Hari ini 20 Mac 2007, genaplah 4 tahun Iraq ditakluk tentera penceroboh yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Ketika itu alasan utama Amerika Syarikat ialah untuk menghapuskan senjata pemusnah yang didakwa dimiliki oleh Iraq. Walaupun begitu sehingga kini tiada satu pun senjata pemusnah yang dijumpai walaupun seluruh negara Iraq telah digeledah.

. . Iraq semakin musnah selepas ditakluk . .

Sebaliknya peperangan ini telah menyebabkan beribu-ribu kematian dan kemusnahan teruk kepada negara Iraq. Jelas tentera penceroboh menipu apabila mengatakan keadaan negara Iraq adalah berada dalam keadaan terkawal. Sebaliknya negara Iraq sekarang jauh lebih teruk berbanding semasa zaman pemerintahan Saddam Hussein.

Ketika Saddam Hussein berkuasa dahulu dia didakwa menjalankan pemerintahan kuku besi. Walaupun begitu secara amnya rakyat Iraq ketika itu dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna berbanding sekarang. Malah kematian Saddam Hussein langsung tidak membawa sebarang penyelesaian kepada konflik di Iraq. Pihak Shia dan Sunni terus bertelagah sedangkan di masa yang sama negara barat dengan rakusnya menyedut sumber alam Iraq untuk kegunaan mereka.

Jelas sekali peperangan ini sengaja diwujudkan oleh Amerika Syarikat bersama sekutunya untuk mengaut hasil bumi Iraq. Kini Amerika Syarikat dan negara sekutunya merancang untuk menyerang negara Iran pula.

Technorati Tags: , , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 20.3.07

2 comments

  1. aman Says:
  2. dah 4 tahun...diorang tak reti nak kuar lagi ker..

     
  3. Azhad Says:
  4. Selagi ada minyak selagi itu mereka akan bertapak di situ. Mereka bukan peduli apa yang terjadi kepada rakyat Iraq. Sekarang sibuk pulak nak serang Iran.

     

Post a Comment

Subscribe here