Steve Jobs pengasas bersama Apple, yang mengubah tabiat harian berjuta-juta manusia dengan mencipta semula pengunaan komputer, muzik dan telefon bimbit, telah meninggal dunia pada hari Rabu 5 Oktober 2011 pada umur 56 tahun.

Apple kehilangan seorang pemimpin yang berwawasan yang mengilhamkan kepada komputer peribadi dan produk ikonik seperti iPod, iPhone dan iPad yang meletakkan Jobs salah seorang daripada pemimpin-pemimpin industri yang paling ketara dalam generasinya.

Kematiannya selepas pergelutan yang panjang dengan barah pankreas mencetuskan curahan tanda ingatan dari pemimpin dunia, pesaing perniagaan dan para peminat yang merasa terkejut dengan kematian pada usia 56 tahun dan mengkagumi pencapaian besar beliau.

"Dunia telah hilang seorang yang berwawasan dan tiada penghormatan yang lebih besar kepada kejayaan Steve selain dengan menerima hakikat bahawa sebahagian besar penduduk dunia mengetahui tentang kematian dirinya daripada peranti yang diciptanya," kata Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam satu kenyataan.

Peminat memberi penghormatan kepada Jobs di luar kedai-kedai Apple di seluruh dunia, dari Los Angeles ke Sydney. Di luar salah sebuah kedai di New York City, orang yang berkabung meletakkan lilin, bunga bunga, epal dan iPod Touch di memorial sementara.
1955 - 2011

Di San Francisco, mereka telah memegang potret hitam dan putih Jobs di iPads mereka. Beberapa orang yang berkabung di Tokyo telah mengadakan perhimpunan nyalaan matahari terbenam, menggunakan aplikasi iPads mereka untuk menunjukkan kelipan lilin pada skrin.

Banyak laman web, termasuk Apple sendiri, telah berubah menjadi memorial atas talian, bukti kreativiti digital yang diinspirasikan oleh Jobs.

"Bagi mereka yang bernasib baik akan dapat bekerja dengan dia, itu adalah penghormatan yang amat besar," kata Bill Gates dari Microsoft, yang pernah mengatasi Jobs tetapi status legenda telah diambil alih oleh pengasas bersama Apple itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Jobs disamping isteri dan keluarga terdekat apabila dia meninggal dunia di Palo Alto, California, menurut kenyataan Apple pada hari Rabu lalu. Tiada butiran lain disertakan.

Jobs telah meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada bulan Ogos dan menyerahkan tampuk kepada ketua operasi yang lama bertugas sama, Tim Cook. Dengan kesungguhan untuk reka bentuk minimalis dan bijak untuk pemasaran, Jobs telah meletakkan asas bagi syarikat untuk terus berkembang selepas kematiannya, menurut kebanyakan penganalisis dan pelabur.

Tetapi Apple masih menghadapi cabaran dalam ketiadaan seorang lelaki yang merupakan ketua reka bentuk produk, guru pemasaran dan jurujual hebat. Telefon yang menggunakan perisian Android Google mula mendapat pegangan dalam pasaran telefon pintar, dan terdapat tanda tanya apa perkara besar yang seterusnya dalam barisan produk Apple.
 
Usahawan Legenda

Seorang yang berhenti dari kolej dan anak kepada ibubapa angkat, Jobs mengubah dunia teknologi pada akhir tahun 1970-an, apabila Apple II menjadi komputer peribadi yang pertama untuk mendapatkan sambutan yang luas. Beliau berjaya melakukannya sekali lagi pada tahun 1984 dengan Macintosh, yang dibina di atas pencapaian teknologi yang dibangunkan di Xerox Parc dan di tempat lain yang mewujudkan pengalaman pengkomputeran peribadi seperti yang kita tahu hari ini.

Rentetan bantahan yang menfokus kepada persona beliau telah menyebabkan beliau disikir keluar dari syarikat pada tahun 1985, tetapi beliau kembali pada tahun 1997. Selepas beberapa tahun mula melancarkan produk - iPod, iPhone dan iPad - yang sekali lagi mengegarkan kestabilan industri utama.

Didiagnosis menghidap kanser pankreas yang jarang berlaku pada tahun 2004 pada mulanya hanya satu rintangan kecil kepada Jobs dan Apple, dengan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif menegaskan bahawa penyakit itu boleh dirawat. Tetapi kesihatannya semakin merosot dengan ketara sejak beberapa tahun yang lalu, dan selepas dua kali bercuti panjang, beliau meletak jawatan sebagai ketua eksekutif dan menjadi pengerusi Apple pada bulan Ogos.



Kematian Jobs berlaku hanya satu hari selepas Cook memperkenalkan iPhone baru dalam satu majlis gala yang menjadi satu tanda diri Jobs. Mungkin secara kebetulan, peranti baru ini mendapat ulasan tidak memberangsangksan dengan ramai mengatakan ia bukan peningkatan yang cukup besar ke atas versi yang sedia ada, salah satu daripada produk pengguna yang paling berjaya dalam sejarah.

Apple memberi penghormatan kepada pemimpin berwawasan itu dengan mengubah laman webnya dengan gambar besar hitam dan putih dengan kata-kata "Steve Jobs:. 1955-2011"

Google pula menyediakan pautan ke laman web Apple betul-betul di bawah kotak cariannya.

Bendera di luar ibu pejabat Apple, 1 Loop Infinite dikibarkan separuh tiang. Secara spontan ramai pekerja meninggalkan bunga di atas bangku dan ada yang bermain bagpipes sebagai memperingati Jobs.

Cook berkata dalam satu kenyataan bahawa Apple merancang untuk mengadakan satu sambutan kehidupan Jobs untuk pekerja tidak lama lagi.

"Kecemerlangan Steve, keghairahan dan semangat adalah sumber inovasi tidak terkira banyaknya yang memperkaya dan meningkatkan kehidupan kita. Dunia ini yang jauh lebih baik kerana Steve," menurut Apple dalam satu kenyataan.

"Kasihnya yang paling besar ialah untuk isterinya, Laurene, dan keluarganya. Kami amat berbesar hati kepada mereka dan kepada semua yang telah disentuh oleh sumbangan luar biasa beliau."

Pengumuman kematian Jobs tiba selepas hampir semua dagangan dalam saham-saham AS telah ditutup untuk hari tersebut. Saham Apple kali terakhir disebut harga pada USD 377.22, sedikit rendah daripada di Nasdaq USD 378.25. Saham Apple yang disenaraikan di Frankfurt jatuh 2 peratus.

Di luar rumah Jobs di Palo Alto, jiran dan rakan-rakan yang meninggalkan bunga dan menulis pesanan dengan penanda di kaki lima, salah satunya "Terima kasih untuk mengubah dunia,".

Pagar rendah yang mengelilingi laman rumah tersebut dipenuhi dengan pokok epal.

"Dia merasa istimewa dengan kawasan ini, seperti sebahagian daripada keluarga," kata Robert Blum, yang membawa bunga dengan anaknya yang berusia lapan tahun, Daniel.

Nilai Harta Bersih USD 7 billion

Jobs, dengan pakaian kebiasaannya baju hitam ala turtleneck dan seluar jeans biru, adalah disifatkan sebagai hati dan jiwa syarikatnya yang menyaingi Exxon Mobil sebagai yang paling berharga di Amerika.

Forbes menganggarkan nilai bersih Jobs berjumlah USD 7 billion. Setakat ini tidak diketahui bagaimana harta pusakanya akan dikendalikan.

Kesihatannya telah menjadi topik kontroversi semenjak bertahun-tahun dan merupakan kebimbangan yang menrisaukan peminat dan pelabur Apple. Ahli lembaga pengarah pun pada tahun-tahun yang lalu ada bercerita dengan kenalan tentang kebimbangan mereka bahawa Jobs, dalam usaha beliau untuk privasi, tidak telus dengan pengarah mengenai keadaan sebenar kesihatannya.

Jobs, seorang Buddha, dilahirkan di San Francisco. Beliau memulakan Apple Computer dengan teman Steve Wozniak di garaj ibu bapanya pada tahun 1976.

Enam tahun yang lalu, Jobs telah bercakap tentang bagaimana merasai ketibaan kematian beliau adalah pemacu utama di sebalik wawasan beliau.

"Mengingati bahawa saya akan mati tidak lama lagi adalah alat yang paling penting yang pernah saya perolehi untuk membantu saya membuat keputusan yang besar dalam kehidupan," kata Jobs dalam majlis pembukaan Stanford pada tahun 2005.

"Kerana hampir semua - semua jangkaan luaran, semua kebanggaan, semua ketakutan pada malu atau kegagalan - perkara-perkara ini akan hilang apabila menghadapi kematian, meninggalkan hanya apa yang benar-benar penting.

"Mengingati bahawa anda akan mati adalah cara terbaik yang saya tahu untuk mengelakkan perangkap minda yang memikir kemungkinan kehilangan sesuatu. Anda sudah terdedah. Tidak ada sebab untuk tidak mengikut naluri anda."


Tags: , , , , ,

Posted by Azhad 8.10.11 39 comments

Subscribe here