Baru-baru ini keputusan STPM dan sebelum itu SPM telah diumumkan dan bersorak gembiralah mereka yang berjaya memperolehi deretan A. Ibubapa, sanak keluarga, rakan taulan dan guru-guru juga turut gembira bersama. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Nampaknya begitu ramai yang cemerlang dalam peperiksaan mereka tetapi adakah mereka cemerlang juga dari segi tingkah laku, jati diri dan juga agama? Cuba kita lihat orang yang terdekat dengan diri kita iaitu ahli keluarga, kawan-kawan dan diri kita sendiri, sejauh manakah kecemerlangan kita dari segi akademik, sahsiah diri, perlaksanaan tanggungjawab tugas dan amalan agama kita? Memang benar, mana ada manusia yang sempurna tetapi jangan jadikan itu sebagai alasan itu untuk tidak buat yang terbaik.

Kesimbangan antara pencapaian akademik dan perkembangan sahsiah diri adalah penting untuk kita terus berjaya dalam hidup ini. Cubalah kita perhatikan mereka yang berjaya dan cemerlang disekeliling kita. Kalau boleh cuba selidik pencapaian akademik dan penglibatan mereka dalam aktiviti di sekolah maupun di institut pengajian tinggi. Mereka ini sudah pasti bukan yang terbaik tetapi adalah dikalangan yang cemerlang baik dari segi akademik maupun kegiatan luar kelas yang sihat.

Walaupun begitu istilah berjaya dalam hidup ini mempunyai maksud yang berbeza kepada setiap individu. Renungkanlah apa yang telah dan ingin kita capai sepanjang hidup ini. Lihatlah juga kualiti diri kita sebagai seorang manusia di muka bumi bersama masyarakat, keluarga dan tuhan yang Esa.

Tag : ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 27.3.06

2 comments

  1. Anonymous Says:
  2. Assalamualaikum..
    Pada pendapat saya, 'cemerlang' adalah sesuatu yang menyeluruh dan menyentuh semua aspek.
    Bukan saja cemerlang dari apa yang telah di jelaskan oleh nurkilan tadi..
    Saya sedang mencari apa pergertian 'insan cemerlang' dari sudut islam..
    Boleh tolong jelaskan??

    husna_starz@yahoo.com

     
  3. Azhad Says:
  4. Waalaikumsalam,

    Itulah yang saya maksudkan iaitu cemerlang yang sebenar melibatkan banyak aspek.

    Dari sudut Islam, insan cemerlang itu secara amnya bolehlah dimaksudkan yang mempunyai keseimbangan diri dari segi rohani, mental, emosi, fizikal dan hubungan antara insan, ummah serta alam.

    Ini termasuklah juga keutuhan iman, amalan dan akhlak. Di samping tabiat dan amalan positif dengan jati diri, azam, wawasan dan matlamat hidup yang tersusun.

    Walaupun begitu perlulah bertanya kepada mereka yang lebih arif tentang perkara ini untuk penjelasan yang lebih tepat.

     

Post a Comment

Subscribe here