Hari ini adalah hari terakhir untuk individu pemastautin dan bukan pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan untuk menghantar borang cukai pendapatan masing-masing. Begitu juga untuk mereka yang dikategorikan dalam Harta Pusaka, Pertubuhan dan Keluarga Sekutu Hindu yang tidak menjalankan perniagaan, hari ini 30 April 2008 adalah hari terakhir untuk mengembalikan borang cukai pendapatan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

e-Filing 30 Apr 2008

Cara yang paling mudah untuk mengembalikan borang cukai pendapatan adalah dengan menggunakan perkhidmatan e-filing. Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk menggunakan perkhidmatan e-filing ini adalah mendapatkan Sijil Digital dan mendaftarkannya.

Permohonan Sijil Digital dengan mendapatkan nombor pin boleh dibuat melalui surat, faks atau e-mel tetapi cara ini hanya boleh digunakan sehingga 25 April sahaja. Nombor pin ini juga boleh diperolehi pada borang cukai pendapatan yang dihantar secara pos oleh LHDNM. Cara terakhir ialah dengan datang sendiri ke mana-mana kaunter LHDNM yang berdekatan.

Apabila sudah dapat nombor pin ini, ianya perlu didaftarkan di laman web LHDNM pada bahagian Login Kali Pertama. Langkah seterusnya ialah dengan memasuki Login e-Borang dan memilih jenis borang yang berkaitan. Maklumat yang perlu diisi semuanya mudah difahami malah jika perlu, Panduan Pengguna e-Filing ada disediakan.

Sebenarnya terdapat beberapa jenis borang iaitu BE untuk individu pemastautin tidak menjalankan perniagaan, B untuk individu pemastautin yang menjalankan perniagaan, M untuk individu bukan pemastautin, TP untuk Harta Pusaka, TF untuk Pertubuhan, TJ untuk Keluarga Sekutu Hindu, P untuk Perkongsian, E untuk majikan, C1 untuk Koperasi, TC untuk Amanah Unit / Harta Tanah, TA Badan Amanah, TR untuk Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta, C dan R untuk syarikat.

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi tempoh masa untuk menghantarkan borang cukai pendapatan bagi mereka yang tidak menjalankan perniagaan. Bagi mereka yang mempunyai sumber pendapatan daripada perniagaan tarikh akhir menghantar borang cukai pendapatan adalah pada 30 Jun 2008.

Kaunter Perkhidmatan e-Filing di Pusat Khidmat Pelanggan Pandan Indah yang terletak di Aras 12, Menara C, Persiaran MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah
55100 Kuala Lumpur dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam dari 21 April hingga 30 April 2008.

Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan LHDN di 1300 88 3010 jika memerlukan sebarang maklumat lanjut.

Technorati Tags: , , , , , ,


AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 30.4.08

5 comments

  1. Anonymous Says:
  2. Do you still use free service like blogspot.com or wordpress.com but
    they have less control and less features.
    shift to next generation blog service which provide free websites for
    your blog at free of cost.
    get fully controllable (yourname.com)and more features like
    forums,wiki,CMS and email services for your blog and many more free
    services.
    hundreds reported 300% increase in the blog traffic and revenue
    join next generation blogging services at www.hyperwebenable.com
    regards
    www.hyperwebenable.com

     
  3. Anonymous Says:
  4. Cukai Tahun Taksiran 2007 sudah berlalu. Cukai Tahun Taksiran 2008 bakal menjelma.

    Jangan lupa hantar awal juga. E-filing jangan dilupa.
    Nanti refund tak kunjung tiba jangan mengamuk di kaunter pula.

     
  5. anon Says:
  6. noob di sini ingin bertanya, cukai pendapatan dikira berdasarkan tahun semasa @ tahun sebelum?

    sy xpernah bayar cukai sebelum ni & xpernah buka fail kerana gaji kurang 2.5k/bulan. tp bermula bln 11 tahun lps, gaji + elaun bulanan sy melebihi 2.5k.

    adakah sy perlu buka fail di lhdn? apa jd jika sy xbuka fail pd tahun ini?

    sy mmg blur bab2 cukai ni..

     
  7. Unknown Says:




  8. With our Call Girls in Chanakyapuriand escorts services, you may really improve stage of fun by its quality services different. Sure! This assists its people to victory over all the gloom and depressive disorders from your lifestyle and appeases your delicate wishes specifically.So, you may do a trip at web page and can get your wish suggested with an outstanding woman escort. Check our other services also...
    Call Girls in Chanakyapuri
    Call Girls in Chanakyapuri
    Call Girls in Chanakyapuri
    Call Girls in Connaught Place
    Call Girls in Connaught Place





     
  9. Angel17 Says:
  10. Cool blog, Thank you for sharing. cleaning company west jordan

     

Post a Comment

Subscribe here