Pilihan Raya Umum Malaysia ke 12 telah pun berakhir dengan membawa satu perubahan kepada suara rakyat tentang siapa yang akan mewakili mereka di dalam kerajaan. Bermula dengan menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional di Parlimen sehingga 5 negeri kini di bawah pemerintahan parti pembangkang. Berbagai reaksi boleh dilihat apabila angin perubahan atau tsunami pilihan raya ini melanda politik negara kita Malaysia.

Pilihan Raya UmumKeputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Barisan Nasional hanya memperolehi 140 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, kurang 8 kerusi untuk mendapat majoriti 2/3. Manakala PAS memperolehi 23 kerusi, PKR 31 kerusi dan DAP 28 kerusi.

Sementara itu di peringkat negeri secara keseluruhan Barisan Nasional mendapat 307 kerusi daripada 505 kerusi. PAS pula 83 kerusi, PKR 40 kerusi, DAP 73 kerusi dan Bebas 2 kerusi. Lima negeri yang berjaya ditawan oleh parti pembangkang ialah Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Sebenarnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga dikuasai oleh parti pembangkang kerana daripada 11 kerusi mereka memperolehi 10 kerusi cuma di sini hanya ada kerusi Parlimen.

Ramai yang terkejut dan ada pula yang gembira dengan gelombang perubahan ini. Persoalan yang bermain di fikiran orang ramai ialah dari mana datangnya angin perubahan ini. Semasa ditemuramah di satu sidang akhbar selepas pilihan raya lepas, Tun Dr Mahathir telah menyatakan kemungkinan ini berpunca daripada anak menantu Pak Lah iaitu Khairy Jamaluddin. Menurut beliau Perdana Menteri lebih mendengar kata-kata menantunya itu daripada maklumat daripada pihak polis, risikan maupun tentera.

Malah ada pula berpendapat ini adalah tindakan pengundi yang sudah bosan dengan pelbagai perkara yang mereka tidak puas hati dengan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Secara langsung ini telah menyebabkan sokongan dan kepercayaan kepada parti pembangkang semakin meningkat. Tidak kurang juga mungkin ada pengundi yang pada awalnya hanya ingin mengurangkan majoriti Barisan Nasional tetapi bila sudah ramai yang mempunyai fikiran yang sama maka ramailah calon parti pembangkang yang menang.

Walau apapun pendapat yang diberikan tapi sudah jelas satu lembaran baru politik di Malaysia telah pun bermula. Langkah yang berikutnya ialah untuk memastikan negara dan semua negeri akan dapat ditadbirkan dengan baik berlandaskan kepentingan rakyat bukannya di atas kepentingan pihak tertentu sahaja.

Berdasarkan pengalaman yang lalu negeri yang ditadbir oleh pembangkang susah mendapat kerjasama daripada kerajaan pusat. Ini sudah pasti akan menyulitkan 5 negeri di bawah pentadbiran parti pembangkang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Akibatnya rakyat di negeri berkenaanlah yang akan menjadi mangsa. Bila perkara ini diketengahkan tentu akan ada suara yang menyebut, "padan muka, kenapa pilih pembangkang dulu".

Walaupun begitu diharap perubahan arus politik ini akan memberi manafaat kepada rakyat secara amnya. Inilah peluang parti pembangkang untuk membuktikan kemampuan mereka untuk membela nasib rakyat dan mentadbir negeri dengan lebih cekap. Manakala ini juga peluang untuk Barisan Nasional membaiki kelemahan yang ada dan meningkat kualiti pentadbiran mereka.

Sama-samalah kita pantau perkembangan semasa politik ini sehingga tibanya Pilihan Raya yang ke 13 akan datang bila semua pengundi sekali lagi akan menentukan siapa yang mentadbir negara Malaysia ini.

Technorati Tags: , , , , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 12.3.08

1 Responses to Pilihan Raya 2008 Arus Perubahan

  1. Anonymous Says:
  2. Bagus bagus api apikan lagi semangat perkauman dan kita angkat Anwar sebagai PM

    Melayu Pulau Pinang tinggalkan mereka dalam kedaifan besama sahabat cina komunis kita Guan Eng

    Bos kita anwar pula tak akan bersuara kerana takut Barisan Rakyat tak jadi

    PErgi mampus Melayu Pulau Pinang.

    Tak lama lagi kita akan melihat Palestin versi kedua di depan mata kita sendiri iatu di Penang. Contoh yang ada di Singapore….

    hahahahahahahahahahaha

    padan muka melayu

     

Post a Comment

Subscribe here