Terlerailah sudah penantian beberapa bulan para calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2006. Keputusan peperiksaan SPM telah diumumkan pada 12 Mac dan STPM pula pada 15 Mac 2007. Apa yang menarik kali ini ialah tiada pelajar terbaik yang dinobatkan cuma senarai mereka yang cemerlang sahaja dikeluarkan oleh kementerian.

Bagi peperiksaan SPM daripada 358,872 orang calon sekolah kerajaan yang menduduki peperiksaan ini, seramai 4,311 (1.2%) pelajar mendapat semua A dalam semua matapelajaran berbanding 4,779 (1.2%) pada tahun 2005. Dari jumlah tersebut 918 (0.3%) orang pelajar mendapat A1 dan 945 (0.2%) orang pelajar dalam tahun 2005.

Sementara itu bagi peperiksaan STPM pula daripada 73,690 orang calon, seramai 34 (0.046%) orang pelajar mendapat prinsipal A dalam semua matapelajaran berbanding 20 (0.025%) orang pelajar daripada 81,142 calon tahun 2005. Pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 ialah seramai 503 orang pelajar berbanding 447 orang pelajar pada tahun 2005.

Tahniah diucapkan kepada semua yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan kali ini. Walaupun begitu mereka yang lain tidak perlu merasa hampa kerana kecemerlangan dalam akademik sahaja tidak menjanjikan masa depan yang baik. Keputusan yang cemerlang hanya boleh membantu dan memudahkan kita untuk berjaya. Faktor yang lebih utama ialah kesungguhan, kecekalan dan sikap tidak berputus asa dalam membuat sesuatu.

Tambahan pula kecemerlangan akademik tidak sepatutnya menjadi sasaran utama tetapi kecemerlangan secara menyeluruh patut diberi perhatian. Perkara ini pernah disentuh sebelum ini di Cemerlang dan Cemerlang?

Semoga anda semua akan berjaya dalam apa jua usaha yang akan dilakukan selepas SPM dan STPM ini.

Technorati Tags: , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 16.3.07

0 comments

Post a Comment

Subscribe here