Setiap hari kita membuang sampah dan sampah ini akan dilupuskan oleh pihak yang berkuasa untuk memastikan kebersihan terus terjaga. Kos untuk melupuskan sampah ini pula mencecah berjuta-juta ringgit Setiap tahun jumlah sampah yang dibuang oleh orangramai akan terus meningkat dan kawasan pelupusan sampah pula semakin penuh. Dalam sehari kita menghasilkan lebih daripada 16,000 tan sampah setiap hari.

Blog Action Day Kita boleh membantu mengurangkan jumlah sampah yang dibuang dengan melakukan kitar semula. Sebelum boleh melakukan kitar semula, kita perlu tahu jenis sampah yang boleh dikitar semula. Sampah kitar semula boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu kaca, plastik, kertas dan aluminium. Setelah diasingkan sampah ini boleh di hantar ke pusat kitar semula atau ke pusat pungutan atau dimasukkan ke dalam tong sampah khas kitar semula.

Semua bekas kaca yang berwarna atau jernih termasuk botol minuman, bekas makanan, botol vitamin, bekas alat solek dan seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan kaca perlu dimasukkan ke dalam tong kitar semula berwarna coklat. Manakala semua jenis tin aluminium dan besi seperti tin minuman dan tin makanan juga boleh dikitar semula. Barangan berasaskan kaca ini perlu dimasukkan ke dalam tong kitar semula berwarna oren.

Semua kertas yang berwarna dan tidak berwarna seperti suratkhabar, majalah, buku, panduan telefon, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat, kotak dan seumpamanya boleh dikitar semula. Tong kitar semula berwarna biru hendaklah digunakan untuk semua jenis kertas. Begitu juga semua plastik yang berwarna atau tidak berwarna seperti beg membeli-belah, beg pasaraya, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, bekas sabun, bekas vitamin dan seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan berasaskan plastik perlu dimasukkan ke tong kitar semula berwarna oren.

Kitar semula akan mengurangkan jumlah barangan buangan dan ini akan mengurangkan keperluan serta jangka hayat tapak pelupusan sampah. Pencemaran juga dapat dikurangkan dan menyelamatkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Dari segi jangkamasa panjang kitar semula lebih murah daripada penyelenggaraan tapak atau sistem pelupusan sampah yang lain. Paling penting kitar semula meningkatkan kebersihan dan kualiti hidup kita.

Oleh itu fikir dahulu sebelum membuang sampah. Segalanya perlu bermula dari rumah dan diri kita.

, , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 15.10.07

6 comments

  1. jeb Says:
  2. wah...tak sangka ada gak orang yang prihatin pasal sampah nih..bagus2..tapi mentaliti orang kita mmg macam tuh..sangat geram bile tengok orang buang sampah merata2..alam patut dijaga..

     
  3. Azhad Says:
  4. Terima kasih... perkara baik ni memang perlu diingatkan selalu.

    Walaupun memang agak menghampakan masih ramai yang belum ada kesedaran ini. Contohnya membuang sampah keluar dari kenderaan semasa sedang bergerak. Kita yang berada di belakang merasa sakit mata dan hati melihatnya.

     
  5. Unknown Says:
  6. thanks to azhad...
    people don't realize how important recycle in our live...
    and i'm one of them...
    so say yes to recycle...

     
  7. Da Vincci Says:
  8. OMG
    really thx 2 u~~~
    if nt i cannt search de Kitar Semula,
    coz teacher wan us 2 print out!!
    thx
    nukilan jejari azhad....

     
  9. le kit Says:
  10. Lagi satu bahan terpenting untuk dikitar semula tetapi ramai yang tak nampak...sisa lemak, minyak dan gris (fat, oil and grease) dari ruang dapur restoran/hotel/cafetaria/kantin dan rumah...saya sekarang sedang berusaha merintis untuk kitar semula bahan buangan ini...bernilai ratusan juta ringgit! Emas kuning!Boleh dikitar untuk ekstrak minyak diesel (WCT-Biodiesel).Bahan terkesampingan proses kitar semula boleh dapat 10% glycerine (gliserin?)yang boleh diguna untuk membuat 1500 barang berguna, seperti sabun, kosmetik, bahan penyerap pampers, dan lain-lain selain dapat biodiesel 90%. Usaha ini saya sedang buat di Ipoh dan Taiping, dah buat penegenalan di sekolah di Seberang Prai Utara. Masuk pertandingan 'Toyota Eco-Youth' Champion of the champions, peringkat kebangsaan...1st. Prize. Tahniah. Tak rugi didik murid sekolah tu. bagi yang berminat nak buat duit sambilan, boleh belajar proses ini, mudah ajer, buat kat belakan g rumah pun dah bole, lagi tak perlu kemahiran hebat-hebat, tahu kimia tingkatan 4 pun dah boleh...harga bahan, murah berbaloi...

     
  11. cikgu murnie Says:
  12. ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kitar semula. datanglah ke blog saya. anda boleh buat produk dari bahan kitar semula

    kitarsemulasampah.blogspot.com/

     

Post a Comment

Subscribe here