Hari ini 14 Februari sudah pastinya harga bunga ros akan jauh lebih mahal daripada hari-hari biasa. Begitu juga dengan pakej-pakej istimewa yang disediakan oleh kebanyakan restoran dan hotel. Tidak ketinggalan juga radio dan tv menyiarkan rancangan istimewa bersempena dengan Hari Valentine atau Hari Mengingati Kekasih ini. Setiap tahun pada hari ini ramai pasangan kekasih akan meraikannya.

Pada hari ini, bunga ros dan kadang-kadang berserta hadiah seperti coklat akan diberi kepada pasangan masing-masing. Di samping itu ada juga yang pergi makan malam bersama. Paling kurang pun ucapan sayang akan dilafaz atau dinyatakan melalui sms, email atau kad pada tanggal 14 Februari ini. Semua ini adalah untuk menzahirkan perasaan hati kepada pasangan yang disayangi.

Bolehkah hari Valentine diraikan oleh umat Islam?
Apakah hari Valentine itu? Siapakah Valentine sebenarnya? Kenapa ianya dikenali sebagai hari memperingati kekasih? Bila dan bagaimanakah sambutan ini bermula? Kenapa pada 14 Februari? Bolehkah hari Valentine ini disambut oleh umat Islam? Sebenarnya terdapat beberapa cerita tentang hari kekasih ini. Beberapa orang ulama juga telah membuat kenyataan mengenai hukum menyambut hari kekasih ini.

Berikut disenaraikan beberapa penulisan yang berkaitan dengan persoalan di atas;

Catatan Pendita Perayaan Valentine’s Day Atau Hari Kekasih
Al-Islahonline Pandangan Islam Terhadap Hari Valentine
Utusan Malaysia Murtad Sambut Hari Kekasih
Utusan Malaysia Haram Sambut Hari Kekasih
Mutiara Hati Valentine's Day, Apa Pandangan Islam?
Dunia Hatiku Sambutan Yang Mengarut!
Wadah Wanita Islam Usah Terperangkap Jerat Cinta Valentine
Jabatan Mufti Negeri Selangor Hukum Menyambut Valentine's Day
Mohd Hariri Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam
Catatan Pendita Haram Menyambut Hari Kekasih

Sesudah membaca penulisan di beberapa laman web di atas, persoalan tentang hari Valentine akan terjawab atau mungkin timbul pula beberapa kemusykilan lain. Bagaimana pula dengan perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas?

Lihat juga video penjelasan ringkas daripada Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah berkenaan beberapa versi sejarah munculnya Hari Valentine dan kenapa ia adalah haram untuk umat Islam menyambutnya di Sambut Hari Kekasih Haram.

Walau apapun sama-samalah difikirkan dan fahamilah nas dan hujah yang diberikan supaya tidak silap meletakkan pendirian diri. Di samping niat yang betul bila melakukan sesuatu itu.

Technorati Tags: , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 14.2.07

8 comments

  1. Apa kejadahnya sambut valentine??
    Apa istimewanya sambut valentine??
    Hanya org yg x tahu, x membaca dan
    x berakal aja yg sambut valentine..

     
  2. Anonymous Says:
  3. Muslim tak ada masalah untuk menyambut sebarang perayaan yang tidak mempunyai unsur keagamaan. Contohnya Tahun Baru Cina, kerana ianya perayaan kaum.

    Valentine, Krismas dan Deepavali adalah perayaan berunsur keagamaan, sudah pasti ianya haram disambut.

     
  4. Azhad Says:
  5. InsyaAllah dengan kefahaman tentang hukum Islam akan mengelakkan kekeliruan tentang sesuatu perkara.

     
  6. jess Says:
  7. ek eleh.. suka ati orang la sambut perayaan aper pun.. tak semestinya menyambut perayaan xmas di rumah kawan2 yang beragama kristian bermaksud kiter menyembah agama mereka.tolonglah...buka fikiran luas2. kiter hidup di malaysia berbilang kaum. ziarah menziarahi semasa musim perayaan adalah sesuatu yang lumrah....
    ikhlas...

     
  8. W. Amirul Says:
  9. pada pandangan saya,x salah sambut hari tu tapi niat la dlm hati.betulkan minda.jgn celebrate hari valentine tu tapi celebrate hari kekasih. cinta,kasih dan sayang x salah menurut pandangan islam. valentine's day hanya untuk org kafir sahaja.kita sebagai umat islam harus memperbetulkan minda dan niat agar sejajar dengan hukum dan pandangan semasa.terima kasih.

     
  10. syazwan Says:
  11. tiada cinta yang kekal abadi selain kepada Illahi

     
  12. Ceria Sayang Says:
  13. SEMPIT FIKIRAN JANGAN SAMPAI JUMUD, LUAS FIKIRAN JANGAN SAMPAI HANYUT,..hentikan berpaksikan barat dan kembalilah kpd cara hidup ISLAM.

     
  14. Unknown Says:
  15. I believe he will make significant progress in the future. sump pumps near me

     

Post a Comment

Subscribe here