Waktu ketika itu pukul 12:30 tengahari. Sabri tergerak untuk singgah ke satu pusat permainan video di deretan rumah kedai berhampiran dua buah sekolah, satu sekolah rendah dan satu lagi sekolah menengah. Bila melangkah masuk ke dalam pusat tersebut, dia nampak ada beberapa murid yang masih beruniform sedang seronok bermain permainan video.
"Kenapa awak benarkan budak-budak beruniform tu masuk ? Awak yang letak papan kenyataan tu dan sepatutnya melarang budak-budak tu masuk sini", tanya Sabri kepada tuanpunya pusat tersebut tetapi dia hanya membisu tanpa memberi sebarang reaksi.
Walaupun begitu hatinya berdetik, "Aku peduli apa, lagi ramai yang masuk kat sini lagi bagus business aku".
Sabri bergerak menghampiri salah seorang murid yang berada di situ.Kamal begitu asyik sekali bermain permainan video, dia terkejut bila bahunya dicuit oleh Sabri.
"Kenapa pakcik?", tanya Kamal.
"Buat apa di sini? Kenapa tak balik rumah lagi?" tanya Sabri pula.
"Saya boringlah duduk di rumah, lagipun saja nak lepas tension lepas periksa tadi", terang Kamal sambil rasa geram kerana Sabri telah mengganggunya bermain.
"Boleh bacakan di depan pintu masuk ada tanda peringatan menyatakan mereka yang beruniform sekolah tidak dibenarkan masuk", Sabri cuba mengingatkan Kamal.
Kamal berdiri dan membuka baju sekolah yang dipakainya dan menyimpannya ke dalam beg. Dia sekarang cuma memakai t-shirt sahaja.
"Oklah pakcik, saya sekarang tak pakai uniform sekolah lagi. Saya nak sambung main ni, jangan kacau saya!", Kamal berkata sambil terus duduk menyambung permainannya yang terganggu tadi tanpa memperdulikan Sabri lagi.Terpinga-pinga Sabri dengan tindakan Kamal itu. Kalau ikutkan hati pasti penamparnya dah singgah di pipi Kamal.
Kisah ini diceritakan oleh Sabri di dalam mesyuarat agung PIBG sebuah sekolah rendah.Kamal merupakan murid tahun enam ketika kejadian itu. Kini dia berada di dalam tingkatan satu dan sudahpun dalam perhatian pihak sekolah.Ini kerana baru 3 bulan di sekolah menengah dia sudah ditangkap merokok dalam kawasan sekolah.
Sesuatu yang patut kita fikirkan Kamal mendapat 5A dalam peperiksaan UPSRnya, bagaimana seorang yang cemerlang dalam akademik mempunyai sahsiah diri sebegitu? Siapakah yang patut dipertanggungjawabkan dan dimanakah kepincangan sistem pendidikan dan institusi kekeluargaan kita hari ini?
Tag : nukilan, azhad pengalaman sekolah pendidikan keluarga
Assalamualaikum..
pada pendapat saya, kecemerlangan akademik dan sahsiah harus seimbang. Sekiranya seseorang itu hanya cemerlang dalam bidang akademik tetapi tidak dari segi sahsiahnya, dia akan menghadapi masalah disiplin pada masa hadapan.
kecemerlangan akademik semata-mata tidak menjanjikan keperibadian yang sewajarnya. Hal ini dibuktikan dalam senario negara kita pada zaman sekarang. Ramai pelajar yang memiliki 'straight A's' hanya dengan "mengulang kaji pelajaran" secara sambil lewa (tidak serius). Jika dibandingkan dengan golongan intelektual pada zaman dahulu, mereka lebih kepada pemikiran yang dikatakan sebagai "thinking of out the box". Di samping itu, mereka juga memiliki keperibadian mantap.
Akhir sekali, saya memohon maaf kerana mungkin pendapat saya ini tidak begitu berasas dan tidak setaraf dengan pemikiran saudara yang jauh lebih matang. Maaf sekali lagi.
wassalam.
Waalaikumsalam...
Alhamdullilah kerana Yasmin mempunyai pendapat yang sedemikian kerana masa kini lebih ramai yang lebih mengutamakan kecemerlangan dalam akademik berbanding kecemerlangan secara total.
Walaupun begitu kita tidak boleh menyalahkan para pelajar 100% kerana sistem pendidikan sekarang lebih menjurus kepada kejayaan dalam peperiksaan.
Oleh itu sesuatu perlu dirangka agar kecemerlangan total boleh dicapai agar para remaja kini akan lebih berwibawa.
Di samping itu orang seperti Yasmin yang sedar tentang perlunya keseimbangan dalam kecemerlangan ini dapat membantu.