Tan Sri Robert Kuok terus mengekalkan kedudukannya mendahului individu terkaya Malaysia dalam senarai orang terkaya terbaru oleh Forbes Asia. Menurut Forbes Asia, Kuok, 84, yang memiliki banyak perniagaan, termasuk hartanah di Hong Kong dan kepentingan media dan paling ketara ialah syarikat gergasi minyak sawit Wilmar, telah berjaya meningkatkan nilai bersih asetnya daripada AS$2.4 bilion tahun lepas kepada mencecah AS$10 bilion.
TERKINI : Senarai 40 Orang Terkaya Malaysia Tahun 2009
Masih kekal di tempat kedua ialah Ananda Krishnan yang menerajui syarikat telekomunikasi, Maxis. Tetapi kekayaannya menurun kepada AS$7.2 bilion, iaitu kurang AS$200 juta daripada tahun lepas.
Individu ketiga terkaya dalam senarai ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan IOI Corporation, Tan Sri Lee Shin Cheng yang menduduki tempat keempat tahun lepas tetapi dengan melonjaknya prestasi gergasi perladangan kelapa sawit dari segi nilai, kekayaannya telah meningkat daripada AS$1.6 bilion kepada AS$5.5 bilion.
Puan Sri Lee Kim Hua, balu kepada jutawan perjudian terkenal Tan Sri Lim Goh Tong yang berada di tempat ketiga tahun lepas tetapi meninggal dunia pada Oktober. Beliau dan keluarganya bernilai AS$3.4 bilion dan menduduki tempat kelima. Kim Hua adalah antara tiga wanita di dalam senarai bersama-sama dengan pengerusi Selangor Properties, Puan Sri Chong Chook Yew di tempat ke-24 (AS$245 juta), dan anakanda perempuan Sultan Perak, Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah di tempat ke-35 (AS$150 juta).
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, jutawan Melayu paling kaya, turun satu anak tangga dari tempat ketujuh ke tempat kelapan selepas nilai bersih asetnya berkurangan sebanyak AS$200 juta kepada AS$1.8 bilion. Bumiputra lain yang tersenarai ialah Tan Sri Azman Hashim (AS$700 juta), Datuk Mokhzani Mahathir (AS$285 juta), Datuk Kamarudin Meranun (AS$280 juta) dan Ahmayuddin Ahmad (AS$155 juta).
Turut tersenarai ialah Datuk Nazir Tun Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB dan anak lelaki bongsu Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Nazir adalah orang terbaru yang disenaraikan dan berada di tempat ke-40 sebagai individu terakhir terkaya Malaysia dalam senarai 40 senarai terkaya Forbes Asia dengan nilai bersih AS$100 juta.
Kekayaan secara kolektif kesemua 40 individu terkaya ialah AS$46 bilion, meningkat AS$3 bilion daripada tahun lepas.
Senarai 40 orang terkaya di Malaysia untuk 2008 menurut Forbes Asia:
Kuok Group, Pacific Carriers Ltd, Transmile Group, Wilmar International
Maxis Comminications, Aircel Ltd, Astro All Asia Networks
IOI Group
Public Bank
Genting Group
Hong Leong Group, Guoco Group, Rank Group
YTL Corporation
Malaysia Mining Corporation (MMC), Malaysia Johor Port, Malakoff, Gas Malaysia
Berjaya Group
Rimbunan Hijau Group, Tri-M Technologies
AMCorp Group, Ambank
Lion Group
KNM Group
Hotel Properties Ltd, Natsteel
Genting Group, Star Cruises. Alliance Global
Petra Group, Green Rubber Global
Kuala Lumpur Kepong, Crabtree & Evelyn
Samling Group
AirAsia, Tune Hotel, AirAsia X
Kencana
AirAsia, Tune Hotel, AirAsia X
Sunway Group
Batu Kawan, Kuala Lumpur Kepong
Selangor Properties
Samling Group
Westports
Top Glove
Kurnia Asia
Gek Poh Holding, Malaysian Mosaics, Hap Seng
Ta Ann
Midwest, Sinosteel, T.S.Law Holding
TA Enterprise
SP Setia
Westports, Pelikan
Gamuda
Gamuda
OSK Group
Former head of conglomerate Multi-Purpose
MUI, Laura Ashley
CIMB, Bumiputra Commerce Holdings
Sumber : Forbes Asia
Untuk pembandingan lihat juga senarai 40 orang terkaya di Malaysia sebagaimana yang tersiar di majalah Malaysian Business keluaran Februari 2008 dan senarai yang sama oleh Forbes Asia untuk tahun 2007.
Technorati Tags: azhad, jutawan, forbes asia, millionaire, billionaire, richest
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=311e2e34-7a21-4b70-a27e-55c352d23ddf)
Dr Mahathir membuat pengumuman ini di hadapan lebih 1,500 hadirin, kebanyakannya ahli Umno Kedah pada majlis dialog 'Nasib Kedudukan Bangsa Melayu' di sebuah hotel. Majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah (DPMK) itu turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Jerlun, Datuk Abdul Rahman Ariffin; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Datuk Syed Sobri Syed Hashim; Adun Sungai Tiang, Suraya Yaacob; bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dan Pengerusi DPMK, Tan Sri Khalid Abdullah.
Nakba bermaksud malapetaka atau bencana besar. Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800,000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara, manakala 30,000 yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
Cadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitulmaqdis) diletakkan di bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.
Selain itu, Baitulmaqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan Baitulmaqdis sepanjang kehidupan Rasulullah SAW di Mekah sebelum hijrah dan juga selama 16 bulan pertama Rasulullah SAW di Madinah. Selepas itu Allah SWT mengarahkan agar kiblat bertukar arah ke Kaabah di Mekah. Baitulmaqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj.
Sambutan perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan bagi bagi tahun ini akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Perdana Menteri Malaysia dijangka akan merasmikan majlis ini. Tema Hari Guru kali ini adalah Guru Cemerlang Negara Terbilang manakala tahun lepas pula ialah Guru Penjana Modal Insan Gemilang.



























