Semalam sekolah dibuka semula setelah bercuti selama dua minggu. Bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar utama pastinya terpaksa berdepan semula dengan kesesakan lalulintas. Tidak pasti pula dengan keadaan lalulintas di bandar-bandar lain samada mempunyai perbezaan semasa cuti sekolah lalu. Di Kuala Lumpur perbezaannya amat ketara di beberapa jalan tetapi di beberapa jalan pula tetap sesak ataupun kurang sesak sedikit. Kesesakan lalulintas ini sudah tentu melibatkan pembaziran masa dan wang yang banyak.

Bagi para pelajar sekolah pula terutama yang akan mengambil peperiksaan utama, masa sudah semakin suntuk. Ini memandangkan peperiksaan UPSR akan bermula pada 4 September, PMR pada 2 Oktober , STAM pada 9 Oktober dan SPM pula pada 14 November. Baki masa yang tinggal ini sudah pasti akan dimanfaat dengan sebaik mungkin bagi memastikan kecemerlangan keputusan kelak.

Bagi mereka yang akan menghadapi peperiksaan tersebut pastikan anda membuat persediaan daripada awal. Di samping itu ibubapa juga memainkan peranan dalam membantu anak-anak menghadapi peperiksaan. Ibubapa harus memahami tekanan yang dialami oleh anak. Janganlah terlalu menekan anak dengan harapan yang terlalu tinggi sebaliknya bagi inspirasi kepada anak untuk berusaha mencapai yang terbaik.

Technorati Tags: , , , , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 13.6.06

0 comments

Post a Comment

Subscribe here