Seramai 465,853 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini di 3,569 pusat dengan 23,864 petugas di seluruh negara. Jumlah itu meliputi 406,420 calon Kementerian Pelajaran, 32,561 calon persendirian, 7,071 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah perantis tentera, 8,765 calon sekolah agama negeri serta sekolah agama rakyat dan 11,036 calon sekolah swasta.
SPM dan STPM
Sementara itu seramai 55,635 calon akan menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 758 pusat peperiksaan di seluruh negara. Mereka ini terdiri daripada 48,774 calon sekolah kerajaan, 1,632 calon sekolah swasta, 4,768 calon persendirian, 457 calon sekolah kerajaan negeri dan empat calon Sekolah Integriti.Bagi memastikan para calon fokus kepada peperiksaan diduduki, sekali gus memperoleh markah maksimum serta cemerlang dalam peperiksaan penting ini, mereka perlulah menjaga kesihatan mental dan fizikal, selain bijak mengurus masa sebagai persediaan terakhir menghadapi peperiksaan yang akan bermula esok 18 November.
Memandangkan sekarang musim hujan dan banjir, semua calon diingatkan supaya membuat persiapan awal menghadapi sebarang keadaan yang mungkin menghalang atau menyebabkan mereka tergendala ke pusat peperiksaan mengikut jadual. Pada masa sama, calon diminta sentiasa peka dan mengikuti perkembangan terkini melalui media massa sekiranya berlaku sebarang pindaan jadual atau perubahan pusat peperiksaan.
Walaupun begitu langkah persediaan sebelum, semasa dan selepas banjir sudah dibuat oleh semua pihak terbabit bagi memastikan peperiksaan dapat berjalan lancar mengikut jadual.Sekolah berisiko tinggi menghadapi banjir telah diarah menyediakan bilik peperiksaan alternatif yang lebih selamat. Mana-mana calon yang mungkin diancam banjir juga telah dikenal pasti bagi memudahkan sebarang bentuk bantuan seperti tempat tinggal, makanan dan keperluan asas, disalur atau disediakan dengan segera.
Di samping banjir, ancaman Influenza A (H1N1) juga perlu diberi perhatian. Para calon peperiksaan dan keluarga mereka perlulah mengikuti perkembangan semasa wabak penyakit serta peka kepada maklumat terkini, bagi mengelak penularan virus Influenza A (H1N1). Arahan pencegahan penyakit Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan haruslah dipatuhi.
Bagi menghadapi sebarang kemungkinan bilik gerakan telah ditubuhkan. Bilik Gerakan SPM akan beroperasi mulai 17 November hingga 16 Disember depan, dari jam 7 pagi hingga 7 malam, dan boleh dihubungi melalui talian 03-8889 3601 / 3809 / 3582 / 3520 / 3551 atau 03-8884 3030, manakala nombor faks ialah 03-8889 3010 / 5561 / 3445.
Bilik Gerakan STPM pula akan beroperasi mulai jam 7.30 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Jumaat sepanjang tempoh peperiksaan. Bilik gerakan itu boleh dihubungi di 03-61302666/ 61352035/ 61352390/ 61352316.
Bagi membantu mereka yang memerlukannya, jadual peperiksaan ini boleh dirujuk di Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2009 dan Jadual Waktu Peperiksaan STPM 2009.
Semoga semua calon akan dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan baik dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.
Technorati Tags: peperiksaan, spm, stpm, bilik gerakan, pusat peperiksaan, sijil pelajaran malaysia, sijil tinggi persekolahan malaysia, 2009
Selain peningkatan kes, jumlah tangkapan pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun juga turut mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.
Urusan Pengguna, Kawasan Asia Selatan Symantec, Effendy Ibrahim, menjelaskan walaupun beberapa langkah positif sudah diambil, hakikatnya internet sudah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan hingga menyebabkan wujudnya batas sempadan antara ibu bapa dan anak kanak.
Salah satu punca utama berlakunya kemalangan jalan raya adalah sikap pemandu yang cuai dan tidak berhati-hati. Secara kasarnya difahamkan seramai 18 orang terbunuh setiap hari akibat kemalangan jalan raya. Saban tahun pelbagai kempen dan operasi yang telah dilaksanakan tetapi angka kemalangan dan kematian tidak menampakkan pengurangan yang diharapkan.


![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=6bd5cba9-f05e-4d9f-b12a-2d1a6855c28a)
Jika kita membaca dan mengkaji antara resipi kecemerlangan seseorang pelajar ialah sentiasa berbincang dengan rakan sekelas melalui kumpulan belajar. Sebaik-baiknya tidak melebihi lima orang.![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=aca050e4-e480-49c2-a05f-4de5a9e67a5e)
Buat masa ini kerajaan tidak bercadang menutup semua sekolah di Lembah Klang ekoran penularan virus influenza A (H1N1).![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=ad93c3f7-93d0-4250-a897-914cc4f79890)

Beliau bernilai AS$3.2 bilion, turun daripada AS$5.5 bilion pada tahun lalu tetapi mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga. ![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=063f8f80-725a-4a2f-9622-c4c239971b7b)
Selesema Babi sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A yang diasingkan daripada haiwan ini iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus ![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=b35f549f-a0f9-4854-aacb-c5e91085174b)
Tarikh : 17 - 26 April 2009![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=f6e40684-05f0-4762-ab95-f160f970c6a7)
Kempen ini dipelopori oleh 
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=f9617924-f37c-4331-961e-f6988d21155f)


























