Rancangan tv realiti Akademi Al-Quran atau AQ musim kedua telah memulakan pencarian para pesertanya. Uji bakat Akademi Al-Quran ini akan dimulai dari negeri Perak, Perlis, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan akhir sekali di Terengganu. Mereka yang beragama Islam dengan umur di antara 15 hingga 25 tahun layak menyertai uji bakat ini. Hanya 12 orang peserta akan dipilih untuk ke Akademi Al-Quran sama seperti tahun lepas.

Objektif rancangan Akademi Al-Quran ini bukan sahaja mencari qari atau qariah terbaik, malah untuk mendidik generasi akan datang dalam meningkatkan kualiti bacaan al-Quran secara tananum dengan bimbingan dari mereka yang pakar dalam bidang tajwid dan qiraat. Di dalam Akademi Al-Quran bukan sahaja para peserta dapat mendalami ilmu al-Quran malah para penonton juga dapat berkongsi ilmu tersebut melalui penerangan dan bimbingan tenaga pengajar dan juri.

Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri yang menjuarai Akademi Al-Quran musim pertama kini sedang menuntut di Mesir dalam pengkhususan qiraat. Beliau akan berada di sama selama 7 tahun. Tempat kedua disandang oleh Amirahman Abas dan tempat ketiga ialah Azrael Abdul Hak. Menurut laporan AC Nielsen Media Research rancangan Akademi Al-Quran yang disiarkan di TV9 tahun lepas telah berjaya meraih bilangan penonton sehingga mencecah 1.1 juta orang. AQ musim kedua dengan 13 episod akan memulakan siarannya pada 5 April ini. Empat episod yang pertama akan menyiarkan rakaman semasa sesi uji bakat dan bakinya disiarkan secara langsung.

Berikut adalah jadual uji bakat Akademi Al-Quran 2;

TARIKH
LOKASI
10 & 11 Februari
Dewan Institut Tadbiran Islam (Intim) Ipoh, Perak
13 & 14 Februari
Dewan Warisan Kangar, Perlis
16 & 17 Februari
Dewan Insaniah Alor Star, Kedah
19 & 20 Februari Dewan Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan
22 & 23 Februari Dewan Jabatan Agama Islam Pahang, Kuantan, Pahang
26 & 27 Februari Kompleks Islam, Johor Bahru, Johor
1 & 2 Mac Dewan Masjid Al-Azim, Melaka
4 & 5 Mac
Dewan Institut Tahfiz Quran Gemencheh, Negeri Sembilan
7 & 8 Mac
Dewan Darul Quran Kuala Kubu Baru, Selangor
17 & 18 Mac
Dewan Millenium Kepala Batas, Pulau Pinang
22 & 24 Mac
Perkampungan Hadhari 2007, Pulau Duyung, Terengganu

Technorati Tags: , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 10.2.07

0 comments

Post a Comment

Subscribe here