23.4.08
at
3:16 AM
Posted by
Azhad
Larian Obor Temasya Olimpik Beijing yang melambangkan keazaman sejagat berlangsung meriah di sekitar bandar raya Kuala Lumpur disambut dalam suasana harmoni oleh rakyat Malaysia pada 21 April 2008. Selain sedikit kekecohan kecil di Dataran Merdeka semuanya berjalan dengan lancar.

Obor Sukan Olimpik Beijing tiba dari Bangkok awal pagi 20 April, untuk peringkat ke-14 persinggahannya di Kuala Lumpur, yang menjadi simbol kepada keharmonian temasya ini yang akan dilangsungkan di Beijing, Ogos ini.
Larian obor sejauh 16.5 kilometer ini bermula di Dataran Merdeka melalui beberapa jalan utama di Kuala Lumpur, antaranya Jalan Duta, Jalan Syed Putra, Jalan P. Ramlee dan Jalan Sultan Ismail sehingga berakhir di KLCC, membabitkan sejumlah 80 pelari terdiri daripada orang kenamaan, personaliti terkemuka serta atlit.
Larian itu juga melalui beberapa kawasan bersejarah di Malaysia antaranya, Muzium Negara, Masjid Negara, Stadium Merdeka dan Menara Kuala Lumpur.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar menjadi pelari pertama yang memulakan acara larian tersebut. Pembawa obor ke-79, Duta China ke Malaysia, Cheng Yong Hou menyerahkannya kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah selaku individu terakhir memegang obor tersebut dan dinyalakan di dalam kawah khas sebagai tanda penamat larian tersebut.
Seramai 1,000 pegawai dan anggota polis dikerah untuk mengawal laluan larian obor itu. Mereka yang berlari membawa obor turut diiringi dan dikawal rapi puluhan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komando 69.
Larian Obor Olimpik ini akan bersambung di Jakarta, Indonesia sebelum meneruskan pengembaraan ke Canberra, Australia.
Berikut adalah senarai penuh pembawa obor Olimpik Beijing di Kuala Lumpur;
1. Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar
2. Tan Sri Hamzah Abu Samah
3. Mohd Kadri Mohamed Taib
4. Wang Ji
5. Datuk Tony Fernandes
6. Datuk Abdul Hakim Borhan
7. Datuk Mohd Yasin Salleh
8. Karu Selvaratnam
9. Datuk Ramlan Aziz
10. Shaharuddin Jaafar
11. Teng Mui Ngee
12. Lim Keng Liat
13. Soon Lay In
14. Shi Fangfan
15. Cheah Soon Kit
16. Yuan Yufang
17. Christopher Charles Moses
18. Rashid Sidek
19. Ng Ping Loong
20. Abdul Ghafar Mahmud
21. Datuk Zolkples Embong
22. Francis Toh
23. Shalin Zulkifli
24. Datuk Dr Jemilah Mahmood
25. Liew Kian Meng
26. Bryan Nickson Lomas
27. Yap Kim Hock
28. Datuk Ho Koh Chye
29. Datuk Soh Chin Aun
30. Wilfred Vias
31. Mohd Raduan Emeari
32. Neo Chwee Yeen
33. Tan Sri Ahmad Sarji
34. Datuk Punch Gunalan
35. Razif Sidek
36. Muhd Salam Sidik
37. Fu Chee Cheng
38. Jalani Sidek
39. Lim Yee Chung
40. Seow Swee Pin
41. Mohan Gurusamy
42. Faridah Abdul Rahman
43. Johnson Tan Soo Lim
44. Ang Shiao Chin
45. Nik Lazaridis
46. Datuk Paduka Marina Mahathir
47. Ras Adiba Radzi
48. Min Yong Ho
49. Nicol David
50. Suh Dug Kun
51. Datin Paduka Sharifah Mazlina
52. Lee Chong Wei
53. Fu Choong Sin
54. Teh Muhd Amir
55. Tan Sri Azman Hashim
56. Balakrishnan Vishalache
57. Jamali Johari
58. Tan Ming Sen
59. Thomas Kok
60. Khairussaleh Ramli
61. Dr Sheikh Muszaphar Shukhor
62. Datuk Kamal Harun
63. Datuk James Selvaraj
64. Gerry Jaya Simhan
65. Maya Heng
66. Rohana Rozhan
67. Teo Hong Beng
68. Datuk Dr Hashim Abdul Wahab
69. Dr Reza Azmi
70. Khadijah Abdul Rahman
71. Aznir Malek
72. Karam Singh Walia
73. Datuk Dr Mikaail Kavanah
74. Marina Chin
75. Nurul Huda Abdullah
76. Datuk Abdul Majid Ahmad Khan
77. Tan Sri Musa Hassan
78. Hashim Wahir
79. Cheng Yonghua
80. Sultan Azlan Shah
Technorati Tags: azhad, larian obor, olimpik, beijing, kuala lumpur
Read More...
Summary only...
11.12.07
at
5:00 PM
Posted by
Azhad
Sukan SEA ke-24 sedang berlangsung sekarang di Thailand dari 6 hingga 15 Disember ini. Kejohanan kali ini menyaksikan 43 acara sukan dipertandingkan dan membabitkan 10 negara Asean dan Timor Leste. Pihak penganjur menyebut seramai 5,175 atlet, 1,967 pegawai dan 1,000 delegasi teknikal mengambil bahagian dalam temasya sukan dwitahunan ini. Sukan SEA di Thailand ini berlangsung di tiga tempat iaitu Korat, Bangkok dan Chonburi (Pattaya). Daripada.43 sukan yang dipertandingkan, Korat menjadi tuan rumah kepada 30 sukan manakala Bangkok kepada 6 acara dan baki 7 lagi di Chonburi.
Malaysia akan menyertai 41 acara sukan daripada 43 jenis sukan yang dipertandingkan kali ini. Walaupun begitu Malaysia telah menarik diri dari turut serta dalam acara sepaktakraw berikutan pihak penganjur tetap menggunakan bola baru bersalut getah, Marathon New Generation. Pasukan bola sepak negara pula telah gagal untuk melangkah ke peringkat separuh akhir berbanding dua tahun lepas mereka telah memungut pingat gangsa.
Kontinjen Malaysia terdiri daripada 723 orang atlet dan 307 orang pegawai. 723 orang atlet ini terdiri daripada atlet Kategori A dan B. Atlet Kategori A ialah mereka yang layak mengikut merit atau dikenalpasti berpotensi memenangi pingat dan perbelanjaan mereka akan ditanggung oleh Majlis Olimpik Malaysia. Manakala atlet Kategori B ialah mereka yang tidak layak mengikut merit, mereka perlu membayar sendiri perbelanjaan mereka dan akan dibayar balik jika memenangi pingat.
..sasaran 64 emas..
Majlis Sukan Negara (MSN) mensasarkan athlet negara akan memperolehi 64 pingat emas daripada sejumlah 475 emas yang menjadi rebutan di dalam kejohanan sukan kali ini. Setakat pukul 4 hari ini kontinjen negara telah mengumpul 25 emas, 23 perak dan 49 gangsa. Pasukan menembak 50m Rifle Prone wanita merupakan penyumbang pingat emas pertama negara di temasya sukan ini. Semasa Sukan Sea ke 23 di Filipina, Malaysia telah merangkul 61 emas, 49 perak dan 65 gandsa. Secara keseluruhannya Sukan SEA kali ini menawarkan sejumlah 475 emas, 475 perak dan 627 pingat gangsa.
Sementara itu atlet individu atau berpasukan yang mempamerkan prestasi cemerlang akan menerima ganjaran tunai di bawah anugerah Atlet Sukan Terbaik Manulife/Majlis Olimpik Malaysia. Beberapa perkara akan menjadi panduan untuk menerima insentif ini, antaranya adalah kemenangan pingat emas, bilangan pingat, selain kejayaan memecah rekod kebangsaan atau temasya.
Maklumat lanjut dan terkini tentang Sukan SEA ke-24 ini boleh diperolehi di Utusan Online Khas Sukan SEA 2007, SEA Games Korat 2007 News Alert @ OCM Library dan di laman web rasmi 24th Sea Games.
Terkini : Setelah Sukan Sea ke-24 ini tamat, Malaysia telah berjaya memungut 68 pingat emas, 52 pingat perak dan 96 pingat gangsa. Secara keseluruhan pula Malaysia menduduki tempat kedua di belakang Thailand.
Technorati Tags: nukilan, azhad, sukan sea, sea games, korat, thailand
Read More...
Summary only...
7.2.07
at
1:06 AM
Posted by
Azhad
Minggu ini sedang berlangsungnya Le Tour De Langkawi. Kejohanan lumba basikal kali ke 12 ini telah bermula pada 2 Februari di Langkawi dan akan berakhir pada 11 Februari di Kuala Lumpur. Sebanyak 22 pasukan bertanding dalam kejohanan kali ini yang mengandungi 10 peringkat perlumbaan.
Malaysia diwakili oleh Pasukan Berbasikal Le Tua yang diketuai oleh Anuar Manan, Pasukan Kebangsaan Malaysia yang diketuai oleh Suhardi Hassan dan Pasukan Pembangunan MNCF yang diketuai oleh Amir Mustafa. Kontijen Malaysia ini terdiri daripada 18 orang atlit.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan keputusan terkini perlumbaan sila rujuk di laman web rasmi Le Tour De Langkawi.
Technorati Tags: nukilan, azhad, sukan, basikal, le tour de langkawi
Read More...
Summary only...
4.12.06
at
11:40 PM
Posted by
Azhad
Tahniah!! Kontijen Malaysia berjaya meraih 174 pingat yang merangkumi 44 pingat emas, 59 pingat perak dan 71 pingat gangsa. Malaysia berada di tangga ke empat di belakang Korea, Thailand dan China. Sasaran jumlah pungutan pingat sebelum kejohanan bermula adalah 100 pingat dengan 10 pingat emas di kedudukan 10 pasukan terbaik. Ini bermakna semua sasaran itu telah berjaya dicapai.
... 44 emas, 59 perak dan 71 gangsa ...
Kesungguhan dan semangat juang para atlit OKU ini patut dicontohi oleh semua. Ianya bukan saja setakat dalam bidang sukan sahaja tetapi dalam segala perkara kehidupan seharian. Mudah sahaja cuba kita tanya para pelajar yang akan menduduki peperiksaan, pasti mereka nak mendapat keputusan yang cemerlang tetapi adakah usahanya setimpal dengan apa yang diharapkan? Begitu juga dengan apa saja yang kita inginkan, adakah usaha kita setanding dengan apa yang ingin kita capai?
Usaha tangga kejayaan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu alasan. Semoga kita dapat memperolehi apa yang kita hajatkan dengan berkat usaha dan tekad serta keizinan daripada Allah s.w.t.
Tahniah sekali lagi kepada kontijen Malaysia dan jika ingin melihat pungutan penuh pingat di kejohanan ini sila kunjungi
Fespic KL06.
Technorati Tags:
nukilan,
azhad,
sukan,
kl06,
fespic
Read More...
Summary only...
29.11.06
at
8:00 PM
Posted by
Azhad
Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar akan bermula pada 1 Disember dan berakhir pada 15 Disember 2006 ini. Sebanyak 39 jenis sukan akan dipertandingkan di 16 lokasi sekitar Qatar. Dilaporkan seramai 10,500 orang atlit daripada 45 buah negara akan berjuang di kejohanan kali ke 15 ini.
Malaysia menghantar 231 orang atlit untuk bertanding dalam 23 jenis sukan. Semasa Sukan Asia ke 14 di Busan Korea Selatan empat tahun lalu, Malaysia berada di tangga ke 12 dengan kutipan 6 pingat emas, 8 pingat perak dan 16 pingat gangsa.

Di Doha ini Malaysia mensasarkan untuk meraih 40 pingat yang merangkumi 9 pingat emas, 12 pingat perak dan 19 pingat gangsa. Rekod terbaik pingat emas Malaysia ialah 7 emas semasa kejohanan di Bangkok pada tahun 1966.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi
Sukan Asia 2006.
Technorati Tags:
nukilan,
azhad,
sukan asia,
doha 2006
Read More...
Summary only...
21.11.06
at
7:32 AM
Posted by
Azhad
Sukan Orang Kurang Upaya(OKU) terbesar di rantau Asia Pasifik akan diadakan di Kuala Lumpur dari 25 November sehingga 1 Disember 2006 ini. Sebanyak 19 jenis sukan akan dipertandingkan iaitu memanah, olahraga, badminton, angkat berat, lawan pedang, boccia, lumba basikal, goalball, judo, bowling, bowling padang, bola sepak, kapal layar, menembak, renang, ping pong, bola tampar duduk, bola keranjang berkerusi roda dan tenis berkerusi roda. Seramai lebih 2,500 orang atlit dan 1,000 pegawai daripada 47 negara dijangka akan hadir untuk kejohanan ini.

Kesemua acara sukan dalam kejohanan ini akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur, Putra Jaya dan Selangor kecuali acara kapal layar di Port Dickson. Sementara itu larian obor telah bermula pada 7 Mei di Labuan dan akan berakhir pada hari perasmian kejohanan pada 25 November ini. Terdahulu larian obor ini telah diadakan di negara China dan Singapura.

Pingat yang ditawarkan merangkumi 567 emas, 567 perak dan 652 gangsa. Kontijen Malaysia dengan 288 atlit mensasarkan untuk meraih 100 pingat, 10 daripadanya emas. Malaysia telah memperolehi 2 emas, 28 perak dan 37 gangsa di kejohanan yang sama 4 tahun lalu di Busan, Korea Selatan. Kali ini Malaysia akan cuba untuk berada di antara 10 pasukan yang terbaik.
Pihak pengajur amat mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk memberi sokongan kepada atlit-atlit negara yang akan beraksi dalam kejohanan sukan kedua terbesar atlit kurang upaya ini. Sementara itu sebanyak 1.9 juta tandatangan telah dikumpul sebagai tanda sokongan moral kepada atlit yang akan bertanding. Pihak penganjur mensasarkan untuk mendapat sebanyak 3 juta tandatangan. Orang ramai boleh menurunkan tandatangan dan menyertai berbagai aktiviti di KL'06 Fest yang diadakan Stadium Bukit Jalil sepanjang kejohanan ini berlangsung.
Maklumat lanjut sila kunjungi
KL 06 Fespic GamesTechnorati Tags:
nukilan,
azhad,
kl06,
fespic,
sukan
Read More...
Summary only...
11.7.06
at
11:58 AM
Posted by
Azhad
Ringkasan fakta berkaitan Piala Dunia 2006
Juara Itali
Naib Juara Perancis
Ketiga Jerman
Fair Play Brazil dan Sepanyol
Paling Menghiburkan Portugal
Kasut Emas Miroslav Klose (Jerman 5 gol)
Kasut Perak Hernan Crespo (Argentina 3 gol)
Kasut Gangsa Ronaldo (Brazil 3 gol)
Bola Emas Zinedine Zidane (Perancis)
Lev Yashin Gianluigi Buffon (Itali)
Pemain Muda Terbaik Lukas Podolski (Jerman 21 tahun)
Jumlah Gol 147
Jumlah Kad Merah 28
Jumlah Kad Kuning 305
Gol dimasukkan terbanyak
5 gol - Miroslav Klose (Jerman)
13 gol - Jerman
Gol ditembusi terbanyak
10 gol - Serbia Montenegro
Kad Merah terbanyak
2 kad - Croatia, Republik Czech, Itali, Belanda, Portugal, Serbia Montenegro dan Amerika Syarikat
Kad Kuning terbanyak
24 kad - Portugal
4 kad - Costinha (Portugal) dan Asamoah Gyan (Ghana)
Pemain Tertua
Ali Boumnijel (Tunisia 40 tahun)
Pemain Termuda
Theo Walcott (England 17 tahun)
Pemain Tertinggi
Zeljko Kalac (Australia 202cm)
Jan Koller (Republik Czech 202cm)
Nikola Zigic (Serbia Montenegro 202cm)
Pemain Terendah
Christian Lara (Ecuador 162cm)
Technorati Tags: nukilan, azhad, sukan, bola, piala dunia
Read More...
Summary only...
10.7.06
at
10:42 AM
Posted by
Azhad
Juara Piala Dunia 2006 adalah milik pasukan Itali melalui tendangan penalti 5 - 3 selepas masa penuh dan masa tambahan kedudukan terikat 1 - 1. Gol awal tersebut dijaringkan oleh Zinedine Zidane pada minit ke 7 dan Marco Materazzi di minit ke 19.
Kisah duka Perancis sudah mula terbayang apabila Zidane telah dkenakan kad merah kerana menanduk Materazzi di dada pada minit ke 111. Ini merupakan kali ke empat Itali menjadi Juara Piala Dunia.
Edisi piala dunia kali ini melihat sebanyak 147 gol telah dijaringkan. Miroslav Klose dari Jerman adalah penjaring terbanyak dengan 5 gol dan telah dianugerahkan Kasut Emas. Manakala pasukan Jerman merupakan pasukan yang menjaringkan gol terbanyak iaitu 13. Sebaliknya pintu gol yang paling banyak ditembusi ialah Serbia Montenegro dengan 10 jaringan.
Tamatlah sudah Piala Dunia 2006 tetapi jika tidak kesempatan atau ingin melihat semula aksi-aksi perlawanan bolehlah menyaksikan rakaman videonya.
Gambar dan maklumat diperolehi daripada laman web rasmi Piala Dunia 2006 Jerman.
Technorati Tags: nukilan, azhad, piala dunia, juara, kasut emas, video
Read More...
Summary only...
6.7.06
at
8:08 PM
Posted by
Azhad
Kini sudah sampai pada kemuncak kejohanan Piala Dunia 2006 yang akan ditentukan pada 9 Julai ini. Dua pasukan yang tidak diramal dan dijangka untuk sampai ke tahap ini telah berjaya melepasi segala rintangan.

Pasukan
Itali telah memenangi 5 perlawanan dan seri 1 perlawanan dalam edisi Piala Dunia 2006 kali ini. Dari 6 perlawanan ini Itali telah menjaringkan 11 gol dan kena 1 gol sahaja. Mereka telah berjaya membuat 45 percubaan tepat ke arah gol lawan, 11 daripadanya dilakukan oleh Totti Francesco dan 9 oleh Toni Luca.

Manakala pasukan
Perancis pula telah memenangi 4 perlawanan dan seri 2 perlawanan. Dari keseluruhan perlawanan ini Perancis telah menjaringkan 8 gol dan kena 2 gol. Kekuatan jentera serangan Perancis boleh dilihat dengan 30 percubaan tepat ke arah gol, 11 daripadanya dilakukan oleh Henry Thierry dan 4 oleh Ribery Frank.
Rekod pertembungan kedua-dua pasukan;
Italy vs
France 
7 - - - Main - - - 7
2 - - Menang - - 3
2 - - - Seri - - - 2
3 - - - Kalah - - -2
8 - - Jaringan - - 9
Itali memburu kejuaraan Piala Dunia kali ke empat manakala
Perancis untuk kali ke dua. Kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menjadi juara dan ianya akan ditentukan pada 9 Julai pukul 8.00 malam di Stadium Olimpik, Berlin bersamaan 10 Julai pukul 2.00 pagi di Malaysia.
Technorati Tags:
nukilan,
azhad,
sukan,
piala dunia,
akhir
Read More...
Summary only...
3.7.06
at
12:08 AM
Posted by
Azhad
Kesudahannya dari 8 negara tinggal 4 negara yang akan bertarung merebut dua tiket ke peringkat akhir. Keputusan setakat ini sangat mengejutkan sebahagian besar peminat-peminat bolasepak. Semua perhatian akan tertumpu kepada perancangan dan pecaturan jurulatih-jurulatih 4 negara ini.

Germany

lwn

Italy

Rekod pertemuan dua negara ini lebih memihak kepada Itali. Itali telah memenangi 13 perlawanan berbanding 7 perlawanan oleh Jerman daripada 28 kali pertembungan mereka. Baki 13 perlawanan lagi mereka seri.

Portugal

lwn

France

Sementara itu daripada 21 perlawanan bagi Portugal dan Perancis pula mereka cuma seri sekali sahaja. Rekod Perancis lebih baik dengan memenangi 15 perlawanan berbanding 5 yang dimenangi Portugal.
Berdasarkan fakta sejarah kita boleh meneka pasukan mana yang akan melangkah ke peringkat akhir tetapi bola itu bulat dan apa saja boleh berlaku dalam masa 90 minit di padang.
Technorati Tags:
nukilan,
azhad,
piala dunia,
separuh akhir
Read More...
Summary only...
28.6.06
at
4:18 AM
Posted by
Azhad
Piala Dunia 2006 sudah lebih daripada separuh perjalanannya. Masih ramai yang tidak kebah dari demam bola.
Lapan pasukan telah berjaya ke peringkat suku akhir dan perjuangan mereka berterusan.

Germany

vs

Argentina


Italy

vs

Ukraine


England

vs

Portugal


Brazil

vs

France

Argentina pernah menjuarai Piala Dunia sebanyak dua kali iaitu dalam tahun 1978 dan 1986. Naib juara sebanyak dua kali juga iaitu tahun 1930 dan 1990.
Brazil pula tidak dapat disangkal keunggulan mereka di dalam Piala Dunia kerana pernah menjadi juara sebanyak lima kali; 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002. Naib juara sebanyak dua kali; 1950 dan 1998. Di samping tempat ketiga juga dua kali; 1938 dan 1978.
England walaupun mempunyai ramai penyokong di Malaysia tetapi mereka hanya pernah memenangi Piala Dunia sekali sahaja iaitu pada tahun 1966.
France juga berkongsi rekod dengan England hanya menjadi juara pada tahun 1998 sahaja.
Germany mempunyai rekod yang lebih baik dengan memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali iaitu tahun 1954, 1974 dan 1990.
Italy juga tidak kurang hebatnya kerana memegang gelaran juara sebanyak tiga kali juga iaitu pada tahun 1934, 1938 dan 1982.
Portugal pula tidak mempunyai rekod yang memberangsangkan kerana pencapaian terbaik mereka ialah tempat ketiga dalam tahun 1966.
Ukraine merupakan pasukan yang baru pertama kali melayakkan diri ke pertandingan akhir Piala Dunia. Pencapaian mereka setakat ini adalah yang terbaik untuk mereka.
Siapakah yang akan berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dan seterusnya ke peringkat akhir? Cabarannya akan bermula 1 Julai ini antara
Germany dan
Argentina.
Technorati Tags:
nukilan,
azhad,
piala dunia,
suku akhir
Read More...
Summary only...
14.6.06
at
10:18 AM
Posted by
Azhad
Demam Piala Dunia masih berterusan dan sudah semakin ramai yang sudah terkena demamnya. Bola adalah topik perbualan utama di mana-mana sekarang. Bagi yang menonton siaran secara lansung di tv tentu mempunyai lebih maklumat yang boleh dikongsi. Walaupun begitu bagi mereka yang tidak kesempatan menonton perlawanan secara langsung boleh menyaksikan rakaman videonya di FIFA World Cup : Videos.
Sementara itu jika inginkan kelainan, perlawanan bolasepak dan detik-detik jaringan gol Piala Dunia 2006 ini juga boleh disaksikan dalam bentuk 3D. Di laman web ini selain rakaman perlawanan ada juga disediakan lawatan secara 3D kesemua stadium yang digunakan dalam kejohanan Piala Dunia kali ini. Untuk menyaksikannya sila layari laman web 3D Goals.
Satu lagi tempat di mana video berkaitan perlawanan Piala Dunia 2006 boleh disaksikan ialah di Jago.com. Laman web ini merupakan online community untuk pemain dan peminat bolasepak seluruh dunia berkumpul sambil berkongsi pengalaman, maklumat dan cerita yang berkaitan dengan bola. Untuk mendapatkannya boleh terus pergi ke Jago Companion.
Jika berminat pula untuk melihat video-video lain yang ada berkaitan dengan bolasepak dan Piala Dunia kali ini bolehlah layari laman web Google Video : World Cup Fever.
Technorati Tags: nukilan, azhad, bola, Piala Dunia, video, 3D, jago
Read More...
Summary only...
7.6.06
at
9:46 PM
Posted by
Azhad