Mereka sanggup mencuri, merogol, menjual diri serta membunuh selain terbabit dalam pergaduhan dan samseng. Malah ada yang bertindak di luar batasan adab dan pegangan apabila sanggup menjual diri pada harga serendah RM50 setiap pelanggan untuk mendapatkan wang.

Ini bukanlah profil penjenayah yang diburu mahupun sudah bergelar banduan, sebaliknya senario terkini golongan pelajar yang kian membimbangkan.

curi, rogol, lacur, buli, bunuh

Pelajar yang menjadi harapan sebagai generasi pelapis dan sepatutnya bergelut memperlengkapkan diri menjadi insan serba boleh demi masa depan, sebaliknya mencurah tumpuan dan masa muda berharga dengan melakukan pelbagai jenayah seperti mereka yang bertaraf profesional.

Atas alasan mahu mendapatkan populariti, meraih wang mudah serta mendapat perhatian rakan sebaya, pelajar berusia 13 hingga 18 tahun ini sudah tidak lagi malu melakukan jenayah.

Silap jika ada yang beranggapan ini trend semasa bersifat sementara dan hanyalah gelojak jiwa muda remaja yang lebih suka mencuba perkara baru.

Buktinya, statistik serta kajian pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi tempatan, menunjukkan betapa jenayah pelajar di dalam mahu pun di luar sekolah, bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Ia diakui sendiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang memetik statistik menunjukkan peningkatan kes jenayah bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri dan kesalahan lain membabitkan anak muda itu.

Pelajar Perempuan MerokokSelain peningkatan kes, jumlah tangkapan pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun juga turut mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Buktinya, bagi sepanjang 2007, sejumlah 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 kes tahun lalu yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan.

Belum pun reda kejutan akibat kenyataan Musa, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mendedahkan, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini saja, seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit pelbagai kes jenayah termasuk membunuh.

Sambil mengakui trend itu amat membimbangkan, Lee berkata kebanyakan pelajar itu terbabit dalam kes curi motosikal selain kes pecah rumah, mencederakan orang lain dan rogol. Lebih menyedihkan, walaupun kelab pencegahan jenayah sudah dilancarkan di 3,764 sekolah sejak 1994, ia ternyata tidak berjaya membendung kadar peningkatan jenayah di kalangan pelajar.

Keadaan juga tiada jauh bezanya di sekolah. Hasil kajian Petunjuk Keselamatan dan Jenayah di Sekolah anjuran Universiti Malaya yang diumumkan tahun lalu, menunjukkan empat masalah utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme atau samseng.

Kajian setahun pada 2006 - 2007 dilakukan Pensyarah Fakulti Pendidikan UM Profesor Madya Dr Tie Fatt Hee, membabitkan 740 responden di kira-kira 12 sekolah di Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Kajian awal ini cuma membabitkan pelajar berusia 16 tahun yang disifatkan tahap usia penting sebelum memasuki Tingkatan Lima dan seterusnya menyertai masyarakat. Apa yang boleh dirumuskan, jenayah di sekolah tetap berlaku sama ada di kawasan bandar mahu pun luar bandar.

"Bagi saya, perkembangan ini amat membimbangkan biarpun hakikatnya jenayah di sekolah ini masih dianggap terkawal jika dibandingkan dengan bilangan murid di seluruh negara," kata Dr Tie ketika ditemui, baru-baru ini.

Lebih membimbangkan, katanya, 46 peratus responden itu mengakui pembelajaran mereka terganggu akibat ancaman jenayah di sekolah yang sekali gus boleh menjejaskan pencapaian akademik mereka.

"Kita perlu ingat, masalah disiplin di sekolah ini bukanlah sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba sebaliknya ia membabitkan proses yang berpanjangan. Seperti juga penyakit, ia mempunyai simptom atau petanda awal tertentu yang perlu ditangani seberapa segera.

"Jika ia dibiarkan melarat, tanpa sebarang tindakan oleh pihak sekolah, jenayah ini boleh melarat melangkaui kawasan sekolah."

Dr Tie yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan undang-undang, berkata apa yang menyedihkan, majoriti pelajar yang ditemui menerusi kajian itu, mengakui menjadikan kawan atau rakan sebagai rujukan utama dalam sistem sokongan mereka.

"Di mana peranan ibu bapa dan guru-guru yang sepatutnya di hierarki atas sistem sokongan itu dan menjadi tempat utama pelajar mengadu masalah mereka? Ini jelas menjadi satu kepincangan kerana kita perlu sedari, ada bahayanya apabila pelajar menjadikan rakan sebagai pakar rujuk mereka, terutama jika rakan itu juga bermasalah."

Sehubungan itu, beliau menegaskan, sudah tiba masanya semua pihak - ibu bapa, sekolah dan masyarakat menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah jenayah di kalangan pelajar ini.

"Guru yang menyedari pelajar bermasalah perlu segera memaklumkan kepada pihak sekolah bagi tindakan susulan termasuk memanggil ibu bapa dan pihak polis. Ibu bapa pula harus bersikap prihatin apabila dipanggil dan bukannya menuding jari ke arah pihak sekolah.

"Selain itu, kita juga harus menerapkan kepentingan kaedah pendidikan berkaitan undang-undang yang mana pelajar didedahkan dengan jenayah dan jenis hukuman serta hak mereka," katanya.

Maklumat
  • 5.4 juta pelajar di seluruh negara
  • Indeks pembabitan pelajar dalam jenayah - 0.03 peratus berbanding jumlah keseluruhan
  • Usia pelajar bermasalah 13 - 18 tahun
  • Statistik polis, penglibatan remaja;
    • 2007 - 1,837 kes jenayah dan 3,383 pelajar ditahan
    • 2008 - 2,218 kes jenayah dan 3,725 pelajar ditahan
  • Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia, punca terlibat gejala mat rempit;
    • 48.1 peratus akibat kebosanan
    • 38 peratus bertujuan mengisi masa lapang
    • 27.8 peratus dipengaruhi kawan
  • Kajian Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia - Seramai 295 pelajar terbabit dalam pelbagai jenayah sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun 2009
  • Kajian Universiti Malaya - masalah disiplin utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme.
Sumber : Berita Harian

Technorati Tags: , , , , , , , , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 14.10.09

11 comments

  1. Kennee Says:
  2. Apelah terjadi ngan remaja masa kini?
    Btw, nanged ya post on innit and also clicked on ya ads here oredi... ^^

     
  3. Jay Sham Says:
  4. Remaja yang mecuri, merogol, menjual diri serta membunuh, diketengahkan, digempar-gempurkan di media massa.

    Remaja yang cermelang, menang anugerah tidak pula mendapat perhatian ramai.

    Jika aku remaja baik aku lakukan jenayah dari cermelang dapat anugerah bukan?

    Jangan salahkan ibu bapa, jangan salahkan kerajaan, salahkan media massa.

     
  5. Izzat Aziz Says:
  6. This comment has been removed by the author.  
  7. suparno168 Says:
  8. Hallo para bloger Malaysia.
    Saya dari Indonesia.Salam bloger dariku.
    Di negriku juga sama saja bro.Mungkin Iman tak sejalan dengan kemajuan zaman.
    SUKA MUZIK INDONESIA??? SILAHKAN BERKUNJUNG KE BLOG SAYA
    DOWNLOAD GRATIS
    http://mymp3colection.blogspot.com/

     
  9. shancai Says:
  10. The future you see is the future you get. Robert G Allen

    http://torrenttvdevice.blogspot.com

     
  11. ehemehem Says:
  12. Asas pegangan agama budak2 banyak tak kukuh, orang tua pun sama. Budak sekarang banyak tak hormat ibu bapa, guru. Mula2 nakal, pastu jadi jahat sebab kurang perhatian. Ibu bapa tak kisah dengan anak nak buat hapa. Guru tak boleh tegur sebab nanti ibu bapa datang serang sekolah. Nak rotan silap2 kena saman.
    Anak merokok pun tak kisah. Orang repot anak merokok, mencuri, orang tu kene marah semula.
    Bapak merokok, guru pun merokok tapi marah budak2 merokok. Macam mana budak nak dengar nasihat. Kepimpinan mesti melalui teladan. Iman bapa dan anak tak dapat dikongsi, tapi orang sekarang ni kongsi rokok anak beranak.
    Bukan saya nak mengatakan semua perokok jahat, penjenayah. Tapi perokok kebanyakan mempunyai sikap yang sama, tidak peduli akan orang lain.Dia sedar merokok membahayakan kesihatan orang lain sedut asap dari perokok, tapi dia peduli apa. Sikap sombong dan tidak peduli yang dilatih oleh benda bernama rokok ini antara penyumbang peningkatan kadar jenayah remaja di negara kita. Budak sekolah mula berani buat jahat bila kenal rokok. Bila duit mak bapak beri habis, mula peras ugut, buli, mintak duit kat budak, mencuri, jadi tokan rokok (asas latihan kepada tokan dadah), gengsterisme, bergaduh.
    Bila ditegur melenting, tak puas hati, memberontak. Majoriti remaja yang buat jahat adalah golongan perokok. Dan majoriti hantu rempit di negara ini juga perokok.
    Seperti yang kita tahu tiada iklan menggalakkan rokok di tv mahupun suratkhabar, tetapi rokok merupakan satu produk yang paling laris di negara kita di mana berjuta-juta rokok digunakan setiap hari. Siapa yang tukang iklan? Kerajaan? Tentulah perokok itu sendiri. Tabiat merokok boleh diwarisi dari seorang ayah yang merokok, iman tak boleh. Ibu bapa tidak bertindak menghalang anak-anak merokok.
    Bagi yang beragama Islam, merokok merupakan suatu pengkhianatan kepada tubuh badan yang diberi pinjam oleh Yang Maha Esa. Pun begitu rakyat Malaysia yang beragama Islam lah yang mempelopori bidang ini. Dari sekolah rendah ke peringkat universiti. Pernah satu kempen 10 minit tanpa rokok dilancarkan di universiti tempatan dan disiarkan dlm berita perdana. Tetapi golongan yang menyertai adalah dari mahasiswa bukan Islam. Sedih tapi benar.

    Yang tak merokok pun ada yang jahat. Jangan rasa diri anda baik sangat walaupun tidak merokok. Manusia tak lepas dari kesilapan. Sama samalah kita muhasabah diri, tambah ilmu, tingkatkan amalan baik/ibadat, jauhi kemungkaran. Dan jangan lupa tanggungjawab kepada keluarga. Jangan wariskan rokok kepada keturunan anda. Kepada perokok yang membaca coretan ini, saya mendoakan semoga anda diberi kekuatan untuk berhenti merokok, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

     
  13. Rien Love Says:
  14. apa yg berlaku pd remaja2 kat Malaysia zaman sekarang ni, bkn la salah ibubapa dan memang x blh nak salahkn mereka pun. memang la didikkan sepatutnya bermula dari kecil di RUMAH. tapi, kita sebagai anak mesti kena ada rasa tanggungjawab untuk balas jasa baik dan budi pengorbanan kedua ibubapa kita. baru la, kita akan fikir dgn lebih waras bila nak lakukan sesuatu. tak sepatutnya kita buat benda2 yg blh memalukan dan menghampakan hati ibubapa kita....

     
  15. vangardx Says:
  16. yea..kalau cepat matang..mesti cepat paham utk bezakan mana baik mana yg tak baik

     
  17. Unknown Says:
  18. i guess it is really up to parents , without care,love and teaching , it is easy for the young one to go wrong side.......

     
  19. Lorriel Sims Says:
  20. Awesome information! Great! Reach us here

     
  21. Angel17 Says:
  22. I enjoy reading this post. Keep us updated! https://truckpartsuperstore.ca/pages/shop-by-brand

     

Post a Comment

Subscribe here