Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah telah diumumkan pada 28 Disember 2006. Dilaporkan seramai 22,979 orang calon telah mendapat A dalam semua matapelajaran yang diambil. Tahun ini seramai 448,328 orang calon menduduki peperiksaan yang telah berlangsung dari 2 hingga 6 Oktober yang lalu di 3,333 buah sekolah dan maktab.

...22,979 daripada 448,328 calon mendapat semua A...


Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menyenaraikan 100 pelajar cemerlang dengan 20 orang bagi yang mendapat 9A, 60 pelajar bagi yang mendapat 8A dan 20 pelajar bagi yang mendapat 7A.

Mendahului senarai bagi setiap kategori ialah seperti berikut;
Kategori pelajar cemerlang 9A
Fathin Nabilah Abdul Rashid
– Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan.

Kategori pelajar cemerlang 8A
Siti Fatimah Kamis
– SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Kategori pelajar cemerlang 7A
Lee Julin
– SMK Convent Green Lane, Pulau Pinang.

Manakala pelajar istimewa cemerlang yang disenaraikan oleh LPM adalah seperti berikut;
Nur Atiqah Salamin (rabun)
- SMKA Inanam, Sabah.
Aghilan a/l Narayanan (pekak)
- SMK Jalan Bukit, Hulu Langat, Selangor.
Farah Atiqah Ag Ismail (rabun)
- SMKA Inanam.
Low Hong Ping (cacat)
- SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
Mohd Khairil Amri Mohd Yussof (rabun)
- SMKA Inanam
Olivia Vinobaa a/p David Christopher (rabun)
- SMK (P) St George, Georgetown, Pulau Pinang.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya dengan cemerlang. Bagi mereka yang tidak mencapai apa yang diimpikan pasti merasa sedih. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Memang tidak salah untuk merasa sedih tetapi ingatlah ini adalah ketentuan Allah swt dan pasti ada hikmahnya. Kuatkan semangat diri dan semak kelemahan yang ada. Kekurangan hari ini jadikan anjakan untuk cemerlang pada masa hadapan. Fokus pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lebih penting kerana ia penentu kepada jurusan dan institut pengajian tinggi yang boleh dijejaki.

Technorati Tags: , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 29.12.06

5 comments

  1. Anonymous Says:
  2. assalamualaikum...boleh x tolong bagi senarai 100 pelajar terbaik ke harry_dan91@yahoo.co.uk..
    especially untuk kategori 9A...
    terime kasih...

     
  3. Azhad Says:
  4. Waalaikumsalam, insyaAllah jika saya dapat senarai tu akan saya maklumkan.

     
  5. Anonymous Says:
  6. Salam..blh x dpt kn sy senarai yg sama?..100 pelajar cemerlang PMR 2006..email sy-nuriznabila@yahoo.com

     
  7. Azhad Says:
  8. Salam nuriznabila... insyaAllah bila dapat nanti saya akan emailkan

     
  9. Anonymous Says:
  10. salam..bleh x snrai 50sekolah cemerlang pmr 2007?email alien_blues88@yahoo.com.my

     

Post a Comment

Subscribe here