Semenjak projek ini bermula kira-kira sebulan yang lalu di blog DoshDosh sebahagian daripada mereka yang terlibat diperingkat awal telah berjaya menembusi carta Top 100 Favorited Blog. Semasa ulasan ini ditulis untuk berada di tangga ke 100 memerlukan sekurang-kurangnya 198 orang ahli yang memilih blog anda sebagai favorite. DoshDosh setakat ini berada di tangga no.8 dengan 757 ahli meletakkan blog tersebut sebagai favorite.

Saya juga telah menyertai projek ini dan setakat ini seramai 130 orang telah Technorati Favorites blog ini berbanding 6 orang sebelum itu.

Kepada yang belum mahupun yang telah telah menyertai projek ini anda sebenarnya mempunyai beberapa pilihan. Anda boleh menyertai salah satu daripadanya, beberapa sahaja atau kesemua yang disenaraikan di bawah;

  1. Technorati Favorites Exchange di DoshDosh

  2. Mula-mula anda perlu Technorati Favorites DoshDosh dan DoshDosh akan Technorati Favorites blog anda pula. Anda juga boleh menulis tentang projek ini di blog anda dan maklumkan kepada DoshDosh. Blog anda akan disenaraikan sebagai blog yang mengambil bahagian dalam projek ini.

  3. Share the Power of Technorati Faves oleh Gary Lee

  4. Di sini satu senarai telah dimulakan oleh Gary Lee dan sesiapa yang ingin menyertai projek ini perlu Technorati Favorites semua yang terdapat dalam senarai tersebut. Anda perlu menulis berkenaan projek ini di blog anda dan pamerkan senarai yang sama selepas ianya dikemaskinikan dengan memasukkan blog anda sendiri.

  5. Technorati Favorites oleh Andy Beard

  6. Di sini Andy menunjukkan cara bagaimana anda boleh Technorati Favorites beberapa blog serentak tanpa perlu melakukannya satu persatu untuk setiap blog yang telah Technorati Favorites anda.

  7. Technorati Most Faved List oleh Garry Conn

  8. Garry pula melaksanakan satu sistem yang tidak memerlukan kita pergi ke blog lain untuk menyertai projek ini. Anda cuma perlu Technorati Favorites semua yang ada di senarai beliau dan kemudian melanggan maklumbalas komen beliau. Selepas itu jika ada blog baru menyertai projek ini anda akan dimaklumkan dan anda boleh terus Technorati Favorites mereka pula.

  9. Favorite Me oleh Nick Halstead

  10. Nick Halstead telah melahirkan favorite.me untuk memberi jaminan kepada semua orang yang mereka akan di Technorati Favorites oleh blog yang mereka Technorati Favorites melalui sistem ini.

  11. Favorite People Who Favorite You di EngTech

  12. Satu program telah dibuat oleh engtech untuk memudahkan proses Technorati Favorites. Program ini akan berhubung dengan perkhidmatan Technorati.com, mencari mereka yang telah Technorati Favorites blog anda dan secara automatik Technorati Favorites mereka semula.
Technorati Tags: , , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 6.5.07

0 comments

Post a Comment

Subscribe here