Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2008 telah diubah tarikhnya sekali lagi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, jadual peperiksaan PMR telah diubah selepas mengambil kira kebimbangan, keprihatinan dan pandangan pelbagai pihak mengenai jadual waktu berperingkat sebelum ini.
TERKINI : Menurut ePutra keputusan peperiksaan PMR 2008 akan diumumkan pada 30 Disember 2008.
PMR 13-17 Okt
Tarikh baru peperiksaan PMR 2008 telah diubah kepada 13 hingga 17 Oktober depan, berbanding tarikh asal 13,14,15 Oktober dan 4,5 November. Sebelum ini, pelbagai pihak membantah tarikh asal peperiksaan PMR 2008 kerana jarak masa antara 13,14 dan 15 Oktober dengan 4 dan 5 November adalah terlalu panjang iaitu selama 19 hari dan ibu bapa bimbang ia boleh mengganggu fokus pelajar.Jadual baru PMR ini dianjakkan kebelakang pada minggu ketiga Oktober berbanding 1 hingga 5 Oktober pada tahun lalu, diputuskan selepas kajian semula LPM bersama pegawai kanan peperiksaan dan penilaian negeri. Tarikh baru bagi peperiksaan PMR 2008 dibuat bagi menjaga keselamatan, kelancaran, urusan dan kebolehpercayaan pengendalian peperiksaan.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia lagi, penyusunan semula tarikh peperiksaan tahun ini juga sudah mengambil kira aspek pengurusan dan profesional serta membabitkan banyak pihak terutama berkaitan percetakan, pengedaran, penyimpanan kertas soalan dan skrip jawapan, pemeriksaan, pemprosesan data, penentuan standard serta pengumuman keputusan.
Tarikh peperiksaan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun ini kekal seperti diumumkan sebelum ini dan boleh dirujuk di Tarikh Baru Peperiksaan UPSR, PMR, SPM & STAM.
Technorati Tags: azhad, peperiksaan, upsr, pmr, spm, stam
Thank you for sharing this very nice blog. Keep sharing. driveway contractor