Bendera Malaysia - Jalur Gemilang
NEGARAKU

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja Kita
Selamat bertakhta


Semasa bersekolah lagu kebangsaan Negaraku akan dinyanyikan hampir setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sekali. Apabila melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi lagu ini akan dinyanyikan pada majlis-majlis yang tertentu sahaja. Apabila melangkah ke alam pekerjaan pula kekerapan menyanyikan lagu ini akan berkurangan melainkan syarikat tempat kita bekerja itu ada melaksanakan perjumpaan atau perhimpunan yang menyelitkan nyanyian lagu kebangsaan.

Selain Jalur Gemilang, lagu Negaraku perlu dihormati sebagai tanda kebanggaan dan kesetiaan kita menjadi warganegara Malaysia. Di samping bangun dan berdiri tegak semasa lagu ini dimainkan, kita digalakkan menyanyikannya bersama-sama. Dukacita dikatakan tidak semua rakyak Malaysia yang menghormati lagu Negaraku. Masih ramai yang mengambil ringan malah ada yang secara terang-terangan memperlekehkannya.

Logo 50 tahun merdekaCubalah kita perhatikan reaksi orang di sekeliling apabila lagu Negaraku dimainkan. Kita pasti akan dapat melihat mereka yang dengan selambanya tidak menghiraukan lagu kebangsaan yang sedang berkemundang. Mereka ini akan terus duduk meneruskan apa sahaja aktiviti yang sedang dilakukan. Membaca, menghisap rokok, berbual atau sekadar duduk sahaja walaupun orang disekeliling sedang berdiri. Baru-baru ini kita dikejutkan pula dengan perbuatan seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Taiwan telah mempersendakan lagu Negaraku. Rakyat Malaysia sepatutnya mempunyai taat setia dan hormat terhadap negaranya sendiri. Kitalah orang pertama yang mesti sentiasa bersedia untuk mempertahankan kedaulatan dan maruahnya bukan sebaliknya.

Stambul Satu .. Terang Bulan .. Negaraku

Mengenang kembali asal usul lagu Negaraku membawa kita ke zaman sebelum merdeka. Lagu Negaraku sebenarnya berasal daripada sebuah lagu cinta, Terang Bulan. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah memilih lagu itu untuk dijadikan lagu kebangsaan. Ahmad Merican, Lanthall, Croft, Bert Read, Alfonso Soliano dan Dol Ramli pula telah membantu mengolah semula lagu itu. Tunku jugalah yang mencadangkan supaya lagu tersebut dimulakan dengan pukulan drum.

Sementara itu lagu Terang Bulan pula dipercayai berasal daripada sebuah lagu yang popular di Seychelles yang digubah oleh seorang komposer Perancis, Beranger sekitar 1870an. Lagu tersebut juga telah selalu dimainkan oleh kumpulan bangsawan Indonesia yang kenali sebagai Indra Zanibar atau Wayang Kassim semasa membuat persembahan di Singapura. Lagu yang diberi nama Stambul Satu itu menjadi amat popular dan turut dinyanyikan oleh kumpulan bangsawan lain sebelum namanya ditukar kepada Terang Bulan.

Pada masa yang sama ketika itu lagu tersebut telah dijadikan lagu kebangsaan negeri Perak. Ini pun telah berlaku secara kebetulan ketika Sultan Idris dijemput oleh Ratu Victoria ke London pada tahun 1888. Ketika kapal yang membawa Sultan Perak berlabuh di Southampton, pihak kerajaan British telah meminta lagu kebangsaan negeri Perak untuk dimainkan semasa majlis sambutan diRaja. Raja Mansur yang mengiringi Sultan Perak memaklumkan beliau tidak ada membawa nota lagu tersebut tetapi boleh menyanyikan melodinya. Apabila Bandmaster tiba Raja Mansur telah menyanyikan melodi lagu kegemarannya yang pernah di dengar di Seychelles. Sebenarnya negeri Perak ketika itu tidak ada lagi lagu kebangsaan dan Raja Mansur berpendapat tidak berhemah jika memberitahu kepada kerajaan British sedemikian.

Begitulah serba ringkas cerita di sebalik lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku.

Technorati Tags: , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 24.8.07

3 comments

  1. Saiee Driss Says:
  2. Salam. Saya singgah kerana terserempak jalan ini. Laman anda nmenarik dan banyak maklumat.

    Lain kali saya ingin menyertai himpunan bloggers. Saya dari http://saieedriss.blogspot.com

    Anda dipelawa ke http://pantunonline.com untuk berpantun.

    Salam.

     
  3. Azhad Says:
  4. Salam saiee driss, terima kasih.

     
  5. ZEBY Says:
  6. Salam, saya amat berbanggga menjadi rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun saya berpendapat, kita perlu tukar lagu kebangsaan kita. Kenapa? asal usul lagu kebangsaan kita selalu diejek oleh negara jiran. Semasa saya berada di Belanda, stesen radio Belanda selalu mendengarkan lagu "Terang Boelan" rentaknya sama seperti lagu negaraku tp lebih seperti lagu Hawaii, macam lagu pelancongan dalam bahasa Belanda dan Indonesia.
    Pada pendapat saya, lagu negaraku adalah peninggalan penjajah eropah yang mempersendakan kedaulatan negara kita. Saya cadangkan kepimpinan Malaysia melancarkan kempen mencipta lagu kebangsaan seperti kempen mencipta lagu 1malaysia. Ini sangatlah penting utk identiti kita sebagai Malaysia

     

Post a Comment

Subscribe here