2005 telahpun menjelma tetapi kita menyambut dengan perasaan sayu dan insaf dengan bencana yang berlaku pada 26 Disember lalu. Setiap hari angka korban terus bertambah dan kita menyaksikan kesan selepas bencana yang cukup menyayat hati.
Semoga dengan kejadian ini dapat menyedarkan kita betapa kerdilnya kita di bumi ini. Anggaplah ini sebagai satu ingatan kepada seluruh umat Islam khususnya bahawa Allah itu maha berkuasa dan insafilah kelemahan diri kita. Renungkanlah juga apa yang telah kita lakukan sepanjang hayat ini, baik dan buruknya. Segala kesilapan yang telah kita lakukan dan jadikannya untuk mendewasakan diri dan lebih waras membuat keputusan.
Diharap semua mangsa bencana ini akan dapat cekal dan tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Sementara kita yang lain sama-samalah membantu meringankan bebanan mereka.
0 comments