Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diambil daripada mayat kanak-kanak yang dijumpai dalam beg beberapa hari lepas menunjukkan ianya sama dengan DNA ibubapa Nurin Jazlin Jazimin. Di samping itu ujian gigi yang dilakukan oleh pihak Hospital Kuala Lumpur ke atas mayat kanak-kanak tersebut menyamai jumlah dan kedudukan rekod pergigian Nurin.
Walaupun begitu ibubapa dan ahli keluarga Nurin menafikan mayat kanak-kanak adalah Nurin berdasarkan beberapa ciri fizikal yang berbeza. Keluarga Nurin bertegas menolak mayat kanak-kanak itu sebagai Nurin berdasarkan kedudukan gigi mayat tersebut yang jarang dan besar berbanding gigi Nurin yang rapat dan kecil, rambut mayat tersebut keriting serta kasar manakala Nurin lurus dan halus, tiada parut akibat luka di pangkal peha dan tiada tanda suntikan BCG.
Oleh sebab itu pihak polis akan membuat ujian DNA kedua terhadap beberapa orang ahli keluarga Nurin untuk mendapatkan kepastian. Mereka juga akan dipanggil sekali lagi untuk membuat pengecaman mayat.
Mayat kanak-kanak tersebut telah ditemui pada 17 Julai lalu di dalam sebuah beg di sebuah bangunan kedai 3 tingkat di Jalan PJS 1/48, Petaling Jaya Utama. Mayat tersebut mempunyai kesan lebam di leher dan luka serta calar-calar di kaki. Beberapa helaian rambut bukan kepunyaan kanak-kanak tersebut turut dijumpai. Hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati timun dan terung telah dimasukkan ke dalam kemaluan mangsa. Rektum mangsa juga pecah sehingga dijangkiti bakteria, ini adalah antara faktor yang menyumbang kepada kematian kanak-kanak itu.
Sumber : The Star, MStar dan Utusan.
Terkini : Pada pagi 21 Julai 2007, Jazimin Abdul Jalil bapa Nurin telah mengambil jenazah kanak-kanak tersebut dari Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur. Jenazah dijangka akan dikebumikan selepas solat Jumaat.
Sebenarnya ibubapa Nurin tidak pernah menolak hasil keputusan DNA yang dikeluarkan oleh pihak polis. Keputusan ujian DNA tersebut hanya dimaklumkan kepada mereka selepas pihak polis memaklumkannya kepada pemberita. Untuk gambaran yang lebih jelas tentang perkara ini sila baca What Happened Today dan Response to comments to "What happened today" - Issue 1 : Lying on the DNA results.
Penulisan selepas ini; Nurin Jazlin Dalam Ingatan, Siapa Sebelum Nurin Jazlin ?
Penulisan sebelum ini; Di manakah Nurin Jazlin ?
Technorati Tags: nukilan, azhad, nurin, nurin jazlin
Tak sanggup nak tatap gambar Allahyarhamah... Kejam manusia tu..
aku lagi la x sanggup...al-fatihah tuk arwah...
huhu...manusia yg x berhati perut!!!
saja bukak laman nih sebab nak ingatkan diri aku tentang kisah pembunuh yang kejam.. aku nak ingatkan diri aku sampai bila-bila supaya aku takkan lupa...al-fatihah untuk arwah..semestinya kamu sudah disyurga..pembunuh itu dimana pula?
al-fatihah untuk arwah.
Semoga pembunuhnya akan dapat dihadapkan ke muka pengadilan.
"Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah swt akan menutup keaibannya pada hari kiamat dan sesiapa yang mendedahkan keaiban saudaranya yang Islam, Allah swt akan mendedahkan keaibannya, sehingga dia akan dimalukan di dalam rumahnya sendiri." (Ibnu Majah)
Internet Cafe Simulator Mod Apk
My Telenor App Download
Payment not completed
How to Lock apps in samsung
Facebook Marketplace
Tata Study app
India Ai Credit cash Loan app
Master Duel Meta
Bulli Bai App
Jio Phone Finger Print Lock App
Train to Gensan Mod Apk
How to Leave a Review on Etsy
Easy to Get Canadian Government Jobs
Phone Number Generator
Telecharge Gb WhatsApp
Facebook Marketplace Sunshine Coast
This is really awesome! drywall services near me
Such a nice read. Thanks for sharing this one! www.repairmyappliance.ca/dishwasher-repair/