Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Nuffnang Glitterati Exclusive Membership

Nuffnang hari ini mengumumkan akan melancarkan keahlian eksklusif untuk para blogger mulai 13 Januari 2008. Dikenali sebagai Nuffnang Glitterati, ianya khusus untuk mereka yang tidak mempamerkan iklan daripada rangkaian iklan yang berasal dari Asia Tenggara selain Nuffnang di blog masing-masing.

hanya pamer iklan Nuffnang

Dalam ruangan komen tentang pengumuman ini pihak Nuffnang ada menyebut Google Adsense dan Widgetbucks dibenarkan. Iklan dan penajaan yang diperolehi sendiri terus dari syarikat atau penaja juga dibenarkan.

Kelebihan ketara menjadi ahli Nuffnang Glitterati ialah peluang untuk mendapat pendapatan yang lebih tinggi, lebih cepat dan keutamaan dalam beberapa hal. Pengumuman ini merupakan satu tamparan hebat kepada Advertlets yang mengalami masalah domain hujung minggu lalu. Samada ini secara kebetulan atau pihak Nuffnang memang mengambil peluang ketika ramai blogger merasa tidak berpuashati dengan Advertlets.

Sementara itu Advertlets juga menyatakan akan melakukan beberapa peningkatan dalam bulan Februari melalui Advertlets 2.0 dengan beberapa ciri tambahan dan lebih banyak peluang untuk meningkatkan pendapatan. Persaingan antara dua perniagaan ini secara langsung memerlukan para blogger untuk membuat keputusan samada untuk menjadi ahli satu sahaja perniagaan iklan peringkat Asia Tenggara atau menjadi ahli kepada semua perniagaan yang ada.

Perkara yang perlu dipertimbangkan ialah adakah dengan satu sumber iklan lebih lumayan daripada gabungan pendapatan daripada semua iklan daripada Asia Tenggara?

Technorati Tags: , , ,

Read More...

Domain Advertlets Tamat Tempoh

Domain Advertlets.com telah tamat tempoh pendaftarannya tanpa diperbaharui oleh pihak pengurusan Advertlets. Akibatnya laman blog yang mempamerkan iklan dari Advertlets telah tidak dapat dikunjungi. Sebaliknya pengunjung laman blog yang berkenaan akan diarahkan ke laman web pemberitahuan domain tamat tempoh. Ini telah berlaku bermula dari awal pagi 6 Januari 2008.

.. jejas keyakinan ..

Ketika artikel ini ditulis, laman web Advertlets masih belum pulih lagi tetapi domainnya telah diperbaharui sehingga 3 Januari 2010. Kelalaian tidak memperbaharuinya sebelum tempohnya tamat pasti memberi kesan kepada tahap keyakinan dan kepercayaan para pengiklan dan blogger. Tambahan pula sekarang terdapat 3 lagi perniagaan yang menawarkan khidmat pengiklanan di rantau ini iaitu Nuffnang, Nufflets dan GrabMyAds.

Josh Lim pasti sudah bersedia dengan penjelasan tentang apa yang telah terjadi. Namun begitu nama Advertlets telah pun terjejas dan Advertlets mesti berusaha untuk mendapatkan kembali keyakinan mereka yang terbabit. Ini juga menjadi satu pengajaran kepada mereka yang mempunyai domain sendiri agar tidak terlepas mempebaharui tempoh sah domain masing-masing.

Terkini : Laman web dan iklan Advertlets telah pulih seperti sediakala. Pihak Advertlets juga telah memohon maaf di atas apa yang telah terjadi dan mengakui kesalahan mereka. Satu formula pampasan juga disebut akan dibayar kepada blogger yang terbabit. Kenyataan Josh Lim boleh dibaca di Advertlets.com : We're sorry.

Technorati Tags: , , ,

Read More...

Advertisers + Bloggers = Money + Happy

Advertlets telah mengiklankan bahawa mereka yang akan membayar RM50.00 kepada 300 orang blogger Malaysia yang menyertai dan membuat ulasan tentang perkhidmatan mereka. Menyahut iklan tersebut satu ulasan tentang Advertlets telah saya tulis pada 10 April yang baru lalu.

Sehari selepas itu saya telah menerima email daripada Josh Lim sendiri mengatakan mereka menyukai ulasan yang saya buat dan RM50.00 telah dikredit ke akaun saya. Ulasan tersebut boleh dibaca di sini.

Saya rasa kuota 300 orang blogger belum lagi dipenuhi jadi jika anda berminat untuk mendapat RM50.00 seperti saya, mendaftarlah dengan Advertlets.

Technorati Tags: , , , , ,

Read More...

Advertlets

Kamal : "Eh! Din! Kat mana kita nak makan ni?"

Sudin : "Mana-mana jela...."

Kamal : "Oklah kita makan kat restoran hujung tu. Din, sekarang jarang update blog, kenapa ye?"

Sudin : "Tak ada apa, cuma malaslah nak update."

Kamal : "Tapi dulu kau hampir tiap-tiap hari update blog, macam-macam cerita ada."

Sudin : "Memangla tapi sekarang dah hilang moodnya. Lagipun dah lebih 3 tahun aku menulis blog tapi hasil daripada iklan yang aku letakkan dalam blog tak cecah USD10 pun."

Kamal : "Oo macam tu kisahnya.... Memangla sebab blog kau dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Inggeris. Blog dalam Bahasa Melayu ni memamg susah sikit nak buat duit."

Sudin : "Ye la kot, lagipun kalau ada iklan yang keluar di blog aku tu banyak yang berasal dari negara luar dah memang pengiklannya dari sana nak buat macamana."

Kamal : "Kau ada dengar pasal Advertlets.com tak?"
Sudin : "Apa? ad-vert-lets? Tak, tak pernah dengar, apa benda tu?"

Kamal : "Ini benda terhangat dikalangan blogger di Malaysia sekarang ni la!!"

Sudin : "Ye la ceritala apa ke benda ni..."

Kamal : "Ni sumber pendapatan untuk blogger dan platform untuk pengiklan yang khusus untuk mereka di Asia terutama di Malaysia. Ko nak tahu idea untuk buat Advertlets ini datang dari Josh Lim & Associates dan yang lagi bestnya mereka ni dari Malaysia!!"

Sudin : "Ala ini mesti sama dengan yang lain-lain aku dah join tu."

Kamal : "Kau silap, yang ni memang lain. Dengan Advertlets iklannya memang khusus kepada pembaca blog kau bukan sahaja bergantung kepada apa yang tulis dalam blog kau tu. Tak kiralah blog kau dalam Bahasa Melayu ke, China ke atau Inggeris."

Sudin : "Eh! Macam mana pulak tu?"

Kamal : "Itulah aku dah cakap memang lain Advertlets ni sebab maklumat pembaca blog kau dikumpul melalui undian di blog kau sendiri. Kemudian mereka juga boleh memberi komen tentang undian dan iklan yang disiarkan tanpa refresh atau meninggalkan blog kau. Berdasarkan maklumat yang terkumpul ni iklan di blog kau akan lebih menepati sasaran dan kau boleh buat duit."

Sudin : "Wah! Ini macam menarik je ni, lagi....?"

Kamal : "Sebab Advertlets ni dari Malaysia tentu lebih mudah untuk mendapatkan pengiklan dari sini dan juga Advertlets menggunakan Web 2.0 / AJAX dan sesuatu yang menarik lagi pembaca boleh menukar secara bergilir-gilir iklan yang disiarkan."

Sudin : "Kamal! Kau bagi alamat web dia."

Kamal : "http://www.advertlets.com/ ..... Eh! Ko nak ke mana pulak ni?"

Sudin : "Balikla.... apa lagi nak join Advertlets la!"

Kamal : "La.. kata nak belanja aku makan. Lagipun aku tak habis cerita lagi terutama tentang RM15,000 untuk 300 blogger Malaysia. Dan juga tentang Redzuan, Daren, Jimmy Chin, Mohd Ismail, Ikhwan Nazri, Elina, Stupe, LynnXuan dan lain-lain yang dah dapat duit dari Advertlets."

Sudin : "Takpe, lain kali je aku belanja kau. Takpe semua itu biar aku baca sendiri di Advertlets, bye!"

Kamal : "Oklah tapi bila dah dapat duit tu jangan lupa belanja aku tau!"

Sudin : "Ok.. ok..."

Technorati Tags: , , , , ,

Read More...

Contents By Category