Ketika ini ramai yang mengunakan MyBlogLog yang menghubungkan antara blog di internet. Penggunaan MyBlogLog ini juga telah membantu meningkatkan jumlah pengunjung ke blog ini. Sebenarnya ada satu lagi perkhidmatan social networking yang mula mendapat perhatian iatu BlogCatalog.

Di BlogCatalog terdapat dua bahagian utama untuk pengguna berdaftar iaitu Blog Detail dan Profile. Di antara ciri BlogCatalog yang menarik pula adalah kemudahan direktori dan perbincangan. Kemudahan direktori ini membolehkan kita mencari atau sekadar melihat blog yang berdaftar melalui 48 kategori blog. Di samping itu kita juga boleh melihat blog yang diasingkan berdasarkan negara, bahasa dan nama pengguna. Ketika ini terdapat 841 blog berdaftar dari Malaysia.

Manakala satu lagi ciri iaitu kemudahan perbincangan membolehkan penguna berdaftar memulakan perbincangan atau ikut serta dalam perbincangan yang telah dimulakan. Senarai perbincangan dipaparkan di satu mukasurat dan setiap satu perbincangan mempunyai mukasuratnya yang tersendiri. Senarai perbincangan ini boleh dilihat berdasarkan 5 kategori dan boleh juga disenarai pendek mengikut 5 jenis tapisan.

Personal Blogs - Blog Catalog Blog Directory

Sila pergi ke BlogCatalog untuk menjadi ahli atau mengetahui lebih lanjut tentang kemudahan yang disediakan. Sementara itu satu BlogCatalog Community Mass Buzz telah dimulakan oleh iwebis.

Technorati : , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 14.5.07

0 comments

Post a Comment

Subscribe here