Pada 12 Rabiul Awal setiap tahun hijrah umat Islam akan memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dan tahun ini ianya akan disambut pada 31 Mac 2007. Sebenarnya ada banyak kelebihan yang akan diperolehi apabila menganjurkan atau menyertai majlis Maulidur Rasul ini. Pada kebiasaannya majlis perarakan dan ceramah akan diadakan.

Masjid As-SyakirinKebaikan meraikan Maulidur Rasul ini jelas seperti mana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud,

"Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah"

Oleh itu bersama-samalah kita melapangkan masa untuk menghadiri majlis Maulidur Rasul di tempat yang berhampiran dengan kediaman kita. Jika kita mampu berduyun-duyun menjejakkan kaki ke pelbagai pesta dan sambutan majlis yang lain, apalah susahnya untuk menghadiri majlis yang pasti manfaatnya. Sekurang-kurangnya mungkin kita boleh mengadakan majlis memperingati keputeraan nabi terakhir yang diutuskan Allah Subhana wa Ta’ala ini bersama keluarga di rumah, insyaAllah.

Maulidur Rasul 1428

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 30.3.07 4 comments

Pensyarah Psikologi Sukan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir tahun akan memulakan ekspedisi ke Kutub Utara pada 8 April ini di Svalbard, sebuah pulau di Lautan Artik. Beliau yang lahir pada tahun 1965 di negeri Selangor ini akan berhadapan dengan cabaran yang memerlukan bukan sahaja kekuatan fizikal tetapi ketahanan mental.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Foto : Berita Harian

Beliau akan meredah laluan sejauh 100 kilometer dari Last Degree 89 darjah utara ke paksi bumi 90 darjah utara. Ekspedisi di Kutub Utara ini berbeza daripada di Kutub Selatan dahulu kerana di Kutub Utara sebenarnya tiada daratan cuma lautan semata-mata. Ini bermakna beliau akan berjalan di atas bongkah ais dan ada ketika terpaksa berenang untuk ke bongkah ais berikutnya.

Di samping itu di antara cabaran yang akan dilalui oleh beliau ialah Dense Fog iaitu apabila persekitaran menjadi terlalu putih sehingga menyukarkan penglihatan dan The Phenomenon iaitu lingkaran cahaya dan habuk yang boleh menyebabkan whiteouts. Whiteouts merujuk kepada ribut salji yang menghilangkan keupayaan melihat kawasan sekitar.

Terdapat juga cabaran Black Skies iaitu bayang-bayang di langit yang boleh membiaskan fatamorgana dan mencipta ilusi sehingga menyangka nampak benda-benda yang tidak wujud di situ. Beliau juga ada kemungkinan akan dihanyutkan oleh bungkah ais jauh daripada laluan asal atau berhadapan dengan bungkah ais yang membukit tingginya.

Beliau juga telah belajar menembak kerana akan membawa bersama pistol Magnum 44 bagi melindungi diri daripada kemungkinan serangan beruang kutub yang mempunyai ketinggian dalam lingkungan 9 kaki.

Walaupun begitu berkat latihan lebih daripada 2 tahun beliau yakin dan cekal untuk memulakan ekspedisi ke Kutub Utara yang dijangka mengambil masa 2 minggu. Di dalam ekspedisi ini, beliau juga akan menguji formula psikologi ciptaannya MEPS Concept dan menguji keberkesanan penggunaan pil kacip fatimah untuk kesihatan jantung.

Pada penghujung tahun 2004, beliau telah berjaya menjejakkan kaki ke Kutub Selatan apabila merentasi Antartika sejauh 1,127 kilometer dengan mengambil masa 22 hari. Ini mengatasi rekod yang dipegang oleh seorang lelaki warga Britain yang telah melalui ekspedisi yang sama selama 24 hari.

InsyaAllah bila misi kutub ke kutub ini berjaya, Datin Paduka Sharifah Mazlina akan menjadi wanita Asia pertama berjaya menjelajah kedua-dua Kutub Utara dan Kutub Selatan. Didoakan beliau akan berjaya melaksanakan misi ini.

Perkembangan semasa dan latar belakang tentang ekspedisi ini boleh diperolehi dari laman web Misi Kutub Ke Kutub.

TERBARU : Sharifah Mazlina Berjaya!

Technorati Tags:
, , , , ,

Posted by Azhad 25.3.07 4 comments

Hari ini 20 Mac 2007, genaplah 4 tahun Iraq ditakluk tentera penceroboh yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Ketika itu alasan utama Amerika Syarikat ialah untuk menghapuskan senjata pemusnah yang didakwa dimiliki oleh Iraq. Walaupun begitu sehingga kini tiada satu pun senjata pemusnah yang dijumpai walaupun seluruh negara Iraq telah digeledah.

. . Iraq semakin musnah selepas ditakluk . .

Sebaliknya peperangan ini telah menyebabkan beribu-ribu kematian dan kemusnahan teruk kepada negara Iraq. Jelas tentera penceroboh menipu apabila mengatakan keadaan negara Iraq adalah berada dalam keadaan terkawal. Sebaliknya negara Iraq sekarang jauh lebih teruk berbanding semasa zaman pemerintahan Saddam Hussein.

Ketika Saddam Hussein berkuasa dahulu dia didakwa menjalankan pemerintahan kuku besi. Walaupun begitu secara amnya rakyat Iraq ketika itu dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna berbanding sekarang. Malah kematian Saddam Hussein langsung tidak membawa sebarang penyelesaian kepada konflik di Iraq. Pihak Shia dan Sunni terus bertelagah sedangkan di masa yang sama negara barat dengan rakusnya menyedut sumber alam Iraq untuk kegunaan mereka.

Jelas sekali peperangan ini sengaja diwujudkan oleh Amerika Syarikat bersama sekutunya untuk mengaut hasil bumi Iraq. Kini Amerika Syarikat dan negara sekutunya merancang untuk menyerang negara Iran pula.

Technorati Tags: , , , , ,

Posted by Azhad 20.3.07 2 comments

Terlerailah sudah penantian beberapa bulan para calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2006. Keputusan peperiksaan SPM telah diumumkan pada 12 Mac dan STPM pula pada 15 Mac 2007. Apa yang menarik kali ini ialah tiada pelajar terbaik yang dinobatkan cuma senarai mereka yang cemerlang sahaja dikeluarkan oleh kementerian.

Bagi peperiksaan SPM daripada 358,872 orang calon sekolah kerajaan yang menduduki peperiksaan ini, seramai 4,311 (1.2%) pelajar mendapat semua A dalam semua matapelajaran berbanding 4,779 (1.2%) pada tahun 2005. Dari jumlah tersebut 918 (0.3%) orang pelajar mendapat A1 dan 945 (0.2%) orang pelajar dalam tahun 2005.

Sementara itu bagi peperiksaan STPM pula daripada 73,690 orang calon, seramai 34 (0.046%) orang pelajar mendapat prinsipal A dalam semua matapelajaran berbanding 20 (0.025%) orang pelajar daripada 81,142 calon tahun 2005. Pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 ialah seramai 503 orang pelajar berbanding 447 orang pelajar pada tahun 2005.

Tahniah diucapkan kepada semua yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan kali ini. Walaupun begitu mereka yang lain tidak perlu merasa hampa kerana kecemerlangan dalam akademik sahaja tidak menjanjikan masa depan yang baik. Keputusan yang cemerlang hanya boleh membantu dan memudahkan kita untuk berjaya. Faktor yang lebih utama ialah kesungguhan, kecekalan dan sikap tidak berputus asa dalam membuat sesuatu.

Tambahan pula kecemerlangan akademik tidak sepatutnya menjadi sasaran utama tetapi kecemerlangan secara menyeluruh patut diberi perhatian. Perkara ini pernah disentuh sebelum ini di Cemerlang dan Cemerlang?

Semoga anda semua akan berjaya dalam apa jua usaha yang akan dilakukan selepas SPM dan STPM ini.

Technorati Tags: , , , ,

Posted by Azhad 16.3.07 0 comments

Pada 24 Februari 2005, saya telah menonton filem Sepet pada hari pertama tayangannya di panggung. Manakala pada 31 Mac 2006 pula atas jemputan Digi saya telah berpeluang juga menonton filem Gubra bila pertama kali ditayangkan kepada umum. Manakala Mukhsin pula akan mula ditayangkan pada 8 Mac ini.

Mukhsin telah memenangi dua anugerah di Festival Filem Antarabangsa Berlin dan telah menyertai Festival Filem Antarabangsa Tokyo. Beberapa festival filem antarabangsa yang lain juga telah menjemput Mukhsin untuk menyertainya.

Kalau ingin tahu berkenaan filem terbaru Yasmin Ahmad ini sila kunjungi laman blog beliau yang ada menceritakan tentang Mukhsin;

... Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin ...

Mukhsin on Majalah 3
Two quick glimpses of Berlin
Schedule for Mukhsin in Berlin
Trailer for Mukhsin
Faridul Anwar Farinordin on Mukhsin
In Berlin and In Competition
Notes on the 19th Tokyo International Film Festival
Alhamdulillah and thank you, Andy Lau!
This is an announcement of its arrival
In Praise of Mongrels
The Poster
And now for the tagline
My First Love Story
Off to shoot Mukhsin
Mukhsin confesses to his guardian aunt
Orked and Mukhsin
Mukhsin

Di samping itu baca juga penulisan di beberapa laman blog dan akhbar berkenaan filem Mukhsin;

Adi Luqman - If You Go Away..Ne Me Quitte Pas..
Budiey - Sekitar Pra Tonton Filem Mukhsin
Budiey - Filem Mukhsin: Kemegahan atau Kejelikan?
Fadz - Mukhsin: Masterpiece Muhibah Yasmin Ahmad
Fiebierossa - Mukhsin: The Review
Kash - Mukhsin: Indahnya Yasmin Bercerita!
Klubbkidd - Mukhsin: The Preview
Mr Manager - Mukhsin: The Premiere
Muteaudio - Mukhsin: The Poetry Behind Seluar Dalam
Penglipurlara - Mukhsin: Pengembaraan Emosi
Sultanmuzaffar - Mukhsin Bermula Dengan Kejayaan
Ted - Scoop Mukhsin Press Preview

Utusan
Gara-gara Mukhsin
Belajarlah Hayati Kejayaan (Kuseman)
Mukhsin Rangkul Anugerah Filem Antarabangsa Berlin
Mukhsin ke Festival Filem Berlin
Mukhsin Lulus LPF
Gubra, Mukhsin ke Festival Filem Tokyo
Karyawan filem tidak berjihad ke arah kebaikan
Yasmin harap Mukhsin tidak cetus kontroversi
Karya terbaru Yasmin kekalkan watak Orked

mStar
Filem Mukhsin lulus 100%
Yasmin ralit bercerita dalam Mukhsin
Mukhsin picks up two awards at Berlin film fest
Syafie masih naif pasal cinta
Aryana buat Amani menangis

TheStar
Doing the nation proud
Mukhsin gets call up for prestigious film festival

Kita tunggu apa reaksi orang ramai apabila filem ini mula ditayangkan pada 8 Mac ini. Filem-filem Yasmin yang terdahulu, Sepet dan Gubra telah mendapat maklum balas yang berbeza-beza dan menimbulkan beberapa kontrovesi. Bagaimana pula dengan Mukhsin? Saksikanlah sambil menyelami diri sendiri dalam filem ini dan barulah Mukhsin dihakimi. Selamat menonton.......






Technorati Tags: , , , , , ,

Posted by Azhad 5.3.07 5 comments

Domain azhad.com telah berjaya didaftarkan baru-baru ini. Memandangkan adanya kemudahan yang disediakan oleh Blogger untuk menggunakan domain sendiri, maka azhad.blogspot.com telah ditukar kepada blog.azhad.com. Oleh itu diharap para pembaca dapat mengemaskini bookmark masing-masing. Walaupun begitu jangan risau azhad.blogspot.com masih boleh membawa pembaca ke sini.

Pada mulanya memang tidak ada cadangan untuk mendaftarkan domain azhad ni. Semuanya bermula apabila salah seorang pembaca blog ini bertanya tentang bagaimana untuk mempunyai laman web sendiri.

blog.azhad.com

Semasa membantu memberi jawapan kepada beliau, saya telah membaca tentang kemudahan yang disediakan oleh Blogger untuk menggunakan domain sendiri dan kemudahan email, kalendar dan dokumen yang disediakan oleh Google untuk domain sendiri. Memandangkan begitu mudah untuk mendaftar domain dan menggunakan kemudahan tersebut, azhad.com terus didaftarkan.

Technorati Tags: , , , , ,

Posted by Azhad 3.3.07 2 comments

Subscribe here