Kita baru sahaja menyambut Maal Hijrah 1432 pada 7 Disember 2010 yang lalu. Kini kita melalui satu lagi tahun baru tapi kali ini tahun baru masihi. Nampaknya sambutan tahun baru masihi masih lagi lebih dirai dan diingati daripada tahun baru hijrah. Satu perkara yang menjadi perhatian ramai semasa sambutan tahun baru masihi ini adalah isu pergaulan bebas yang menjurus kepada perzinaan. Marilah sama-sama kita Menjauhi Zina.

1432H 2011M
Di samping itu bermulanya kalendar 2011 bermakna bermulalah sesi persekolahan dan kuliah yang baru. Ada yang baru masuk tadika atau sekolah rendah dan sebahagian pula melangkah ke sekolah menengah. Ataupun sekurang-kurangnya akan naik ke darjah atau tingkatan yang baru. Sementara itu para pelajar di universiti, institut maupun kolej pula akan melangkah ke semestar baru juga.

Bermulanya kelas atau kuliah untuk tahun ini sepatutnya disertai dengan azam untuk melakukan lebih baik daripada tahun sebelumnya. Pencapaian tahun lepas boleh dijadikan landasan untuk menetapkan matlamat tahun ini. Kegagalan dahulu pula boleh diambil sebagai panduan membaiki diri. Kita perlu yakin dengan diri kita untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dengan mengikut Langkah Mewujudkan Keyakinan Diri itu. Keyakinan ini dengan diiringi usaha yang bersungguh-sungguh serta berterusan, bersama doa dan tawakal kita tentu akan menghasilkan sesuatu.

Bagi pelajar tahun 6, tingkatan 3, tingkatan 5 dan tingkatan 6 yang akan menduduki UPSR, PMR, SPM, dan STPM tahun ini lebih penting kepada anda semua. Bagi pelajar matrikulasi dan universiti setiap tahun dan semestar itu penting kerana sistem penilaian GPA/CGPA.

Bukan sahaja pelajar malah guru, pensyarah, kakitangan pejabat, tuanpunya syarikat dan sesiapa sahaja perlu duduk sejenak memikirkan apa yang telah mereka lalui dan lakukan sepanjang 2010 yang lalu. Apa yang baik itu perlu dikekal dan dipertingkatkan, apa yang buruk itu perlu dikurangkan atau terus ditinggalkan.

Selamat tahun baru 2011...

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 4.1.11

5 comments

  1. Azam tahun sudah pun remedy kena sambung bawak ke tahun ni...Azad pulak bagaimana?

     
  2. Anonymous Says:
  3. Selamat Hari Wilayah kepada semua. Juga Selamat Bercuti... ;-)

     
  4. Unknown Says:
  5. Let me help you find the best Digital Transformation Software .

     
  6. Angel17 Says:
  7. Happy New Year everyone. Hope everything will be good. Tree Removal St Lucie, FL

     
  8. Guest Says:
  9. I love how you presented the facts with such clarity. Great job! Attic Insulation Contractor

     

Post a Comment

Subscribe here