Piala Dunia 2006 sudah lebih daripada separuh perjalanannya. Masih ramai yang tidak kebah dari demam bola.

Lapan pasukan telah berjaya ke peringkat suku akhir dan perjuangan mereka berterusan.


Germany vs Argentina

Italy vs Ukraine

England vs Portugal

Brazil vs France


Argentina pernah menjuarai Piala Dunia sebanyak dua kali iaitu dalam tahun 1978 dan 1986. Naib juara sebanyak dua kali juga iaitu tahun 1930 dan 1990.

Brazil pula tidak dapat disangkal keunggulan mereka di dalam Piala Dunia kerana pernah menjadi juara sebanyak lima kali; 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002. Naib juara sebanyak dua kali; 1950 dan 1998. Di samping tempat ketiga juga dua kali; 1938 dan 1978.

England walaupun mempunyai ramai penyokong di Malaysia tetapi mereka hanya pernah memenangi Piala Dunia sekali sahaja iaitu pada tahun 1966.

France juga berkongsi rekod dengan England hanya menjadi juara pada tahun 1998 sahaja.

Germany mempunyai rekod yang lebih baik dengan memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali iaitu tahun 1954, 1974 dan 1990.

Italy juga tidak kurang hebatnya kerana memegang gelaran juara sebanyak tiga kali juga iaitu pada tahun 1934, 1938 dan 1982.

Portugal pula tidak mempunyai rekod yang memberangsangkan kerana pencapaian terbaik mereka ialah tempat ketiga dalam tahun 1966.

Ukraine merupakan pasukan yang baru pertama kali melayakkan diri ke pertandingan akhir Piala Dunia. Pencapaian mereka setakat ini adalah yang terbaik untuk mereka.

Siapakah yang akan berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dan seterusnya ke peringkat akhir? Cabarannya akan bermula 1 Julai ini antara Germany dan Argentina.

Technorati Tags: , , ,

Posted by Azhad 28.6.06 0 comments

Hari ini telah diterima ramai sebagai hari bapa dan ini telah mengingatkanku kepada satu iklan yang disiarkan pada tahun lepas. Untuk semua yang bergelar bapa dan mempunyai bapa, Selamat Hari Bapa.


Tags: , ,

Posted by Azhad 18.6.06 0 comments

FIFA WorldCup 2006Demam Piala Dunia masih berterusan dan sudah semakin ramai yang sudah terkena demamnya. Bola adalah topik perbualan utama di mana-mana sekarang. Bagi yang menonton siaran secara lansung di tv tentu mempunyai lebih maklumat yang boleh dikongsi. Walaupun begitu bagi mereka yang tidak kesempatan menonton perlawanan secara langsung boleh menyaksikan rakaman videonya di FIFA World Cup : Videos.

3D GoalsSementara itu jika inginkan kelainan, perlawanan bolasepak dan detik-detik jaringan gol Piala Dunia 2006 ini juga boleh disaksikan dalam bentuk 3D. Di laman web ini selain rakaman perlawanan ada juga disediakan lawatan secara 3D kesemua stadium yang digunakan dalam kejohanan Piala Dunia kali ini. Untuk menyaksikannya sila layari laman web 3D Goals.

Jago.comSatu lagi tempat di mana video berkaitan perlawanan Piala Dunia 2006 boleh disaksikan ialah di Jago.com. Laman web ini merupakan online community untuk pemain dan peminat bolasepak seluruh dunia berkumpul sambil berkongsi pengalaman, maklumat dan cerita yang berkaitan dengan bola. Untuk mendapatkannya boleh terus pergi ke Jago Companion.

Jika berminat pula untuk melihat video-video lain yang ada berkaitan dengan bolasepak dan Piala Dunia kali ini bolehlah layari laman web Google Video : World Cup Fever.

Technorati Tags: , , , , , ,

Posted by Azhad 14.6.06 0 comments

Semalam sekolah dibuka semula setelah bercuti selama dua minggu. Bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar utama pastinya terpaksa berdepan semula dengan kesesakan lalulintas. Tidak pasti pula dengan keadaan lalulintas di bandar-bandar lain samada mempunyai perbezaan semasa cuti sekolah lalu. Di Kuala Lumpur perbezaannya amat ketara di beberapa jalan tetapi di beberapa jalan pula tetap sesak ataupun kurang sesak sedikit. Kesesakan lalulintas ini sudah tentu melibatkan pembaziran masa dan wang yang banyak.

Bagi para pelajar sekolah pula terutama yang akan mengambil peperiksaan utama, masa sudah semakin suntuk. Ini memandangkan peperiksaan UPSR akan bermula pada 4 September, PMR pada 2 Oktober , STAM pada 9 Oktober dan SPM pula pada 14 November. Baki masa yang tinggal ini sudah pasti akan dimanfaat dengan sebaik mungkin bagi memastikan kecemerlangan keputusan kelak.

Bagi mereka yang akan menghadapi peperiksaan tersebut pastikan anda membuat persediaan daripada awal. Di samping itu ibubapa juga memainkan peranan dalam membantu anak-anak menghadapi peperiksaan. Ibubapa harus memahami tekanan yang dialami oleh anak. Janganlah terlalu menekan anak dengan harapan yang terlalu tinggi sebaliknya bagi inspirasi kepada anak untuk berusaha mencapai yang terbaik.

Technorati Tags: , , , , , , ,

Posted by Azhad 13.6.06 0 comments


Mulai 9 Jun ini selama sebulan akan berlangsung kejohanan bolasepak Piala Dunia. Sebanyak 32 buah negara akan bertanding diperingkat akhir ini. Tuan rumah negara Jerman menyediakan 12 buah stadium di 12 bandar untuk digunakan untuk 64 perlawanan dalam kejohanan kali ini.

Juara Piala Dunia akan diketahui pada 9 Julai 2006 di perlawanan akhir yang akan diadakan di Berlin Olympic Stadium.

Berikut adalah senarai juara Piala Dunia yang lepas;






Technorati Tags: , , ,

Posted by Azhad 7.6.06 0 comments

Kenduri kahwin, bersunat, bercuti atau balik kampung adalah antara aktiviti yang dijalankan pada masa cuti sekolah ini. Bagi mereka yang mempunyai anak yang bersekolah adalah yang paling terasa kerana riuh rendah anak-anak di rumah boleh didengar sepanjang hari.

Sebenarnya waktu cuti sekolah begini adalah antara peluang untuk kita mengeratkan hubungan kekeluargaan. Memandangkan sekarang masalah remaja semakin meningkat dan hubungan anak-anak dengan ibubapa semakin renggang apabila mereka meningkat remaja, sesuatu mesti dilakukan. Jangan sangka jika anak-anak kita di depan kita nampak baik, berbudi-bahasa dan alim akan bersikap demikian juga apabila dibelakang kita. Paling mudah untuk mengenali sikap anak-anak kita ialah dengan mengenali kawan-kawan rapat mereka. Walaupun begitu adalah lebih baik jika anak-anak kita dapat bersifat terbuka dan sentiasa telus dengan kita. Namun untuk sampai ke tahap itu perlulah ibubapa berusaha dari awal lagi untuk memupuk kemesraan kekeluargaan.

Di antara pekara yang ibubapa boleh lakukan ialah;

  1. Makan bersama-sama terutama makan malam. Ketika ini cuba mulakan sebarang perbualan berkenaan perkara yang digemari oleh anak-anak. Boleh juga cuba menyuruh mereka bercerita apa yang berlaku pada hari itu. Sebaik-baiknya tv hendaklah ditutup.
  2. Bantu membuat kerja sekolah atau melihat buku kerja dan latihan mereka. Jika tidak dapat menolong cukup sekadar menunjuk minat pada apa yang mereka belajar.
  3. Menghadiri semua acara sukan dan aktiviti mereka. Kalah atau menang berikan sokongan yang menggalakkan.
  4. Bermain bersama-sama permainan kegemaran mereka seperti catur, dam, scrabble atau uno.
  5. Menonton bersama rancangan tv kegemaran mereka.
  6. Keluar bersama sekeluarga melawat saudara mara, berkelah atau menonton wayang.
  7. Bersenam bersama-sama.
  8. Beribadat bersama-sama seperti sembahyang berjemaah, pergi ke masjid atau menghadiri majlis ilmu.
  9. Melakukan kerja-kerja rumah bersama seperti mengecat, memasak, membasuh, berkebun atau membeli barang dapur.
  10. Hantar dan jemput ke tempat mereka hendak pergi. Semasa dalam kereta izinkan mereka memilih saluran radio.
  11. Berbual-bual pendek sebelum mereka tidur sebaiknya ketika ini kita lebih banyak mendengar sahaja. Suruh mereka bercakap tentang pengalaman yang mereka lalui hari itu atau apa saja yang mereka ingin cerita.
  12. Membaca bersama. Berkumpul sekeluarga dan setiap seorang mengambil giliran membaca secara kuat.
  13. Berkongsi hobi atau menunjukkan minat kepada hobi anak-anak.
  14. Bercuti bersama dan libatkan anak-anak dalam proses merancang percutian tersebut.
  15. Pelawa kawan-kawan rapat mereka datang ke rumah untuk bermain atau berkumpul di rumah. Jika boleh sediakan makanan dan jangan ganggu mereka cuma perhatikan tingkah laku mereka.
  16. Setiap hari katakan mereka disayangi. Berikan penghargaan atau kata-kata perangsang untuk apa yang mereka telah lakukan.
Technorati Tags: , , , , ,

Posted by Azhad 5.6.06 0 comments

Sekali lagi rakyat negara Indonesia diuji dengan satu lagi bencana alam. Pada subuh Sabtu minggu lepas bumi Yogyakarta telah digegarkan mengejutkan ribuan manusia yang kebanyakannya masih lagi tidur. Suasana panik dan kelam kabut menyusul selepas itu apabila masing-masing cuba menyelamatkan diri dan mencari orang-orang tersayang.

Setakat ini lebih 6,000 orang dilaporkan terbunuh dan beratus ribu lagi yang cedera dan kehilangan tempat tinggal. Diharap semua yang terlibat dapat menghadapi dugaan ini dengan tabah dan sabar. Manakala bagi kita semua hulurkanlah bantuan dalam sebarang bentuk yang kita mampu.

Technorati Tags: , , ,

Posted by Azhad 4.6.06 0 comments

Subscribe here