Detik masa terus berlalu tanpa ada sesiapa yang dapat menghalang maupun memperlahankannya. Cuba kita renungkan sebentar bagaimana masa yang telah berlalu itu kita habiskan. Berapakah umur anda sekarang? Apakah yang telah anda lakukan semasa zaman kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa anda? Apa pula perancangan anda untuk esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan seterusnya?

1430H ~ 2009M

Masa juga membawa kita melangkah masuk ke tahun 1430 Hijrah dan selang beberapa hari lagi tahun 2009 Masihi pula. Maal Hijrah disambut setiap tahun oleh umat Islam seluruh dunia dengan berbagai aktiviti begitu juga dengan tahun baru Masihi. Apa yang penting adalah penghayatan rohani dan jasmani untuk menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Walaupun kita merasa kita telah buat yang terbaik selama ini pasti masih ada ruang untuk meningkatnya. Masa yang kita ada ini terutama di waktu lapang dan sihat selalulah dimanfaatkan ke jalan yang diredhai oleh Yang Maha Esa.

Sebagai permulaan mungkin kita boleh membaharui azam atau kepada yang tidak ada azam jadikan saat ini untuk meletakkan satu azam sempena bermula tahun baru ini. Azam untuk berubah, azam untuk bergerak ke arah yang lebih baik daripada sebelum ini, azam untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan.

Setelah azam itu ditetapkan maka kita telah pun mempunyai satu matlamat yang hendak dituju. Bagi memastikan azam itu tidak tinggal sekadar azam semata-mata, kita perlulah pula menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat yang ditetapkan itu.

Apabila destinasi telah ditentukan dan laluannya telah dirancangkan, insyaAllah azam kita itu akan tercapai. Cuma kuatkan iman dan tabahkan hati semasa menuju ke arahnya kerana pasti ada pelbagai godaan, gangguan dan rintangan yang terpaksa ditempohi.

Firman Allah ta'ala: “Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebaikan, dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Nabi s.a.w. bersabda; “Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berusahalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.” - Sahih Muslim

Semoga bila tiba tahun 1431 Hijrah dan 2010 Masihi nanti, anda boleh menoleh kebelakang dan merasa satu kepuasan dalam menjalani kehidupan ini.

Selamat Tahun Baru...

Technorati Tags: , , , , ,

Posted by Azhad 29.12.08 1 comments

PC Fair 2008 pusingan ketiga dan terakhir untuk tahun ini telah pun bermula minggu lepas di lima buah bandar seluruh negara. Pesta jualan komputer anjuran Persatuan Industri Komputer dan Komunikasi Multimedia Malaysia (PIKOM) diadakan tiga kali setahun.

PC Fair 2008PC Fair 2008 yang pertama tahun ini telah diadakan dalam bulan April dan yang kedua pula pada bulan September yang lalu memberi kesempatan kepada yang ingin membeli barangan IT dengan tawaran harga istimewa.

PC Fair 2008 kali ketiga ini telah dimulakan pada hujung minggu lepas di Pulau Pinang, Sabah, Kedah, Perak dan Pahang.

Hujung minggu ini pula iaitu dari 12 hingga 14 Disember PC Fair 2008 akan diadakan di Kuala Lumpur, Melaka, Bintulu dan Batu Pahat.

Akhir sekali pada minggu berikutnya PC Fair 2008 akan berlangsung di Johor Bahru, Kangar dan Kluang.

Berikut adalah tarikh dan lokasi PC Fair 2008 kali ketiga dan terakhir bagi tahun ini;

5 - 7 Disember 2008

  • Penang International Sports Arena, Penang
  • Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu, Sabah
  • Central Square, Sungai Petani, Kedah
  • Dewan SJK(C) Yuk Choy, Ipoh, Perak
  • Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
12 - 14 Disember 2008
  • KL Convention Centre, Kuala Lumpur
  • Mahkota Parade Melaka, Melaka
  • Dewan Suarah, Bintulu, Sarawak
  • Batu Pahat (BP) Mall, Batu Pahat, Johor
19 - 21 Disember 2008
  • Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru
  • Dewan 2020, Kangar, Perlis
  • Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor

Masuk adalah percuma dan dibuka dari pukul 11:00 pagi sehingga 9:00 malam.

Technorati Tags: , , ,

Posted by Azhad 11.12.08 3 comments

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah bekerja keras untuk memastikan isu melamine ini dapat dibendung dengan baik. Mereka telah menyita dan sampel makanan yang berkenaan telah diambil untuk dianalisa oleh Jabatan Kimia sebelum dibenarkan untuk dipasarkan. Barangan yang dianalisa itu termasuklah bijiran, kekeras, konfeksi, barangan coklat dan susu.

38 makanan sah tercemar melamine
Sementara itu para peniaga dinasihatkan untuk menyemak senarai produk yang tidak mematuhi tahap bagi melamine yang ditetapkan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dari masa ke semasa dan segera menarik balik produk makanan tersebut dari jualan.

Pengguna juga dinasihatkan untuk menyemak senarai produk yang tidak mematuhi tahap bagi melamine yang ditetapkan tersebut dan tidak membeli produk tersebut di pasaran.

Kementerian Kesihatan telah menasihati pengguna untuk tidak membeli biskut-biskut yang dijual di pasar malam, pasar tani, dan sebagainya yang tidak mempunyai label. Pengguna dinasihatkan sentiasa membaca label makanan sebelum membeli sesuatu produk di pasaran.

Maklumat terkini mengenai isu melamine ini boleh diperolehi melalui media massa seperti televisyen, radio, akhbar dan laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut Kementerian Kesihatan setakat 3 November 2008, produk makanan yang telah dianalisa dan didapati TIDAK mematuhi tahap melamine yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Ego White Rabbit Creamy Candy diimport dari Negara China
  2. Vigour 888 Filling Roll (Sergestid Shrimps Flavour) - diimport dari Negara China
  3. Taro Biscuits (Bairong) - diimport dari Negara China
  4. Potato Cracker (Silang)- diimport dari Negara China
  5. Biskut Lemon Puff - dikilangkan oleh Khong Guan Biscuit Factory Sdn Bhd
  6. Biskut Butter Cream - dikilangkan oleh Khong Guan Biscuit Factory Sdn Bhd
  7. Biskut Cocoa Puff - dikilangkan oleh Khong Guan Biscuit Factory Sdn Bhd
  8. Biskut Lemon Pof - dikilangkan oleh Khong Guan Biscuit Factory Sdn Bhd
  9. Biskut Family Crackers - dikilangkan oleh Khong Guan Biscuit Factory Sdn Bhd
  10. Biskut Baby Fish - dikilangkan oleh Khong Guan Biscuit Factory Sdn Bhd
  11. Biskut Soda - dikilangkan oleh Khong Guan Biscuit Factory Sdn Bhd
  12. Biskut Bentuk Binatang - dikilangkan oleh Khong Guan Biscuit Factory Sdn Bhd
  13. Biskut Rokok - dikilangkan oleh Khong Guan Biscuit Factory Sdn Bhd
  14. Biskut Healthy Cracker - dikilangkan oleh Khong Guan Biscuit Factory Sdn Bhd
  15. Biskut Sandwich Oren - dikilangkan oleh Khong Guan Biscuit Factory Sdn Bhd
  16. Biskut Mini Puff - dikilangkan oleh Khong Guan Biscuit Factory Sdn Bhd
  17. Biskut Creamy Chocolate - dikilangkan oleh Khian Guan Biscuit Manufacturing Co Sdn Bhd
  18. Biskut Jagung Puff - dikilangkan oleh Khian Guan Biscuit Manufacturing Co Sdn Bhd
  19. Biskut Ais Jem - dikilangkan oleh Khian Guan Biscuit Manufacturing Co Sdn Bhd
  20. Biskut Marie Besar - dikilangkan oleh Khian Guan Biscuit Manufacturing Co Sdn Bhd
  21. Biskut ABC - dikilangkan oleh Khian Guan Biscuit Manufacturing Co Sdn Bhd
  22. Biskut Tasty Cracker - dikilangkan oleh Khian Guan Biscuit Manufacturing Co Sdn Bhd
  23. Zoological Biscuit - dikilangkan oleh Khian Guan Biscuit Manufacturing Co Sdn Bhd
  24. Biskut Square Puff - dikilangkan oleh Khian Guan Biscuit Manufacturing Co Sdn Bhd
  25. Biskut Sandwich Oren - dikilangkan oleh Khian Guan Biscuit Manufacturing Co Sdn Bhd
  26. Supercrown Cracker - dikilangkan oleh Khian Guan Biscuit Manufacturing Co Sdn Bhd
  27. Healthy Puff - dikilangkan oleh Khian Guan Biscuit Manufacturing Co Sdn Bhd
  28. Biskut Mini Puff - dikilangkan oleh Khian Guan Biscuit Manufacturing Co Sdn Bhd
  29. Biskut Campuran(Party) - dikilangkan oleh Khian Guan Biscuit Manufacturing Co Sdn Bhd
  30. Biskut Gem - dikilangkan oleh Khian Guan Biscuit Manufacturing Co Sdn Bhd
  31. Swiss Cookie - dikilangkan oleh Khian Guan Biscuit Manufacturing Co Sdn Bhd
  32. Biskut Lemon Puff - dikilangkan oleh Khian Guan Biscuit Manufacturing Co Sdn Bhd
  33. Biskut Cocoa Puff - dikilangkan oleh Khian Guan Biscuit Manufacturing Co Sdn Bhd
  34. Biskut Chicken Egg - dikilangkan oleh Khian Guan Biscuit Manufacturing Co Sdn Bhd
  35. Biskut Le Mond Puff Berkrim Perisa Limau (Julie’s Brand) - dikilangkan oleh Perfect Food Manufacturing
  36. Biskut Gula/Sugar Crackers (Julie’s Brand) - dikilangkan oleh Perfect Food Manufacturing
  37. Wheat Crackers (Julie’s Brand) - dikilangkan oleh Perfect Food Manufacturing
  38. Cheese Cracker (Julie’s Brand) - dikilangkan oleh Perfect Food Manufacturing

Senarai di atas adalah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, untuk melihat senarai negara lain sila rujuk Official test failures of the 2008 Chinese milk scandal.

Technorati Tags: , , , , , ,

Reblog this post [with Zemanta]

Posted by Azhad 17.11.08 1 comments

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 akan diumumkan pada hari Khamis ini 13 November 2008. UPSR merupakan peperiksaan terakhir semasa di sekolah rendah. Pada tahun hadapan para pelajar ini akan melangkah sekolah menengah dan akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) semasa di tingkatan 3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa di tingkatan 5.

Pelajar Menghadapi PeperiksaanBagi tahun ini seramai 442,936 calon akan menduduki peperiksaan bertulis SPM 2008 di 3,930 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula hari ini 11 November sehingga 5 Disember 2008. Daripada jumlah itu, 388,079 atau 87.6 peratus adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran, 16,019 atau 3.6 peratus calon tajaan badan-badan tertentu, 10,331 atau 2.3 peratus calon sekolah swasta serta 28,507 atau 6.5 peratus calon persendirian.

Kementerian Pelajaran juga akan melaksanakan Ops Payung di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Johor yang dijangka dilanda banjir pada musim tengkujuh bagi memastikan perjalanan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lancar.

Langkah pertama ialah dengan memindahkan bilik peperiksaan ke tingkat lebih tinggi sekiranya bilik sedia ada ditenggelami air. Ini tidak menjadi masalah kerana hampir semua sekolah di negara ini adalah dari jenis bangunan bertingkat.

Langkah berikutnya sekiranya keadaan bertambah teruk yang mana hampir semua kawasan sekolah ditenggelami, pusat peperiksaan sekolah itu akan ditutup dan dipindahkan ke pusat peperiksaan di sekolah berhampiran yang lebih selamat.

Di samping itu asrama akan disediakan di sekolah kepada calon SPM yang kediamannya dilanda banjir supaya mereka tidak ketinggalan atau lewat tiba ke pusat peperiksaan.

Maklumat lanjut tentang tarikh, masa dan matapelajaran yang diperiksa boleh didapati di Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2008.

Technorati Tags: , , , ,

Reblog this post [with Zemanta]

Posted by Azhad 11.11.08 1 comments

Isu melamine telah mendapat perhatian seluruh dunia berikutan kematian beberapa orang bayi di negara China. Pada mulanya hanya susu bayi sahaja yang tercemar tetapi kemudian ianya juga merangkumi semua barangan tenusu dan telur dari China. Ini mengakibatkan bukan sahaja susu malah barangan yang ada menggunakan sumber susu seperti biskut, gula-gula dan seumpamanya diragui samada selamat untuk dimakan atau tidak.

Segelas SusuDi Malaysia setakat hari ini Kementerian Kesihatan memberi jaminan bahawa situasi semasa isu pencemaran melamine berada dalam keadaan terkawal dan tidak membimbangkan. Berdasarkan pemantauan Kementerian Kesihatan sehingga 3 November 2008 terdapat 38 barangan didapati tidak mematuhi tahap melamine yang ditetapkan.

Terkini pula dilaporkan barangan pau iaitu dumpling sejenis makanan kukus dan kicap buatan China pula didakwa dicemari melamin dan racun serangga.

Melamine adalah bahan organik yang antara kegunaannya ialah dalam pembuatan plastik, bahan pembersih, gam, baja dan lain-lain. Sebenarnya melamine adalah bahan yang tidak dibenarkan di dalam semua makanan.

Melamine terdapat di dalam susu dan hasilan susu dari China kerana ia ditambah secara sengaja untuk meningkatkan tahap nitrogen bagi mematuhi standard kandungan protein dalam susu. Penambahan Melamine dalam makanan adalah menyalahi undang-undang di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Melamine secara langsung akan mengakibatkan iritasi apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata. Pengambilan melamine melalui makanan boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem pembiakan serta pembentukkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing. Ini boleh mengakibatkan kegagalan ginjal terutamanya kepada bayi.

Orang ramai dinasihatkan untuk membawa bayi mereka ke hospital yang berhampiran untuk rawatan lanjut sekiranya mempunyai tanda-tanda masalah buah pinggang seperti bayi menangis tanpa sebab ketika kencing, kencing berdarah, dan tekanan darah tinggi pada bayi.

Untuk makluman melamin dalam makanan akan menjadi lebih bahaya jika bercampur dengan cyanuric acid iaitu sejenis bahan kimia yang terdapat secara semulajadi dalam makanan.

Malaysia tidak mengimport sebarang susu tepung formula bayi dan susu dari negara China tetapi ada mengimport hasilan susu dari negara China. Walaubagaimanapun, bekalan susu diimport dari Australia, New Zealand, Nertherland dan Amerika Syarikat. Ini merupakan syarat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam mengeluarkan permit bagi hasilan susu yang diimport dari negara China oleh kerana risiko penyakit kaki dan mulut pada ternakan lembu di negara tersebut.

Merujuk kepada Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, susu didefinisikan sebagai susu biasa yang bersih dan segar daripada lembu, kerbau, kambing atau biri-biri. Hasilan susu pula didefinisikan sebagai apa-apa produk yang dihasilkan atau disediakan daripada susu. Contohnya:

  • Susu skim (susu tanpa lemak)
  • Susu pasteur
  • Susu UHT
  • Susu berperisa
  • Susu tepung krim
  • Susu tepung skim
  • Susu sejat
  • Susu pekat manis
  • Mentega
  • Keju
  • Yogurt
  • Ghee (minyak sapi)
Tahap melamine yang dibenarkan(action level) oleh Kementerian Kesihatan ialah 1 mg/kg bagi makanan bayi dan 2.5 mg/kg atau 2.5 bahagian setiap juta (parts per million – ppm) bagi makanan lain.

Orang ramai boleh mengetahui bahawa suatu produk yang menjalankan pembungkusan semula (samaada dalam Malaysia ataupun melalui negara lain) adalah berasal dari Negara China dengan membaca labelnya. Berdasarkan Peraturan 11 (j), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, produk makanan yang diimport perlu menyatakan pada labelnya negara asal produk makanan tersebut.

Jika didapati maklumat berkaitan negara asal produk makanan berkenaan tidak dinyatakan dalam labelnya, pengguna boleh melaporkannya kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu terdapat juga keraguan samada selamat menggunakan pinggan mangkuk melamine. Melamine ware seperti pinggan mangkuk, jug, cawan dan gelas banyak digunakan dalam penyediaan makanan di rumah, restoran dan kedai-kedai makan. Melamine ware diperbuat daripada melamine, urea, bahan organik dan formaldehid. Melamine merupakan tahan haba dan sangat stabil. Melamine ware mampu tahan pada haba yang lebih tinggi berbanding barangan plastik lain.

Terdapat beberapa kajian mengenai migrasi melamine yang telah dijalankan di peringkat antarabangsa. Keputusan menunjukkan terdapat migrasi melamine dari melamine ware pada paras yang rendah. European Union (EU) telah menetapkan Specific Migration Limit (SML) bagi melamine adalah 30 kg/mg (ppm). Kadar migrasi melamine meningkat pada suhu tinggi, keadaan berasid dan penggunaan melamine ware yang berulang kali.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan melamine ware pada suhu yang ekstrem seperti di dalam oven dan ketuhar gelombang. Difahamkan pihak Kementerian Kesihatan juga sedang menjalankan pemantauan bersama Universiti Malaya bagi mengetahui tahap migrasi melamine dalam melamine ware yang terdapat di pasaran.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung isu melamine dengan menghubungi Talian Hotline Melamin iaitu 03-88833655 dan 03-88833652 yang beroperasi pada hari bekerja dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang atau layari laman web Bahagian Keselamatan dan Kualti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Technorati Tags: , , , , , ,

Reblog this post [with Zemanta]

Posted by Azhad 7.11.08 0 comments

Syawal tahun ini telah pun hampir ke penghujungnya dan suasana di kampung-kampung mungkin telah pun kembali kepada keadaan asal seperti hari-hari biasa. Sebaliknya di bandar-bandar pula saban hari terutama hujung minggu, sibuk diadakan rumah terbuka meraikan saudara-mara dan sahabat-handai. Begitulah lumrahnya setiap tahun yang biasa kita semua lalui.Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar

Sebenarnya di bulan Syawal ini adalah peluang terbaik untuk kita mengambil kesempatan untuk mengeratkan hubungan yang renggang dan memesrakan ikatan yang sedia ada. Mereka yang muda menghormati yang tua dan yang tua menyayangi yang muda. Segala selisih faham dan persengketaan keluarga atau sahabat hendaklah diselesaikan dan didamaikan.

Bermaaf-maafanlah dengan rasa tulus ikhlas dan insaf dengan kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan. Bukan sekadar memenuhi kebiasaan bertemu di Aidil Fitri ini. Janganlah rasa malu atau ego untuk meminta maaf dan hanya mengharapkan orang lain sahaja yang meminta maaf dengan kita. Begitu juga janganlah pula keras hati atau sombong untuk memberikan kemaafan kepada mereka yang memohon.

Setiap orang pasti ada membuat kesilapan dalam hidup ini, termasuklah diri kita sendiri. Malah ada juga perkara yang kita sangka betul tetapi sebaliknya menyinggung atau menyakiti orang lain.

Masa terus beredar dan umur kita akan terus meningkat malah bilakah kita akan mengembuskan nafas terakhir pun tidak ketahui. Kesalahan dan dosa kita dengan Yang Maha Esa boleh kita memohon maaf terus kepadaNya. Bagaimana dengan kesalahan kita sesama manusia apabila orang yang berkenaan telah meninggal dunia?

Oleh itu janganlah bertangguh untuk meminta maaf, janganlah menunggu hari raya sahaja baru nak bermaafan. Malah kita patut sentiasa memaafkan semua orang yang berada di sekeliling kita tanpa menunggu mereka datang kepada kita.

Semoga Syawal kali ini akan memberi kita satu keinsafan dan dapat membawa kehidupan kita yang lebih bermakna. Nukilan Jejari Azhad ingin memohon maaf jika ada sebarang penulisan di sini yang secara langsung atau tidak langsung yang kurang disenangi. Walaupun begitu terima kasih kerana menjadi pembaca blog ini. Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin.

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 22.10.08 2 comments

Ramadhan tinggal beberapa hari lagi dan Aidil Fitri pun menjelang tiba. Mulai hari ini mereka yang mencari rezeki di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur akan mula bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berhari raya. Ini secara langsung akan meningkatkan jumlah kenderaan di jalan raya dan lebuh raya lalu menyebabkan kesesakan lalu lintas.



Apabila jumlah kenderaan bertambah maka bilangan kemalangan juga meningkat. Menurut statistik kemalangan jalan raya jumlah kematian bagi tahun 2005 ialah 6188 orang, 2006 seramai 6287 orang dan 2007 seramai 6282 orang. Maka sebab itulah sebelum sesuatu perjalanan dimulakan dan ketika dalam perjalanan semua langkah-langkah keselamatan perlu diambil.

Sebelum memulakan perjalanan pastikan kenderaan telah diperiksa dan diservis. Masa perjalanan dan jalan yang akan diikuti juga perlulah dirancangkan dengan baik. Di samping itu semak juga jalan alternatif lain sebagai persedian jika jalan yang biasa digunakan terlalu sesak. Malah pemandu juga perlulah mendapat rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan.

Semasa dalam perjalanan memandulah dengan cara berhemah dan berhenti berehat bagi menghilangkan rasa letih atau mengantuk. Apa yang penting jangan berjanji dengan mereka yang menunggu di kampung pukul berapa kita akan sampai kerana ini akan menyebabkan kita tergesa-gesa memandu untuk sampai pada waktu yang ditetapkan.

Bagi memudahkan para pengguna, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM1) akan menyiarkan keadaan trafik terkini pada masa nyata bagi memudahkan lebih 1.4 juta pengguna lebuh raya merancang perjalanan pulang ke kampung.

Ketua Pengarah LLM, Datuk Ir Mohamad Razali Othman, berkata pihaknya akan 'berkongsi' pemantauan lebuh raya dengan pengguna sepanjang musim perayaan untuk menggalakkan pengguna memilih masa sesuai serta merancang perjalanan mereka.

Katanya, untuk tujuan itu lebih 200 unit kamera di lebuh raya termasuk di sekitar Kuala Lumpur akan digunakan bagi memastikan kelancaran trafik selain menambah jumlah kakitangan bertugas sepanjang tempoh puncak yang dijangka bermula sabtu ini.

Sementara itu Plus Expressways Berhad (Plus) pula telah mengeluarkan jadual perjalanan sempena Aidilfitri membabitkan tiga peringkat bermula hari Sabtu 27 September bagi mengelak kesesakan di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Jadual perjalanan itu disarankan pelaksanaannya sepanjang lima hari waktu puncak warga kota menggunakan lebuh raya berkenaan iaitu mulai Sabtu dan Ahad ini, 30 September (sehari sebelum Aidilfitri), serta 4 dan 5 Oktober ini bagi perjalanan pulang ke ibu kota.

Jadual Perjalanan Lebuh Raya Utara Selatan
Ketua Pegawai Operasi Plus, Nik Airina Nik Jaffar meminta pengguna lebuh raya mengikuti cadangan waktu perjalanan berkenaan yang dirangka hasil kerjasama Plus dengan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mendengar stesen radio Era, Sinarfm, MY Fm, Hitz.fm, LiteFM, XFresh, THR Raaga dan THR Gegar untuk maklumat trafik terkini.

"Plus juga menawarkan perkhidmatan SMS Plus Mobile Alert (PlusMA) pada 27, 28 dan 30 September serta 4 dan 5 Oktober ini, dengan kadar 30 sen satu SMS bagi maklumat trafik terkini Lebuh Raya Utara-Selatan," katanya.

Beliau berkata, laluan kontra tiga lorong akan dibuka mulai Persimpangan Sungkai ke Persimpangan Slim River bagi perjalanan pulang ke ibu kota pada 4 dan 5 Oktober ini jika keadaan trafik didapati sesak.

Bagi sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan SMS PlusMA serta berita trafik mutakhir, pengguna lebuh raya berkenaan boleh menghubungi PLUSLine di 1 800-88-0000 yang beroperasi 24 jam setiap hari.

Technorati Tags: , , , , , , ,

Reblog this post [with Zemanta]

Posted by Azhad 27.9.08 2 comments

Hari ini 17 September bersamaan dengan 17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

al-QuranPeristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Al-‘Alaq:1-5)

Ditulis oleh Dr Samsu Adabi Mamat, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber: Jakim

Technorati Tags: , , , ,

Reblog this post [with Zemanta]

Posted by Azhad 17.9.08 0 comments

Umat Islam sudah hampir dua minggu berpuasa dan ramai yang berebut-rebut untuk melakukan amal ibadat di bulan yang mulia ini. Segala amal yang kita lakukan disepanjang bulan Ramadhan ini akan digandakan pahalanya oleh Allah swt. Di harap tiada yang ketinggalan beramal kerana kita belum tahu samada Ramadhan tahun hadapan akan dapat kita tempohi.

WP RM5.20

Bulan Ramadhan ini adalah bulan Barkah. Bulan yang disebut juga Syahrul Tarbiyyah dan Tazkiyyah. Bulan ini sepatutnya menjadi medan melunakkan akal, mematuhi arahan Allah dan menundukkan nafsu.

Satu lagi perkara rukun yang perlu dilakukan ialah membayar zakat fitrah. Kadar zakat fitrah bagi tahun ini telah ditetapkan dan hampir semua negeri di Malaysia telah menaikkan kadarnya. Ini selari dengan kenaikan harga beras baru-baru ini.

Untuk panduan bersama berikut adalah kadar zakat fitrah 2008 / 1429H;

Kuala Lumpur RM5.20
Labuan RM5.20
Putrajaya RM5.20
Johor RM6.50
Kedah RM7.00
Kelantan RM7.60
Melaka RM6.30
N.Sembilan RM6.50
Pahang RM7.30
Perak RM7.00
Perlis RM5.00/RM7.00
P.Pinang RM7.30
Sabah RM7.70
Sarawak RM7.50
Selangor RM5.20
Terengganu RM6.00/RM7.00/RM8.00

Di samping zakat fitrah jangan terlupa pula bahawa ada juga zakat harta. Zakat harta termasuklah zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat binatang ternakan, zakat pertanian, zakat wang simpanan, zakat emas dan perak, zakat saham serta zakat ma'adin (galian perut bumi), zakat kunuz (harta tertanam dalam bumi; harta karun) dan zakat rikaz (harta tersimpan dalam bumi sebelum kedatangan Islam).

Semoga dengan mengeluarkan zakat akan membersihkan harta yang dimiliki dan dapat membantu mereka yang memerlukannya.

Technorati Tags: , , , , , ,

Reblog this post [with Zemanta]

Posted by Azhad 11.9.08 4 comments

Tokoh Kewartawanan Negara Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia kira-kira pukul 5.58 petang 4 September 2008 di Pusat Perubatan Pantai selepas menghadapi jangkitan paru-paru penghujung bulan lalu. Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Pantai pada 25 Ogos lalu akibat jangkitan paru-paru.

Tan Sri Abdul SamadKeadaan kesihatan beliau, yang juga mesra dengan panggilan Pak Samad, menunjukkan kemajuan pada peringkat awal sebelum kembali tenat sejak Sabtu lepas setelah masalah jangkitan paru-parunya merebak ke organ lain.

Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Hamid dan dua anak lelaki dan lapan anak perempuan termasuk blogger dan bekas wartawan Nuraina dan Maria selain 26 cucu serta empat cicit. Habibah dan anak perempuannya, Nurazrina berada di sisi ketika beliau menghembuskan nafas terakhir. Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990.

Jenazah beliau akan disemadikan di perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat, hari ini.

Pak Samad, dilahirkan di Geylang, Singapura pada 18 April 1924. Beliau menamatkan persekolahan Senior Cambridge pada 1940.

Pak Samad mula menempuh alam pekerjaan dengan Utusan Melayu ketika berusia 16 tahun, kemudian sebagai pengarang Berita Malai (1944) pada zaman Jepun sewaktu berusia 20 tahun.

Pada 1946, beliau dilantik sebagai penolong pengarang, Utusan Melayu. Beliau juga pernah bertugas sebagai wakil Utusan Melayu di Jakarta.

Pada 1959, Pak Samad dilantik sebagai pengarang pertama akhbar Berita Harian, sebelum menjadi pengarang urusan bagi kumpulan akhbar The New Straits Times (1974).

Pada 1984, Pak Samad dilantik sebagai penasihat jabatan pengarang bagi kumpulan akhbar berkenaan sehingga beliau bersara pada 1988.

Pak Samad aktif dalam pergerakan politik. Pada 1947, bersama-sama Abdul Aziz Ishak, beliau menubuhkan Gerakan Angkatan Muda (Geram). Penubuhan itu menjadi anggota Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) bawah pimpinan Dr Buhanuddin Al-Helmi dan All-Malayan Council of Joint Action (AMCJA) di bawah pimpinan Tan Cheng Lock.

Pak Samad juga terbabit dalaqm pakatan Anti-British League bersama-sama PB Sharma, JJ Putucheary, Devan Nair dan John Eber.

Beliau pernah ditangkap dua kali di Singapura oleh pemerintah British (1946 dan 1951). Ekoran daripada Peristiwa Natrah pada 1951, beliau dipenjarakan di Pulau Sekinchan kerana dituduh sebagai penghasut yang menyebabkan peristiwa perkauman.

Pada 1976, Pak Samad ditangkap lagi, tetapi kali ini oleh kerajaan Malaysia, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh bersimpati dengan komunis.

Beliau dibebaskan pada 1981 oleh pentadbiran Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengambil alih pentadbiran daripada Tun Hussein Onn (yang memenjarakan Pak Samad).

Pak Samad turut menyertai rombongan "Malaysia Merdeka" yang pertama ke London (1953). Pembabitan Pak Samad dalam politik secara aktif bermula pada pertengahan dekad 1950-an apabila beliau turut terbabit dalam penubuhan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura pada 1954.

Beliau kemudian menyertai dan memimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) Singapura pada 1958.

Pak Samad menceburi bidang penulisan kreatif sejak zaman pemerintahan Jepun. Cerpen ciptaan awalnya terkumpul dalam antologi seperti Mekar dan Segar (1959) dan Karangan Bunga Dari Selatan (1963).

Cerpen yang ditulis pada dekad 1960-an dan belum pernah tersiar sebelum itu, akhirnya dikumpulkan dalam dua kumpulan persendiriannya yang berjudul Temasya Tinta (1967) dan Mastura (1967).

Antara 1966 hingga 1975, Pak Samad menghasilkan 11 buah novel dan empat buku bimbingan penulis dan wartawan. Antara novel yang dihasilkannya ialah Patah Sayap Terbang Jua (1966), Tembok Tidak Tinggi (1967), Kail Panjang Sejengkal (1967), Detik-Detik Cemas (1969), Hussen Zet (1960) dan Sutinah (1975).

Buku lain termasuklah Mengasah Bakat (1966), Kursus Wartawan (1966), Bimbingan Penulis (1967) dan Memoir A Samad Ismail di Singapura (1993).

Sebagai seorang aktivis bahasa dan budaya, Samad turut menyarankan peningkatan penggunaan bahasa Melayu dan di kemuncak perjuangannya, beliau menyokong penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mula dicetuskan pada 1968.

Selaras dengan perjuangannya dalam bidang sastera, beliau menjadi pengasas Angkatan Sastewawan 50 (Asas 50) di Singapura dan Persatuan Penulis Nasional (Pena) di Kuala Lumpur.

Pada 1971, Pak Samad dilantik sebagai ahli panel Hadiah Karya Sastera anjuran kerajaan. Pada 1974, Pak Samad menerima Anugerah Ramon Magsaysay.

Pada 1976, Kerajaan Malaysia menganugerahkan Hadiah Pejuang Sastera kepada Pak Samad di atas jasa dan sumbangannya dalam bidang penulisan.

Pada 1987, beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh UKM, sementara Institut Akhbar Malaysia (IAM) memberikannya gelaran Tokoh Wartawan Negara.

Tan Sri Samad dilantik sebagai Karyawan Tamu selama dua tahun di UKM (1991-1993). Kemudian mulai Oktober 1993, beliau menjadi Karyawan Tamu di Jabatan Penulisan Universiti Malaya.

Sejak 1992, Pak Samad dilantik sbeagai pengerusi Panel Menggubal Dasar Komunikasi Negara. Pada tahun itu beliau dianugerahi darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri.

Cerita lanjut tentang keadaan Pak Samad sebelum ini diceritakan oleh anak beliau di blognya Nuraina A Samad's 3540 Jalan Sudin.

Salam takziah kepada ahli keluarga allahyarham, al-Fatihah.

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 5.9.08 2 comments

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kembali mewakili Parlimen Permatang Pauh selepas memenangi pilihan raya kecil kawasan itu. Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, pada jam 10.05 malam tadi.

Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang PauhAnwar memperoleh 31,195 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah yang mendapat 15,524 undi. Seorang lagi calon dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Mamat, pula hilang wang deposit selepas memperoleh hanya 92 undi.

Seramai 47,356 atau 81 peratus daripada 58,459 pemilih mengundi pada pilihan raya kecil itu yang diadakan selepas kerusi berkenaan dikosongkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding semula di Permatang Pauh.

Detik-detik penjalanan pilihan raya semalam boleh dibaca di Laporan Pengundian Permatang Pauh.

Ringkasan Keputusan Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh

2008 - Ogos
Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR): 31,195 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi

Jumlah mengundi: 47,258
Jumlah pengundi: 58,459
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

2008 - Mac
Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR): 30,348 undi
Pirdaus Ismail (BN): 16,950 undi
Majoriti: 13,398 undi

2004
Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR): 21,737 undi
Pirdaus Ismail (BN): 21,147 undi
Majoriti: 590 undi

1999
Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR): 23,820 undi
Pirdaus Ismail (BN): 14,743 undi
Majoriti: 9,077 undi

1995
Anwar Ibrahim (BN): 27,945 undi
A.Rahman Manap (DAP): 4,430 undi
Mazani Abdullah (PAS): 4,071 undi
Majoriti: 23,515 undi

1990
Anwar Ibrahim (BN): 23,793 undi
Mahfuz Omar (PAS): 7,643 undi
Majoriti: 16,150 undi

1986
Anwar Ibrahim (BN): 17,979 undi
Muhamad Sabu (PAS): 7,500 undi
Majoriti: 10,479 undi

1982
Anwar Ibrahim (BN): 18,849 undi
Mahfuz Omar (PAS): 4,497 undi
Tan Ah Huat (DAP): 1,825 undi
Majoriti: 14,352 undi

Sumber: BERNAMA, Berita Harian

Technorati Tags: , , , , , , ,

Reblog this post [with Zemanta]

Posted by Azhad 27.8.08 2 comments

Begitu pantas masa berlalu dan tanpa kita sedari hari ini cukup setahun pemergian Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin yang dibunuh dengan kejam sehingga mendapat perhatian dan simpati daripada seluruh lapisan masyarakat di negara ini.

Pusara Allahyarham Nurin Jazlin JaziminMungkin ramai yang telah lupa peristiwa tersebut tetapi ahli keluarga dan mereka yang rapat dengan keluarga Allahyarham Nurin pasti merasa ianya seperti baru semalam sahaja berlaku. Blog ini juga ada melaporkan peristiwa kehilangan dan kematian beliau.

Bayangkanlah bila mayat kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu yang disumbat dalam beg pakaian sukan ditemui di luar sebuah rumah kedai di PJS 1, Petaling Jaya. Kanak-kanak itu diculik dalam perjalanan pulang ke rumah di Seksyen Satu, Wangsa Maju selepas pergi ke pasar malam berhampiran.

Malangnya, sehingga saat ini, kes pembunuhan kejam itu masih belum selesai dan lebih memilukan hati dan perasaan keluarga kanak-kanak malang berkenaan ialah mereka masih terkilan dan kecewa apabila sebuah akhbar melaporkan bahawa polis mengkaji kemungkinan Nurin diculik peminjam wang haram, yang mengaitkan seolah-olah keluarga itu berurusan dengan along.

Ditambah pula gambar bedah siasat Nurin tersebar menerusi internet yang dikirim menggunakan e-mel.

Kini selepas menunggu setahun, keluarga Nurin mahu menuntut keadilan dan pembelaan. Hari ini, mereka akan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap polis dan kerajaan.

Mereka menuntut pampasan, permohonan maaf terbuka dan penarikan balik laporan akhbar yang membayangkan keluarga itu berurusan dengan along. Mereka juga menuntut permohonan maaf terbuka dan pampasan terhadap pengedaran gambar bedah siasat kanak-kanak itu.

Keluarga NurinDi laman web Nurin Jazlin ada turutan laporan akhbar yang berkaitan dengan pengedaran gambar bedah siasat itu. Bermula dari pengesahan gambar tersebut telah tersebar melalui e-mail sehingga kepada laporan polis memaklumkan individu yang bertanggungjawab mengedarkan gambar tersebut telah dikenal pasti dan akan didakwa di mahkamah.

Malangnya sehingga ke hari ini tiada sesiapa yang didakwa kerana menyebarkan gambar bedah siasat tersebut. Ibu bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman, semalam melahirkan kekecewaan atas apa yang berlaku.

"Bukankah kami cukup terseksa dengan kematian Nurin? Mengapa jadikan kami lebih menderita dengan mengedar gambar bedah siasat anak perempuan kami?" kata Jazimin.

Sebenarnya sebelum kes Nurin Jazlin terdapat ramai mangsa kejadian culik, rogol dan bunuh. Malah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon ada memaklumkan di Parlimen bahawa terdapat seramai 242 orang kanak-kanak dilaporkan hilang di antara bulan Januari dan Mac tahun ini. Hanya separuh sahaja yang telah dijumpai dan yang lain masih hilang.

Semoga tindakan yang lebih konkrit dapat dilaksanakan dan kerjasama semua pihak dapat digembeling agar sesuatu yang positif dapat menjadi kenyataan.

Bapa Allahyarham Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil telah memfailkan saman malu bernilai RM2 juta terhadap Ketua Polis Negara berikutan kecuaian mendedahkan gambar bedah siasat anaknya pada 14 Ogos.

Beliau juga memfailkan saman fitnah terhadap polis dan kerajaan Malaysia kerana mendakwanya meminjam wang daripada along.

Jazimin menfailkan saman itu kepada Pandaftar Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.

Sumber: Berita Harian

Technorati Tags: , , , , , , ,




Reblog this post [with Zemanta]

Posted by Azhad 20.8.08 3 comments

Tema hari kemerdekaan bagi tahun 2008 ialah Perpaduan Teras Kejayaan. Jika berminat untuk mengetahui tema-tema sebelumnya bolehlah pergi ke Tema Hari Kemerdekaan yang lalu. Di bawah ini dipaparkan logo sambutan ulangtahun kemerdekaan bagi tahun ini yang merupakan yang ke 51.
Logo Hari Kemerdekaan ke 51

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Jika sudah ada tema dan logo, tentu tidak lengkap jika tiada lagu khas untuknya. Berikut adalah lagu tema hari kemerdekaan ke 51 yang dicipta oleh Pak Ngah dan lirik oleh Lokgha;

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

Lagu di atas boleh dimuat turun di Lagu Tema Merdeka ke 51. Saya ada cuba mencari minus one untuk lagu ini tetapi tidak berjaya. Walaupun begitu di laman web Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional terdapat minus one beberapa lagu patriotik lain.

Sementara itu jika ingin mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan kemerdekaan negara kita Malaysia bolehlah merujuk kepada Portal Hari Kemerdekaan.

Technorati Tags: , , , , , ,


Zemanta Pixie

Posted by Azhad 8.8.08 22 comments

Malaysia Book Fair 2008 atau Pesta Buku Malaysia 2008 di konsepkan dengan pengisian berbagai program interaktif yang berupaya menarik tumpuan umum terhadap penganjurannya dan sebagai pengisian Kempen Membaca 2008. Oleh itu ia juga dikenali sebagai Pesta Buku Malaysia @ Kempen Membaca 2008 dengan motto "Menjana Modal Insan Cemerlang".

Kempen MembacaPesta Buku Malaysia 2008 ini dianjurkan oleh Invent Solution Sdn Bhd dengan sokongan dan kerjasama pihak Perpustakaan Negara Malaysia termasuk juga lain-lain organisasi seperti Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia serta Majlis Buku Kebangsaan Malaysia sebagai program pemangkin Kempen Membaca 2008.

Pesta Buku Malaysia 2008 akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 31 Julai - 3 Ogos

Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam

Tempat : Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Masuk adalah percuma.

Di samping pameran dan penjualan buku terdapat juga sesi membuat boneka, kuiz, resensi buku, sesi bercerita, ikon buku dan lain-lain.

Semoga Kempen Membaca 2008 serta Pesta Buku Malaysia mampu memberi impak positif kepada amalan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Technorati Tags: , , , ,

Zemanta Pixie

Posted by Azhad 1.8.08 3 comments

Ponteng sekolah bukan sekadar masalah disiplin di kalangan pelajar, tetapi persoalannya lebih besar, antaranya ke mana dan apakah yang mereka buat sepanjang waktu melakukan salah laku itu serta akibatnya. Daripada lapan jenis salah laku disiplin disenaraikan Kementerian Pelajaran, ponteng berada di tangga kedua terbanyak selepas kurang sopan, diikuti berunsur jenayah, tidak pentingkan masa, kekemasan diri, kenakalan, laku musnah dan berunsur kelucahan.

Berdasarkan pengalaman lalu, akibat pelajar ponteng bukan saja ketinggalan dalam pelajaran, malah lebih teruk lagi termasuk terbabit gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, vandalisme, gangsterisme, minuman keras, seks bebas, perjudian dan melepak.

2007 : 21,060 pelajar ponteng
Implikasi besar yang mungkin wujud akibat masalah ponteng itu menyebabkan ia dianggap Kementerian Pelajaran sebagai salah laku disiplin paling serius.

Rekod Kementerian Pelajaran tahun lalu menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar (0.46 peratus) pada tahun sebelumnya.

Selain ponteng, salah laku pelajar kurang sopan seperti merokok, tidak hormat guru dan pengawas serta berbahasa kesat adalah kesalahan paling banyak berlaku di sekolah membabitkan 23,220 kes (0.43 peratus ) tahun lalu dan 19,980 kes (0.37 peratus) pada 2006.

Kesalahan berunsur jenayah seperti mencuri, mencederakan pelajar, bergaduh dan pukul juga antara kes banyak dicatatkan di sekolah iaitu 18,900 (0.35 peratus) tahun lalu dan 18,360 (0.34 peratus) pada 2006.

Isu lewat ke sekolah atau tidak pentingkan masa juga agak ketara dengan rekod 18,360 pelajar (0.34 peratus) terbabit tahun lalu dan 15,120 pelajar (0.28 peratus) pada tahun sebelumnya.

Masalah kenakalan pelajar seperti membawa telefon bimbit ke sekolah mencatatkan penurunan kes agak ketara iaitu daripada 15,120 pada 2006 kepada 8,640 kes tahun lalu.

Kesalahan laku musnah seperti merosakkan kemudahan atau menconteng di bangunan sekolah juga berkurangan daripada 3,780 kes pada 2006 kepada 3,240 kes tahun lalu.

Kes salah laku disiplin berunsur kelucahan termasuk membuat bahasa isyarat, lukisan serta menggunakan perkataan tidak senonoh mencatat jumlah sama pada 2006 dan tahun lalu, iaitu 2,700 kes.

Statistik kementerian mengenai salah laku disiplin pelajar dalam tempoh 2003 hingga 2007 mencatatkan kadar purata dua peratus, manakala kes jenayah yang diteliti menerusi rekod polis pada kadar purata 0.03 peratus.

Walaupun jumlah kes disiplin pelajar negara ini jauh lebih rendah berbanding negara lain, Kementerian Pelajaran tetap menganggap ia isu yang perlu ditangani secara serius.

Artikel ini ditulis oleh Rosniza Mohd Taha
. Sebelum ini saya sendiri ada menulis mengenai Ponteng Antara Masalah Disiplin Pelajar Sekolah.

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 28.7.08 7 comments

Pesta PC Pikom 2008 pusingan kedua bakal bermula minggu depan di 13 bandar seluruh negara. Pesta anjuran Persatuan Industri Komputer dan Komunikasi Multimedia Malaysia (PIKOM) itu membolehkan penggemar IT melihat pelbagai teknologi terkini dengan tawaran harga istimewa.

TERKINI : Tarikh dan Lokasi PC Fair 2008 bulan Disember ini.

PC Fair 2008Dikenali sebagai PC Fair 2008 akan dimulakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru, Central Square di Sungai Petani dan Dewan Sri Mentakab di Pahang pada 1 hingga 3 Ogos ini.

Minggu seterusnya menyaksikan Arena Sukan Antara bangsa Pulau Pinang, Mahkota Parade di Melaka, Pusat Perdagangan Sabah, Kota Kinabalu dan Dewan Tun Hj Mustapha di Lahad Datu menjadi medan membeli produk teknologi maklumat.

Manakala pada 14 hingga 16 Ogos nanti, pengunjung di KB Mall, Kota Bharu, Star Parade, Alor Star dan Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu bakal menikmati kunjungan vendor IT melalui gerai disediakan.

Pada 15 hingga 17 Ogos pula akan berlangsung di Berjaya Megamall, Kuantan sebelum berakhir pada 12 hingga 14 September di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Berikut adalah tarikh dan lokasi PC Fair 2008 kali kedua bagi tahun ini yang akan berlangsung dalam bulan Ogos dan September ini;

1 - 3 August 2008

  • KL Convention Centre, Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur
  • Persada Johor International Convention Centre, Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru
  • Central Square, Sungai Petani, Jalan Kampung Baru, 08000 Sungai Petani
  • Dewan Sri Mentakab, Mentakab, 28400 Mentakab
8 - 10 August 2008
  • Penang International Sports Arena, Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau
  • Mahkota Parade Melaka, Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir
  • Sabah Trade Centre, Jalan Istiadat, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu
  • Dewan Tun Hj Mustapha, 91100 Lahad Datu, Sabah
14 - 16 August 2008
  • KB Mall, Kota Bharu, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu
  • Pusat Dagangan Terengganu, Padang Hiliran, 21100 Kuala Terengganu
  • Star Parade, Jalan Teluk Wanjah, 05200 Alor Star
15 - 17 August 2008
  • Berjaya Megamall, Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan, 25000 Kuantan
12 - 14 September 2008
  • Stadium Indera Mulia, Jalan Stadium Perak, 31400 Ipoh
Masuk adalah percuma dan dibuka dari pukul 11:00 pagi sehingga 9:00 malam.

Technorati Tags: , , ,

Posted by Azhad 24.7.08 2 comments

Berikut adalah kenyataan media pejabat Datuk Sri Anwar Ibrahim berkenaan penahanan tersebut -- Petang ini jam 1.05 petang Anwar Ibrahim, Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ditahan di luar rumah beliau di Kuala Lumpur. Beliau dijadualkan untuk memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada jam 2.00 petang berasaskan perjanjian yang dicapai dengan pihak polis pada hari Selasa lalu.

ulangan peristiwa 1998?
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu dalam perjalanan pulang dari Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah ke rumah beliau selepas memberi kenyataan berkenaan laporan polis yang dibuatnya. Laporan tersebut berkaitan pemalsuan serta penyembunyian bukti-bukti kes oleh Tan Sri Musa Hasan dan Tan Sri Gani Patail pada tahun 1998 yang membabitkan Datuk Seri Anwar. Beliau diiringi para peguam, staf dan pasukan keselamatan.

Anwar IbrahimPasukan polis yang disertai 10 buah kereta, separuh darinya tidak dapat dikenali, telah memaksa rombongan Datuk Seri Anwar untuk berhenti sejurus mereka memasuki persimpangan Bukit Segambut. Pasukan polis ini juga terdiri dari Unit Tindakan Khas yang berjumlah 20 orang bertopeng, mengingatkan kita kepada peristiwa tahun 1998.

Seorang pegawai terus mendekati Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meminta beliau turun untuk menaiki kenderaan yang disediakan polis ke Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur( IPK KL). Para peguam beliau tidak dibenarkan untuk bersama dalam satu kenderaan menuju ke IPK KL.

Penangkapan ini terjadi kurang dari 15 jam selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul buat julung kalinya secara siaran langsung di Televisyen Malaysia semenjak tahun 1998. Beliau mengumumkan kepada para penonton akan hasratnya untuk bertanding pilihanraya kecil dan selepas berjaya membentuk kerajaan baru, akan menurunkan harga minyak petrol tempatan sebanyak 50 sen.

Majoriti rakyat Malaysia gembira dan menyatakan sokongan ke atas kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika siaran tersebut.Insiden penangkapan ini mengejutkan serta menunjukkan segala episod yang berlaku bagaikan satu ulangan tindakan yang dikenakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Minggu-minggu kebelakangan ini menyaksikan media arus perdana yang dimiliki kerajaan mulai menabur fitnah dan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kakitangan beliau diganggu dan kita menyaksikan satu konspirasi telah bermula untuk merencatkan perubahan politik yang kian hampir. Rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa walau dalam apa jua keadaan sekalipun tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dicederakan. Perdana Menteri Abdullah Badawi mesti berpegang pada janji untuk memastikan keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kami berjaya berkomunikasi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau meminta para penyokong dan rakyat Malaysia untuk tetap bertenang supaya tidak ada alasan bagi pihak kerajaan untuk mengisytiharkan darurat. Oleh itu beliau menyeru agar rakyat Malaysia dan para penyokong menolak sebarang bentuk provokasi.

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
KUALA LUMPUR, 16HB JULAI, 2008 3.30 PM


English Version

This afternoon at 1:05 PM Anwar Ibrahim, former Deputy Prime Minister of Malaysia, was arrested outside of his home in Kuala Lumpur. He was due to issue a statement at IPK KL (Kuala Lumpur Police Contingent Headquarters) at 2:00 PM based on an agreement reached with the police on Tuesday.

Anwar Ibrahim was returning from the Anti Corruption Agency to his home after giving a statement pertaining to the police report that has been filed regarding suppression of material facts in the case involving him in 1998. He was accompanied by his senior legal team, staff, and security.

As he entered the neighborhood of his home, a contingent of ten police cars, half unmarked and half patrol, forced the two cars in Anwar Ibrahim’s entourage to stop. There was a contingent of 20 balaklava-clad masked commandos (UTK) who accosted him, reminiscent of the forces sent to arrest Anwar Ibrahim at his home in September 1998.

An officer approached Anwar Ibrahim and demanded that he accompany the police in an unmarked vehicle to the Kuala Lumpur Police Contingent Headquarters. His lawyers were not permitted to travel with him to the police station.

This arrest has taken place less than fifteen hours after Anwar Ibrahim appeared live on Malaysian television for the first time since 1998 and announced to millions of viewers his intention to stand for election, and upon the formation of a new government, to lower the domestic price of fuel by 50 sen. The overwhelming majority of Malaysians expressed their support of his televised statement.

These events are deeply disturbing to us and indicate that this entire episode is a repeat of the actions taken against Anwar Ibrahim in 1998. During the last few weeks the government owned mainstream media has demonized and vilified him. His staff has been harassed and we see a conspiracy being hatched to thwart the political change that is imminent in Malaysia.

Under no circumstances will the people of Malaysia and the international community tolerate any harm coming to Anwar Ibrahim. We remind Prime Minister Abdullah Badawi of the promise he made to ensure Anwar Ibrahim’s protection.

We have been able to communicate with Anwar Ibrahim, who calls upon his supporters and the people of Malaysia to remain calm and to reject any attempts at provocation, which will give a pretext for an emergency situation to be declared.

OFFICE OF ANWAR IBRAHIM
CONTACT: press@aiassociates.com

Technorati Tags: , , , ,


Zemanta Pixie

Posted by Azhad 17.7.08 1 comments

Pada 20 Jun yang baru lepas umur ibuku telah mencecah 70 tahun. Kami adik beradik telah bersepakat untuk mengadakan majlis sambutan ulangtahun kelahiran ibu kami dan majlis tersebut telah pun selamat berlangsung pada hari Sabtu lalu. Jemputan adalah terdiri daripada jiran-jiran terdekat dan saudara-mara kami. Sungguh puas melihat ibuku sungguh gembira pada hari tersebut. Kami bertuah mempunyai seorang ibu yang sungguh istimewa.

Pulut KuningIbuku adalah bekas kakitangan kerajaan dan telah bekerja sebagai jururawat. Semasa ibuku masih bekerja beliau pernah menyambut kelahiran beberapa orang sepupuku. Sekarang ini ibuku hanya duduk di rumah memerhatikan cucu-cucunya membesar.

Majlis pada hari itu telah dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Abang Remy anak saudara ibuku sendiri. Selepas itu ibuku telah dijemput untuk memotong pulut kuning yang berbentuk nombor tujuh puluh. Di antara hidangan pada hari tersebut adalah pulut kuning dengan rendang, ayam dan udang bakar, tauhu dan sosej bakar, kerang bakar, nasi goreng cina, sup daging, beberapa kuih muih dan buah-buahan.

Apa yang menyeronokkan pada malam tersebut apabila beberapa orang sepupu dan anak buahku sama-sama membakar dan memanggang ayam, udang, kerang, tauhu dan sosej. Suasana pada malam tersebut boleh dilihat melalui koleksi gambar-gambar yang telah diambil.

Sebenarnya majlis sebegini memberi peluang kepada semua orang berjumpa dan beramah mesra dengan sanak-saudara. Maklumlah kehidupan di ibukota menjerat kita dengan berbagai kesibukan dan aktiviti setiap hari. Malah ada suasana di beberapa kampung yang sudah hampir sama dengan kesibukan di kota. Mungkin inilah yang terpaksa dibayar untuk pembangunan.

Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan sama-sama memeriah sambutan ulangtahun kelahiran ibuku yang ke 70.

Technorati Tags: , , ,

Posted by Azhad 23.6.08 4 comments

Akademi Al Quran musim ketiga telah pun berakhir semalam dengan menobatkan Mohd. Fakhrul Radhi Khamaruddin berumur 22 tahun sebagai juara pertandingan program realiti terbitan TV9 ini. Ini bermakna Mohd Fakhrul yang berasal daripada Kedah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 beserta sebuah kereta Proton Saga dan piala kristal berbentuk al-Quran.

Mohd Fakhrul

Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzaman berumur 25 tahun yang berasal dari Perak pula diisytiharkan sebagai Naib Johan. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.

Sementara itu, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman berumur 25 tahun telah memenangi tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000. Seorang lagi finalis yang bertanding pada peringkat akhir Akademi Al Quran dan memenangi tempat keempat ialah Syamsul Abu Hassan Alshaari berumur 24 tahun.

Seramai empat orang peserta bertanding di peringkat akhir Akademi Al Quran musim 3 ini, sebuah program realiti TV tempatan pertama yang memerlukan peserta memperdengarkan bacaan al-Quran mengikut kaedah tertentu.

Peringkat akhir Akademi Al-Quran musim ketiga ini telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan secara langsung oleh TV9.

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 20.6.08 2 comments

Akademi Al-Quran musim ketiga (AQ3) akan sampai ke penghujungnya pada hari Khamis ini, 19 Jun 2008. Empat orang peserta akan bersaing merebut gelaran juara AQ3 mengikuti jejak juara terdahulu Abdullah Fahmi dan Anuar Hashim. Peserta akhir AQ3 kali ini adalah Ahmad Tarmizi Abd. Rahman, Mohd. Fakhrul Radhi Khamarudin, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzzaman dan Syamsul Abu Hassan Al- Shaari.

Logo Akademi Al Quran AQProgram Akademi Al -Quran (AQ) telah meyaksikan maklum balas dan kepekaan masyarakat terhadap ilmu agama itu semakin bercambah. Sedikit sebanyak ia kembali bernyawa kerana semakin ramai yang mula menunjukkan minat untuk belajar perihal pengajian itu. Tambahnya lagi, peluang pekerjaan juga kian terbuka kepada peserta yang pernah menyertai AQ.

Program AQ juga telah menimbulkan minat dan kesedaran masyarakat kita untuk mempelajari ilmu agama dalam hafazan al-Quran. Secara tidak langsung, guru-guru agama juga sudah mula dicari semata-mata melengkapkan keinginan syurgawi mereka. AQ juga banyak membuka jalan kepada bekas peserta terdahulu daripada segi mendapat peluang menjawat jawatan di beberapa sektor pekerjaan. Ada yang menjadi pensyarah, ada yang bekerja di JAKIM dan ada juga yang menjawat jawatan sebagai Pengarah Tabung Haji bahagian Masjid di syarikat itu.

TV9 sebagai stesen yang merintis program realiti berasaskan agama akan berusaha untuk memastikan bakat-bakat yang diasah menerusi AQ tidak tercicir daripada mendapat perhatian masyarakat. Apa lagi stesen berkenaan menyifatkan AQ merupakan platform terbaik untuk membudayakan bacaan kitab suci Al-Quran, khususnya di kalangan generasi muda.

Peserta akhir AQ3TV9 akan melipatgandakan usaha untuk mempromosikan bakat-bakat AQ agar mereka boleh menjadi ikon muda yang disegani ramai. Jika pemenang rancangan realiti lain berjaya di luar sana selepas tamat pengajian mereka, begitu juga dengan peserta AQ. Mereka yakin, usaha dan pendekatan promosi yang baik akan membantu memperkenalkan bakat-bakat AQ ke peringkat yang lebih luas. Antara pendekatan yang dijangka paling efektif untuk mempromosikan qari dan qariah yang dilahirkan menerusi AQ ialah menerusi sesi jelajah Perkampungan Islam Hadhari yang dianjurkan stesen berkenaan.

AQ yang kini memasuki musim ketiga penerbitannya sudah membuktikan kemampuannya menarik perhatian khalayak televisyen. AQ yang diterbitkan oleh stesen yang berbangga dengan slogannya, Dekat Di Hati sehingga kini itu berjaya mencatat jumlah penonton sehingga 700,000 penonton setiap kali bersiaran.

Musim pertama dan kedua AQ sangat berbeza dengan musim AQ kali ini kerana setiap peserta akan memperdengarkan ayat-ayat suci (surah) Al-Quran secara ‘back to back’, di mana mereka membaca ayat yang sama tetapi dengan cara yang berbeza mengikut ilmu tajwid, qiraat dan taranum yang ditekankan.

Musim ketiga ini masih mengekalkan juri yang sama seperti musim lepas. Mereka terdiri daripada Ustaz Zambri Mohd Zainuddin (juri tajwid), Ustaz Nazri Abdullah (juri Qiraat) dan Ustaz Radzi Kamarul Hailan (taranum dan lagu).
Farrah Adeeba Mohamed Ashraff dan Abu Talib Husin akan bertindak sebagai pengacara.

Pemenang utama AQ3 akan memenangi sebuah kereta Proton Saga BML, piala kristal berbentuk Al-Quran serta wang tunai berjumlah RM30,000. Keputusan Akademi Al-Quran terletak 100 peratus di tangan pihak juri.

Akademi Al-Quran 3 peringkat akhir akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 19 Jun 2008 ini dan akan disiarkan secara langsung oleh TV9 mulai pukul 8.30 malam.

Technorati Tags: , , , ,

Zemanta Pixie

Posted by Azhad 17.6.08 0 comments

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan baru-baru ini kenaikan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter. Bagi meringankan beban rakyat berikutan kenaikan harga minyak ini pemilik kereta yang berkuasa enjin sehingga 2,000cc, serta pikap, trak dan jip sehingga 2,500cc, akan mendapat rebet RM625 bagi setiap kenderaan manakala motosikal 250cc akan menerima RM150.

RM625 & RM150

Pada asalnya rebet ini akan hanya mula dibayar pada 1 Julai 2008 tetapi telah diawal kepada hari Sabtu ini 14 Jun 2008. Tuntutan rebet tunai minyak ini boleh dibuat di mana-mana pejabat pos. Semua pejabat pos beroperasi dari 8.30 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Sabtu kecuali di Kedah, Kelantan dan Terengganu berikutan Jumaat merupakan cuti hujung minggu. Pejabat pos ditutup pada Sabtu pertama setiap bulan dan juga pada cuti umum.

Berikut adalah prosedur untuk menuntut rebet tunai minyak tersebut;

  1. 1. Membawa kad pengenalan atau MyKad atau kad pengenalan polis/tentera.

  2. 2. Pemilik asal kenderaan sahaja.

  3. 3. Maksimum lima kenderaan persendirian bagi setiap pemilik.

  4. 4. Mengisi butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor pendaftaran kenderaan pada borang yang terdapat di pejabat pos.

  5. 5. Mengisi borang berasingan bagi setiap kenderaan.

  6. 6. Pos Malaysia akan mengesahkan butiran dengan sistem pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menentukan kelayakan rebet tunai.

  7. 7. Pihak ketiga tidak dibenarkan membuat tuntutan bagi pihak pemilik kenderaan.

Selain membuat bayaran tuntutan secara tunai, Pos Malaysia juga menyediakan kemudahan bayaran rebet tunai menerusi kiriman wang.

Bagi mendapatkan bayaran melalui kiriman wang, pemilik kenderaan perlu melakukan prosedur yang sama dan juga menulis alamat tetap atau alamat surat menyurat serta nombor telefon untuk dihubungi pada borang yang sama. Borang ini hendaklah dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan di pejabat pos.

Tempoh masa penerimaan bayaran kiriman wang melalui pos ini adalah lebih kurang tujuh hari. Kiriman wang ini boleh ditunaikan oleh pemilik kenderaan di pejabat pos atau memasukkannya ke dalam akaun bank persendirian.

Bagi tempoh Fasa 1, pemilik kenderaan yang telah membeli atau memperbaharui cukai jalan dari 1 April hingga 31 Mei tahun ini boleh membuat tuntutan mulai Sabtu ini sehingga 31 Mac tahun depan.

Bagi Fasa 2, pemilik kenderaan yang membeli atau memperbaharui cukai jalan dari 1 Jun tahun ini sehingga 31 Mac, 2009, boleh membuat tuntutan bagi rebet tunai di semua pejabat pos mulai 1 Julai.

Maklumat yang lebih terperinci mengenai tuntutan subsidi rebet tunai dan borang tuntutan rebet tunai ini boleh didapati di laman web Pos Malaysia.

Mampukankah rebet RM625 dan RM150 ini menampung bebanan rakyat dengan kenaikan petrol sebanyak 41% dan diesel 63% ?

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 13.6.08 8 comments

Tarikh Hari Bapa adalah pada hari Ahad ketiga bulan Jun pada setiap tahun, ini bermakna tahun ini jatuh pada 16 Jun 2008. Macam biasa hari bapa kurang disambut berbanding hari ibu seperti yang pernah disentuh blog ini tahun lepas. Di samping itu ada juga pihak yang menyarankan untuk tidak menyambut hari bapa ataupun hari ibu ini. Walaupun begitu ada juga pihak yang mengambungkan sambutan kedua-dua hari ini dan mengingatkan bahawa ibubapa perlulah sentiasa diingati sepanjang tahun.

selamat hari bapa

Ketika hari ibu bulan lepas saya telah menyenaraikan beberapa sajak yang ada kaitan dengan ibu. Jadi pada bulan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk memaparkan beberapa sajak yang ada kaitan dengan insan yang dipanggil bapa, ayah, papa, atau abah pula. Akhir sekali adalah lagu Sentuhanmu dari kumpulan In-Team.


Selamat Hari Bapa Kepada Abah Wan….

tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia sudah melimpah ruah….

kerana abah aku disini
kerana abah aku gembira
kerana abah kuterasa bahagia…
abah oh abah

abah…
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja
abah…
ketika aku mengalah…
engkau semangatku
ketika aku sakit…
engkau penawarku
ketika aku bersedih…
kau air mataku
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu
selamat hari bapa kepada abah wan…

Syazwan
June 2007


A Dad

A Dad is a person
who is loving and kind,
And often he knows
what you have on your mind.
He's someone who listens,
suggests, and defends.
A dad can be one
of your very best friends!
He's proud of your triumphs,
but when things go wrong,
A dad can be patient
and helpful and strong
In all that you do,
a dad's love plays a part.
There's always a place for him
deep in your heart.
And each year that passes,
you're even more glad,
More grateful and proud
just to call him your dad!
Thank you, Dad...
for listening and caring,
for giving and sharing,
but, especially, for just being you!

Nur 87
Jan 07


Ayahanda Tercinta

Ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

Ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

ya..pergorbanan ayah tercinta tidak dapat digambarkan..betapa besarnya pengorbanan ayah..tanpa ayah tiada ana di dunia..

airmata mengalir lagi..tak dapat dibendung...

ayah...
adik terlalu merinduimu..bilakah kita dapat bersua..

ayah...
adik sayangkan ayah..Kenapa kita dipisahkan??
Kenapa kita tak dapat bersama seperti mereka2 yang lain..terlalu dalam kerinduan ini pada mu ayah...

ayah...
diri ini ingin mengucup pipimu..mengucup dahimu...
diri ini bersama meluangkan masa denganmu..
tapi...
apakan daya...jarak memisahkan kita..

ayah...
ketahuilah diri ini terlalu merindui diri mu..rindukan belaianmu..kasih sayangmu
setiap malam diri ini berdoa agar dapat bertemu denganmu..

ayah..adik menyanyangi mu!!

abid 19
Jun 2007


Ayah

Pagi ini suluh mentari menghantar pulang
Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir
Diasak embun desa termanggu di halaman
Seratus langkahku menghampiri anak tangga usang
Rumah papan atap rumbia menyentak perantau
Sepi di beranda...

Kuatur langkahku sebak
Syahdu dan gementar
Ada tangisan di wajah
Menyentuh kenangan di gerbang pintu
Ayah selalu berkisah
Kuakan pintu itu ada nasihat
Masih basah keringat
Memantul warna senja kepulanganmu
Tanpa sungutan

Cepat benar masa berlalu
Waktu ayah menyambutku pulang
Usiamu diterjah putih kelabu
Ada perit getir di wajahmu
Kedut yang membungkus wajahmu
Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu
Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah
Menghantar seribu luka di tumitmu
Dulunya menguak rahsia jalan
Aku menyambut memapah tubuh gementarmu
Kulihat dengan genang air mata
Sejuk dahiku kau kucup penuh restu

Sepohon pokok rendang tua
Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa
Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku
Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah
Tentang kasihan ibu kepada kami
Kata ayah “ibumu selalu sabar
Memahat senyuman pada dedaun padi
Yang menjadi alas kehidupan”

Ayah,
Seperti ibu yang selalu menangis gementar
Memanjat harapan ke hadirat-Nya
Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
Di antara turun hujan dan air matamu
Waktu ayah menghambakan hayat
Menyuah seluruh nafasmu ke bendang
Antara tergesa-gesa dan mengah
Dalam cahaya senja

Ayah,
Anak-anakmu yang sudah dewasa ini
Sesal dan terharu
Bagai kehilangan kuasa lidah
Sekalipun untuk mahu memohon maaf
Atau....
Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu
Yang waktu kecil kami dahulu
Selalu juga gagal ...
.....Gagal kami temui dalam setiap dakapan
.....Gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu
.....Gagal kami dengar dalam setiap doamu
Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
Mengharapkan naluri ayah
bertemu bisik hati kami
Betapa kami....
tidak mampu pun suarakan
saat kami menyusun jari di pangkuan mu
dalam tangisan

Ayah,
Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal prihatin untuk kami
Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan
Tidak pernah gagal mengasihani kami
Terima kasih kasih sayangmu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu
Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa

Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga

Little Mike
Jun 2007


Sentuhanmu

Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Melodi: Abai Os (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.


Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 6.6.08 13 comments

Subscribe here