Tahun 2005 sudah pun hampir melabuhkan tirainya. Berbagai peristiwa yang telah kita lalui, semua itu akan mendewasakan kita.

Pengalaman hidup inilah yang membentuk jiwa dan sahsiah diri kita. Oleh itu adalah amat penting kita memberi dan memantau pengalaman hidup yang dilalui oleh anak-anak kita. Hubungan akrab sesama ahli keluarga perlulah terus disemai dan disuburkan.

Sebagai ibubapa kita harus mengadakan masa untuk bersama dan bermesra dengan anak-anak. Begitu juga kita perlu menjadi seorang pendengar dan kawan kepada anak-anak remaja kita. Sebagai abang atau kakak maupun sebagai adik janganlah lupa tentang wujudnya saudara adik beradik kita apabila kita berkawan. Sebagai anak pula janganlah kita leka dan terlalai bahawa ibubapa juga inginkan sapaan dan tahu erti rindu pada anak-anaknya.

Aku akui pernah terlalai tentang perkara-perkara ini yang mungkin bagi sebahagian orang ianya remeh-temeh. Kini aku sentiasa cuba menjadi seorang bapa, abang dan anak yang terbaik untuk keluargaku. Memang kekadang kita akan menghadapi dilema di antara tugas, kawan dan keluarga. Di sinilah kita perlu meletakkan keutamaan ditempat yang betul.

Renungkanlah keputusan-keputusan yang telah kita buat sepanjang tahun 2005 ini. Dimanakah letaknya keutamaan kita? Adakah keputusan kita itu tepat?

Posted by Azhad 24.12.05 0 comments

Dalam bulan Julai yang lalu aku sekeluarga telah pergi ke dusun Mak Long aku di Sungai Lagong.

Ketika itu sedang musim durian dan kami telah makan durian sepuas-puasnya. Di dusun tersebut terdapat juga pokok langsat, rambutan dan manggis. Selepas puas makan kami mandi-manda di sebatang sungai yang mengalir tenang di situ.

Dusun ini telah diusahakan oleh Mak Long aku bersama arwah suaminya lebih daripada 15 tahun yang lalu. Aku diberitahu oleh Mak Long aku bahawa dusun di hadapan dusun beliau telah dijual oleh anak-anak selepas ibubapa mereka meninggal dunia. Manakala dusun bersebelahan hampir-hampir dijual jika tidak ketegasan abang sulong mereka tidak mahu menjualnya walaupun ditawarkan dengan harga yang agak tinggi.

Mak Long aku telah berpesan kepada anak-anaknya supaya tidak menjual dusun itu bila dia tiada lagi. Dia mahu dusun itu dijadikan salah satu cara untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Mak Long aku mempunyai 17 orang anak dan kira-kira 11 orang cucu. Dua tahun sekali apabila musim buah mereka semua akan berkumpul di dusun itu. Panjat pokok, kutip buah, makan buah, memasak, memanggang, mandi-manda, riuh rendah jadinya. Sungguh meriah apabila dah ramai-ramai berkumpul.

Itulah salah satu usaha Mak Long aku untuk memastikan ikatan kekeluargaan anak-anak beliau yang ramai itu terus rapat dan mesra.

Posted by Azhad 10.12.05 0 comments

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

"Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut; "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa; "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kataku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidakku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Nota :Cerita ini telah dikirimkan oleh seorang rakan melalui email. Penulis asalnya tidak diketahui. Anda mungkin telah membacanya, semoga kisahnya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan anda.

Posted by Azhad 9.12.05 0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.

Hampir 3 bulan aku tidak dapat mengemaskinikan laman blog ini kerana terputus hubungan dengan dunia internet. Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan maaf kepada semua penghujung laman blog aku ni.

Diharap aku akan dapat terus menulis dan anda semua akan terus membaca.

Posted by Azhad 8.12.05 0 comments

Adikku,
Hari ini 21 Februari 2005 dan genaplah umurmu 32 tahun. Alangkah gembiranya aku jika kau masih boleh diajak berbual, tentu banyak perkara yang boleh kita borakkan. Hakikatnya masa sudah berlalu begitu pantas dan kau sudah tiada hampir 12 tahun.

Adikku,
Aku kini telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Kau nak tahu aku berkahwin semasa umurku 32 tahun. Kau sendiri pernah memberitahu bahawa kau bercadang untuk berkahwin hanya selepas umur kau melepasi 30 tahun. Hakikatnya umur kau tidak pernah mencecah angka itu.

Adikku,
Baru semalam aku mendengar salah satu lagu yang kau hafal untuk membaiki Bahasa Inggeris mu. Aku tahu kau tidak pernah berhenti untuk mengikuti nasihatku. Satu perkataan satu hari, hafal lagu dengan sebutan yang betul dan baca dan baca seberapa banyak penulisan dalam bahasa Inggeris. Aku menanti untuk membaca cerpen Bahasa Inggeris yang kau janjikan tu kerana bila aku tanya kau jawab ada dalam kepala dan akan ditulis. Hakikatnya cerpen itu pergi bersama perginya jasad kau.

Adikku,
Aku tidak akan lupa betapa kau tidak jemu-jemu bertanya dan terus bertanya kepada ku tentang apa saja baik berkenaan pelajaran malah berkaitan dengan kehidupan. Aku pula kekadang tiada masa untuk kau kerana sibuk dengan urusan diriku sendiri. Malah kau pernah merajuk kerana aku tidak dapat menolong kau mengulangkaji pelajaran. Hakikatnya kini walaupun aku ada masa untuk bersama-sama mengulangkaji dan aku mempunyai jawapan kepada semua soalan kau, kau sudah tidak memerlukannya lagi.

Adikku,
Ada satu hari tu kau balik daripada satu kem motivasi dan pada hari itulah kau salam dan mencium tanganku sambil memohon maaf. Kemudian kau peluk aku sambil kau kata kau rindu aku. Lepas itu kau cium dahi dan pipiku sambil mengucapkan terima kasih. Airmataku mengalir masa itu dan selepas hari itu kau sering buat begitu bila balik ke rumah dari asrama atau markas tentera. Hakikatnya kini hanya airmata yang mengalir tanpa genggaman erat tangan, pelukan mesra atau ciuman sayang dari kau.

Adikku,
Aku amat menyayangimu. Aku rindu untuk menjawab soalan-soalanmu dan bersama-sama duduk mengulangkaji pelajaran. Aku tidak puas bercakap dan berbual denganmu. Aku teringin untuk menatap wajahmu lagi. Hakikatnya pada 11 Julai 1993 kau telah meninggalkan aku dan dunia ini. Yang tinggal hanya kenangan dan doa untukmu……

Posted by Azhad 12.9.05 2 comments


Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 48.

Posted by Azhad 31.8.05 0 comments

Berikut adalah petikan daripada blog Afdlin Shauki;

JIKA AWAK MAHUKAN ALBUM FUUYO AFDLIN SHAUKI,
email direct kepada saya your full name and address anda ke selambakodok@hotmail.com and write AFDLIN DAH HILANG AKAL! as the subject. Bagitahu saya jika awak nak cd atau cassette. Sebagai ganjarannya saya akan hantar kepada awak album first print limited edition FUUYO melalui POS MALAYSIA,

DAN segment ini amat penting...
The album album retails for about 35 bucks, tetapi JIKA ANDA SUKA ALBUM TU, AWAK BAYARLAH KEPADA KAMI BERAPA AJA YANG AWAK SUKA!!! JIKA AWAK RASA NILAI ALBUM NI 10 SEN, HANTARLAH 10 sen atau IF YOU FEEL THE ALBUM IS WORTH 25 bucks then send us 25 bucks, or any amount you wantlah basically, and send it kepada kami di dalam bentuk money order or bank draft pada nama dan alamat yang akan kami samakan bersama CD itu.

IF YOU DON't LIKE THE ALBUM!!, MY ONLY REQUEST IS, FOR YOU TO DESTROY THE WHOLE ALBUM! BY SENDING IT FOR RECYCLING. DO NOT!, I REPEAT, DO NOT PASS THE CD TO SOMEONE ELSE, DESTROY IT.

Penulisan penuhnya baca di Siapa tak dengar lagi album fuuyo atau tak boleh jumpa?

Sila baca ulasan tentang album ini oleh sultanmuzaffar di Fuuyo oleh Afdlin Shauki.

Posted by Azhad 20.8.05 0 comments

Keadaan jerebu di Lembah Klang nampaknya semakin teruk sehingga sekolah terpaksa ditutup. UiTM Shah Alam juga menangguhkan semua kuliahnya.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) atau Air Polluttant Index (API) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar adalah seperti berikut;

Tarikh . . . . . . . . .10/08. . . . .10/08 . . . .11/08
Masa . . . . . . . . . 11.00am . . .5.00pm . . 11.00am

Kuala Selangor . . . . 291 . . . . . 418 . . . . .531
Pelabuhan Klang. . . .393 . . . . . 424 . . . . .529
Shah Alam . . . . . . . 290 . . . . . 349 . . . . .371
Petaling Jaya . . . . . 196 . . . . . 304 . . . . .349
Kuala Lumpur . . . . .176 . . . . . 276 . . . . .321
Putra Jaya . . . . . . .197 . . . . . 337 . . . . .364

Untuk mendapatkan laporan terkini indek ini sila kunjungi laman web Jabatan Alam Sekitar atau hubungi 1-800-88-2727.

Berikut adalah panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu:

  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    - Asma
    - Bronkitis
    - Radang paru-paru
    - Penyakit paru-paru yang kronik
    - Jantung
    - Alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah kepada jerebu termasuklah:

  1. Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  2. Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  3. Mata terasa pedih dan berair.
  4. Hidung berair dan kerap bersin.
  5. Kulit terasa gatal-gatal.
  6. Terasa sakit dada.

Cara Mencegah Penyakit Akibat Jerebu:

  1. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  2. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  3. Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  4. Perokok ynag mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, jangan merokok di dalam rumah.
  5. Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  6. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.
  7. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  8. Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  9. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  10. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100)
  11. Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Posted by Azhad 11.8.05 0 comments

Saudara Mawi,

Di samping turut berkongsi mengucap tahniah atas kemenangan luar biasa saudara sebagai juara AF3, saya ingin memberi pandangan yang saya kira tidak dapat disampaikan secara peribadi meman-dangkan kita berada di lingkaran kenalan yang berbeza.

Maka surat terbuka menerusi kolum akhbar arus perdana seperti ini barangkali dapat menyampaikan pandangan ikhlas daripada saya.

Sesungguhnya kemenangan saudara ini akan meletakkan diri saudara dalam situasi yang amat berbeza daripada sebelum ini.

Kemunculan mendadak saudara yang dicetuskan oleh fenomena AF3, sekali gus merubah warna hidup dan akan menukarkan budaya pemikiran serta gaya hidup saudara.
Dari seorang pemuda luar bandar yang hanya dikenali di daerah saudara sebagai seorang DJ yang sedang mencari-cari stail persembahan, saudara telah menempuh satu proses transformasi yang melonjak saudara kepada status selebriti, satu lompatan yang amat jarang dicapai lain-lain orang.

Kejayaan saudara sebenarnya tidak banyak berbeza daripada kejayaan peribadi seseorang dalam bidang politik, kenaikan pangkat, kejayaan korporat malah kemewahan kewangan.

Kejayaan peribadi seperti ini biasanya akan mengetemukan seseorang itu dengan kesukaran dalam proses mengurus kejayaan berkenaan.

Kalau dahulu saudara mempunyai kenalan terhad di Felda Taib Andak, kini saudara menjadi `milik' negara.

Malah rakan sekolah di suatu ketika dahulu, yang tidak begitu rapat dengan saudara pun akan berebut-rebut mengaku bahawa mereka pernah sebangku sekolah dengan saudara.
Guru-guru saudara juga akan turut menumpang kebanggaan kerana pernah mengajar saudara.

Dalam pada itu, tentu sekali ramai pula kenalan baru yang akan muncul dan ingin merapati saudara terutama sekali mereka yang berkepentingan. Ini amat lumrah dan merupakan `pakej' yang datang bersama-sama kejayaan itu.

Sebagai seorang yang pernah bergaul dan melihat kenalan meningkat naik dalam politik, jabatan kerajaan, korporat dan sebagainya, saya dapat melihat bagaimana di antara mereka yang berjaya mengurus kejayaan dan ada yang gagal.

Ada yang pernah minum teh tarik dengan kenalan lama sebelum mereka berjaya tetapi apabila bertemu selepas berjaya, salam mereka longgar dan mata tidak bertentangan lagi.

Sapaan pun hanya sekadar menerusi satu dua patah perkataan sahaja. Sedangkan sebelum berjaya mereka sering menyebut ``Saya tidak akan lupakan kawan-kawan seperti saudara ini, yang rapat masa saya susah.''

Tetapi sesungguhnya manusia cepat lupa kerana kejayaan merubah diri mereka.
Untuk berlaku sedikit adil bolehlah kita katakan keutamaan berubah mengikut kedudukan.

Seperti kata seorang bekas tokoh politik negara kepada saya, kenaikan pangkat dan kedudukan seseorang adalah umpama menaiki tingkat bangunan.
Semasa di tingkat bawah, kita rapat satu sama lain. Apabila naik ke tingkat satu, kenalan kita bertukar dan kita hanya boleh melambai-lambai kepada kawan-kawan di tingkat bawah. Apabila naik ke tingkat dua pula, rangkaian kenalan terus berubah dan begitulah seterusnya.

Sesungguhnya ujian bagi seseorang itu, seperti kata bijak pandai, ialah semasa dia berada di atas umpamanya lupakah dia kepada kenalan lamanya?''

Atau masih ingatkah dia kepada mereka yang bertungkus lumus membantunya untuk naik dahulu. Masih ingatkah dia kepada `akarnya', tempat asalnya, kekurangannya.
Ingatan-ingatan tersebut amat penting kerana lazimnya dalam dunia glamor seperti yang saudara baru tempuh ini adalah sementara.

Naik turun pasti berlaku. Hanya cepat dan lambatnya sahaja yang boleh dikawal menerusi daya pengurusan yang baik oleh diri saudara sendiri.

Jelas sekali penampilan dan kerjaya saudara melalui dari saat ini akan dikawal oleh orang yang dikatakan profesional, seperti mana mereka yang mengasah bakat saudara di AF3.

Bezanya kini, saudara bukan hanya berada dalam lingkungan akademi, tetapi dalam dunia hiburan yang lebih mencabar dan tidak kurang juga kejam.
Bagi mereka perhitungan lebih kepada ringgit dan sen. Tanyalah ramai artis yang telah naik dan jatuh.

Dalam menempuh semua itu, hanya kekuatan diri saudaralah yang akan membantu mengekalkan saudara di persada kejuaraan itu.

Dalam pada itu harus juga diambil ingat bahawa AF akan sentiasa mengeluarkan juara-juara baru setiap tahun. Maka setiap tahun jugalah juara-juara AF yang lepas merasai diri semakin disaingi.

Amat wajar fenomena `Mawi World' yang tercetus oleh aura diri saudara itu dikekalkan dalam alam hiburan yang bakal saudara ceburi ini. Pihak pengurusan saudara mungkin sudah mempunyai strategi pemasaran mereka.

Namun akhirnya kekuatan dalaman Mawilah yang menjadi faktor sebenarnya.
Saya percaya kebimbangan penyokong-penyokong setia saudara adalah kut-kut mengejut Mawi sampai, mengejut juga Mawi pergi.

Selepas memperkatakan semua ini, saya yakin, setelah mengikuti `isyarat tubuh' Mawi sepanjang musim AF3 ini, Mawi akan menjadi seorang juara yang baik, berdaya tahan, tidak lupa diri dan akhirnya seorang penghibur glokal.

- HAMDAN SULAIMAN, Kuala Lumpur.

Dipetik dari ruangan forum akhbar Utusan 10 Ogos 2005

Posted by Azhad 10.8.05 0 comments


Pada 6 Ogos yang lalu tercatatlah satu rentetan dalam sejarah Akademi Fantasia bila Asmawi Ani atau Mawi telah ditabalkan sebagai Juara Akademi Fantasia musim 3. Undian yang diraih oleh beliau merupakan peratusan tertinggi pernah dicatatkan semenjak musim 1 lagi iaitu 58%.

Malah Mawi mengesahkan betapa hebatnya fenomena yang dibawa oleh anak muda dari Kulai dengan menyapu bersih kesemua anugerah pada malam itu. Beliau turut dipilih pengundi untuk memenangi anugerah Vokal Terbaik (38%) dan Persembahan Terbaik (46%).

Kini terpulanglah kepada Mawi dan Maestro untuk mengorak langkah yang berikutnya. Didoakan Mawi akan dapat membawa diri dalam menempuh dunia artis dan glamour ini. Sementara itu diharap Maestro akan mengatur masa depan Mawi dengan baik tanpa memikirkan keuntungan semata-mata.

Kepada semua bekas pelajar dan finalis Akademi Fantasia 3, tahniah diucapkan di atas kejayaan masing-masing. Ingatlah ini merupakan langkah pertama anda ke alam yang penuh cabaran dan godaan.

Bagi peminat-peminat dan pengundi-pengundi AF3 teruskan sokongan anda kepada bintang-bintang AF3 ini. Belilah album mereka bila dikeluarkan nanti.

Posted by Azhad 8.8.05 0 comments


Hujung minggu ini adalah kemuncak kepada Akademi Fantasia musim ke 3. Salah seorang daripada empat orang yang pelajar yang akan dinobatkan oleh pengundi-pengundi sebagai Juara musim ini ialah Felix bin Agus (Felix), Amylea binti Azizan (Amylea), Asmawi bin Ani (Mawi) dan Marsha Milan Londoh (Marsha).

Lagu Untuk Konsert Akhir Akademi Fantasia:
AMYLEA
Sweet Child O' Mine, Guns N Roses (Nyanyian semula: Sheryl Crow)
Ku Berserah, Lagu/Lirik: Adnan Abu Hassan
FELIX
Kudaku Lari, Datuk Sharifah Aini
Warkah Berlagu Pilu, Lagu: Adnan Abu Hassan, Lirik: Fariz
MARSHA
Manusia, Saloma (Nyanyian semula: Sheila Majid)
Untuk Terakhir Kali, Lagu: Sharon Paul, Lirik: Mohariz Yaakup

MAWI
Seroja, S. Effendi (Nyanyian semula: Jamal Abdillah)
Aduh Saleha, Lagu: M.Nasir, Lirik: Loloq

Aku telah mengikuti Akademi Fantasia sejak dari musim pertama lagi. Bagi musim ketiga ini aku hanya jadi penonton sahaja tanpa mengundi mana-mana pelajar. Malah aku cuma sempat menyaksikan 6 daripada 9 konsert mingguannya dan hanya suku daripada keseluruhan diari yang telah disiarkan.

Akademi Fantasia kali ini dapat kita saksikan bagaimana Astro cuba memaksimakan pulangan daripada demam AF yang dialami oleh sebahagian masyarakat. Di samping AFUNDI, ada AFLAGU dan AFVOKAL. Tak cukup dengan dua 30 minit diari setiap hari, para peminat boleh membayar untuk menonton diari extended di Akademi Fantasia Xtra. Majalah Aksi juga diterbitkan setiap minggu untuk dibeli oleh para peminat AF. Konsert mingguan dan diari harian juga dijual dalam bentuk VCD sebagai bahan koleksi. Tidak ketinggalan pakaian dan barangan cenderamata. Ini tidak termasuk penajaan dan kerjasama dengan badan-badan korporat lain.

Apa yang menariknya, berapa peratuskah keuntungan yang diperolehi oleh Astro daripada rancangan ini telah tempias kepada para pelajar atau bintang-bintang AF?

Posted by Azhad 2.8.05 0 comments

Anugerah yang dimenangi oleh filem Sepet di Festival Filem Malaysia ke 18 - 2005;
Filem Terbaik
Pelakon Harapan Wanita - Sharifah Amani
Pelakon Harapan Lelaki - Ng Choo Seong
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Aida Nerina
Cerita Asal Terbaik - Yasmin Ahmad
Poster Terbaik

SEPET

Penulisan tentang Sepet di blog ini;
Sepet
Tonton Sepet
Dah Tonton Sepet
Sepet Menang Anugerah

Untuk mendapat senarai penuh pemenang Festival Filem Malaysia ke 18 sila ke blog malique

Posted by Azhad 18.7.05 0 comments

Satu lagi usaha ASTRO untuk melibatkan orang ramai dalam rancangan realiti tv, Akademi Fantasia iaitu AFLagu. Lima lagu telah disenaraikan iaitu Boogie Wonderland – Earth, Wind & Fire, Circle of life – Elton John, Seri Langkat – Jamal Abdillah & Amelina, Persamaan – Freedom dan Ladki Badi Anjani Hai – Kumar Sanu / Alka Yagnik (ost-Kuch Kuch Hota Hai). Dua lagu yang mendapat undi tertinggi akan dinyanyi oleh para pelajar AF di konsert ke 8.

Seperti yang dijangkakan ASTRO sudah pasti akan mencari idea bagi menambahkan sumber pendapatan melalui rancangan Akademi Fantasia ini.

Terbaru:
Lagu yang mendapat undi terbanyak ialah Seri Langkat dan Ladki Badi Anjani Hai.

Posted by Azhad 10.7.05 0 comments

Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blog ini dan meminta maaf kerana selama sebulan aku tidak update.

Aku tidak boleh memberi sebarang komen tentang Akademi Fantasia sebab aku tidak berpeluang mengikuti perkembangannya samada di Astro maupun di internet. Malah dua konsert yang lepas aku tidak menontonnya apatah lagi diari yang disiarkan setiap hari.

Cuma hari ini aku mungkin berpeluang menonton konsert ke 6 di Astro. Walau pun begitu aku dapat merasakan bahangnya AF3 ni sudah semakin hangat. Hampir ke mana saja aku pergi sejak kebelakangan ini, aku akan terdengar orang bercerita berkenaan AF.

Posted by Azhad 9.7.05 0 comments

Minggu ini aku baru sempat menonton diari Akademi Fantasia malam tadi. Apabila menekan butang merah untuk melihat undian terkini, aku cuma mampu tersenyum melihat Mawi dari 0% kini 19% menerajui carta. Aku juga nampak ada dua kelompok iaitu pertama Mawi bersama Felix, kedua 12 pelajar yang lain. Kalau trend ini berterusan persaingan Juara AF adalah antara Mawi dan Felix tapi perlu diingatkan ini baru minggu kedua apa-apa boleh terjadi.

Siapa aku undi? Maaf aku telah menjadi penonton sahaja semenjak AF2 lagi tapi aku ada membeli beberapa album bintang-bintang AF1 dan AF2. Anda bagaimana? Hak mengundi adalah di tangan anda.

Sementara itu aku ingin memaparkan komen yang dibuat oleh REM di entry Mawi dan Marsha blog aku .

Ni dah agak dah. ASTRO akan buat apa saja, asalkan boleh mengisi perut gendut tauke-tauke yang lapar dan kebulur itu.

Rancangan realiti yang dah bukan macam realiti. Dah tak terpilih, tapi tetiba boleh pula masuk balik. Yang sudah tersingkir, tetiba pula boleh diundi masuk balik. Menang naib johan pula tu. Kan dah anti-klimaks tu!

Kita tunggu apa pula 'drama' dari ASTRO seterusnya. Rakyat Malaysia patut mengajar ASTRO supaya parasit kapitalis yang rakus ini insaf, sedar dan bertaubat nasuha. Seterusnya kembali ke pangkal jalan untuk membudayakan bidang seni sebagai bahan hiburan yang sihat dan berkualiti. Bukan jadi asas untuk memeras duit penduduk Malaysia semata-mata.

Sertailah kempen saya - "Tonton dan bergembira dengan rancangan AF. Tapi, jangan mengundi! Simpan duit anda untuk membeli album original bila bebudak tu keluarkan album nanti."

Dua dalil utama kenapa AF ASTRO tidak berhak mendapat undi sms rakyat Malaysia:

(1) Dalam semua negara di rantau Asia-Pacifik (mungkin juga di dunia!), ASTRO adalah stesen penyiaran satelit yang mengenakan bayaran tertinggi kepada para pengguna. RM40++ sebulan hanya untuk BASIC PACKAGE??? Gila ka apa ni? Kenapa ASTRO rakus dan tamak? Sebab kapitalis ini ada kuasa monopoli sebagai satu-satunya setesen penyiaran satelit kat Malaysia. Kalau ASTRO sensible, patutnya ia boleh turunkan bayaran bulanan sebagai menghargai sokongan rakyat Malaysia terhadap AF. Tapi syarikat tamak macam ASTRO tak akan terfikir bebenda gini. Ada ramai orang subscribe ASTRO semata-mata kerana AF!

(2) Kita undi sms, siapa yang dapat duit tu? Tauke-tauke kaya ASTRO yang dah memang gendut dan kaya-raya itu. Bebudak AF tu dapat ke tak? Haram, lima sen pun tak ada agihan! Ya, memang bebudak tu ada dibayar elaun penampilan tiap minggu. Bebudak tu juga dapat penginapan percuma, tunjuk-ajar percuma, etc. Tapi itu dah memang termasuk dalam tawaran 'pakej penyertaan'. Diorang masuk sebagai peserta, of course ASTRO kena sediakan semua itu. Memang dah ada peruntukan pun (menerusi tajaan program ini) - and these participants righfully entitled for it. Tapi undi sms ni adalah 'perniagaan lain'. Itu aktiviti sampingan AF. Bebudak tu patut dan berhak dapat agihan. Tak payah banyak, 3-5% untuk dikongsi oleh 14 finalist tu pun dah cukup. Tapi adakah ASTRO buat cam tu? Nahi, nahi! Jangan kata 3%, 1% pun tak ader. Memang dasar kapitalis tamak. Mementang bebudak naive tu semuanya desperate nak galmour dan popular - tauke-tauke kaya yang tidak bermoral, tidak beretika dan tidak berperikemanusiaan ini - sanggup buat apa saja untuk manipulasi bebudak naive ini!

Jadi, mari berkempen ramai-ramai. Tengok dan enjoy AF tapi jangan undi sms. Simpan duit untuk beli produk bebudak AF tu bila diorang graduate dari AF nanti. Bebudak ni lebih perlukan duit rakyat Malaysia dari stesen tamak haloba macam ASTRO. Buat apa nak kayakan tauke gendut yang dah kaya raya? Bebudak AF tu ada setengahnya cuma anak nelayan atau anak orang 'kerja kampung
REM Homepage 06.06.05 - 11:34 pm #
--------------------------------------------------------------------------------


...sambungan ceramah! (Sorry, panjang sangat kut. Sampai tak muat satu post).

Jadi, mari berkempen ramai-ramai. Tengok dan enjoy AF tapi jangan undi sms. Simpan duit untuk beli produk bebudak AF tu bila diorang graduate dari AF nanti. Bebudak ni lebih perlukan duit rakyat Malaysia dari stesen tamak haloba macam ASTRO. Buat apa nak kayakan tauke gendut yang dah kaya raya? Bebudak AF tu ada setengahnya cuma anak nelayan atau anak orang 'kerja kampung'. Barangkali nak beli baju lawa sikit pun terpaksa berkira-kira dulu tujuh lapan kali. Mak bapak diorang kat kampung ntah cam mana nasibnya. So, kita jangan bersubahat dengan kapitalis ASTRO untuk memanipulasi remaja-remaja fragile yang naive ini.
Sorry guys. Macam emosi lak, kan. He he he he. Saya ni memang sosialis sikit. Saya percaya pada 'social justice' - perlindungan terpilih untuk fragile and vulnerable people. Bukannya hanya guna fahaman kapitalis - i.e. permintaan menentukan pasaran dan survival of the fittest. Of course la kalau ikut prinsip 'survival of the fittest', maka para kapitalis rakus yang dah memang memegang kuasa kapital ini akan sentiasa menang dan teratas. Habis, siapa nak bela nasib golongan marhain macam kita?

Opppss. Sorry Azhad. Macam kempen politik pula.

REM Homepage 06.06.05 - 11:39 pm #

Posted by Azhad 10.6.05 0 comments

Semua peminat Asmawi bin Ani (Mawi) dan Marsha Milan Londoh (Marsha) yang menyaksikan konsert pertama Akademi Fantasia semalam tentu berpuas hati kerana mereka telah diserap masuk ke dalam akademi.

Mawi

Adakah perkara ini telah dirancang dari awal atau Astro tunduk kepada tekanan para peminat yang membanjiri AF@15 dan berbagai ruangan forum juga blog untuk menyuarakan rasa tidak berpuashati apabila mereka ini tidak terpilih memang menarik untuk diketahui.

Marsha

Memang bijak percaturan Astro untuk terus menarik lebih ramai orang mengikuti perkembangan Akademi Fantasia dan meraih undi mereka.

Posted by Azhad 5.6.05 0 comments

12 Pelajar Akademi Fantasia 3

Sudahkah anda mengundi pelajar Akademi Fantasia kegemaran anda? Kini ASTRO memberi anda tiga cara mudah untuk Afundi iaitu pertama dengan menggunakan telefon bimbit, kedua menggunakan talian tetap Telekom Malaysia dan ketiga menggunakan butang merah unit kawalan jauh dekoder ASTRO anda. Mudah bukan?

Sebelum anda memberi wang anda kepada ASTRO, cuba baca pandangan peribadi sahabat blogku REM dengan artikelnya Akademi Fantasia: Membongkar Taktik Kotor & Terkutuk ASTRO! sebagai satu renungan.

Di samping itu anda juga patut membaca artikel yang ditulis oleh Javard bertajuk Akademi Fantasia 3: Antara Strategi Dan Interpretasi

Walau apa pun hak mengundi adalah di tangan anda.

Posted by Azhad 1.6.05 0 comments

Akademi Fantasia

Akademi Fantasia musim ketiga sudah pun bermula dengan Konsert Prelude yang telah berlangsung pada 21 Mei 2005 lalu. 12 pelajar daripada 20 calon akhir telah ditentukan pada malam tersebut untuk memasuki Akademi Fantasia.

Senarai mereka yang berjaya adalah seperti berikut;

Lelaki
Felix bin Agus (Felix,Dusun,23,Kota Belud, Sabah)
Fuad Razlan bin Abd Azri (Fuad,Melayu,20,Kuala Lumpur)
Mohamed Zulkefli bin Mohd Idir (Kefli,Melayu,21,Kuala Lumpur)
Mohd Yazer bin Yusof (Yazer,Melayu,23,Tawau,Sabah)
Nik Mohd Aidil bin Nik Zamri (Aidil,Melayu,21,Kuala Lumpur)
Syaiful Reza bin Mohamed (Reza,Melayu,27,Kuala Lumpur)

Perempuan
Amylea binti Azizan (Amylea,Melayu,19,Langkawi,Kedah)
Amylia binti Mohd Azlan (Amy,Melayu,21,Kuching,Sarawak)
Asiah Tunakma binti Abdullah (Akma,Melayu,20,Kuala Lumpur)
Elliza binti Abdul Razak (Elliza,Melayu,21,Kuala Kangsar,Perak)
Norashikin binti Abd Rahman (Ekin,Melayu Brunei,21,WP Labuan)
Nor Farah Idayu binti Yaakob (Idayu,Melayu,20,Kota Bharu,Kelantan)

Manakala yang gagal pula seperti berikut;

Lelaki
Asmawi bin Ani (Mawi,Melayu,24,Kulai,Johor)
Azlif Suhaizad bin Abdullah (Azlif,Melayu,23,JB,Johor)
Haider bin Arif (Haider,Suluk,20,Kota Kinabalu,Sabah)
Isa Kumar bin Jali Sulaiman (Isa,Melayu,19,Kota Samarahan,Sarawak)

Perempuan
Hazrina binti Illias (Rina,Melayu,21,Sri Manjung,Perak)
Marsha Milan Londoh (Marsha,Dusun,20,Tamparuli,Sabah)
Nor Diana Akmar binti Tajul Ariffin (Diana,Melayu,22,Kuala Lumpur)
Nurshiha binti Mohd Zikir (Shiha,Melayu,18,Gombak,Selangor)

Untuk mendapatkan cerita dan ulasan mengenai Akademi Fantasia layarilah laman web berikut;

Akademi Fantasia
Akademi Fantasia Xtra

Akademi Fantasia.net
Akademi Fantasia.org
Sultanmuzaffar
Malique
Javardkent
Dahdemam
Alienaet
Rosmanpositivo
Klubbkidd
Juandanza
Skylarbourne
Badrulaftersix
Anakmuar
Ayon at Fantasia3

Posted by Azhad 23.5.05 0 comments

Teater Muzikal Rubiah

TEATER MUZIKAL RUBIAH
Tarikh : 27 Mei 2005 - 5 Jun 2005
Masa : 8.30pm, 3.00pm

Bersumberkan sebuah legenda, Rubiah mengisahkan dilema seorang gadis kampung yang digemari ramai. Dia terperangkap antara minatnya terhadap Al-Quran, tuntutan adat serta harapan masyarakat untuk menjadinya memantu dan isteri idaman.

Pengertian “Rubiah”
Bermaksud : Pertapa wanita / Wanita yang solehah. ( Ruj: m/s 1153, Kamus Dewan Edisi 3 / 1994.)
“Melangkah dengan kalimah, berlindung dalam NurNya, berdiri dengan Alif, tenggelam dalam titik dan lenyap entah ke mana.”

SINOPSIS
Kisah Rubiah berdasarkan mitos “Keramat Anak Dara”. Dari suatu kawasan terpencil di Daerah Kuala Selangor sekitar tahun 1800. Mengenai seorang gadis mistik dan warak yang merupakan kesayangan seluruh penduduk di situ. Selain mempunyai kebolehan bercakap dengan binatang Rubiah juga mampu berhubung dengan makhluk di alam ghaib. Rupa yang jelita dan suara yang istimewa telah menarik minat Alang untuk memperisterikannya bagi merealisasikan impian ibunya Mak Alang yang terlalu menginginkan Rubiah menjadi menantunya.

Pada masa yang sama Daeng yang merupakan seorang anak hartawan dari seberang juga terpikat dan berhajat untuk memperisterikan Rubiah. Rubiah menghadapi dilema untuk jujur mengikut hatinya atau bersetuju sahaja dengan permintaan Ibunya Mak Tuan yang lebih senang jika Dia bersuamikan Daeng. Melihat kepada keinginan dan kesungguhan kedua-dua pemuda itu, Rubiah berdoa kepada Tuhan agar diberi petunjuk.

Pertemuan beberapa kali dengan lelaki misteri dari alam lain, memberi satu pilihan untuk Rubiah membuat keputusan. Pak Tuan bapa Rubiah, telah menyerahkan segala urusan kepada kerabat Adat. Malangnya kerabat adat terpaksa bersetuju menerima pinangan Daeng. Ini menyebabkan kemarahan emak Alang yang begitu mahu Rubiah menjadi menantunya. Atas kejadian itu perhubungan antara penduduk kampung menjadi dingin. Rubiah merasa sedih dan gundah.

Dengan kekuasaan Tuhan, pada malam pertunangan, tiba-tiba guruh berdentum, kilat memancar dan lampu terpadam. Keadaan menjadi gelap gelita. Apabila lampu menyala semula, Rubiah di dapati hilang. Cuma selendang dan cincin pertunangan sahaja tertinggal di atas sejadah. Kesedihan Rubiah lenyap pada hari pertunangannya ketika cincin baru sahaja disarungkan ke jarinya. Rubiah hilang bersama tanda tanya.

Ikuti kesudahan selanjutnya cerita ini di pentas Istana Budaya pada 27 Mei hingga 5 Jun 2005.
Pasti terjawab semuanya!

BARISAN PELAKON
Rubiah
Maizurah Hamzah
Syafinaz Selamat
Pak Tuan
Yalal Chin
Ali Osman
Mak Tuan
Zulhaila Siregar
Kamaliah Mat Dom
Mak Alang
Rahimah Rahim
Azizah Mahzan
Lelaki Misteri
Saufi Yahya
Zuhairi Ibrahim
Alang
Ahmad Idham
Ady Putra
Amandus Paul
Daeng
Razak Ahmad Aqasha
Pendua Rubiah
Sabrina Hassan
Tetamu
Noor Nikman Dadameah
Pak Andak
Samoza
Rubiah Kecil
Nur Syaqilah Abd. Rahman
Alang Kecil
Ahmad Tariq Siregar
Atta Emran Kholid

TIKET :-RM35, RM55, RM85, RM105, RM155
PERSEMBAHAN MALAM
8.30 MALAM 27 MEI - 5 JUN 2005
PERSEMBAHAN MATINEE
3.00 PETANG 28 - 29 MEI & 4 - 5 JUN 2005 (Sabtu/Ahad)

Untuk maklumat lanjut, hubungi Hotline Rubiah:-
Tel : 03 - 4026 5532, 4026 5533
Faks : 03 - 4026 5542

Sumber : Istana Budaya

Untuk ulasan teater Rubiah ini sila pergi ke blog berikut;
Malique Ulasan Teater Rubiah di Istana Budaya

Posted by Azhad 18.5.05 0 comments

Selamat Hari Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang

Posted by Azhad 16.5.05 0 comments

Image hosted by TinyPic.com
Besarnya pengorbanan dan kasih ibu tidak dapat dibalas sepenuhnya oleh anak-anak. Kita semua mempunyai ibu dan tiada sesiapa dapat melihat dunia tanpa seorang ibu.

Kasih seorang ibu terlalu tinggi nilainya dan sukar untuk digambarkan. Dari mula mengandungkan kita selama sembilan bulan. Diikuti dengan ketika yang amat menyakitkan semasa melahirkan kita. Tidak cukup tidur dan penat ketika menjaga kita semasa bayi. Lelah dan pening melayan telatah kita semasa kanak-kanak. Risau dan sabar mengharungi kedegilan dan perangai kita semasa remaja.

Aku seperti anak-anak yang lain amat menyayangi dan menghargai kasih sayang ibuku. Tetapi itu semua tidak dapat dibandingkan perasaanku melihat susah payah isteriku semasa mengandungkan anak sulongku dulu. Keadaan ini ditambah lagi apabila aku menyaksikan sendiri bagaimana peritnya kesakitan yang dialami oleh isteriku semasa melahirkan anakku itu.

Aku mengambarkan beginilah yang dialami oleh ibuku sendiri selama sembilan bulan mengandungkanku dan sakitnya bagai bertarung nyawa semasa melahirkanku dulu. Hatiku menjadi sayu dan kasihku kepada ibu lebih bermakna setelah melalui pengalaman ini.

Ibu tidak pernah meminta jasanya dibalas tetapi menjadi tanggungjawab anaklah untuk memuliakan ibu. Aku masih beruntung kerana ibuku masih ada. Dapatlah aku bersalam dan mengucup tangannya. Dapatlah juga aku memeluk dan mencium pipinya. Terima kasih ibu kaulah ratu hatiku.

Posted by Azhad 8.5.05 0 comments

AIM 2005 telah berlangsung pada 30 April yang baru lalu. Aku tidak berpeluang menyaksikannya kerana balik kampung. Tahniah kepada semua para pemenang. Walaupun begitu rakan-rakan blogku ada membuat ulasan berkenaan majlis tersebut. Terima kasih kepada mereka, sekurang-kurangnya bolehlah aku membayangkannya sementara menunggu siaran ulangannya nanti. Kalau ada yang sama macam aku tak sempat tengok siaran secara langsung di tv, mari kita pergi ke laman blog berikut;

sultanmuzaffar Anugerah Industri Muzik 12
malique Keputusan AIM 12
rem AIM 2005 (part 1)
rem AIM 2005 (part 2)
taufiq Persembahan AIM 12 - Didominasi wajah baru

Posted by Azhad 3.5.05 0 comments

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2005

Pesta buku tahunan ini tiba lagi. Ini adalah peluang kita untuk membelek dan memiliki berbagai jenis buku di bawah satu bumbung. Mungkin boleh menambah koleksi di perpustakaan mini di rumah maupun di pejabat. Banyak membaca luas pandangan. Pesta ini akan berlangsung seperti berikut;

Tarikh : 23 April 2005 - 2 Mei 2005

Masa : 10:00 pagi - 9:00 malam

Tempat : PWTC

Bayaran masuk : Percuma

Sementara itu bolehlah kita jengok beberapa blog berikut yang berkaitan dengan buku;

Kaki buku , Antu buku , Jiwa rasa , Book review blog , Bicaraku , Reading room , Lili carnation , Pena penulis , Salina Ibrahim , Novel malay

Posted by Azhad 22.4.05 0 comments

Image hosted by TinyPic.com


Siti Nurhaliza kini berada di tahapnya yang tersendiri lebih-lebih lagi setelah berlangsungnya konsert solo beliau di Royal Albert Hall, London pada 1 April 2005 yang lalu. Berbagai pihak yang telah memberi pandangan dan komen berkenaan konsert tersebut. Malah Siti sendiri telah memberi maklum balas beliau di akhbar baru-baru ini.

Banyak yang telah diperkatakan; ada yang memuji, mengutuk, menyanjung dan malah menghina. Tidak salah jika kita tidak berpuas hati dan memberi kritikan yang membina tetapi janganlah sampai mengeji. Sesiapa yang ada membaca komen-komen pembaca blog
Malique tentu faham apa yang aku maksudkan. Aku harap Malique tidak patah semangat untuk memberi ulasan bahagian 2 konsert Siti, pasti ramai yang menantikannya.

Sementara itu Rem, telah membuat satu analisa yang agak menyeluruh tentang konsert Siti. Sesiapa yang berminat untuk membacanya sila pergi ke blog beliau di
Post-mortem Konsert Siti di London: di mana silapnya?

Bagi mereka yang belum membaca ulasan tentang konsert ini pula boleh merujuk di
Siti dan Albert Hall dan Siti selepas Albert Hall.

Akhirnya kita tatap petikan luahan hati Siti Nurhaliza;

Konsert di London dijadikan kontroversi dan pelbagai spekulasi. Apa dosa Siti dan konsert itu? Salahkah Siti membuat konsert? Salahkah jika ada insan yang bermurah hati memberikan tiket percuma? Salah Siti jugakah jika ada peminat yang mengikuti tidak suka cara agensi yang membawa atau menerbangkan mereka ke sana, walaupun di luar bidang kerja atau pengurusan pihak Siti? Apakah salah jika konsert tidak ditonton ramai orang luar? Berdosakah jika dewan tidak penuh?

Catatan penuh dari Siti ini boleh dibaca di sitizone.com

Posted by Azhad 21.4.05 0 comments

Image hosted by TinyPic.com

Benarkah Islam itu mudah?

Pertanyaan ini sering bersarang di dalam sanubari kita. Apatah lagi kepada saudara-saudara seagama yang baru mengenali Islam. Bagi menjelaskan pekara ini secara langsung, marilah kita rujuk kepada pegangan Allah S.W.T. yang mengatakan bahawa Dia tidak mahu lagi manusia kesusahan atau sesuatu yang membebankan. Allah S.W.T. menjelaskan dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud : "Allah mengkehendakan kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran."

Rasullullah S.A.W. juga bersabda bagi memperjelaskan lagi perkara ini, melalui hadisnya yang telah diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi yang bermaksud : "Sesungguhnya Islam itu mudah…"
Secara umum, perkataan mudah dan payah agak subjektif. Neraca pertimbangan yang paling tepat digunakan ialah samada perkara itu satu bebanan yang tidak berupaya manusia melakukan atau faktor persekitaran menyebabkan lingkungan keupayaannya terbatas.

Menurut prinsip Islam, semua perintah, tanggungjawab dan bebanan adalah dibuat dan dilaksanakan mengikut keupayaan manusia. Allah tidak membebankan hambaNya melainkan dalam lingkungan kemampuan manusia. Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah; ayat 280 yang bermaksud : "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan, dan juga menanggung dosa kejahatan apa yang diusahakannya."

Contoh yang ketara yang boleh dibuat perumpamaan adalah perintah ibadat Solat. Permulaan memulakan solat adalah mengambil wudhuk dan bahan asas yang diperlukan adalah air. Dalam sesuatu keadaan jika ketiadaan air, Islam memberi kelonggaran dengan melakukan tayammum.

Perkara kedua adalah menutup aurat. Pakaian yang sediada boleh digunakan kecuali ada najis padannya. Garis panduan pakaian ditetapkan untuk lelaki ialah menutup antara pusat hingga ke lutut. Manakala bagi wanita pula adalah menutup keseluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Dalam perkara ini, jika hanya ada tudung labuh dan memakai stoking ketika itu juga sudah membolehkan untuk kita mengerjakan solat.

Oleh kerana solat adalah merupakan ibadat yang tidak boleh ditinggalkan, maka Islam memberi kelonggaran dalam beberapa situasi dan keadaan tertentu.Jika kita musafir (dalam perjalanan dengan tujuan yang baik dan diluluskan hukum syarak), dan perjalanan itu melebihi 2 marhalah (lebih 91 KM), maka bolehlah kita menjamak dan mengqasarkan solat kita.

Begitu juga apabila kita sedang sakit, kita boleh mengerjakan solat secara duduk, berbaring, mengiring atau pun menggunakan isyarat. Hatta dalam beberapa kaedah, kita boleh membaca Allahu Akbar sebanyak 7 kali (menyamai 7 ayat Fatihah) atau 7 ayat Surah sebagai ganti Surah Al-Fatihah yang merupakan rukun dalam solat, jika masih tidak dapat membaca Surah Al-Fatihah setelah diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Daripada contoh-contoh yang diberikan di atas, ternyatalah, Islam itu mudah. Ia akan menjadi sukar jika kita terlalu ekstrim dalam mengamalkannya. Penekanan bersederhana penting dalam ibadah di samping meletakkan prinsip istiqamah sebagai teras. Keterlaluan dalam ibadah tanpa mempunyai sandaran dan nas yang kukuh atau hanya sekadar ikut-ikutan akan menyebabkan ia membelenggu kita yang akhirnya menyebabkan kita terus meninggalkan ibadah tersebut.

  • Solat dalam Islam tidak membebankan manusia, malah ia merupakan suatu amalan yang digemari kerana selain dari menjadi ibadah menyembah Tuhan, ia juga akan;
  • Melatih daya pemusatan pemikiran
  • Meningkatkan rasa keikhlasan terhadap Allah
  • Melatih diri ke arah ketepatan waktu
  • Membiasakan diri mengamalkan kebersihan
  • Memberi kerehatan saraf
  • Menyatakan pengakuan terhadap kebesaran Allah S.W.T.
  • Menanamkan rasa muhibbah dan semangat perpaduan menerusi solat yang dilakukan secara berjemaah

Begitu juga aspek makanan dan minuman. Istilah darurat boleh digunakan terhadap sesuatu tindakan apabila tiada alternatif lain boleh dicari bagi meneruskan hidup. Kita boleh makan daging khinzir; sebagai contoh, sekiranya pada ketika itu, hanya itu sahaja makanan yang ada untuk menyambung nyawa bagi meneruskan kehidupan.

Demi menggambarkan bahawa Islam itu mudah dan tidak membebankan, kita selusuri sejarah pengharaman arak yang dibuat secara berperingkat-peringkat. Melihat kepada tahap keimanan Umat Islam ketika itu, ayat yang mengharamkan ialah ketika bersolat kerana ditakuti bacaan mereka di bawah sedar ini tersalah. Peringkat seterusnya pula, ia diharamkan terus kepada Umat Islam kerana memabukkan yang lebih membawa keburukan daripada kebaikan.

Setiap insan yang mengamalkan perintah Allah S.W.T. dengan yakin dan sempurna akan dapat merasai nikmat kegunaan dan faedah daripada perintah-perintah itu serta merasa bahagia. Oleh itu, marilah sama-sama kita hayati dalam kehidupan. Sesungguhnya Islam itu indah.

Gambar dan artikel ini dipetik dari laman web JAIS.

Posted by Azhad 20.4.05 0 comments

Selepas dua minggu konsert di Royal Albert Hall berlangsung dengan berbagai ulasan dan maklum balas, ditambah dengan rasa tidak puashati peminat yang mengikuti rombongan ke London. Siti telah memberi komen seperti mana yang tersiar di Berita Harian ini.

Begitulah Ceritanya...‘Siti terbuka terima kritikan’

Di dalam akhbar yang sama juga ada menceritakan tentang artis yang pernah membuat persembahan di luar negara selain Siti Nurhaliza.

Sudirman, Raihan lebih awal cipta sejarah

Posted by Azhad 16.4.05 0 comments

Image hosted by TinyPic.com

  1. Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan tetapi jangan mengenepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda. Bersikap terbuka baik untuk anda.
  2. Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
  3. Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
  4. Hargai pendapat satu sama lain.
  5. Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
  6. Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
  7. Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan. Sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
  8. Belajar daripada satu sama lain.
  9. Jangan mengata di belakang kawan anda.
  10. Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

Dipetik dari Musleem.com

Posted by Azhad 15.4.05 0 comments

Pertandingan Akhir Hitz1 telah berlangsung pada 10 April 2005 yang baru lalu. Tahniah diucapkan kepada Misha Omar, Ajai, Habsah Hassan dan Shuhaimi Baba di atas Anugerah Lagu Terbaik; Pulangkan. Juga kepada Siti Nurhaliza dan Yasin di atas Anugerah Tempat Kedua Lagu Terbaik; Lagu Rindu. Di samping untuk Siti Nurhaliza yang juga telah memenangi Anugerah Lagu Paling Popular dan Persembahan Terbaik pada malam itu.

Ulasan lebih lanjut boleh diperolehi di Harian Metro Online, sultanmuzaffar dan malique.

Posted by Azhad 12.4.05 0 comments

Sudah seminggu konsert solo Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall London berlalu. Berbagai maklum balas susulan yang diberikan oleh mereka yang menyaksikan sendiri konsert ini di London dan juga oleh mereka yang sekadar membaca ulasan tentang konsert tersebut.

Ulasan di blog,
Ngising Royal Albert Hall and Siti, Malaysian first international superstar!
X-Guy Siti and the Royal Albert Hall Concert
Rem Orang marah-marah kerana Siti?
Rem Siti had done it; now let's all move on...

Ulasan di akhbar,
Utusan Online Konsert di London - Berapa ramai penonton mat saleh?
Utusan Online Siti Nurhaliza impian terlaksana
The Star Online Shaping Siti’s success
Malay Mail Online Pahang Sultan among Siti’s fans in London
Harian Metro Online Siti: Saya bukan berkira
Berita Harian Online Soal Jawab: Tuanku bangga kejayaan Siti
Berita Harian Online Siti Nurhaliza Letak Tanda Aras Penghibur Malaysia

Tidak ketinggalan juga beberapa akhbar luar negara ada menyiarkan berita mengenai Siti dan konsert beliau di London;

The Electric New Paper, Singapore
Siti scores at Royal Albert Hall
AsiaOne, Singapore
Siti hits the right notes at Albert Hall
National Post, Canada
Malaysian songstress Siti Nurhaliza basks in triumph after London performance
Bru Direct, Brunei
Bruneians In UK Buy $100 Ticket For Siti's London Concert
Hindustan Times, India
Siti Nurhaliza aims for global stardom
Keralanext, India
Malaysia's pop princess aims for international stardom with London gig

Posted by Azhad 9.4.05 0 comments

Tahniah kepada Siti Nurhaliza kerana telah mendapat undi sebanyak 110,885 untuk menerima Anugerah Bintang Paling Popular 2004.

Untuk keputusan penuh dan ulasan sila layari blog sultanmuzaffar dan malique di samping Berita Harian Online.

Posted by Azhad 4.4.05 0 comments

Image Hosted by ImageShack.us

Siti Nurhaliza telah menjayakan konsert solonya di Albert Hall, London. Kita yang tidak berpeluang ke sana bolehlah membaca ulasan-ulasan berikut.

Ulasan di blog,
Blue Scrubs I ditched scrubs for Siti Nurhaliza
Rem Siti di Royal Albert Hall: pemerhatian langsung...
Kak Teh Haiya Cik Siti aahh saya manyak penat
Ewok Siti oooo Siti!
Ameco the time with Siti Nurhaliza concert..
Malique Siti Nurhaliza In Concert At Royal Albert Hall London (Part 1)
Faidhi Siti Nurhaliza's Royal Albert Hall Concert
Dhilia Siti Nurhaliza In Concert at Royal Albert Hall

Ulasan di forum,
CTonline
Cari

Ulasan di akhbar,

Utusan Online Siti Nurhaliza diundang lagi buat persembahan di Albert Hall
Utusan Online Siti Nurhaliza - Wajah, aksi di Royal Albert Hall
Utusan Online Pasaran global - Siti sudah bersedia
Utusan Online Siti penghibur saya - Sultan Pahang
Utusan Online Siti impi buat konsert di Sydney Opera House

The Star Online Siti Nurhaliza wows London with wit and elegance
The Star Online Siti set for international scene
The Star Online Siti displays true star power in London
Berita Harian Online Siti diundang menyanyi sekali lagi di London
Harian Metro Online Siti pukau London
Malay Mail Online Siti went, saw and conquered...

NST Online Siti Nurhaliza takes Royal Albert Hall by storm

Nota : Link ke Kumpulan Akbar NSTP (NST, Malay Mail, Berita Harian dan Harian Metro) hanya boleh digunakan selama seminggu. Selepas itu berita itu akan dipindahkan ke arkib dan perlu berlanggan untuk membacanya.

Posted by Azhad 3.4.05 0 comments

Dipetik dari http://gmail.google.com/ ;

A Google approach to math.

On the eve of Gmail's one-year birthday, our engineers were toiling away furiously. Notes scribbled all over the walls. Complex calculations on napkins and empty pizza boxes. Millions of M&Ms.

The result?... starting today, we're beginning the roll-out of our new and top secret Infinity+1 storage plan. The key features are:

Write, don't worry.
You want to stop caring about storage. We want to keep giving you more. Today, and beyond.

The gift that keeps on giving.
1211.947291 megabytes of storage (and counting) for every user.

No complicated equations. No tough algorithms.


Sesiapa yang inginkan akaun Gmail sila email saya.

Posted by Azhad 2.4.05 0 comments




Hari ini Siti Nurhaliza akan membuat persembahan di Royal Albert Hall, London. Semoga ianya akan berlangsung dengan jayanya dan mencapai matlamat yang disasarkan.

Komen dan ulasan tentang konsert tersebut ; Siti dan Albert Hall

Posted by Azhad 1.4.05 1 comments

Kira-kira sebulan yang lalu aku ada menulis tentang bohong. Tidak pula aku sangka baru-baru ini ianya terjadi kepadaku. Seorang yang rapat denganku telah tidak berkata benar. Apa yang lebih mendukacitakan ialah pada mulanya dia tidak mahu mengaku kesalahannya itu.

Begitulah lumrahnya, orang akan berbohong di atas berbagai alasan. Kebanyakannya berbohong untuk menjaga kepentingan peribadi. Tidak kurang juga kerana hendak menjaga hati orang lain. Malah ada yang berbohong kerana memang sudah jadi tabiatnya suka berbohong.

Sebenarnnya memang susah untuk mendapatkan seseorang yang dengan tulus ikhlas sentiasa berterus terang dengan kita. Masalahnya kekadang kita sendiri tidak mahu mendengar kebenaran sesuatu perkara itu. Kita mahu orang lain bercakap apa yang kita hendak dengar sahaja. Ini menyebabkan mereka yang berterus terang adakalanya tidak disukai oleh orang lain.

Bagi aku jika seseorang itu rapat denganku lebih-lebih lagi jika dia orang yang aku sayangi, pasti aku akan berterus terang dengannya. Aku juga berharap sebaliknya. Aku yakin walaupun kebenaran itu kadang kala menyakitkan tetapi ia akan merapatkan lagi sesuatu hubungan jika kita ikhlas.

Posted by Azhad 27.3.05 0 comments

Tahniah !
Sepet

Filem SEPET telah memenangi Grand Prize of the Jury di International Women's Film Festival kali ke 27 di Cretel, France.

Dah Tonton Sepet?
Tonton Sepet
Sepet

Posted by Azhad 21.3.05 0 comments

Petua Merangsang Anak Yang Mempunyai Masalah Komunikasi

1. Ibu bapa harus memberikan perhatian yang khusus bila diperlukan.
2. Pamerkan kasih sayang dengan jelas.
3. Puji anak secara khusus.
4. Berikan penerimaan & penghargaan sekerap yang mungkin.
5. Hormati kawan-kawan anak.
6. Kongsi perasaan ibu bapa dengan anak-anak.
7. Kongsi hobi dengan anak.
8. Lakukan sesuatu yang istimewa untuk anak.
9. Bentuk suasana komunikasi yang selesa.

Petua Merangsang Keistimewaan Anak

1. Kenali dan nyatakan ciri istimewa anak.
2. Terima dan galakkan anak memberi pandangan dan cadangan.
3. Terima dan hargai anak walaupun ada kesilapan dan kelemahan.
4. Cari keunikan dalam idea atau perlakuan anak dan beri pujian.
5. Beri peluang anak untuk mencuba atau bertindak secara unik.
6. Hormati setiap pandangan anak walaupun ada yang tidak disetujui oleh ibu bapa.
7. Hormati barang kepunyaan dan biliknya.
8. Beri peluang anak melakukan sesuatu kerja atau tugasan mengikut caranya sendiri.

Petua Meningkatkan Keyakinan Diri Anak

1. Bantu anak meningkatkan kemahiran berkomunikasi
a. Galakkan beri pandangan.
b. Dengar ceritanya.
c. Suruh ceritakan pengalaman di sekolah setiap hari.

2. Libatkan anak dalam merangka peraturan dalam rumah tangga dan dalam menyelesaikan masalah.
a. Jadual harian di rumah.
b. Tanggungjawab mengenai bilik tidur.
c. Tanggungjawab membantu kerja-kerja dirumah.

3. Nilai proses penyelesaian masalah yang dijalankan oleh anak.

4. Beri penghargaan untuk setiap 1 kejayaan walaupun kecil.

5. Hormati aras ketrampilan anak dan sentiasa ingat yang dia sedang belajar.

6. Galakkan anak membuat matlamat peribadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

7. Beri sokongan dan galakan bila anak dapat mempengaruhi orang lain secara positif.

8. Terima perubahan dalam peranan yang dimainkan oleh anak.
Contoh : Masa kecil suka ikut bapa ke mana-mana. Bila sudah besar tidak mahu lagi ikut bapa.

Posted by Azhad 20.3.05 0 comments

Alhamdulillah - Too Phat

Dian Sastro:
disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata, memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka
sadarku akan hadirmu, mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Yassin:
ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Malique:
merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita, senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus, ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata, boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!

Joe Flizzow:
jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila persimpangan tiba, hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira, dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda, dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan, menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki, moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Ahli Fiqir:
aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
aku hakiki, aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi, pelik dan benar, qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalananku pasrah
ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

Dian Sastro:
sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....

Posted by Azhad 18.3.05 0 comments

If You're Not The One - Daniel Bedingfield

If you’re not the one then why does my soul feel glad today?
If you’re not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call?
If you are not mine would I have the strength to stand at all

I never know what the future brings

But I know you are here with me now
We’ll make it through
And I hope you are the one I share my life with

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand

If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?

If I don’t need you then why am I crying on my bed?

If I don’t need you then why does your name resound in my head?
If you’re not for me then why does this distance maim my life?
If you’re not for me then why do I dream of you as my wife?

I don’t know why you’re so far away

But I know that this much is true
We’ll make it through
And I hope you are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I praying you’re the one I build my home with
I hope I love you all my life

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand

If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

‘Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away

And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
‘Cause I love you, whether it’s wrong or right
And though I can’t be with you tonight
And know my heart is by your side

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand

If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

Posted by Azhad 16.3.05 0 comments

Jangan Benci-Membenci
Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur?

Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.

Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah :-
1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap orang ( walaupun kita perlu berwaspada setiap masa)
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara satu dengan yang lain.
8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yg kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu orang yang mengasihi dirinya dan tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:
"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka"

Posted by Azhad 15.3.05 1 comments

Hari Khamis 3 Mar 2005 yang lepas aku telah bercuti dan duduk di rumah sahaja. Hari itu apabila aku periksa email terdapat beberapa email yang dikirim oleh seseorang yang juga dihantar kepada banyak alamat email yang lain. Aku telah mengambil keputusan untuk menggunakan senarai email tersebut untuk memperkenalkan blog ini.

Di sini aku meminta maaf kepada mereka yang merasa terganggu atau marah apabila menerima emailku hari itu.

Manakala terima kasih pula kepada mereka yang menghargai dan gembira dengan kehadiran emailku itu.

Setiap orang mempunyai pegangan dan pendirian masing-masing. Oleh itu apabila sesuatu dibentangkan di hadapan mereka sudah pasti reaksi mereka juga berbeza-beza.

Maaf dan terima kasih sekali lagi.

Posted by Azhad 5.3.05 0 comments

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2005, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH.

1.) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2.) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3.) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT.

Mulai 2005 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS.

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2005 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN.

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET.

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

........ dipetik dari Redhaven

Posted by Azhad 3.3.05 0 comments

Subscribe here