Pada waktu maghrib hari ini kita akan menyambut tahun baru Hijrah 1427. Aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada semua umat Islam. Semoga tahun 1427 ini menjadikan kita lebih bertakwa kepada Allah swt. dan bersyukur dengan segala rezeki yang dikurniakan kepada kita. Di samping berusaha dengan lebih gigih lagi untuk berjaya untuk dunia dan akhirat.

Di Malaysia semua urusan dijadualkan berdasarkan tahun Masihi atau kalender Gregorian. Cuma perkara yang berkaitan dengan Islam akan ditentukan bersandarkan tahun Hijrah atau kalendar Islam. Malah kehidupan kita sehari-haripun banyak bergantung kepada kalendar Gregorian. Walaupun begitu tidak dinafikan ramai umat Islam yang merujuk kepada kalendar Islam untuk urusan mereka terutama yang berkaitan dengan ibadat.

Bilakah tarikh lahir anda? Pasti anda tahu tetapi tahukah tarikh lahir anda mengikut kalendar Islam? Untuk pengetahuan jika umur anda dikira menggunakan kalendar Islam, umur anda lebih tua daripada yang anda fikirkan. Ini kerana kalendar Islam kurang kira-kira 11 hari dari kalendar Gregorian dalam setahun.

Anda boleh menyemak tarikh lahir anda mengikut tahun Hijrah di laman web berikut:
Islamic Dates
Sunmoon Hijrah Calculator
Date Conversion

Setelah anda mengetahui tarikh lahir anda dalam tahun Hijrah, cubalah kira umur anda pada tahun 1427 ini. Sudah pasti umur anda sekarang beberapa bulan atau tahun lebih tua.

Selamat Menyambut Awal Muharam dan Selamat Menyambut Hari Lahir mengikut kalendar Islam.

Tag : ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 30.1.06

3 comments

  1. zuerin Says:
  2. tuan, camna nak kira umur dan hari ikut bln islam. kalkulator tu hanya convert dari bln kristin ke bulan islam jer.

     
  3. Azhad Says:
  4. zuerin,
    mudah sahaja... tukar tarikh lahir anda kepada tahun hijrah dan tukar tarikh hari ini kepada tahun hijrah juga. Tolak kedua2 tahun hijrah ini dapatlah umur anda mengikut kalendar Islam.

     
  5. Tia Kapoor Says:
  6. Tia Kapoor an independent escort in Chandigarh, provide high profile girls in chandigarh and mohali. just visit her and ask for a booking. You can heet her friends also Tanu Chandigarh Escort Girl, Nancy Chandigarh Independent Escort.

     

Post a Comment

Subscribe here