e-Filing 30 Apr 2008
Cara yang paling mudah untuk mengembalikan borang cukai pendapatan adalah dengan menggunakan perkhidmatan e-filing. Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk menggunakan perkhidmatan e-filing ini adalah mendapatkan Sijil Digital dan mendaftarkannya.Permohonan Sijil Digital dengan mendapatkan nombor pin boleh dibuat melalui surat, faks atau e-mel tetapi cara ini hanya boleh digunakan sehingga 25 April sahaja. Nombor pin ini juga boleh diperolehi pada borang cukai pendapatan yang dihantar secara pos oleh LHDNM. Cara terakhir ialah dengan datang sendiri ke mana-mana kaunter LHDNM yang berdekatan.
Apabila sudah dapat nombor pin ini, ianya perlu didaftarkan di laman web LHDNM pada bahagian Login Kali Pertama. Langkah seterusnya ialah dengan memasuki Login e-Borang dan memilih jenis borang yang berkaitan. Maklumat yang perlu diisi semuanya mudah difahami malah jika perlu, Panduan Pengguna e-Filing ada disediakan.
Sebenarnya terdapat beberapa jenis borang iaitu BE untuk individu pemastautin tidak menjalankan perniagaan, B untuk individu pemastautin yang menjalankan perniagaan, M untuk individu bukan pemastautin, TP untuk Harta Pusaka, TF untuk Pertubuhan, TJ untuk Keluarga Sekutu Hindu, P untuk Perkongsian, E untuk majikan, C1 untuk Koperasi, TC untuk Amanah Unit / Harta Tanah, TA Badan Amanah, TR untuk Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta, C dan R untuk syarikat.
Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi tempoh masa untuk menghantarkan borang cukai pendapatan bagi mereka yang tidak menjalankan perniagaan. Bagi mereka yang mempunyai sumber pendapatan daripada perniagaan tarikh akhir menghantar borang cukai pendapatan adalah pada 30 Jun 2008.
Kaunter Perkhidmatan e-Filing di Pusat Khidmat Pelanggan Pandan Indah yang terletak di Aras 12, Menara C, Persiaran MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah
55100 Kuala Lumpur dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam dari 21 April hingga 30 April 2008.
Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan LHDN di 1300 88 3010 jika memerlukan sebarang maklumat lanjut.
Technorati Tags: azhad, cukai, pendapatan, taksiran, LHDN, e-filing, sijil digital