Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Setiap perkara dalam Islam samada yang berupa suruhan ataupun tegahan, mengandungi tujuan bagi kebaikan hambanya. Begitulah halnya dengan ibadah puasa yang sedang kita kerjakan sekarang ini. Natijah dari puasa akan melahirkan insan yang bertaqwa. Taqwa memberi maksud mengerjakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang.

Puasa juga boleh menjadikan seseorang sihat tubuh badan. Punca penyakit biasanya akan dikaitkan dari faktor keturunan atau memang telah ditakdirkan sakit sejak dari ia dilahirkan atau keadaan alam dunia yang semakin tercemar. Namun berdasarkan kajian, penyumbang terbesar punca penyakit adalah disebabkan amalan dan tabiat pemakanan serta gaya hidup seseorang. Walaupun nabi S.A.W ada menyatakan bahawa: "setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati" namun nabi juga berpesan: "mencegah itu lebih baik dari mengubati".

Kelebihan Berpuasa
Maka dapat kita fahami bahawa penyakit amat berkait dengan makanan. Pakar-pakar pemakanan pun telah menetapkan tentang piramid makanan iaitu cara pemakanan yang betul. Jika diamalkan maka ia adalah satu jaminan kepada kesihatan tubuh badan. Sebab itu nabi menyatakan: "Punca penyakit adalah dari perut (makanan)".

Makan dan minum adalah satu keperluan kita sebagai manusia. Dari sudut Islam bahawa makan dan minum diletakkan sebagai wajib pada adat tetapi harus pada syarak. Allah S.W.T menyatakan dalam al-Quran: "Makanlah dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan".

Satu perkara yang sangat baik untuk kita fikirkan bersama ialah apa yang dinyatakan oleh nabi S.A.W, "makanlah ketika kamu lapar dan berhentilah sebelum kenyang". Amalan ini kalau dapat dilakukan pastinya tahap kesihatan kita terjamin. Maka ibadah puasa adalah antara cara kita untuk merealisasikan pesanan nabi dalam mengawal pemakanan. Disamping itu juga aktiviti riadhah patut dilakukan sekurang-kurangnya pada tahap yang minima. Jika kita mampu lakukan sebagaimana yang dibicarakan tadi maka kita yakin apa yang dinyatakan oleh nabi S.A.W akan berlaku: "Berpuasalah kamu nescaya kamu akan sihat". Islam amat menitik beratkan soal kesihatan. Oleh kerana itulah nabi bersabda: "Mukmin yang kuat (sihat) itu lebih baik dari seorang mukmin yang lemah"

Wallahua'lam.

Posted by Azhad 3.8.11 16 comments

Hari ini 12 Rabiulawwal merupakan ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Kehadiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. telah diutuskan ke dunia ini kepada manusia sebagai penghulu segala rasul. Di antara ciri-ciri terpuji Rasulullah S.A.W. yang mesti dicontohi adalah ketua keluarga yang bertanggungjawab, pemimpin yang bijaksana dan mempunyai akhlak yang sempurna.


Marilah sama-sama kita sentiasa mencontohi tauladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. bagi meningkatkan iman dan ketakwaan diri sebagai umat Islam.

Tags: , , , , , ,

Posted by Azhad 15.2.11 10 comments

Valentine's Day atau Hari Kekasih tidak akan lepas daripada mendapat perhatian apabila tibanya 14 Februari setiap tahun. Walaupun begitu kini umat Islam telah mula menyendari bahawa hari kekasih ini tidak boleh diraikan berdasarkan beberapa fakta berkenaan asal usul hari tersebut.

Sememang tidak dinafikan sebelum ini ramai dikalangan umat Islam di Malaysia terutamanya remaja dengan bangga dan gembiranya menyambut Valentine Day kerana tidak mempunyai maklumat yang jelas mengenainya.

Hari Valentine Haram
Pada tahun 2007 Nukilan Jejari Azhad pernah menyenaraikan beberapa artikel berkaitan dengan persoalan berkenaan samada bolehkah hari ini disambut atau diraikan oleh umat Islam. Senarai aktikel tersebut boleh di baca di Hari Valentine.

Alhamdullilah, dewasa ini sudah semakin ramai pihak yang sama-sama dilihat berusaha untuk menyampaikan maklumat berkenaan latar belakang hari kekasih ini terutamanya kepada golongan sasar.

Sementara itu dipaparkan berikut penjelasan ringkas daripada Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah berkenaan beberapa versi sejarah munculnya Hari Valentine dan kenapa ia adalah haram untuk umat Islam menyambutnya.


Semoga dengan pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak, kesedaran berkenaan Hari Valentine atau Hari Kekasih ini akan dapat ditingkatkan. Kita juga marilah sama-sama saling ingat-mengingatkan antara semua saudara seagama kita.

Tags: , , , , , ,

Posted by Azhad 14.2.11 7 comments

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

1 Hijrah = 622 Masihi
Rasullulah SAW berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail as melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda.
Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Mekah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Mekah secara senyap-senyap ke Madinah (Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Mekah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Mekah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail as menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq ra dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib ra. Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali ra tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah SAW. Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah SAW. Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali as dan bukannya Rasulullah SAW bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah SAW keluar dari rumah itu.

Rasulullah SAW dan Abu Bakr as keluar dari Mekah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah SAW dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah SAW tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah SAW dan Abu Bakr as tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya.

Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Mekah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah SAW dan Abu Bakr as meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.

Sementara itu, kaum Quraish di Mekah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah SAW. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah SAW dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah SAW dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah SAW dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah SAW. Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Mekah.

Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah SAW akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah SAW mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

Nota : Sila rujuk Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah.

Tags: , , , , , , ,

Posted by Azhad 6.12.10 6 comments

Ibadah haji adalah merupakan salah satu Rukun Islam yang wajib dilaksanakan oIeh setiap umat Islam yang telah mencapai syarat-syarat kemampuannya. Satu daripada acara penting yang mengiringi ibadah haji di dalam bulan ini ialah Ibadah Korban.

Ia merupakan satu amalan yang disunatkan oIeh Islam dan amat digalakkan oIeh Baginda Rasulullah s.a.w. sebagaimana hadith daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

Salam Aidil Adha
"Barangsiapa yang mempunyai kelapangan untuk berkorban tetapi ia tidak melakukannya, maka janganlah ia menghampiri tempat kami bersolat ini"
(Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Hadith ini menunjukkan betapa amalan korban ini sesuatu yang amat dititik-beratkan oIeh Baginda Rasulullah s.a.w. Ibadah korban disyariatkan apabila nabi Ibrahim Alaihissalam menerima ujian yang amat berat daripada Allah SWT. sebagaimana yang dirakamkan di dalam surah As-Soffaat ayat 102-109 yang bermaksud;

"Maka Tatkala anaknya berumur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Ibrahim berkata; "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab, "Wahai ayah! jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah, ayah akan dapati aku adalah daripada orang yang sabar". Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan (nabi) Ibrahim membaringkan anaknya dengan mengerengkan mukanya di atas tompok tanah, lalu Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!, engkau telah membenarkan mimpi itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berbuat baik. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; dan Kami abadikan baginya (nama yang dikenang) di kalangan umat akan datang: "Salam sejahtera kepada Ibrahim".

Demikianlah betapa besarnya pengorbanan yang dilakukan oIeh nabi Ibrahim dan anaknya Ismail Alaihimassalam yang menjadi bukti betapa teguh dan kukuhnya keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah SWT.

Ibadah Korban ialah dengan menyembelih binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau dan kambing. Ia dilakukan pada 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya dengan mengagihkan sebahagian daripada daging itu kepada golongan fakir dan miskin.

Konsep korban bukan sahaja terbatas dengan penyembelihan atau pun waktu, bahkah ianya juga termasuk dengan pengorbanan harta, wang ringgit, masa, tenaga dan seluruh kehidupan kita. Namun fenomena dan cabaran yang kita hadapi pada ketika ini berlaku pada setiap detik dan saat.

Cabaran yang dihadapi ini memerlukan kita melakukan banyak pengorbanan pada setiap masa. Masyarakat kita umumnya mengahadapi cabaran dari Anasir-anasir Barat yang cuba meruntuhkan akhlak dan moral muda-mudi kita pada hari ini. Hasilnya apa yang kita dapat lihat bayi-bayi kecil yang tidak berdosa menjadi korban ibu bapanya yang tidak bertangggungjawab. Krisis akhlak seperti ini telah pun menular bukan sahaja pada peringkat umur remaja, bahkah juga pada peringkat dewasa mahu pun orang tua.

Begitu juga dengan para pemimpin kita yang tidak terlepas menghadapi cabaran dalam menunaikan amanah mereka sebagai pemimpin masyarakat. Inilah antara bentuk cabaran yang amat menduga keimanan dan ketakwaan kita dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Maka sudah pastilah memerlukan pengorbanan yang besar untuk memelihara keimanan dan
ketakwaan kita kepada-Nya.

Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya harus dijadikan contoh teladan yang utama kepada setiap individu Muslim sebagai motivasi melakukan pengorbanan. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya telah pun membuktikan kejayaan mempertahankan iman dan memartabatkan Islam melalui pengorbanan harta dan jiwa raga mereka sehinggakan Islam dapat dinikmati oIeh seluruh umat manusia pada hari ini.

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai contohnya, telah menafkahkan seluruh harta kekayaannya untuk digunakan pada jalan Allah SWT. Apabila ditanya oIeh Rasulullah s.a.w. apa yang ditinggalkan untuk ahli keluarganya, beliau menjawab; Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga dengan sahabatsahabatnya yang lain seperti Zubir bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah dan ramai lagi. Mereka ini adalah ahli perniagaan yang berjaya dan memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi mereka tidak pernah lupa menafkahkan hasil perniagaan mereka untuk kepentingan Islam. Jiwa dan keimanan mereka amat kental sehingga tidak mampu ditewaskan oIeh harta kekayaan yang mengelilingi kehidupan mereka.

Dalam usaha mempertahankan keimanan dan mempertingkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT., sudah semestinya memerlukan kepada berbagai-bagai pengorbanan. Maka apakah pengorbanan-pengorbanan itu?
  1. Pengorbanan Harta Benda

    Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT. di dalam surah Ali Imran ayat 92 yang bermaksud 

    "Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu mendermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya".

    Melalui ayat ini, Allah SWT. mendidik hamba-Nya supaya menjauhi sifat tamak atau bakhil dengan cara mendermakan sebahagian harta yang mereka sayangi kepada orang lain yang memerlukan. Para sahabat Rasulullah s.a.w. seperti Abu Bakar, Omar, Abu Talhah dan lain-lain lagi, apabila mendengar Rasulullah s.a.w. membacakan ayat ini, maka mereka terus berlumba-lumba mendermakan harta mereka pada jalan kebajikan. Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    "Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah".
     
  2. Pengorbanan Masa

    Masa mempunyai nilai yang amat tinggi di sisi Allah SWT. dan juga di sisi manusia. Allah SWT. telah menjelaskan bahawa manusia akan mengalami kerugian apabila mereka tidak menggunakan masa dengan sebaiknya. Firman Allah SWT. dalam surah Al-Asr ayat 1 - 3:

    "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".

    Manusia di zaman ini banyak mengorbankan masanya pada perkara-perkara keduniaan. Mereka beralasan bahawa bahagian kehidupan di dunia ini tidak boleh ditinggalkan semata-mata kerana mengejar kehidupan akhirat. Lantaran itu mereka terus disibukkan dengan mengejar kekayaan dunia siang dan malam sehingga mereka lupa akan kewajipan mereka terhadap Allah SWT.

    Inilah golongan manusia yang mendapat kerugian di akhirat kerana masa yang telah mereka korbankan hanyalah untuk mendapatkan keuntungan di dunia semata-mata.
     
  3. Pengorbanan Tenaga Dan Jiwa Raga

    Sesungguhnya seseorang yang sanggup mengorbankan jiwa raga untuk mencapai sesuatu matlamat memerlukan kekuatan dalaman yang amat luar biasa. Kekuatan ini hanya akan dapat dilahirkan apabila kita mempunyai keimanan yang teguh kepada Allah SWT.

    Inilah pengorbanan terbesar nabi Ibrahim Alaihissalam dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Inilah juga pengorbanan terbesar para sahabat Rasulullah s.a.w. dalam perjuangan menegakkan panji-panji Islam di muka bumi Allah ini.

    Di kalangan para sahabat ini ada yang gugur syahid di medan peperangan, ada yang luka parah terkena tusukan pedang dan anak panah dan ada juga yang cacat anggota tubuhnya semata-mata kerana mempertahankan maruah dan kesucian agama Islam. Firman Allah SWT. di dalam surah At-Taubah ayat 111;

    "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang yang beriman, jiwa dan harta benda mereka dengan mengurniakan ganjaran syurga kepada mereka, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah, lalu ada antara mereka yang membunuh dan terbunuh"
Kita seharusnya mengambil iktibar dari pengorbanan para sahabat dalam menegakkan dan mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini. Semangat dan kekentalan jiwa mereka mestilah disematkan ke dalam diri kita untuk meneruskan perjuangan mengajak manusia ke arah kebaikan di dunia ini.

Kita berbangga kerana masih ada saudara seislam kita yang sanggup bergadai nyawa meredah lautan semata-mata ingin membantu umat Islam lain yang sedang menderita. Kita juga berbangga kerana para pemimpin kita di pelbagai peringkat tidak berbelah bahagi dalam memberi sokongan padu kepada perjuangan membela nasib umat Islam di serata dunia.

Mudah-mudahan dengan segala bentuk pengorbanan ini akan dapat terus memantapkan iman dan memartabatkan Islam di muka bumi Allah ini.

"Sesiapa yang berjihad maka sesungguhnya dia hanyalah berjihad untuk kebaikan dirinya sendiri, sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk".
(Al-Ankabut : 6)

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.

Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianMu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Sumber : Jabatan Agama Islam Selangor

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 17.11.10 12 comments

Bulan yang dinanti sudah pun tiba. Seluruh umat Islam telah pun mula berpuasa dan melakukan pelbagai ibadah di sepanjang bulan Ramadhan ini. Di dalam bulan ini ada berbagai bonus dan tawaran istimewa pahala yang ditawarkan. Lakukanlah segala ibadah itu dengan ikhlas dan kerana Allah s.w.t. dan bukan kerana ingin berbangga, menunjuk-nunjuk atau mahu orang lain mengetahuinya.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pembaca dan pengunjung blog ini. Semoga kualiti puasa dan ibadah kita tahun ini akan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, insyaAllah.

Technorati Tags: , , , , , , ,

Posted by Azhad 12.8.10 5 comments

Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169) .

kadar zakat RM5 - RM8

Apabila di sebut Ramadan, maka ia amat sinonim dengan zakat fitrah. Di dalam Islam, di samping zakat harta maka semua umat Islam yang layak diwajibkan zakat fitrah. Zakat fitrah dikenakan kepada semua umat Islam, sama ada merdeka mahu pun hamba sahaya.

Kadar zakat fitrah pula ialah sekadar segantang Baghdad yang dikenakan berdasarkan makanan asasi. Jika di Malaysia, beraslah zakat fitrahnya. Segantang Baghdad itu pula menyamai 2.7 kg. Maka, darablah harga beras semasa dengan 2.7 kg bagi mendapatkan kadar zakat fitrah.

Kadar Zakat Fitrah yang telah ditetapkan bagi tahun 2009 / 1430H adalah seperti beikut :

Kuala Lumpur : RM 7.00
Labuan : RM 7.00
Putrajaya : RM 7.00
Johor : RM 5.00 / RM 7.50
Kedah : RM7.00
Kelantan : Belum diumumkan (2008 : RM 7.60)
Melaka : RM6.30
N.Sembilan : RM6.50
Pahang : RM7.00
Perak : RM7.00
Perlis : RM 6.00
P.Pinang : RM 7.00
Sabah : RM 6.60
Sarawak : RM 6.00
Selangor : RM 7.00
Terengganu : RM 5.00 / RM7.00 / RM8.00

Di dalam memastikan umat Islam khususnya golongan fakir dan miskin turut merasai nikmat hari raya inilah, maka zakat fitrah diwajibkan. Ia bertujuan memberikan mereka makanan yang cukup. Bahkan dalam konteks hari ini, fakir miskin bukan sahaja diberikan makanan bahkan wang ringgit. Maka, dapatlah mereka membeli keperluan hari raya dengan wang ringgit tersebut.

Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Sumber : Blog Zakat dan BERNAMA

Technorati Tags: , , , , , ,

Posted by Azhad 26.8.09 5 comments

Kita kini sedang menyambut ketibaan bulan Rabiul Awwal yang telah mencatatkan peristiwa penting dalam sejarah Islam. Di mana apabila tibanya bulan Rabi’ulawwal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia sama-sama mengingati tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Kelahiran dan kebangkitan junjungan besar nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul akhir zaman telah membawa sinar bahagia kepada manusia dan rahmat kepada seluruh alam yang selama ini tenggelam dalam kejahilan dan hidup bermusuhan antara satu sama lain.

Maulidur Rasul

Yang kuat memerintah yang tidak berdaya, yang kaya memeras yang miskin, yang gagah menindas yang lemah, undang-undang terletak pada pandangan nafsu dan bukannya berdasarkan wahyu sehingga hidup manusia bercelaru hilang pedoman dan tempat rujukan untuk berlindung.

Sejarah telah mencatatkan kisah perjalanan pahit maung kehidupan Rasulullah S.A.W. di dalam tugasnya menyebarkan dakwah Islam yang mulia ini, baginda pernah dikeji, dihina, diugut, dibaling dengan batu sehingga berdarah, dipulau kaum keluarganya namun untuk meninggalkan amanah Allah ini tidak sekali-kali terlintas di dalam jiwanya.

Justeru, Rasulullah S.A.W. yang diutuskan kepada umat manusia sebagai penghulu segala rasul, wajib kita sama-sama mentaatinya, dengan erti kata melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala tegahannya. Mudah-mudahan kita beroleh kecemerlangan dan kegemilangan hidup di dunia dan di akhirat.

Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7:

Maksudnya : “Dan apa jua suruhan yang di bawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah akan ia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya)”.

Melalui cacatan sejarah juga kita dapati bagaimana kehidupan Rasulullulah S.A.W. yang sentiasa dijaga dan dipelihara oleh Allah S.W.T. bagi menjamin dakwahnya diterima oleh masyarakat. Walaupun baginda hidup dalam suasana masyarakat jahiliah yang sesat bertuhankan nafsu, namun baginda tidak terlibat dengan penyembahan berhala, minum arak, berjudi, malah tidak pernah berhibur dengan hiburan yang melalaikan. Begitu juga, baginda bersifat amanah sehingga digelar "al-Amin" serta sentiasa menjaga pergaulan dan percakapannya.

Baginda Raslulllah S.A.W. turut dididik dengan ujian bagi mematangkan fikiran dan tindakannya, di mana sejak kecil lagi baginda menjadi yatim piatu dengan kewafatan ayahanda dan bonda yang tercinta. Penjagaan baginda yang yatim piatu diambil alih oleh datuk kesayangannya Abdul Mutalib, tetapi Allah S.W.T. sekali lagi menguji baginda dengan kematian datuknya ketika baginda berusia lapan tahun dan penjagaan baginda berpindah kepada bapa saudaranya Abu Talib. Cuba kita bayangkan?. Bagaimana nabi yang bakal melaksanakan tugas dakwah Islam yang begitu besar dan berat telah diuji dengan kehilangan ahli keluarga ketika usianya yang masih kecil. Tetapi Allah maha penentu segala-galanya, di mana setiap sesuatu yang berlaku mempunyai hikmatnya yang tersendiri. Ujian kewafatan ahli keluarga tercinta telah mendidik baginda sebagai seorang yang cepat matang dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain.

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun, marilah kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.

Sebagai seorang pemimpin agong baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan jauh dan akal fikiran yang tajam serta semangat juang yang tinggi, kekuatan rohani yang mendalam, tabah dan keberanian menempuh berbagai cabaran dan dugaan yang perlu kita contohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Makkah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam pada hari ini hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan akal dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Ini kerana setiap umat Islam pada hari ini adalah bertanggungjawab meninggikan dan mempertahankan agama Allah.

Di antara ciri-ciri dan sikap terpuji baginda Rasulullah S.A.W. yang perlu dicontohi :

1.Sebagai Ketua Keluarga Yang Mulia Dan Bertanggungjawab

Dalam kesibukan baginda sebagai pemimpin negara, sebagai pendakwah, ketua tentera dan pelbagai urusan lainya tetapi baginda tidak pernah melupakan soal membina keluarga yang harmoni. Bagaimana baginda menunjukkan kaedah yang berkesan untuk melahirkan sebuah rumahtangga Islam sejati yang berjaya melahirkan generasi Islam yang bertakwa. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Tahrim ayat 6 :

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

2.Sebagai Pemimpin Yang Bijaksana

Rasulullah S.A.W. merupakan seorang pemimpin yang ikhlas dalam memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam. Peribadi baginda yang luhur, tidak ingin dipuji, tidak mementingkan diri sendiri, tidak mementingkan kebendaan serta mengejar pangkat dalam perjuangannya. Akhirnya baginda telah berjaya membentuk peribadi, masyarakat dan negara Islam yang unggul dan terbilang.

Amat sesuai baginda menjadi contoh teladan yang paling baik. Sabda baginda :

" اِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ "

Maksudnya: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ".

3.Memiliki Akhlak Yang Sempurna

Baginda diutuskan bersama akhlak yang sempurna sebagai asas panduan kepada setiap lapisan masyarakat. Hal ini dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam al-Ahzab ayat 21 :

Maksudnya : “Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

Seterusnya baginda terkenal dengan ketegasan dalam perjuangan mempertahan agama Allah tanpa rasa takut dan menolak sebarang bentuk tawaran keduniaan. Seandainya sifat seumpama ini dapat kita laksanakan pastinya Islam bertambah maju dan setiasa disegani kawan mahupun lawan.

Dalam membina masyarakat yang harmoni pula baginda menggariskan beberapa panduan antaranya menanamkan sifat berkasih sayang, tolong menolong, menjaga hak kejiranan dan sebagainya demi menjaga dan membentuk masyarakat sejahtera.

Inilah antara sifat-sifat dan ketabahan baginda Rasulullah S.A.W. di dalam menegakkan agama yang benar dan diredhai Allah S.W.T. Maka bersempena sambutan Maulidur Rasul yang kita sambut pada tahun ini hendaklah dilakukan dengan hati yang benar-benar insaf dan ikhlas serta berbeza dengan cara sambutan Maulidur Rasul yang pernah dilakukan oleh Abu Lahab yang terlalu gembira menyambut kelahiran baginda dengan sanggup memerdekakan hamba kesayangannya serta menyembelih 100 ekor unta tetapi akhirnya apabila baginda menyatakan tentang kenabiannya serta dakwah Islam yang dibawa oleh baginda maka dialah orang paling keras menentang baginda sehingga kisahnya dirakamkan dalam surah al-Masad.

Oleh itu, kita perlu sedar dan insaf sambutan yang kita raikan mestilah selari dengan apa yang diucapkan, jangan kita bersungguh-sungguh memuji akhlak Rasulullah S.A.W. Tetapi akhlak remaja kita terbiar semakin hari semakin liar, tidak terkawal dan terlalu mementingkan hiburan sehingga mengabaikan tuntutan agama. Begitu juga, jangan kita hanya memuji baginda yang mengharamkan arak, judi dan riba sedangkan di sekeliling kita arak, penagihan dadah, pil khayal, ubat batuk dan segala macam yang memabukkan semakin manjadi-jadi seakan-akan tidak ada penghujungnya.
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

Maksudnya : “Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (arab) yang ummyyin, seorang rasul (nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaannya), dan membersihkan mereka (daripada iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hokum-hukum syari’at). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.”
( Surah al-Jumuah ayat : 2 )

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْن وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Reblog this post [with Zemanta]

Posted by Azhad 5.3.09 3 comments

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

1 Yahudi 100 Islam

Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.

Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian beliau mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).

Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga secara oral yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Kenapa Yahudi begitu berkuasa? Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah seorang Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan.

Artikel ini ditulis oleh Dr. Farrukh Saleem, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan. Artikel asal beliau ditulis dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di Why Are Jews So Powerful?

Bacaan tambahan:
Mengenal Siapa Yahudi
Menelusuri Sejarah Yahudi dan Negara Haram Israel

Technorati Tags: , , , , , , , ,

Posted by Azhad 13.1.09 21 comments

Detik masa terus berlalu tanpa ada sesiapa yang dapat menghalang maupun memperlahankannya. Cuba kita renungkan sebentar bagaimana masa yang telah berlalu itu kita habiskan. Berapakah umur anda sekarang? Apakah yang telah anda lakukan semasa zaman kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa anda? Apa pula perancangan anda untuk esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan seterusnya?

1430H ~ 2009M

Masa juga membawa kita melangkah masuk ke tahun 1430 Hijrah dan selang beberapa hari lagi tahun 2009 Masihi pula. Maal Hijrah disambut setiap tahun oleh umat Islam seluruh dunia dengan berbagai aktiviti begitu juga dengan tahun baru Masihi. Apa yang penting adalah penghayatan rohani dan jasmani untuk menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Walaupun kita merasa kita telah buat yang terbaik selama ini pasti masih ada ruang untuk meningkatnya. Masa yang kita ada ini terutama di waktu lapang dan sihat selalulah dimanfaatkan ke jalan yang diredhai oleh Yang Maha Esa.

Sebagai permulaan mungkin kita boleh membaharui azam atau kepada yang tidak ada azam jadikan saat ini untuk meletakkan satu azam sempena bermula tahun baru ini. Azam untuk berubah, azam untuk bergerak ke arah yang lebih baik daripada sebelum ini, azam untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan.

Setelah azam itu ditetapkan maka kita telah pun mempunyai satu matlamat yang hendak dituju. Bagi memastikan azam itu tidak tinggal sekadar azam semata-mata, kita perlulah pula menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat yang ditetapkan itu.

Apabila destinasi telah ditentukan dan laluannya telah dirancangkan, insyaAllah azam kita itu akan tercapai. Cuma kuatkan iman dan tabahkan hati semasa menuju ke arahnya kerana pasti ada pelbagai godaan, gangguan dan rintangan yang terpaksa ditempohi.

Firman Allah ta'ala: “Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebaikan, dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Nabi s.a.w. bersabda; “Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berusahalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.” - Sahih Muslim

Semoga bila tiba tahun 1431 Hijrah dan 2010 Masihi nanti, anda boleh menoleh kebelakang dan merasa satu kepuasan dalam menjalani kehidupan ini.

Selamat Tahun Baru...

Technorati Tags: , , , , ,

Posted by Azhad 29.12.08 1 comments

Syawal tahun ini telah pun hampir ke penghujungnya dan suasana di kampung-kampung mungkin telah pun kembali kepada keadaan asal seperti hari-hari biasa. Sebaliknya di bandar-bandar pula saban hari terutama hujung minggu, sibuk diadakan rumah terbuka meraikan saudara-mara dan sahabat-handai. Begitulah lumrahnya setiap tahun yang biasa kita semua lalui.Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar

Sebenarnya di bulan Syawal ini adalah peluang terbaik untuk kita mengambil kesempatan untuk mengeratkan hubungan yang renggang dan memesrakan ikatan yang sedia ada. Mereka yang muda menghormati yang tua dan yang tua menyayangi yang muda. Segala selisih faham dan persengketaan keluarga atau sahabat hendaklah diselesaikan dan didamaikan.

Bermaaf-maafanlah dengan rasa tulus ikhlas dan insaf dengan kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan. Bukan sekadar memenuhi kebiasaan bertemu di Aidil Fitri ini. Janganlah rasa malu atau ego untuk meminta maaf dan hanya mengharapkan orang lain sahaja yang meminta maaf dengan kita. Begitu juga janganlah pula keras hati atau sombong untuk memberikan kemaafan kepada mereka yang memohon.

Setiap orang pasti ada membuat kesilapan dalam hidup ini, termasuklah diri kita sendiri. Malah ada juga perkara yang kita sangka betul tetapi sebaliknya menyinggung atau menyakiti orang lain.

Masa terus beredar dan umur kita akan terus meningkat malah bilakah kita akan mengembuskan nafas terakhir pun tidak ketahui. Kesalahan dan dosa kita dengan Yang Maha Esa boleh kita memohon maaf terus kepadaNya. Bagaimana dengan kesalahan kita sesama manusia apabila orang yang berkenaan telah meninggal dunia?

Oleh itu janganlah bertangguh untuk meminta maaf, janganlah menunggu hari raya sahaja baru nak bermaafan. Malah kita patut sentiasa memaafkan semua orang yang berada di sekeliling kita tanpa menunggu mereka datang kepada kita.

Semoga Syawal kali ini akan memberi kita satu keinsafan dan dapat membawa kehidupan kita yang lebih bermakna. Nukilan Jejari Azhad ingin memohon maaf jika ada sebarang penulisan di sini yang secara langsung atau tidak langsung yang kurang disenangi. Walaupun begitu terima kasih kerana menjadi pembaca blog ini. Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin.

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 22.10.08 2 comments

Hari ini 17 September bersamaan dengan 17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

al-QuranPeristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Al-‘Alaq:1-5)

Ditulis oleh Dr Samsu Adabi Mamat, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber: Jakim

Technorati Tags: , , , ,

Reblog this post [with Zemanta]

Posted by Azhad 17.9.08 1 comments

Umat Islam sudah hampir dua minggu berpuasa dan ramai yang berebut-rebut untuk melakukan amal ibadat di bulan yang mulia ini. Segala amal yang kita lakukan disepanjang bulan Ramadhan ini akan digandakan pahalanya oleh Allah swt. Di harap tiada yang ketinggalan beramal kerana kita belum tahu samada Ramadhan tahun hadapan akan dapat kita tempohi.

WP RM5.20

Bulan Ramadhan ini adalah bulan Barkah. Bulan yang disebut juga Syahrul Tarbiyyah dan Tazkiyyah. Bulan ini sepatutnya menjadi medan melunakkan akal, mematuhi arahan Allah dan menundukkan nafsu.

Satu lagi perkara rukun yang perlu dilakukan ialah membayar zakat fitrah. Kadar zakat fitrah bagi tahun ini telah ditetapkan dan hampir semua negeri di Malaysia telah menaikkan kadarnya. Ini selari dengan kenaikan harga beras baru-baru ini.

Untuk panduan bersama berikut adalah kadar zakat fitrah 2008 / 1429H;

Kuala Lumpur RM5.20
Labuan RM5.20
Putrajaya RM5.20
Johor RM6.50
Kedah RM7.00
Kelantan RM7.60
Melaka RM6.30
N.Sembilan RM6.50
Pahang RM7.30
Perak RM7.00
Perlis RM5.00/RM7.00
P.Pinang RM7.30
Sabah RM7.70
Sarawak RM7.50
Selangor RM5.20
Terengganu RM6.00/RM7.00/RM8.00

Di samping zakat fitrah jangan terlupa pula bahawa ada juga zakat harta. Zakat harta termasuklah zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat binatang ternakan, zakat pertanian, zakat wang simpanan, zakat emas dan perak, zakat saham serta zakat ma'adin (galian perut bumi), zakat kunuz (harta tertanam dalam bumi; harta karun) dan zakat rikaz (harta tersimpan dalam bumi sebelum kedatangan Islam).

Semoga dengan mengeluarkan zakat akan membersihkan harta yang dimiliki dan dapat membantu mereka yang memerlukannya.

Technorati Tags: , , , , , ,

Reblog this post [with Zemanta]

Posted by Azhad 11.9.08 4 comments

Akademi Al Quran musim ketiga telah pun berakhir semalam dengan menobatkan Mohd. Fakhrul Radhi Khamaruddin berumur 22 tahun sebagai juara pertandingan program realiti terbitan TV9 ini. Ini bermakna Mohd Fakhrul yang berasal daripada Kedah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 beserta sebuah kereta Proton Saga dan piala kristal berbentuk al-Quran.

Mohd Fakhrul

Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzaman berumur 25 tahun yang berasal dari Perak pula diisytiharkan sebagai Naib Johan. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.

Sementara itu, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman berumur 25 tahun telah memenangi tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000. Seorang lagi finalis yang bertanding pada peringkat akhir Akademi Al Quran dan memenangi tempat keempat ialah Syamsul Abu Hassan Alshaari berumur 24 tahun.

Seramai empat orang peserta bertanding di peringkat akhir Akademi Al Quran musim 3 ini, sebuah program realiti TV tempatan pertama yang memerlukan peserta memperdengarkan bacaan al-Quran mengikut kaedah tertentu.

Peringkat akhir Akademi Al-Quran musim ketiga ini telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan secara langsung oleh TV9.

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 20.6.08 3 comments

Akademi Al-Quran musim ketiga (AQ3) akan sampai ke penghujungnya pada hari Khamis ini, 19 Jun 2008. Empat orang peserta akan bersaing merebut gelaran juara AQ3 mengikuti jejak juara terdahulu Abdullah Fahmi dan Anuar Hashim. Peserta akhir AQ3 kali ini adalah Ahmad Tarmizi Abd. Rahman, Mohd. Fakhrul Radhi Khamarudin, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzzaman dan Syamsul Abu Hassan Al- Shaari.

Logo Akademi Al Quran AQProgram Akademi Al -Quran (AQ) telah meyaksikan maklum balas dan kepekaan masyarakat terhadap ilmu agama itu semakin bercambah. Sedikit sebanyak ia kembali bernyawa kerana semakin ramai yang mula menunjukkan minat untuk belajar perihal pengajian itu. Tambahnya lagi, peluang pekerjaan juga kian terbuka kepada peserta yang pernah menyertai AQ.

Program AQ juga telah menimbulkan minat dan kesedaran masyarakat kita untuk mempelajari ilmu agama dalam hafazan al-Quran. Secara tidak langsung, guru-guru agama juga sudah mula dicari semata-mata melengkapkan keinginan syurgawi mereka. AQ juga banyak membuka jalan kepada bekas peserta terdahulu daripada segi mendapat peluang menjawat jawatan di beberapa sektor pekerjaan. Ada yang menjadi pensyarah, ada yang bekerja di JAKIM dan ada juga yang menjawat jawatan sebagai Pengarah Tabung Haji bahagian Masjid di syarikat itu.

TV9 sebagai stesen yang merintis program realiti berasaskan agama akan berusaha untuk memastikan bakat-bakat yang diasah menerusi AQ tidak tercicir daripada mendapat perhatian masyarakat. Apa lagi stesen berkenaan menyifatkan AQ merupakan platform terbaik untuk membudayakan bacaan kitab suci Al-Quran, khususnya di kalangan generasi muda.

Peserta akhir AQ3TV9 akan melipatgandakan usaha untuk mempromosikan bakat-bakat AQ agar mereka boleh menjadi ikon muda yang disegani ramai. Jika pemenang rancangan realiti lain berjaya di luar sana selepas tamat pengajian mereka, begitu juga dengan peserta AQ. Mereka yakin, usaha dan pendekatan promosi yang baik akan membantu memperkenalkan bakat-bakat AQ ke peringkat yang lebih luas. Antara pendekatan yang dijangka paling efektif untuk mempromosikan qari dan qariah yang dilahirkan menerusi AQ ialah menerusi sesi jelajah Perkampungan Islam Hadhari yang dianjurkan stesen berkenaan.

AQ yang kini memasuki musim ketiga penerbitannya sudah membuktikan kemampuannya menarik perhatian khalayak televisyen. AQ yang diterbitkan oleh stesen yang berbangga dengan slogannya, Dekat Di Hati sehingga kini itu berjaya mencatat jumlah penonton sehingga 700,000 penonton setiap kali bersiaran.

Musim pertama dan kedua AQ sangat berbeza dengan musim AQ kali ini kerana setiap peserta akan memperdengarkan ayat-ayat suci (surah) Al-Quran secara ‘back to back’, di mana mereka membaca ayat yang sama tetapi dengan cara yang berbeza mengikut ilmu tajwid, qiraat dan taranum yang ditekankan.

Musim ketiga ini masih mengekalkan juri yang sama seperti musim lepas. Mereka terdiri daripada Ustaz Zambri Mohd Zainuddin (juri tajwid), Ustaz Nazri Abdullah (juri Qiraat) dan Ustaz Radzi Kamarul Hailan (taranum dan lagu).
Farrah Adeeba Mohamed Ashraff dan Abu Talib Husin akan bertindak sebagai pengacara.

Pemenang utama AQ3 akan memenangi sebuah kereta Proton Saga BML, piala kristal berbentuk Al-Quran serta wang tunai berjumlah RM30,000. Keputusan Akademi Al-Quran terletak 100 peratus di tangan pihak juri.

Akademi Al-Quran 3 peringkat akhir akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 19 Jun 2008 ini dan akan disiarkan secara langsung oleh TV9 mulai pukul 8.30 malam.

Technorati Tags: , , , ,

Zemanta Pixie

Posted by Azhad 17.6.08 1 comments

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisytiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai 'nakba'.

PalestinNakba bermaksud malapetaka atau bencana besar. Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800,000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara, manakala 30,000 yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 daripadanya serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah. Antara peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak.

Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui Setiausaha Negara Hal Ehwal Luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanah airnya di Palestin. Pengisytiharan itu telah digelar sebagai Ominous Declaration (Pengisytiharan Celaka).

Isu Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin.

PalestinCadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitulmaqdis) diletakkan di bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.

Penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin hingga kini masih belum berakhir. Rakyat Palestin telah mencuba pelbagai cara untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut. Antaranya ialah melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, semua cara itu menemui kegagalan dan rakyat Palestin memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.

Dalam usaha untuk membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.

Pengganas Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal di bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa a.s lagi.

Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin adalah sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi.

Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin untuk tempoh empat tahun sahaja sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636M - 1917M).

Bangsa Yahudi juga suatu ketika dahulu ramai yang telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengannya terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M - kurun ke-20).

Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948. Namun mereka tidak pernah menyerah kalah malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin.

Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis. Ia adalah bumi suci di mana ramai para rasul Alaihissalam dilahirkan dan wafat di sana. Ia adalah medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah SWT dengan kewujudan Masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah SWT dan tanah suci ketiga setelah Mekah dan Madinah.

Rasulullah SAW bersabda, "Diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitulmaqdis dengan lima ratus solat." (Riwayat at-Tabrani - martabat Hassan)

Selain itu, Baitulmaqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan Baitulmaqdis sepanjang kehidupan Rasulullah SAW di Mekah sebelum hijrah dan juga selama 16 bulan pertama Rasulullah SAW di Madinah. Selepas itu Allah SWT mengarahkan agar kiblat bertukar arah ke Kaabah di Mekah. Baitulmaqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj.

Firman Allah SWT:
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran kami." (al-Isra':1)

Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggambarkan keistimewaan Baitulmaqdis di dalam Islam yang menunjukkan bahawa Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya. Ia juga menyebabkan para sahabat Rasulullah SAW sangat menyayangi bumi Palestin ini. Malah ketika Umar al-Khattab r.a menjejakkan kakinya ke kawasan ini buat pertama kalinya, beliau telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah wakaf kepada generasi umat Islam akan datang.

Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitulmaqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari tangan-tangan kufur berkurun lamanya. Kini, Baitulmaqdis kembali ke tangan kufur, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam?

Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitulmaqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum Muslimin dari Timur sampai ke Barat.

Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufur adalah perjuangan kita bersama.

Artikel ini ditulis oleh Najib Afif Arip seperti mana yang tersiar di Utusan Malaysia.

Bacaan lanjut tentang Palestin boleh juga didapati di Palestin Kini.

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 15.5.08 8 comments

Program realiti Akademi Nasyid yang diperkenalkan TV9 dilihat mampu melahirkan satu kelompok penggiat irama nasyid global atau universal. Secara tidak langsung melalui program ini, irama nasyid tanah air akan berkembang dan mampu bersaing seperti mana irama pop, balada, R&B, rock, jazz dan hip hop.

uji bakat berakhir 8 Jun

Program yang memaparkan kelainan daripada program realiti sedia ada bersesuaian dengan imej TV9 sebagai stesen televisyen yang menjurus kepada program berunsur Islam serta menerapkan nilai murni kepada penonton.

Selama ini, banyak stesen mencari bakat hiburan bagi penyanyi yang boleh membawa lagu berbentuk pop rock, balada, etnik kreatif dan hip hop. Kami berusaha ingin memberi ruang yang lebih luas kepada genre nasyid di mana nasyid juga adalah sesuatu yang universal.

Akademi Nasyid akan menampakkan bahawa sesebuah nasyid itu bukan terbelenggu dengan muzik lama dan sempit, tetapi Akademi Nasyid akan memaparkan kepelbagaiannya dari kontemporari ke puisi acapella dan sebagainya.

Apa yang penting dan diutamakan juga ialah mesej melalui lirik yang baik, kreatif, segar, menginsafkan dan memberi peringatan serta pengajaran.

Pihak TV9 yakin rancangan realiti Akademi Nasyid ini pasti mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton kerana rancangan itu dapat melahirkan ramai lagi bakat baru dalam muzik nasyid kontemporari yang berunsurkan ketuhanan dan kemanusiaan, sekali gus dengan adanya rancangan itu ia dapat mempopularkan lagi muzik nasyid di negara ini.

TV9 kini membuka penyertaan kepada penggemar irama ini untuk tampil menunjukkan bakat mereka pada sesi uji bakat yang bakal diadakan di enam lokasi.

Pihak TV9 percaya ramai anak-anak muda yang berbakat sama ada perseorangan atau kumpulan di luar sana menanti peluang ini dan menyeru mereka tampil untuk menunjukkan bakat mereka dalam Akademi Nasyid.

Penyertaan dibuka kepada semua yang berminat sama ada secara solo mahupun berkumpulan yang tidak melebihi lima orang setiap kumpulan dan menepati syarat penyertaan seperti berikut, warga negara Malaysia yang berumur 18 sehingga tidak melebihi 35 tahun.

Penyertaan secara berkumpulan mestilah kumpulan jantina yang sama. Kumpulan lelaki atau kumpulan perempuan dan peserta mestilah bertaraf amatur serta tidak pernah menandatangani kontrak rakaman album dengan mana-mana syarikat rakaman.

Bagi kemudahan peserta disediakan tujuh lagu yang boleh dipilih oleh peserta semasa sesi uji bakat seperti Intifada (Rabbani), Permata (Kopratasa), Al-Iktiraf (Raihan), Permaidani (Aris Ariwatan), Doa (Rahimah Rahim), Sesungguhnya (Raihan) dan Berita Kepada Kawan (Akil Hayy).

Peserta akan melalui tiga peringkat uji bakat sebelum layak menyertai Akademi Nasyid yang bakal disiarkan stesen ini bermula 1 Jun dan berakhir 30 Ogos sebanyak 11 episod.

Pada masa yang sama, pihak TV9 juga akan mengadakan roadshow sehari sebelum sesi uji bakat yang diadakan di setiap lokasi yang ditujui.

Info Roadshow Akademi Nasyid
  • 2 Mei 2008 - (Pasar Payang/Mydin/IPTA), Kuala Terengganu
  • 10 Mei 2008 - (Plaza Angsana/Batu Pahat), Johor.
  • 17 Mei 2008 - (Kompleks PKNS, UiTM, UKM, UIA), Shah Alam.
  • 24 Mei 2008 - Kuantan, Pahang.
  • 30 Mei 2008 - Alor Setar/Batu Kawan
  • 7 Jun 2008 - Muar/Alor Gajah, Melaka.
Sesi Uji Bakat Akademi Nasyid
  • 3 Mei 2008 - Primula Beach Resort, Kuala Terengganu
  • 11 Mei 2008 - Selesa Hotel, Johor Bharu
  • 18 Mei 2008 - Sri Pentas, Bandar Utama
  • 25 Mei 2008 - Vistana Hotel, Kuantan
  • 31 Mei 2008 - Club Cinta Sayang, Sg.Petani, Kedah.
  • 8 Jun 2008 - Mahkota Hotel, Melaka.
Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 5.5.08 10 comments

Ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 Mac diraikan penuh penghormatan dan penghayatan dengan mengadakan pelbagai acara keagamaan di seluruh negara seperti ceramah agama, nasyid, berselawat, berzanji, meraikan golongan fakir dan miskin.

Semua ini adalah sebagai tanda kasih umat Islam terhadap pemimpin agung yang menjadi manusia istimewa pilihan Allah. Kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agung adalah rahmat bagi sekalian alam.

12 Rabiulawal ~ 20 Mac

Kelahiran Rasulullah SAW mengubah kehidupan umat manusia di dunia daripada masyarakat yang dulunya kufur bertukar menjadi taat dan mentauhidkan Allah. Jelaslah kelahiran Baginda SAW benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Itulah rahmat dan nikmat daripada Allah mengutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW ke muka bumi ini.

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tiada Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107)

Perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam penuh dengan peristiwa pahit dan getir. Baginda menempuh pelbagai ancaman dan halangan; menghadapi bermacam kesengsaraan, penderitaan dan penindasan. Namun begitu, Baginda tetap tabah, sabar dan tidak putus asa menjalankan perintah serta amanah Allah. Akhirnya Baginda berjaya menegakkan kebenaran di muka bumi ini. Lihatlah betapa besarnya pengorbanan Rasulullah SAW dalam menghadapi kekufuran dan kezaliman musuh Islam.

Rasulullah SAW adalah manusia pilihan dan paling istimewa. Oleh itu, Allah memperlengkapkan Baginda dengan budi pekerti mulia. Peribadi baginda benar-benar luhur, manakala jiwa dan hatinya pula suci bersih. Dengan memiliki keperibadian unggul Baginda berjaya melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab diamanahkan Allah kepadanya.

Keunggulan keperibadian Baginda SAW dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Kehidupan Nabi Muhammad SAW mengandungi pengajaran dan contoh teladan yang baik. Jika diikuti, maka kehidupan manusia seluruhnya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyak contoh ditunjukkan Rasulullah SAW dalam mentaati dan beriman kepada Allah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia seperti ibadah, muamalat, politik, hubungan kemasyarakatan dan akhlak. Baginda juga pemimpin agama, negara, suami, bapa, pendidik, pendakwah dan pejuang.

Kejayaan Rasulullah SAW yang paling ketara apabila Baginda berjaya mengubah jiwa manusia daripada sifat kebatilan kepada kebenaran; kezaliman kepada keadilan dan kemunduran kepada kemajuan.

Hasilnya, lahirlah manusia yang bertakwa kepada Allah dan cintakan kebaikan. Contohnya, Saidina Umar al-Khattab yang pada mulanya seorang yang memusuhi Islam menjadi komited dengan ajaran Islam, berperibadi mulia dan dihormati. Begitulah juga Bilal bin Abi Rabah, seorang sahabat yang tabah dan sabar menghadapi penderitaan akibat penyeksaan musuh Islam demi menegakkan agama Islam.

Sempena bulan mulia ini, umat Islam diseru supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mengingati sejarah pengorbanan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam dengan membanyakkan selawat kepadanya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1428.

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 19.3.08 2 comments

Bermula dengan Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri sebagai juara Akademi al-Quran yang pertama dan diikuti oleh Anuar Hasin yang bergelar juara bagi musim yang kedua. Kini pencarian untuk peserta dan seterusnya juara bagi Akademi al-Quran musim ketiga telah pun bermula. Uji bakat rancangan Akademi al-Quran musim ketiga sedang berlangsung sekarang di beberapa lokasi.

Berikut adalah senarai tarikh dan lokasi uji bakat untuk Akademi al-Quran 3;

2 & 3 Februari 2008
Perkampungan Hadhari, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu
5 & 6 Februari 2008
Balai Islam Kota Baharu, Kota Baharu, Kelantan
9 & 10 Februari 2008
Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah
12 & 13 Februari 2008
Dewan Masjid Negeri, Georgetown, Pulau Pinang
15 & 16 Februari 2008
Dewan Masjid Negeri Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak
18 & 19 Februari 2008
Sri Pentas Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor
21 & 22 Februari 2008
Masjid Al-Azim, Melaka
24 & 25 Februari 2008
Dewan Kompleks Agama Islam, Johor Bahru, Johor
28 & 29 Februari 2008
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang

Mereka yang berminat untuk menyertai Akademi al-Quran 3 jangan lupa untuk menghadiri uji bakat ini. Warganegara Malaysia yang berumur antara 15 sehingga 25 tahun layak untuk menghadiri sesi uji bakat yang disenaraikan di atas.

Akademi Al-Quran 3 peringkat akhir berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 19 Jun 2008.

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 5.2.08 1 comments

Maal Hijrah 1429

Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1429.

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 9.1.08 3 comments

Subscribe here