meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada bulan Ogos dan menyerahkan tampuk kepada ketua operasi yang lama bertugas sama, Tim Cook. Dengan kesungguhan untuk reka bentuk minimalis dan bijak untuk pemasaran, Jobs telah meletakkan asas bagi syarikat untuk terus berkembang selepas kematiannya, menurut kebanyakan penganalisis dan pelabur.

Tetapi Apple masih menghadapi cabaran dalam ketiadaan seorang lelaki yang merupakan ketua reka bentuk produk, guru pemasaran dan jurujual hebat. Telefon yang menggunakan perisian Android Google mula mendapat pegangan dalam pasaran telefon pintar, dan terdapat tanda tanya apa perkara besar yang seterusnya dalam barisan produk Apple.
 
Usahawan Legenda

Seorang yang berhenti dari kolej dan anak kepada ibubapa angkat, Jobs mengubah dunia teknologi pada akhir tahun 1970-an, apabila Apple II menjadi komputer peribadi yang pertama untuk mendapatkan sambutan yang luas. Beliau berjaya melakukannya sekali lagi pada tahun 1984 dengan Macintosh, yang dibina di atas pencapaian teknologi yang dibangunkan di Xerox Parc dan di tempat lain yang mewujudkan pengalaman pengkomputeran peribadi seperti yang kita tahu hari ini.

Rentetan bantahan yang menfokus kepada persona beliau telah menyebabkan beliau disikir keluar dari syarikat pada tahun 1985, tetapi beliau kembali pada tahun 1997. Selepas beberapa tahun mula melancarkan produk - iPod, iPhone dan iPad - yang sekali lagi mengegarkan kestabilan industri utama.

Didiagnosis menghidap kanser pankreas yang jarang berlaku pada tahun 2004 pada mulanya hanya satu rintangan kecil kepada Jobs dan Apple, dengan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif menegaskan bahawa penyakit itu boleh dirawat. Tetapi kesihatannya semakin merosot dengan ketara sejak beberapa tahun yang lalu, dan selepas dua kali bercuti panjang, beliau meletak jawatan sebagai ketua eksekutif dan menjadi pengerusi Apple pada bulan Ogos.



Kematian Jobs berlaku hanya satu hari selepas Cook memperkenalkan iPhone baru dalam satu majlis gala yang menjadi satu tanda diri Jobs. Mungkin secara kebetulan, peranti baru ini mendapat ulasan tidak memberangsangksan dengan ramai mengatakan ia bukan peningkatan yang cukup besar ke atas versi yang sedia ada, salah satu daripada produk pengguna yang paling berjaya dalam sejarah.

Apple memberi penghormatan kepada pemimpin berwawasan itu dengan mengubah laman webnya dengan gambar besar hitam dan putih dengan kata-kata "Steve Jobs:. 1955-2011"

Google pula menyediakan pautan ke laman web Apple betul-betul di bawah kotak cariannya.

Bendera di luar ibu pejabat Apple, 1 Loop Infinite dikibarkan separuh tiang. Secara spontan ramai pekerja meninggalkan bunga di atas bangku dan ada yang bermain bagpipes sebagai memperingati Jobs.

Cook berkata dalam satu kenyataan bahawa Apple merancang untuk mengadakan satu sambutan kehidupan Jobs untuk pekerja tidak lama lagi.

"Kecemerlangan Steve, keghairahan dan semangat adalah sumber inovasi tidak terkira banyaknya yang memperkaya dan meningkatkan kehidupan kita. Dunia ini yang jauh lebih baik kerana Steve," menurut Apple dalam satu kenyataan.

"Kasihnya yang paling besar ialah untuk isterinya, Laurene, dan keluarganya. Kami amat berbesar hati kepada mereka dan kepada semua yang telah disentuh oleh sumbangan luar biasa beliau."

Pengumuman kematian Jobs tiba selepas hampir semua dagangan dalam saham-saham AS telah ditutup untuk hari tersebut. Saham Apple kali terakhir disebut harga pada USD 377.22, sedikit rendah daripada di Nasdaq USD 378.25. Saham Apple yang disenaraikan di Frankfurt jatuh 2 peratus.

Di luar rumah Jobs di Palo Alto, jiran dan rakan-rakan yang meninggalkan bunga dan menulis pesanan dengan penanda di kaki lima, salah satunya "Terima kasih untuk mengubah dunia,".

Pagar rendah yang mengelilingi laman rumah tersebut dipenuhi dengan pokok epal.

"Dia merasa istimewa dengan kawasan ini, seperti sebahagian daripada keluarga," kata Robert Blum, yang membawa bunga dengan anaknya yang berusia lapan tahun, Daniel.

Nilai Harta Bersih USD 7 billion

Jobs, dengan pakaian kebiasaannya baju hitam ala turtleneck dan seluar jeans biru, adalah disifatkan sebagai hati dan jiwa syarikatnya yang menyaingi Exxon Mobil sebagai yang paling berharga di Amerika.

Forbes menganggarkan nilai bersih Jobs berjumlah USD 7 billion. Setakat ini tidak diketahui bagaimana harta pusakanya akan dikendalikan.

Kesihatannya telah menjadi topik kontroversi semenjak bertahun-tahun dan merupakan kebimbangan yang menrisaukan peminat dan pelabur Apple. Ahli lembaga pengarah pun pada tahun-tahun yang lalu ada bercerita dengan kenalan tentang kebimbangan mereka bahawa Jobs, dalam usaha beliau untuk privasi, tidak telus dengan pengarah mengenai keadaan sebenar kesihatannya.

Jobs, seorang Buddha, dilahirkan di San Francisco. Beliau memulakan Apple Computer dengan teman Steve Wozniak di garaj ibu bapanya pada tahun 1976.

Enam tahun yang lalu, Jobs telah bercakap tentang bagaimana merasai ketibaan kematian beliau adalah pemacu utama di sebalik wawasan beliau.

"Mengingati bahawa saya akan mati tidak lama lagi adalah alat yang paling penting yang pernah saya perolehi untuk membantu saya membuat keputusan yang besar dalam kehidupan," kata Jobs dalam majlis pembukaan Stanford pada tahun 2005.

"Kerana hampir semua - semua jangkaan luaran, semua kebanggaan, semua ketakutan pada malu atau kegagalan - perkara-perkara ini akan hilang apabila menghadapi kematian, meninggalkan hanya apa yang benar-benar penting.

"Mengingati bahawa anda akan mati adalah cara terbaik yang saya tahu untuk mengelakkan perangkap minda yang memikir kemungkinan kehilangan sesuatu. Anda sudah terdedah. Tidak ada sebab untuk tidak mengikut naluri anda."


Tags: , , , , ,

Posted by Azhad 8.10.11 39 comments

Setiap perkara dalam Islam samada yang berupa suruhan ataupun tegahan, mengandungi tujuan bagi kebaikan hambanya. Begitulah halnya dengan ibadah puasa yang sedang kita kerjakan sekarang ini. Natijah dari puasa akan melahirkan insan yang bertaqwa. Taqwa memberi maksud mengerjakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang.

Puasa juga boleh menjadikan seseorang sihat tubuh badan. Punca penyakit biasanya akan dikaitkan dari faktor keturunan atau memang telah ditakdirkan sakit sejak dari ia dilahirkan atau keadaan alam dunia yang semakin tercemar. Namun berdasarkan kajian, penyumbang terbesar punca penyakit adalah disebabkan amalan dan tabiat pemakanan serta gaya hidup seseorang. Walaupun nabi S.A.W ada menyatakan bahawa: "setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati" namun nabi juga berpesan: "mencegah itu lebih baik dari mengubati".

Kelebihan Berpuasa
Maka dapat kita fahami bahawa penyakit amat berkait dengan makanan. Pakar-pakar pemakanan pun telah menetapkan tentang piramid makanan iaitu cara pemakanan yang betul. Jika diamalkan maka ia adalah satu jaminan kepada kesihatan tubuh badan. Sebab itu nabi menyatakan: "Punca penyakit adalah dari perut (makanan)".

Makan dan minum adalah satu keperluan kita sebagai manusia. Dari sudut Islam bahawa makan dan minum diletakkan sebagai wajib pada adat tetapi harus pada syarak. Allah S.W.T menyatakan dalam al-Quran: "Makanlah dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan".

Satu perkara yang sangat baik untuk kita fikirkan bersama ialah apa yang dinyatakan oleh nabi S.A.W, "makanlah ketika kamu lapar dan berhentilah sebelum kenyang". Amalan ini kalau dapat dilakukan pastinya tahap kesihatan kita terjamin. Maka ibadah puasa adalah antara cara kita untuk merealisasikan pesanan nabi dalam mengawal pemakanan. Disamping itu juga aktiviti riadhah patut dilakukan sekurang-kurangnya pada tahap yang minima. Jika kita mampu lakukan sebagaimana yang dibicarakan tadi maka kita yakin apa yang dinyatakan oleh nabi S.A.W akan berlaku: "Berpuasalah kamu nescaya kamu akan sihat". Islam amat menitik beratkan soal kesihatan. Oleh kerana itulah nabi bersabda: "Mukmin yang kuat (sihat) itu lebih baik dari seorang mukmin yang lemah"

Wallahua'lam.

Posted by Azhad 3.8.11 11 comments

Sekali lagi 16 Mei tiba dan seperti biasa sambutan hari guru akan akan diadakan di semua sekolah. Tema Hari Guru bagi tahun 2011 adalah GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan tahun ini akan diadakan di Borneo Convention Centre, Kuching, Sarawak. Saban tahun di sambutan hari guru akan diumumkan mereka yang dianugerahkan pingat Tokoh Guru.

Anugerah Tokoh Guru diperkenalkan semenjak tahun 1972. Anugerah ini menjadi lambang pengiktirafan terhadap pengorbanan, kewibawaan serta sumbangan para guru ini sepanjang tempoh perkhidmatan. Sehingga tahun 2010, seramai 130 pendidik dan bekas pendidik sudah dianugerahkan pingat tersebut semenjak 1975 berdasarkan kriteria khusus yang ditetapkan.

Antara kriteria itu ialah calon mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan, pembabitan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah serta khidmat masyarakat, di samping kecemerlangan dalam bidang lain.

Dari segi syarat pemilihan calon Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan pula, mereka hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang dilahirkan di negara ini; seboleh-bolehnya dipilih daripada kalangan tokoh yang sudah dianugerahkan gelaran Tokoh Guru pada peringkat negeri; berumur 50 tahun atau lebih, sama ada berkhidmat atau sudah bersara; sedang atau sudah berkhidmat sebagai guru, pengetua, guru besar, pensyarah atau pentadbir dalam perkhidmatan pendidikan.

Selain itu, pemilihan calon juga boleh dibuat ke atas tokoh yang sudah meninggal dunia, manakala kesatuan perkhidmatan keguruan pula berpeluang membuat pencalonan pada peringkat negeri dan kebangsaan.

Setakat ini, tahun paling ramai menerima anugerah ialah pada Hari Guru 1977, iaitu seramai tujuh orang. Barisan penerima sulung anugerah berprestij itu ialah Zainun Munshi Sulaiman, Mohd Nor Ahmad, Ting Pin Sung, A.V. Perumal dan Tan Chong Bee.

Senarai Tokoh Guru Kebangsaan

2009
Datuk Abdul Rahim Tahir
Shahul Hamid Mydin Shah
Phua Seng Tiong

2008
En. Abu Bakar Bin Shawkat Ali
En. Krishnasamy a/l Kapaya
Y. Bhg. Dato’ Dr. Hj. Zulkarnain Bin Hj. Abd. Rahman

2007
En. Gerald Lee Liong Ai
Dato Haji Abdul Majid Bin Omar
Dato Haji Muhamad Bin Mustaffa
Tan Sri Datuk Dr Wan Mohd Zahid Bin Mohd Nordin

2006
Pn. Azizah Bt. Haji Md Taib
Y. Bhg. Prof Dr. Hj. Hussein Bin Haji Ahmad
Y. Bhg. Datuk Wira Haji Borhan Bin Md Yaman
Y. Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Awang Had Bin Salleh

2005
YM Engku Tik Azizah Bt Engku Malek
Haji Abdul Mana Bin Mohamed Noh
Haji Ramli Bin Haji Ahmad
Teo Huat @ Teo Teck Huat
Haji Ghazali Haji Yusuf

2004
Tn. Hj. Md. Ismail Zam Zam
Cik Alice Wee Siew Eng
En. Krishnasamy Tambusamy
Pn. Hjh. Wan Safinah Hj. Saleh
En. Ali Suhaili

2003
Pn. Sri Aisha Hj. Shamsuddin
Tn. Hj. Sulaiman Mohd. Nawi
Tn. Hj. Hussain Hj. Paris
En. M.P. Rangganathan
En. Ho Thean Sung

2002
Tn. Hj. Abd. Karim Abdullah
Tn. Hj. Khamis Noyo
Tn. Hj. Abd Hamid Hj. Noor Mohamed
Cik Hjh. Nasriah Hj. Maghribi
En. Nagaratnam Pennurengan

2001
Tn. Hj. Mohamed Saat Bongkek
En. Abang Hamdan Jas
Pn. Hjh. Siti Aishah Hj. Ab. Rahman
Tn. Hj. Sulaiman Samad
En. Robert David

2000
Pn. Nik Faizah Mustapha
Tn. Hj. Tawi Yaakub
En. Cheong Yong Kwong
Tn. Hj. Abdul Ghani Wahab

1999
Pn. Molly Chong Nee Molly Gee
En. Mohd. Mokhtar Talib
Pn. Hjh. Rahmah Bt. Hj. Hussain
Tn. Hj. Hambali Abdul Razak
Tn. Hj. Kassim Muhammad

1998
Dato’ Hj. Abd. Rahim Hj. Abd. Majid
Dato’ Dr. Hj. Yahya Ibrahim
Tn. Hj. Mohd. Tahir Hj. Ahmad
Tn. Hj. Mohamed Ali

1997
Dato’ Hj. Jumat Dato’ Hj. Mohd Nor
Dato’ N.S. Selvamany
Tn. Hj. Harun Hj. Hassan
Tn. Aminuddin Muhammad

1996
En. Anthony Lim Peng Hwa
Pn. Hjh. Embun Muhamad Ali
Pn. Irene Syawe Chin Chi
En. Abdul Razak Ismail

1995
Tn. Hj. Jaaman @ Sharman Abu
En. Anthony Reynolds Peter
Tn. Hj. Wan Din Wan Mat
En. Amirbek Amir Husain

1994
Tn. Hj. Wan Samsudin Mohd Yusof
En. Nordin Hj. Mahmood
En. Jikal Gabie
En. Khor Beng Hoe

1993
Dato’ Abdul Aziz Ismail
Tn. Hj. Ibrahim Yaakob
Tn. Hj. Mohd. Saidin
Dato’ Hj. Mohd Taib Omar

1992
Dato’ Hj Ibrahim Sulaiman
Pn. Siti Bidayah Hj. Din
En. Lau Hut Yee

1991
Datuk Hj. Parman Hassan Raji
Dato’ Hj. Abbad Hj. Muhammad
Pn. Dawn Parry

1990
Dato’ Hj. Idris Hj. Tain
Tn. Hj. Abdullah Sani Abu Bakar
En. Michael Graham Parry

1989
En. Mohamed Ali Mohamed
En. Goon Koo Leong
YM Raja Lope Ahmad Raja Mohd Ali

1988
En. Sulaiman Hj. Ebi
Cik Visalacey Mutu
En. Harith Muhammad Liki

1987
Dato’ paduka Syeikh Abdul Mohd. Noor
En. Chang Min Phang Paul
Tn. Hj. Hashim Abdul Rahman

1986
Dato’ Hj. Abdul Aziz Tapa
Pn. Rasammah Naomi Bhupalan-Rajendran
Dato’ Ariffin Md. Nam

1985
En. A. Ali Manjang
En. Ahmad Kotot
Tn. Hj. Idris Hj. Abdul Salam
Tn. Hj. Yasin Saleh

1984
Tn. Hj. Abdul Razak Abdul Hamid
En. Shahrom Husain
Tn. Hj. Muhammad Bujang
Pn. Hjh. Hendon Hj. Din

1983
Datuk Polycrap Sim Sheng Mong
Tn. Hj. Mohd Zain Ayub
En. Ang Kean Kah

1982
Dato’ Hj. Zainal Abidin Ali
Tn. Hj. Abdul Rashid Ahmad
Tn. Hj. Mohd Zain Rashid

1981
Tn. Hj. Mohd. Yusof Badin
Pn. Hjh. Maimunah Abdul Rahman
Tn. Hj. Othman Hj. Ali

1980
Tn. Hj. Omar Othman
Tn. Hj. Mohd Diah Abdul Rahman
Dato’ James Frederick Augustine

1979
Kapt. Dato’ Hj. Mohd Nor Mohammad
Tn. Hj. Muhammad Yusof Ahmad
En. Mohd. Aslie Lutah

1978
En. Ann Moreira
En. Bapoo Mohd. Hashim
Dato’ Hj. Abdul Alif Hj. Md Arshad
En. Guram Singh
En. Mohd Nor Abdul Hamid
En. Waung Yoo Nien

1977
Tn. Hj. Abu Bakar Al Bakir
En. Qua Chiew Kooi
Tn. Hj. Ahmad Abdul Rahman
En. Abu Kassim Yusof
En. Abdul Rahman Md. Akib
En. K. Kannan
Pn. Lily Eberwein

1976
Tn. Hj. Kassim Harun
Tn. Hj. Mohammad Hj. Abdullah
Tn. Hj. Ali Mohd Yunus
En. V. K. Thaillaikannu
En. Tan Chee Meng

1975
Pn. Hjh. Zainun Munshi Sulaiman
En. Mohd. Nor Ahmad
En. Ting Pin Sung
En. A.V. Perumal
En. Tan Chong Bee

Posted by Azhad 15.5.11 11 comments

Majalah Malaysian Business keluaran 16 Februari 2011 telah menyenaraikan 40 individu yang terkaya di Malaysia setakat 21 Januari 2011 lalu. Kekayaan 40 individu terkaya negara ini dinilai berasaskan kepada pegangan mereka dalam syarikat tersenarai. Kajian Malayasian Business juga mendedahkan 40 individu terkaya Malaysia secara kolektifnya bernilai RM206.27 bilion pada 21 Januari itu, naik 30 peratus berbanding dengan RM156.7 bilion tahun lepas.

Oleh itu ada kemungkinan besar ada individu lain yang mempunyai harta dalam bentuk lain dan tidak mempunyai pegangan dalam syarikat tersenarai tetapi mereka tergolong juga dalam kelompok orang terkaya di Malaysia.

Robert Kuok Terkaya
Robert Kuok, "Raja Gula" yang memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini, mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya di Malaysia dengan aset benilai RM50.04 bilion, disusuli taikun telekomunikasi T Ananda Krishnan, yang bernilai RM45.78 bilion.

Di tempat ketiga ialah Pengerusi Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow, yang meningkat satu tangga dengan jumlah kekayaan sebanyak RM12.77 bilion.

Senarai 40 orang terkaya di Malaysia 2011 menurut Malaysian Business:

1. Robert Kuok RM 50.04 billion, 87 tahun, Kerry Group/ Kuok Group

2. Ananda Krishnan RM 45.78 billion, 73 tahun, Usaha Tegas

3. Teh Hong Piow RM 12.77 billion, 81 tahun, Public Bank

4. Lee Shin Cheng RM 12.74 billion, 72 tahun, IOI Group

5. Lim Kok Thay RM 10.89 billion, 59 tahun, Genting Group

Posted by Azhad 17.2.11 40 comments

Hari ini 12 Rabiulawwal merupakan ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Kehadiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. telah diutuskan ke dunia ini kepada manusia sebagai penghulu segala rasul. Di antara ciri-ciri terpuji Rasulullah S.A.W. yang mesti dicontohi adalah ketua keluarga yang bertanggungjawab, pemimpin yang bijaksana dan mempunyai akhlak yang sempurna.


Marilah sama-sama kita sentiasa mencontohi tauladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. bagi meningkatkan iman dan ketakwaan diri sebagai umat Islam.

Tags: , , , , , ,

Posted by Azhad 15.2.11 7 comments

Valentine's Day atau Hari Kekasih tidak akan lepas daripada mendapat perhatian apabila tibanya 14 Februari setiap tahun. Walaupun begitu kini umat Islam telah mula menyendari bahawa hari kekasih ini tidak boleh diraikan berdasarkan beberapa fakta berkenaan asal usul hari tersebut.

Sememang tidak dinafikan sebelum ini ramai dikalangan umat Islam di Malaysia terutamanya remaja dengan bangga dan gembiranya menyambut Valentine Day kerana tidak mempunyai maklumat yang jelas mengenainya.

Hari Valentine Haram
Pada tahun 2007 Nukilan Jejari Azhad pernah menyenaraikan beberapa artikel berkaitan dengan persoalan berkenaan samada bolehkah hari ini disambut atau diraikan oleh umat Islam. Senarai aktikel tersebut boleh di baca di Hari Valentine.

Alhamdullilah, dewasa ini sudah semakin ramai pihak yang sama-sama dilihat berusaha untuk menyampaikan maklumat berkenaan latar belakang hari kekasih ini terutamanya kepada golongan sasar.

Sementara itu dipaparkan berikut penjelasan ringkas daripada Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah berkenaan beberapa versi sejarah munculnya Hari Valentine dan kenapa ia adalah haram untuk umat Islam menyambutnya.


Semoga dengan pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak, kesedaran berkenaan Hari Valentine atau Hari Kekasih ini akan dapat ditingkatkan. Kita juga marilah sama-sama saling ingat-mengingatkan antara semua saudara seagama kita.

Tags: , , , , , ,

Posted by Azhad 14.2.11 4 comments

Kita baru sahaja menyambut Maal Hijrah 1432 pada 7 Disember 2010 yang lalu. Kini kita melalui satu lagi tahun baru tapi kali ini tahun baru masihi. Nampaknya sambutan tahun baru masihi masih lagi lebih dirai dan diingati daripada tahun baru hijrah. Satu perkara yang menjadi perhatian ramai semasa sambutan tahun baru masihi ini adalah isu pergaulan bebas yang menjurus kepada perzinaan. Marilah sama-sama kita Menjauhi Zina.

1432H 2011M
Di samping itu bermulanya kalendar 2011 bermakna bermulalah sesi persekolahan dan kuliah yang baru. Ada yang baru masuk tadika atau sekolah rendah dan sebahagian pula melangkah ke sekolah menengah. Ataupun sekurang-kurangnya akan naik ke darjah atau tingkatan yang baru. Sementara itu para pelajar di universiti, institut maupun kolej pula akan melangkah ke semestar baru juga.

Bermulanya kelas atau kuliah untuk tahun ini sepatutnya disertai dengan azam untuk melakukan lebih baik daripada tahun sebelumnya. Pencapaian tahun lepas boleh dijadikan landasan untuk menetapkan matlamat tahun ini. Kegagalan dahulu pula boleh diambil sebagai panduan membaiki diri. Kita perlu yakin dengan diri kita untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dengan mengikut Langkah Mewujudkan Keyakinan Diri itu. Keyakinan ini dengan diiringi usaha yang bersungguh-sungguh serta berterusan, bersama doa dan tawakal kita tentu akan menghasilkan sesuatu.

Bagi pelajar tahun 6, tingkatan 3, tingkatan 5 dan tingkatan 6 yang akan menduduki UPSR, PMR, SPM, dan STPM tahun ini lebih penting kepada anda semua. Bagi pelajar matrikulasi dan universiti setiap tahun dan semestar itu penting kerana sistem penilaian GPA/CGPA.

Bukan sahaja pelajar malah guru, pensyarah, kakitangan pejabat, tuanpunya syarikat dan sesiapa sahaja perlu duduk sejenak memikirkan apa yang telah mereka lalui dan lakukan sepanjang 2010 yang lalu. Apa yang baik itu perlu dikekal dan dipertingkatkan, apa yang buruk itu perlu dikurangkan atau terus ditinggalkan.

Selamat tahun baru 2011...

Posted by Azhad 4.1.11 5 comments

Subscribe here